Sponser By

Followers

Iklan

07 April 2015

#BloggertTalk : Lima kelebihan negeri sarawak

Assalamualaikum.



Bismillahirohmanirohim... Entri kali ni adalah entri untuk #BloggerTalk. pertama kali jugak join. Tajuk kali ni pulak sangat menarik iaitu kelebihan negeri masing-masing. Kalau bab nak cerita kelebihan negeri masing-masing, hati memang semangat.Ye la. siapa yang tak bangga dengan negeri sendiri kan..haa, Jom ikuti kelebihan yang ada pada Negeri ima. Negeri Sarawak yooo..



Kalau anda nak tau, Negeri Sarawak dikenali sebagai negeri bumi kenyalang dan adalah Negeri yang paling BESAR daripada 14 buah negeri yang ada di Negara kita Malaysia tercinta.
Negeriku tercinta Sarawak adalah merupakan salah satu negeri yang mendirikan Malaysia Timur selain jiran kami Sabah.
Tau tak? Hutan Sarawak adalah sumber dan juga merupakan aset yang sangat penting kepada negeri dan negara.

Dari Segi makanan, Negeri sarawak mempunyai beberapa makanan yang unik dan sungguh lazat. Antaranya adalah:


 LAKSA SARAWAK.
Istimewanya laksa sarawak adalah pada mie dan juga kuahnya.













KOLO MI
Kolo mie adalah makanan yang boleh dinikmati dalam pelbagai cara dan cara pembuatan yang unik.








UMAI
Umai pulak adalah ikan segar atau udang  yang dihiris kecil dan digaulkan dengan bawang serta asam limau.









KEK LAPIS SARAWAK
Kek lapis sarawak adalah kek yang lazat dengan lapisan yang sangat nipis dan pelbagai corak unik.









Apa yang paling menarik tentang Sarawak? tau tak apa?? hehe.. Paling menarik pada sarawak ialah pada musim buah-buahan. Sarawak terkenal dengan pelbagai buah-buahan dan bila tiba musim, harga buah terutamanya buah durian  boleh bernilai pada harga50SEN sahaja


Selain buah durian, buah-buahan yang yang ada di sarawak dan jarang ada di negeri lain adalah buah dabai.



BUAH DABAI
Buah keras yang perlu direndam dengan air panas sebelum dimakan. Boleh dicampurkan gula, garam atau kicap.
Rasanya lemak dan dan sungguh lazat. boleh dimakan sebagai pencuci mulut atau makan bersama nasi.Yummmyy..






Selain dari makanan dan buah-buahan yang menjadi kelebihan Negeri Sarawak, Kalau nak tahu, orang orang Sarawak adalah berbilang kaum dan bangsa.Oleh itu Negeri Sarawak terkenal dengan kepelbagaian budaya dan etnik.Antara kaum yang ada di Sarawak adalah, kaun Melayu brunei, iban, bisaya, lunbawang, kedayan dan sebagainya.Namun kami masih boleh bersatu walau berbeza kaum, bangsa dan agama. Itulah uniknya kami.


Dan yang paling kami banggakan pada Negeri Sarawak kami, seperti yang semua sedia maklum, Sarawak adalah negeri penyumbang minyak  terbesar kepada Negara kita Malaysia.. 

Chop chop ada satu lagi tertinggal... kalau nak tau, wanita sarawak semuanya cantik cantik belaka..kahkahkah..ok yang ni kidding je.. jangan marah..kehkeh..

20 comments:

  1. Replies
    1. sis farah, try ler..meh dtg sarawak ima blanje..haha.. tak pun try buat..mudah je buat ni..nnti ima sharekan resepi dia

      Delete
  2. Yg picture last tu awak ke Ima??
    www.papaglamz.com

    ReplyDelete
  3. Wahhh bestnya kalu p sana... kek sarawak memang try makan memang sedap adik ekin pernah keje sana.. mknan yg lain xpernah lagi mkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti try lagi makanan lain.insyallah sedap...hehe

      Delete
  4. Mi kolo x penah makan tp nm coba cari kt kl

    ReplyDelete
  5. sempoi seyh closing ima...tp memang akk xpenah smpai sarawak...insyaAllah will one day...my wishlist...
    sweetsimplesmart.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sempoi kan..wakaka... insyallah kak..nanti sampai la tu ke sarawak..nnti dtg boleh roger2 ima

      Delete
  6. Sedapnyaaaa kek lapis. Akak pos ke sini sikit :D Hehe, btw kak just cadangan ni tau,colour tulisan akak kan rasanya lagi cantik kalau tukar ke normal colour macam colour hitam ke. Sebab colour ni nampak terang sangat laa. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..terfikir jugak nak tukar colour tu..tapi belum banyak masa.nanti2 nak tukar jugak..haha

      Delete
  7. pernah makan umai,,tapi tekak terima umai udang je,,kalau ikan,,takleh terima,,,,n klau yang tak pandai buat,,memang mentah habiss,,hihihi

    ReplyDelete
  8. tak oernah mkn maknan ssarawak kecuali kek lapis serawak! hee. ritu makan perasa coklat sedao gilaaaaaaa

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya... saya lahir kat sibu, sarawak. tapi banyak membesar kat selangor. Entah bila entah nak merasa pergi ke negeri kelahiran ni semula...

    ReplyDelete
  10. Nice place of yours, beautiful scenery, delicious food delicacies, and interesting cultures to discover...

    ReplyDelete
  11. Kueh celorot - kueh tradisional yg sedap. lama tak makan. 15 Mei ni pegi Kuching sure cari kueh celorot. Dan kalau ada rezeki nak cari buah terap @ tarap.

    ReplyDelete
  12. Kueh celorot - kueh tradisional yg sedap. Dan buah terap @ tarap susah nak jumpa.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.