Sponser By

Followers

Iklan

25 March 2014

Kisah RM20


Assalamualaikum..

Minggu lepas, tengah jalan-jalan, lalu kat area jalan bukit bintang, ada sekumpulan… erm, apa nak gelar ye.pelajar? penipu?? Erk..hahaha.. diorang ni  ada dalam  3  4 orang.Duk sekat orang yang lalu lintas..Ramai  jugak yang abaikan mereka. Selalunya ima sendiri pun tak berapa nak layan kalau ada siapa-siapa yang bagai flayer ke, apa ke.Tapi tak tau kenapa hari tu senang-senang je layan budak budak tu..Ima tengok umur diorang ni dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun macam tu la. Diorang ni cakap diorang ada pertandingan kutip markah atas kraftangan yang diorang buat.so diorang bagi la satu kertas.minta tulis nama, alamat dan markah yang kita boleh bagi. So ima rasa kesian budak-budak tu kena berpanas-panas kat situ semata-mata nak kumpul markah.. Dia cakap bagi markah dari 20 hingga 80.. ima tengok kat kertas tu, dah ramai jugak yang bagi markah.paling tinggi 40 markah. So ima pun bagi 40 markah jugak sebab ima tengok kraf diorang tu tak la kreatif sangat.. Chopstik jerr pun..huhu..kalau takde belas kasihan, memang bagi paling pun 5 markah je.Kalau beli kat kedai kraf tu, dapat harga  rm2-5 pun boleh..

Chop chop..sebelum tu ima nak bagitau ni. Masa salah seorang budak tu tengah pujuk-pujuk minta bagi markah, rupanya husben pun ditarik dan diminta buat benda yang sama macam ima.. Ok sambung balik..bila dah selesai bagi markah 40, dia minta rm40.. pastu ima pun  rasa pelik.Tanya la.kenapa pulak kena bayar? Dia cakap, kami kumpul markah kak.please tolong saya.. terus aku pun cakap eh takpe la kalau macam tu.. pastu dia paksa lagi.. bagi markah 20 je lah kak. Ima  cakap, eh takpe lah.saya nak balik dah ni..Aku fikir-fikir kalau rm5 boleh la.kalau rm20 tu baik  beli makanan bagi anak makan. Lepas tu dia paksa lagi ima, minta paling sikit 10 markah.

Tapi bila ima tengok, husben dah pun hulur rm20 tu kat kawan budak  yang satu lagi. Aduh!! Ima pun tinggalkan budak tu dan pergi dapatkan husben.Tak sempat nak halang terus tarik husben jalan cepat-cepat. Ima marah la.kenapa bagi duit tu.Dia cakap dia tak tau nak tolak macam mana sebab budak tu terlampau memaksa. Aduh.nasib ima beranikan diri menolak. Bukan apa, cara diorang tu adalah menipu.Mengelirukan dan memaksa. Harap-harap lepas ni hati-hati..Ntah macam mana la boleh kena kali ni.Padahal dah tau sangat pun benda macam ni tak boleh percaya..
Sakit hati bila mengenangkan tapi nak buat macam mana.benda dah jadi.Jadikan pengajaran je la.. Halalkan je lah duit tu.Nak haramkan pun bukan dia tau apepun budak-budak tu.sebab budak bangsa cina.

Nah! Sape nak chopstick ni.berharga rm20 tuuuu…hahaha.. sabor je lah..   


23 March 2014

Komuniti Blogger Sabah Sarawak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi bernyawa dan mampu menulis disini.. Bila diberi peluang untuk bernafas, jangan pulak lupa mengucapkan syukur kerana ini bermakna kita masih diberi peluang untuk mengubah diri agar menjadi insan yang berguna dan lebih mendekatkan diri kepadaNya..

Ima ingin menjemput rakan-rakan blogger terutamanya blogger yang berasal dari sabah Sarawak untuk Like fanpage Komuniti Blogger SabahSarawak dan menjadi sebahagian ahlinya..Blogger dari luar borneo juga dialu-alukan untuk support kami dan bagi meluaskan lagi pengetahuan tentang borneo.

https://www.facebook.com/komunitibloggersabahsarawak?ref=hl

Seperti yang kita sedia maklum, blog boleh menghubungkan antara individu dengan komuniti dalam penyampaian journal, berita, informasi, gambar dan pendapat. Microsoft juga ada menganjurkan debat yang membincangkan aspek teknologi yang menjadikan seseorang blogger itu "reliable" dan "resourceful". (Dipetik dari blog Ben Ashaari)

Misi Fanpage komuniti blogger sabah Sarawak adalah untuk mengumpul blogger dari seluruh  borneo iaitu Sabah dan Sarawak bagi perkongsian pelbagai maklumat dan juga pelbagai aktiviti seperti event atau review produk yang bakal diadakan pada masa akan datang.

Komuniti ini juga menawarkan sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai Group whatsapp Komuniti Blogger Sabah Sarawak bagi perkongsian maklumat atau ilmu yang berguna. Sila PM no hp ke inbox admin Komuniti Blogger SabahSarawak.. 

P/s" U all mohon support ima untuk memperkembangkan komuniti ni ye.. Thankz :)

18 March 2014

DEWY extra whitening

Assalamualaikum..


Terlambat update produk hot selling ni..hehe.. Jom jom sesiapa yang tak cuba lagi atau masih mencari supplement yang baik untuk kulit.Dah try produk lain tapi tak berkesan? jangan pernah cuba putus harapan jika ada ingin kelihatan cantik dan putih gebu.. Apakata cuba DEWY extra whitening ni pulak?? Apa kebaikannya?Jom teruskan membaca..


DEWY EXTRA WHITENING - RASA SEDAP KESAN HEBAT!
TERJUAL 2000 BOTOL SEMINGGU!
- NIKMATI KEAJAIBAN BUNGA SAKURA TERUS KE DALAM KULIT ANDA
- TIDAK PERLU BANYAK, HANYA SETENGAH SCOOP SEHARI UNTUK CERAH GEBU SEMPURNA.INSYALLAH..
 
 
KEISTIMEWAAN DEWY :
 
** Serbuk vitamin yang kaya vitamin C semulajadi (1 scoop = 50 biji oren)
** Formula unggul untuk kesan pantas dan hebat
** Menjadi supplement yang bertindak sebagai BOOSTER untuk produk kecantikan/kesihatan
** Mudah untuk diamal dan dibawa ke mana saja
 
 
MANFAAT PENGAMBILAN DEWY :
 
* Amalan berterusan membantu :-
✔ Melindungi kulit dari sinaran UV
✔ Menghilangkan jerawat
✔ Mengurangkan minyak dimuka
✔ Mencerahkan kulit dan mengurangkan tompok2 gelap
✔ Menyingkirkan toksin dan mencantikkan kulit
✔ Mengembalikan kelembutan & keanjalan kulit
✔ Mengurangkan garis-garis halus serta meratakan warna kulit
✔ Melembab, menghalus dan menggebukan kulit
✔ Menyegarkan kulit agar tidak kusam
✔ Mengurangkan pigmen dan parut
✔ Mengecilkan liang pori agar wajah tampak licin menawan
✔ Memberi tenaga, menjauhkan kelesuan dan keletihan
✔ Menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran rambut
✔ Menguatkan kuku dan sendi
✔ Menyihatkan gusi dan mata

Siapa yang sesuai makan DEWY?
⇛Wanita dan lelaki berusia 15 tahun ke atas
⇛Ibu hamil kandungan 5 bulan keatas
⇛Ibu yang sedang berpantang dan menyusu


Kulit cantik bak artis Korea! DEWY merupakan produk terbaru di pasaran yang membantu mencantikkan dan mencerahkan kulit muka dan badan dalam masa yang singkat tanpa kesan sampingan. Rasa buah yang sangat sedap dan diadun dengan 3 bahan utama SUPER PLATINUM iaitu Bunga Sakura, Buah Camu-Camu (mempunyai kandungan Vitamin C tertinggi di dunia 50X lebih tinggi dari buah oren) dan Lilin Lebah (Beeswax).


CARA PENGAMBILAN :

⇛ SETENGAH SUDU KECIL terus dimakan/kemam begitu sahaja 1-2 kali sehari
⇛ Boleh dicampurkan bersama minuman berperisa seperti jus buah-buahan/kordial
⇛ Boleh dibancuh bersama produk minuman kecantikan / kesihatan lain
** Minum air bersih secukupnya sepanjang hari untuk penyerapan nutrisi secara optimum.
** DEWY boleh diambil bila-bila masa. Kami mengesyorkan anda mengambil dalam jumlah yang disarankan samada pada waktu pagi atau sebelum tidur.


DOS SARANAN :

- Kulit normal : 1/2 scoop sehari
- Kulit berminyak / berjerawat : 1 scoop sehari
- Kulit kering / Tumit merekah / Siku kasar : 1-2 scoop sehari
- Sakit sendi (Lutut/Sakit belakang) : 1-2 scoop sehari
- Jeragat / Dark Circle : 1 scoop sehari
- Bibir merekah / Kuku mudah patah : Setengah scoop sehari
- Garisan halus : 1/2 - 1 scoop sehari
- Rambut gugur : 1/2 - 1 scoop sehari
- Nak Cerah / Gebu / Glowing : 1-2 scoop sehari
- Nak kulit lembut ,anjal , halus : 1/2 - 1 scoop sehari

**************************************************************

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection

16 March 2014

Usik wanita boleh dipenjarakan??

Assalamualaikum..

Ima tertarik untuk berkongsi  satu fakta yang mungkin ramai yang tak tahu. Fakta ini ima dapat dari salah satu segmen dari berita harian 14 mac  lalu.dalam segmen “tabik-tabik cakap” oleh Kamal FND Hashim yang bertajuk “Hati-hati usik wanita”. Percaya tak kalau dia kata usik wanita boleh dipenjarakan? Sebagai contoh, Ali panggil rakan satu tempat kerja dengan panggilan “Badak”. Wanita itu pulak tidak tersinggung dengan sapaan sebegitu, maka tiada apa-apa kesalahan pun yang berlaku.Namun jika dia berasa aib dan kemudian membuat laporan polis dengan mengemukakan bukti lengkap, Ali boleh ‘ke dalam’ dibuatnya!
Ini kerana ada satu seksyen kanun keseksaan yang menyentuh kedudukan wanita membabitkan perkara ini. Seksyen 509 menyebut: sesiapa yang melakuka apa-apa perbuatan, isyarat, gerakan yang mengganggu kesantunan wanita itu dan mengaibkannya, boleh disiksa dengan penjara tidak melebihi lima tahu. Dengan kata lain kalau dia berasa dimalukan, baik dengan ucapan, gerakan, system pesanan ringkas (sms) atau emel, pelaku boleh dipenjarakan jika sabit kesalahan.

Haaa,para wanita diluar sana,  bagaimana pula cara kumpul bukti??
Mudah!! Rakamkan perbuatannya atau dapatkan saksi yang turut mendengar atau menyaksikan gangguannya.
Kita semua sedia tahu, ramai yang kadang-kadang suka  bergurau dengan rakan wanita dan memanggil dengan  macam-macam gelaran pelik.Contohnya, kudut untuk yang kurus, zirafah untuk yang berleher jinjang dan jumbo untuk yang sedikit besar saiznya.
Seperti yang disebutkan diatas tadi, kalau usikan ini tidak mengganggu, maka ia tidak menjadi kesalahan undang-undang, tetapi sebaliknya jika wanita terasa tersinggung dengan gurauan sedemikian .Begitu juga dengan jenaka dimaksudkan yang dihantar melalui sms atau lucah berlapik  dihantar kepadanya.

Tahukan anda para wanita diluar sana?? Ini adalah satu cara untuk menghentikan usikan yang memalukan anda.Ini paling mudah.Berdirilah menghadap orang itu dan ingatkan kepadanya dalam nada serius  bahawa anda tersinggung dengan usikannya dan ingatkan bahawa sebagai wanita kita dilindungi di bawah seksyen 509.

Diyakini, ramai wanita yang tidak tahu bahawa kita dilindungi dibawah seksyen itu.Iaitu seksyen usik usik..hehe.. So lepasni boleh lah sebarkan fakta ni kepada rakan-rakan wanita yang lain..

Opsss..Orang lelaki pulak macam mana? MAAF!! Tiada peruntukan undang-undang jika terganggu kesantunannya..hahaha...Nasihat penulis buat lelaki-lelaki diluar sana, jika abang sedang berjalan dan sekumpulan wanita  pula mengacau dengan siulan, sapaan atau gelaran tertentu, penulis cadangkan abang tunduk  dan jaga tatatertib. Paling penting, tabik tabik cakap, jangan kasi malu lelaki lain dengan berlari deras, menutup muka dan tersipu menangis malu.. hahaha..

P/s: Suka sangat mengetahui fakta ini.. :p

05 March 2014

Teksi lagi teksi lagi

Assalamualaikum..

Ingat lagi tak sedikit keluhan saya pasal jenayah tambang teksi hari tu? Hurm, minggu lepas, kebetulan keluar pulak isu di dada akhbar. “Sukar dapat penumpang, alasan segelintir pemandu teksi caj dua kali ganda”.
Dipetik dari akhbar harian metro semalam, “ Kebanyakkan pemandu teksi tidak menggunakan meter seperti diarahkan  (SPAD)  sebaliknya meletakkan tambang tidak munasabah kepada pengguna. Salah seorang pemandu teksi berkata, tindakan berkenaan dianggap halal kerana mereka terpaksa menunggu lebih satu jam untuk mendapatkan seorang penumpang. Menurutnya lagi, jika pelanggan tidak bersetuju dengan kadar bayaran berkenaan, mereka boleh membuat panggilan untuk mendapatkan teksi lain.

Kat sini saya nak ulas sedikit..Bagi pendapat saya, tindakan itu sama sekali tidak boleh dianggap halal kerana ia bukan hanya tindakan mengambil kesempatan, tapi sangat menyusahkan para pelanggan. Itu adalah asam garam yang harus dilalui pemandu teksi dan bukan seharusnya ditanggung oleh para pelanggan jika mereka terpaksa menunggu lama. Cuba mereka fikirkan kembali.Kenapa mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat pelanggan.Ini kerana kesalahan mereka sendiri.Sekiranya tambang teksi adalah mengikut harga yang ditetapkan sudah pasti ramai pelanggan akan menggunakan perkhidmatan mereka.Tetapi oleh sebab para pemandu mengenakan tambang  2 kali ganda, menyebabkan hanya pelanggan yang benar-benar  terpaksa akan menggunakan perkhidmatan mereka.  Dan berkaitan, “jika pelanggan tidak bersetuju dengan kadar bayaran berkenaan, mereka boleh membuat panggilan untuk mendapatkan teksi lain.”

Hakikat sebenarnya, pelanggan memang tiada pilihan lain untuk menaiki teksi lain kerana  dari apa yang sering terjadi dan saya lihat sendiri, persatuan teksi kelihatan berkumpul dan seperti membuat persetujuan untuk mengenakan tambang yang sama iaitu 2 kali ganda dari tambang sebenar..
Berdasarkan pengalamn saya sendiri..Pernah satu malam tu saya terpaksa menghadiri satu event di Kuala Lumpur yang memaksa saya balik lewat kerana event selesai lewat..Waktu tu sudah menunjukkan pukul 9 malam bila saya sampai di klang dari KLsentral. Waktu tu memang masih banyak teksi.Suami bertanya tambang untuk sampai ke rumah sewa kami. Salah seorang mengenakan tambang rm35. Suami cuba bertanya pemandu yang lain namun masih sama, Rasa sayang untuk membayar tambang sebegitu rupa tak berbaloi dengan jarak ketujuan. Kami mengambil keputusan untuk menunggu teksi lain hinggalah jam11  tiada satu pun teksi yang sudi menurunkan harga teksi, dari jauh saya lihat kumpulan pemandu teksi berkenaan sedang berbincang dan akhirnya memanggil kami dan memujuk. Mereka menyatakan yang kami takkan dapat teksi lagi malam macam ni.Kalau ada pun jika sudah jam 12, tambang akan naik menjadi rm50. Mahu tak mahu kami terpaksa sahaja menaiki teksi dengan membayar rm35..
Rasa sangat terbeban membayar tambang sebegitu..Namun tiada pilihan.
Saya yakin bukan saya seorang yang pernah mengalami situasi ini. Marilah kita sama-sama bertindak dan membenteras masalah ini.Adukan perihal ini kepada (SPAD) ditalian hotline 1 800 88 7723, atau emailkan ke aduan@spad.gov.my atau terus hubungi dilaman rasmi seperti facebook dan twitter.