11 December 2014
DERMANIC TRANSCAPS
09 November 2014
Choco buble rice careal oreo
Ima jual murah murah ja. boleh whatsapp atau wechat ima sekiranya berminat
ima salsuzaima: 0128706289
19 October 2014
kesian kamu seorang saja
punca nafas dan badan berbau
Korang boleh whatsapp ima untuk info lanjut tentang produk ni.ima bukan sekadar menjual tapi ima juga ingin membantu Sesia sahaja yang ingibkaa tubuh yang sihat dan buang segala toksin di dalam badan.
![]() |
Klik gambar untuk maklumat prodak |
![]() |
Add caption |
18 October 2014
servis yang menyedihkan
Sedih sebab costumer tu kecewa dengan kejadian tu. Ima refund la duit tu tapi costumer complain dia kecewa sebab bila barang dah sampai tengok benda dah pecah..
Tapi takpe la kan..itu perkara biasa kan dalam urusan pos.Tapi harap-harap tak selalu terjadi la.kalau selalu, memang rugi la jadi peniaga kecil kecilan macam ni..
17 October 2014
Fakta ke auta nak bongsu
15 October 2014
Resepi cream puff
Hai uolzz..Pernah tak korang makan cream puff, durian puff, vanilla puff atau apa sahaja puff lah..hehe.. hari ni ima nak kongsi resepi cream puff tau..sesuai untuk minum petang atau bila bila lah rasa nak makan.hehe..
Ima suka makan cream puff ni tapi tak pernah buat sendiri..1 hari tu ima ternampak org jual durian puff.ima pun beli.sedap jgak lah.so ima terfikir la nak cuba buat sendiri.Tak lain tak bukan, google lah jugak yang ima harapkan.hehe..Rupa rupanya buat cream puff ni tak susah..senang jer.. jom kita mula sediakan bahannya..
250ml air
150g tepung gandum (diayak)
3biji telur gred A (dicampur sepenutup vanilla dan dikacau menggunakan garfu)
Topping cream non dairy (mixer sehingga kental)
Tips: pastikan topping krim dikeluarkan awal dari peti sejuk beku 10-15minit sebelum dimixer)
•Masukkan air, garam dan butter kedalam periuk dan kacau hingga butter cair dan air mendidih.gunakan api sederhana.
•Masukkan tepung dan kacau satu arah sehingga bahan bahan sebati.Matikan api.
•Biarkan adunan sebentar dalam 5 minit dan pindahkan ke dalam bekas dan mixerkan dengan kelajuan sederhana.
•Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil mixer dengan kelajuan sederhana laju.
•Bila adunan sudah lembut dan menjadi pes, masukkan adunan kedalam piping bag yang dipasang nozel bintang.
14 October 2014
Tuhan tolong jangan panjangkan rambut dhani
Terkedu aku dibuatnya..nak ketawa pun ada..alahai la..susah benor nak gunting rambut budak ni..
Borong
• BEST SLIM
•OBUSE EYEBROW
13 October 2014
Resepi Donut a.k.a kuih gelang
1 sudu makan gula pasir
30ml minyak masak
Secubit garam
160ml air
40ml air panas
300g tepung gandum
•Biarkan sebentar hingga gula dan garam larut.
•Tuangkan air dan masukkan yis serta minyak.
•Biarkan sebentar dalam 5 minit sehingga yis kembang.
•Setelah itu tuangkan tepung dan gaulkan menggunakan tangan.
•Biarkan adunan 5- 10 minit.
•Bulat bulatkan adunan, leperkan dan cucuk ditengah menggunakan jari.
•Sementara itu panaskan kuali dan minyak.
•Goreng hingga kekuningan.
•Toskan minyak
12 October 2014
Obuse Eyebrow
10 October 2014
Resepi Macarons menggunakan Macarons Decoration Set
Ada tak yang suka makan macaron kat sini.. Macaron ni kalau nak beli memang mahal.dapat berapa biji je kalau beli.makan pun tak puas..ha, apa kata korang yang minat makan tu buat sendiri.bahan-bahan pun tak la banyak mana. Sekarang sangat mudah nak deco macaron, search je resepi kat google, berlambak resepi yang dikongsikan.Lebih mudah dengan adanya macaron decoation set.
Jom kita try buat macaron sendiri.
Bahan-bahanya:

2 biji putih telur gred A
Psssssttt..Kalau korang nak set macarons ni boleh whatsapp ima ye..ima ada jual..sementara stok masih ada ye.. (012 8706289)
08 October 2014
Mini Contest My Lense Story: Demi Masa
Bismillahirohmanirohim..Alhamdulillah setelah sekian lama tenggelam timbul dalam dunia blog ni dan setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk sapport contest atau apa saja acara dari rakan blogger hari ni ima berkesmpatan sekali lagi untuk memberi sokongan untuk menyertai mini contest yang dianjurkan rakan kita http://www.kizmyself.com
Tempat didalam gambar ni adalah kampung datuk nenek ima sebelah abah di kampung beaufort sabah.tak tahu kenapa bila pandang gambar ni ima rasa sayu sangat.Dulu.. tempat ni tempat ima separuh membesar, bermain, mandi sungai dan pelbagai kenangan yang masih belum terpadam dalam ingatan.Diseberang gambar tu terletaknya rumah datuk nenek ima. Tapi datuk nenek ima tu dah takde.namun rumah tu masih sama seperti dulu dulu. Bila berada disana ima rasa tenang.sama tenang seperti ima melihat gambar ni.
Biar masa terus berlalu, biar umur makin meningkat.namun ingatan sukar dipadamkan.Bila umur ini semakin menigkat, banyak perkara yang berlaku kepada diri dan juga kepada orang sekeliling ini. Banyak perkara yang membuat diri menangis.
Hidup ini penuh dengan cubaan, penuh dengan dugaan, lumrah alam.
Imbau kembali lirik lagu demi masa dari kumpulan raihan.
Demi masa, Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan, Yang beriman dan beramal soleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan, Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Moralnya? sentiasalah kita menggunakan masa di dunia dengan sebaik baiknya dengan perkara yang akan menguntungkan kita diakhirat nanti kerana sesungguhnya masa itu tidak pernah menunggu kita malah masa sentiasa mencemburui kita.
Mini Contest My Lense Story ini dianjurkan oleh kizmyself, dengan kerjasama Pingje.Org, Blog Melayu Terkini, Media Info
30 September 2014
Resepi roti bun
Assalamualaikum...
Nak tak kalau ima kongsikan resepi roti bun? Boleh la buat minum pagi atau petang. Kalau ima, asal free je mesti tangan ni gatal nak menghasilkan sesuatu untuk dimakan..kata nak diet..haha...itu sangat sukar ye...
Okeyh.. taknak cakap banyak la.kita terus kepada bahan-bahan untuk meroti..
Bahan bahan yang kita perlukan adalah:
Bahan A:
250g tepung roti
50g butter
1 sudu kecil bread improver
Sedikit garam halus
1 sudu makan susu pekat
1 biji telur gred B
Bahan B:
105ml air suam kuku
1 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil gula halus
Inti:
Kacang hitam
Sekarang bahan dah ada semua, kita mulakan.
Letakkan semua bahan A tadi dalam 1 bekas.
Sementara itu, gaulkan pulak bahan B. Larutkan gula halus dalamair suam tadi.bila gula dah larut, masukkan pulak yis kering. Kacau hingga berbuih.
Setelah itu tuangkan bancuhan yis dan gula tadi (bahan B) ke dalam bekas yang berisi bahan A tadi.
Uli bahan tadi sehingga sebati selama 5 minit.
Kemudian tutupkan doh tadi dengan plastik dan biarkan doh selama 30 minit.
Sementara menunggu, bulat bulatkan inti kacang hitam.
Selepas 30 minit, bulat bulatkan doh.
Masukkan inti kacang tadi dalam doh..
Letakkan doh ke dalam dulang/loyang pembakar.
Diamkan lagi doh selama 45minit hingga 1 jam.
Biar betul betul kembang..
Bila doh sudah kembang, sapukan sebiji telur yg d campurkan susu segar atau air.
P/s: jika doh tadi tidak berisi inti, korang boleh taburkan hirisan keju dan gula diatas doh..
Kemudian bakar doh pada suhu 18c selama 15-20 minit..
Roti yang gebu dan lembut sedap di makan bersama keluarga sambil minum teh atau milo..hehe...sangat mudah..
26 September 2014
Apa yang anda fikir tentang sabah sarawak
Assalamualaikum..
Hari ni ima rasa terpanggil untuk menulis tentang pandangan tentang orang malaya (semenanjung) tentang sabah sarawak. Apa sebenarnya pandangan kalian ye bila disebut sabah sarawak? Masih kah rasa , asal sabah sarawak je, hutan.asal sabah sarawak je, naik perahu, asal sabah sarawak je, rumah atas pokok..Terbaru dan paling lawak ima pernah dengar, asal sebut sabah sarawak je, terus kalian terfikir orang sulu,terus terfikir datang sana nanti mati sia sia kena tembak.asal sabah sarawak je, terus terfikir takut nanti suami kena jampi dengan orang sabah sarawak..serius yang tu memang lawak..
Yaaa..betul..kebanyakkan kawasan sabah sarawak masih lagi ada hutan dan kawasan pendalaman.kami tak boleh nafikan.betul, ada beberapa kawasan masih lagi jauh dari perkhidmatan bank, hospital, pos laju dan sebagainya..itu sangat betul..dan betul jugak, pembangunan di semenanjng lebih hebat berbanding pembangunan di sabah sarawak.
saya tidak pernah malu bila orang malaya katakan orang sabah sarawak tinggal dihutan.sangat tidak.. saya sangat berbangga sebenarnya bila mengaku orang sabah sarawak..sabah sarawak adalah negeri yang sangat sangat sangat sangattt saya banggakan.Malah saya merasa kasihan terhadap sesetengah orang malaya yang masih berfikir sabah sarawak adalah hutan100%.pengetahuan mereka hanya disana sana sahaja.masih dijajah dan masih berada ditahap zero sahaja.
Semalam ada seorang kenalan dari semenanjung memberitahu dalam salah satu group yang saya sertai..
Dia kata, suami dia lulus ujian fizikal untuk menjadi polis tetapi dia risau sebab penemuduga tu kata kalau lulus ujian kedua, suaminya akan dihantar ke sabah.saya rasa apa yang dia risaukan sangat tak munasabah..yeah..ada perkataan sabah disitu..hehe..
Tahu apa 1st imprision dia terhadap sabah? Dia risau suami dihantar untuk berperang dengan orang sulu..saya yakin dia takut suami dia ditembak.
Kedua,dia risau suami dia dijampi oleh orang sabah.ye, saya faham perasaan dia sebab saya pun takut juga kalau suami saya dijampi perempuan lain..minta dijauhkan lah ye.
Ketiga, dia tanya kat sabah pos laju ok tak..posmen dia ok tak..sumpah yang ni lawak.hehe..
dan yang membuat hati sedikit terguris, dia kata orang sabah ramai penjahat..
Saya mohon, bukalah minda,buka lah hati dan buanglah aura negatif dari diri kita ni..kalau ima tak salah, pendapat peribadi saya, manusia ni sebenarnya sama sahaja.tak kiralah dari mana.sabah sarawak, semenanjung? Beza kita hanya percakapan dan kepercayaan serta kebudayaan kita. Kalau takut suami ditembak semasa bertugas, jangan bagi suami mohon kerja jadi polis.sebab kerja polis memang menjaga keamanan.sila berbalik kepada niat menjadi polis itu sendiri.Maaf cakap tapi bagi saya, kalau ditakdirkan mati ditembak,.saya lihat kat semenanjung duduk minum kopi pun tak pasal pasal boleh mati kena tembak.
kedua, takut suami kena jampi? Kalau orang nak jampi, tak payah tunggu datang sabah sarawak.kat semenanjung pun ramai orang guna jampi.bukan setakat jampi suami orang.jampi untuk merompak pun ada. Lelaki ni, kalau memang miang, tak jampi pun dia boleh cari lain. Minta dijauhkan lah ye.
Ketiga.pos laju? Ya Allah..apa sangat nak dirisaukan.kalau dah rezeki, kita dimana pun masih rezeki tu masuk.sama je posmen sabah dengan posmen semenanjung.ada yang malas ada yang rajin.
Dan yang last, orang sabah sarawak banyak penjahat ke? Kat semenanjung takde orang jahat ke? Semua baik? Yang tu korang jawab sendiri ye..hehe..
Berbalik pada poin diatas tadi..kenapa di sabah sarawak masih banyak hutan? Ini kerana kami masih mahu menyimpan khazanah yang sangat berharga. Kami tidak malu, kami tidak segan. Kerana kami tahu kami ada lebih berbanding kalian..kami ada tanah. Kami membina rumah kami diatas tanah kami sendiri.kami ada tanah untuk kami bercucuk tanam dan menikmati buah buahan segar dari pokok.tinggal petik je.kami ada tanah untuk kami menternak haiwan peliharaan dan dijadikan income kami.kami masih simpan tanah untuk anak cucu kami di masa akan datang.sekurang kurangnya kami tak perlu mengemis ditempat kami sendiri.
Ketahuilah dan sedarilah..jangan berbangga dengan apa yang kalian ada sekarang...semua yang kalian miliki di semenanjung adalah datangnya daripada sumber sabah sarawak.. tanpa sabah sarawak, semenanjung is nothing. semenanjung takkan berada dalam keadaan sekarang ni..Maaf cakap..ini hanya pandangan saya..saya sendiri masih kosong tentang hal ini tapi saya rasa kalian harus sedar.Dan paling tepat sekali segala yang kita miliki sebenar benarnya wujud dengan keizinan Allah S.W.T dan dia boleh menariknya dengan sekelip mata sahaja.
22 September 2014
Resepi Pavlova
4biji putih telur (tanpa sedikit pun kuning telur)
3/4 cawan gula kastor
30g tepung jagung (diayak)
50ml cuka makan
1penutup esen vanilla
Mixerkan putih telur dengan gula hingga kembang dan marigue..(bila terbalikkan bekas, adunan tak tumpah/jatuh..
Cara:pukul whiping cream sehingga kembang dan menjadi krim.. (pastikan whiping cream di keluarkan dari freezer 1 jam sblum hendak digunakan dan goncang sebelum dituang untuk dipukul )
04 September 2014
Shake & Take 3 murah
Assalamualaikum..
Shake & take sekarang dh sampai 3 generasi...
Memang mendapat sambutan yang menggalakkan bagi peminat jus.. sebab apa? Sebab shake n take ni memang mudah digunakan..tak perlu susah2 blend dan tuang ke gelas..dengan shake & take, kita hanya perlu shake n take..lepas blend trus boleh minum..sangat jimat masa..
Sesiapa berminat boleh take 1. Ima jual murah-murah je.. untuk info korang boleh whatsapp ima ye.. di talian 012 8706289..
23 August 2014
Variable Y
Caru guna.variable Y ni pun amat mudah. Hanya sapukan seperti memakai mascara..