Sponser By

Followers

Iklan

29 April 2013

Atasi Masalah Nafas Dan Badan Berbau

Assalamualaikum..^_^


Eeeuuwww..Anda mempunyai masalah nafas dan badan berbau? Walaupun sudah mencuci mulut dan memakai wangi-wangian. Memalukan bukan? Selain itu, ia juga boleh menurunkan tahap keyakinan anda. Sebenarnya ini adalah kerana banyak toxin didalam tubuh kita.

Tapi Jangan risau.Kini kita boleh atasi masalah ini dengan 2B Gorgeous Fiber iaitu minuman kesihatan yang sangat lazat.. Nyum nyum..


Berminat Untuk Mencuba?? Sms ima- 019 4876298 atau inbox di fb Puan Ima Salsuzaima


2BE GORGEOUS FIBER
MINUMAN DETOX TERBAIK DI MALAYSIA

Apakah 2BE GORGEOUS FIBER ?
~ Ia merupakan minuman berasaskan organic yang amat SIHAT & MENYELERAKAN .

CARA PENGAMBILAN YANG UNIK mengikut permasalahan yang anda hadapi.

  • 2BE GORGEOUS FIBER untuk DETOXIFIKASI / SEMBELIT

1. Masukkan 1 sudu makan + 1 cawan air suam . ( size tea cup )
Minum 2 HARI 1 KALI SAHAJA

  • 2BE GORGEOUS FIBER untuk BANTUAN PELANGSINGAN

1. Masukkan 1 sudu setengah + 1 cawah air suam hampir ke panas ( size tea cup )
Minum setiap pagi before breakfast atau setiap kali sebelum pengambilan makanan berat

  • 2BE GORGEOUS FIBER untuk KECANTIKAN / CUCI DARAH / SEMBELIT

1. Masukkan 1 sudu makan + 1 cawan air suam . ( size tea cup )
Minum sebelum tidur, SETIAP HARI
Ia juga boleh dijadikan sebagai gantian makanan untuk diet yang lebih teratur.
Selain itu DIINGATKAN KEPADA SEMUA, BAHAWA 2BE GORGEOUS FIBER BUKAN UBAT,TETAPI BANTUAN MAKANAN TAMBAHAN ORGANIC yang dipercayai mampu membantu anda .

2BE GORGEOUS FIBER

-membantu membuang toxin di dalam badan
-menyihatkan kulit
-membakar lemak
-mencuci darah
-membersihkan kolon
-menghilangkan lebihan gula dalam badan
-mencantikkan kulit
-membantu menjana sel kulit
-menguatkan rambut, tulang , gusi dan gigi
--menguatkan kuku
-membantu sistem dalaman badan
-mengelakkan sembelit
-mengurangkan pening kepala
-menjadikan badan lebih bertenaga
-memudarkan parut jerawat
-merendahkan kolestrol dalam darah
-memberi vitamin a,c,d,e dalam badan



 


-mengandungi gabungan superfruit terhebat
-kadar orac yang tinggi
-mengandungi madu
-mengandungi buah delima
-mengandungi soy lecithin yang baik untuk agen membakar lemak
-mengandungi serbuk mutiara yang baik untuk detox dan memutihkan kulit
-menganduungi gabungan kekacang seperti badam dll
-mengandungi gabungan sayuran terbaik seperti zuchhini, alfafa, rumpai laut dll
-mengandungi buah2 tempatan dan antarabangsa yang kaya dengan vitamin
-mengandungi extract pelbagai jenis fiber.

pendek kata sebelum anda makan apa jua supplement, apa kata anda detox dan baiki sistem dalaman anda dengan 2BE GORGEOUS FIBER terlebih dahulu.
Anda pasti tidak akan kecewa !

27 April 2013

Kenapa Aura White tak perlukan KKM

Assalamualaikum..^_^

Kenapa Aura White Tiada Kelulusan KKM?

Pertama sekali perlu faham bahawa Aura White adalah minuman kesihatan bukannya produk berjadual macam vitamin/ybat-ubatan. Ia dikalsifikasikan sebagai produk makanan/minuman. Oleh yang demikian, produk ini secara automatiknya dikawal oleh Pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM). Makanya, apa-apa produk makanan/minuman kesihatan tidak perlu berdaftar dengan KKM. Kerana produk seperti ini diselia di bawah Akta Makanan. Sama seprti produk Herbalife dan Innershine yang berdaftar dengan Akta Makanan.

Produk makanan/minuman kesihatan perlu mendapatkan kelulusan dari GMP Manufacturing, buatan malaysia dan yang paling PENTING mendapatkan status HALAL dari JAKIM MALAYSIA



Jom Jom Jom.. Aura White kini diupgrade daripada 400 000mg kepada 900 000mg.. 
Harga tetap sama. Untung Bukan..So apa tunggu lagi? Sms ima sekarang- 019 4876298 ^_^

26 April 2013

Tikam dart ke kepala akibat terlanggar bahu

Assalamualaikumm..





LIMBANG: Seorang pela­jar yang bakal mendudu­ki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sebuah sekolah menengah di sini dipercayai menikam kepala seorang lagi pela­jar sekolah sama meng­gunakan buah dart dalam satu pergaduhan, awal pagi semalam.

Akibat kejadian pada jam 6.30 pagi itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga terpaksa dirujuk ke Hospital Miri dengan keadaan buah dart yang masih tercacak lebih seinci di kepalanya.
Kejadian menggemparkan itu menyebabkan mangsa yang pada mulanya dihantar ke Hospital Limbang terpaksa menahan azab kesakitan selama tiga jam sepanjang perjalanan menggunakan ambulans ke Hospital Miri, pagi semalam.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa secara tidak sengaja terlanggar bahu dengan sus­pek menyebabkan suspek tidak puas hati sehingga men­cetuskan pergaduhan.
Ketua Polis Daerah Lim­bang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika di­hubungi Utusan Borneo se­malam mengesahkan kejadian terbabit dan berkata mangsa diserang tiga pelajar lain se­lepas perhimpunan sekolah pagi semalam.

“Laporan dibuat oleh pihak sekolah sekitar jam 8.30 pagi dan kes terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menda­tangkan kecederaan meng­gunakan senjata,” katanya.

BACA BERITA PENUH----> [ SINI ]


P/s: Elok sangat lah tu.Gara-gara terlanggar bahu, tikam orang guna dart. Hairan, pelik dan rasa ajaib.Macam mana lah pelajar sekolah boleh bawa dart ke sekolah?? Semua nak jadi samseng ye??


24 April 2013

Wajibkah dia disembahyangkan dan dikuburkan cara islam

Assalamualaikum..




Astaghfirullahalazim.. Saya tak berani nak komen lebih. Tapi saya rasa mereka takde hak nak tentukan orang lain layak atau tidak disembahyangkan dan dikuburkan secara islam.Kita tak tau pengakhir hidup orang lain.Siapa tahu mereka yang kita sangka akan meninggal dengan penuh dosa akan meninggal dengan tenang kerana sempat bertaubat.

[Kisah seorang abid (ahli ibadat) dihumban ke neraka manakala seorang fasiq dimasukkan ke syurga]

"Ada dua orang laki-laki dari bani Isra'il yang saling bersaudara; salah seorang dari mereka suka berbuat dosa sementara yang lain giat dalam beribadah. Orang yang giat dalam beribdah itu selalu melihat saudaranya berbuat dosa hingga ia berkata, "Berhentilah." Lalu pada suatu hari ia kembali mendapati suadaranya berbuat dosa, ia berkata lagi, "Berhentilah." Orang yang suka berbuat dosa itu berkata, "Biarkan aku bersama Tuhanku, apakah engkau diutus untuk selalu mengawasiku!" Ahli ibadah itu berkata, "Demi Allah, sungguh Allah tidak akan mengampunimu, atau tidak akan memasukkanmu ke dalam surga." Allah kemudian mencabut nyawa keduanya, sehingga keduanya berkumpul di sisi Rabb semesta alam. Allah kemudian bertanya kepada ahli ibadah: "Apakah kamu lebih tahu dari-Ku? Atau, apakah kamu mampu melakukan apa yang ada dalam kekuasaan-Ku?" Allah lalu berkata kepada pelaku dosa: "Pergi dan masuklah kamu ke dalam surga dengan rahmat-Ku." Dan berkata kepada ahli ibadah: "Pergilah kamu ke dalam neraka." Abu Hurairah berkata, "Demi Dzat yang jiwaku ada dalam tangan-Nya, sungguh ia telah mengucapkan satu ucapan yang mampu merusak dunia dan akhiratnya."

كَانَ رَجُلَانِ فِي بَنِي إِسْرَائِيلَ مُتَوَاخِيَيْنِ فَكَانَ أَحَدُهُمَا يُذْنِبُ وَالْآخَرُ مُجْتَهِدٌ فِي الْعِبَادَةِ فَكَانَ لَا يَزَالُ الْمُجْتَهِدُ يَرَى الْآخَرَ عَلَى الذَّنْبِ فَيَقُولُ أَقْصِرْ فَوَجَدَهُ يَوْمًا عَلَى ذَنْبٍ فَقَالَ لَهُ أَقْصِرْ فَقَالَ خَلِّنِي وَرَبِّي أَبُعِثْتَ عَلَيَّ رَقِيبًا فَقَالَ وَاللَّهِ لَا يَغْفِرُ اللَّهُ لَكَ أَوْ لَا يُدْخِلُكَ اللَّهُ الْجَنَّةَ فَقَبَضَ أَرْوَاحَهُمَا فَاجْتَمَعَا عِنْدَ رَبِّ الْعَالَمِينَ فَقَالَ لِهَذَا الْمُجْتَهِدِ أَكُنْتَ بِي عَالِمًا أَوْ كُنْتَ عَلَى مَا فِي يَدِي قَادِرًا وَقَالَ لِلْمُذْنِبِ اذْهَبْ فَادْخُلْ الْجَنَّةَ بِرَحْمَتِي وَقَالَ لِلْآخَرِ اذْهَبُوا بِهِ إِلَى النَّارِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَتَكَلَّمَ بِكَلِمَةٍ أَوْبَقَتْ دُنْيَاهُ وَآخِرَتَهُ

H.R Abu Dawud dari Abu Hurairah, no. 4255, Kitab Adab Bab: Larangan bersikap melampaui batas.

P/s: Tidak kira kamu parti apa.Jika kamu benar-benar islam sila report PAGE ini. Kita bukan siapa-siapa untuk menghukum. Biarlah Allah yang menentukan.

23 April 2013

Kami bukan adik beradik

Assalamualaiukum..^_^



Ada cerita disebalik tajuk.HiHi.. Sila jangan tertipu ye. Kami bukan adik beradik Tapi anak beranak. Selalu kalau jalan dengan mumy, orang ingat mumy kakak saya.
Dulu zaman-zaman couple dengan husben, orang kata muka kami macam adik beradik. Dan sekarang, anak pulak dikatakan adik.HaHa.. Tapi sekarang ada nakal sikit.Bila orang tanya my baby boy tu adik ke? jawabku, a'ah.adik. Dalam hati ketawa jahat.HaHaHaHaHa

Pstttt..sila jangan jelez sebab kami ditakdirkan dari keturunan yang comel-comel belaka. (HaHa..Padahal tak cukup inci)

21 April 2013

Hujung Minggu Yang Bosan

Assalamualaikum..

Arghhh..Hujung minggu yang amat membosankan.Takde mood nak buat ape pun. Bila Mood takde, maka bosan melanda. Ada idea tak macam mana nak hilangkan rasa bosan dan mendatangkan mood yang baik-baik sahaja? Serius xde mood sejak kebelakangan ni.Sedikit demi sedikit mood hilang dan mood blogwalking pun kurang.



P/s: Itu je?? a'ah.. tu je la untuk kali ni.HaHa..

20 April 2013

Hoii apa Paksa orang klik iklan ni?

Assalamualaikum..^_^

Maaf tajuk agak kohaja.HiHi..Pernah tak korang paksa orang lain klik iklan churp churp atau says? Atau pernah tak dipaksa untuk klik iklan? Kalau 1 iklan ok lagi kan.Ni banyak sangat. Ima tengok sejak kebelakangan ni ramai sangat yang buat contest dan salah satu syaratnya ialah kena klik iklan diorang. Kalau satu ok je.ini banyak.pastu kena klik sampai habis loading pulak. dah kena klik iklan penganjur, kena klik iklan sponser pulak..adoii..

Maaf ye sebelumnya. Sebenarnya bagi pendapat ima, klik iklan tu tak perlu kot. Ia macam satu paksaan kot.sebab itu adalah syarat. Sebenarnya apa tujuan kita buat contest?? Fikir balik... semata-mata nak dapat duit iklan ke? Bukan ke tujuan kita buat contest nak dapatkan follower dan bertujuan agar lebih ramai yang mengenali blog kita. Tak salah sebenarnya nak tambah follower. Dulu-dulu, blogger terkenal masa ni pun buat contest juga. Ingat diorg berblog terus dikenali ke?? Tak ok. Banyak usaha mereka untuk ke arah itu.

Tapi dulu, blogger buat contest tak kenakan syarat yang susah macam sekarang.Sebab apa? sebab dulu buat contest tak perlukan sponser tau. Lagi satu, blogger otai dulu tak jadikan klik iklan sebagai syarat.
Ok, lepas ni mesti ada yang akan kata, kalau taknak klik iklan jangan la join. Ok ok.. betul kot. Tapi macam mana kalau orang yang dah buat entri separuh, last last syarat terakhir kena klik iklan. Nak taknak, kena jugak klik iklan  tu dan teruskan entri yang dah dibuat separuh tadi. Pastu dah klik kena tunggu habis loading pulak.Kena jugak tunggu habis loading sebab kita kena ikhlas, kena jujur.Dah join contest orang kan.kena la ikut betul-betul syaratnye.

Banyak masa yang diambil tau sebenarnya bila kena klik itu klik ini.Lagi-lagi bagi yang mempunyai line enternet macam siput babi.Mesti mood blogging atau membuat entri terganggu.Last-last satu hari atau satu malam tu, masa dihabiskan utk join 1 contest tu je.nak buat entri tak sempat.nak blogging tak sempat.masa dihabiskan dengan klik iklan je.Tak baik lah macam tu kan. Orang lain dah susah-susah buat entri contest tu dan disamping tu dah kenalkan blog kita pada rakan lain, jangan la minta klik iklan pulak. Takut-takut tak halal hasil duit iklan tu sebab orang klik sebab tak ikhlas dan terpaksa.

Satu lagi, ima rasa kalau nak buat contest tak perlu ambik sponser terlalu ramai. tiga hingga  empat orang dah cukup la. sebab bila terlalu ramai, banyak keburukannya. tapi lain kali pulak kita cerita apa keburukannya ye. Maaf andai ada yang terasa.Ini sekadar pandangan peribadi ima. Kalau tak setuju its ok. ^_^

18 April 2013

FERWHITE

Assalamualaikum..^_^

Sekarang ni  Aura White dan Ferwhite adalah antara Hot Produk. Sesiapa berminat boleh la contact-contact ima.Jangan malu-malu ye.hihi. Dan jangan lupa bagitau korang dari pembaca pensel alam maya. HiHi..^_^
019 4876298
ima_collection@hotmail.com






 FER'WHITE -gabungan dari 15 Jenis bahan yang sangat berkesan dan berkualiti,berkesan,dan yang Pasti tidak membeban kan penjual dan pengguna.....modal tak banyak untung banyak,harga tak tinggi tapi kesan tinggi...... ..
Apa bahan yang dimasukkan-
1-kolegen -dah Faham kut utk apa....
2-l-glutathione -dia sorang saja lambat,perlu pada Pembantu utk cepat berkesan..Sapa? Ini lah yang orang tak Faham mengapa Kita berbeza dari yang lain....Kerana Kita Ada supporter kpd fereena iaitu...
3-vitamin utk Kulit A B C D E dan K
4-acaiberry-
5-mangosteen
6-l carnitine-anti aging
7-l-taurine-Bagi tenaga,letih Balik Kerja ,mlm ml suami selalu marah,jadi sebelum tidur ambil FER'WHITE utk kecantikan secara tak langsung Bagi tenaga utk bersama....
8-apple stem cell...bahan yang paling mahal sekali......
9-hyralonic asid
10-dextrose andyrous....anti penuaan
Dan lain lain lagi....
TAHUKAH ANDA........? SATU SCOP FER'WHITE BOLEH ANDA BLEND DENGAN AIS DAN DICAMPUR DENGAN APA JUGA BUAH BAGI MENAMBAHKAN KESEDAPAN.......SODAP NYER.........TAPI KESAN TETAP MANTAIN........


***********************************************************

RAMAI YANG TANYA AA BEZA AURA WHITE DENGAN FERWHITE


FERWHITE
1. 500 000mg
2. Campuran antara kolagen ikan talapia, L-Gluthatione, Acaiberry, Ekstrak maggis, Vitamin A,B,C,D,E & K , L-Carnitine, L-Taurine, Folic Asid, Hyarulonic Asid & paling best adala ingredient paling bagus paling mahal iaitu APPLE STEM CELL + GRAPE SEED EKSTRAK
3. Rasa yang pekat
4. Harga : RM95 (SM) / RM105 (SS)

AURAWHITE
1. 400 000MG
2. Campuran antara kolagen ikan tapalia, Gluthatione, Vitamin C, Hyaluronic Acid, dan bahan semulajadi seperti lemon, turnip, strawberry, maquiberry, papaya, sarang burung, astaxanthun, pineback dan tripple stem cell (tomato, roselle, apple)
3. Rasa sedikit cair (lemon berry)
4. Harga : RM150 (SM) / RM160 (SS)
 
P/s: Sebenarnya kedua-dua produk berkesan dengan baik. Satu lagi beza antara kedua-dua produk kenapa harga Aura white lebih Mahal? Ini kerana Aura White pengasasnya melaburkan modal ke kilang yang dikendalikan oleh individu lain manakala Ferwhite dikilangkan sendiri oleh pengasas. Tapi kedua-dua produk mempunyai kualiti yang terbaik. ^_^

Perkara yang isteri tidak suka

Assalamualaikum..^_^

Tau tak wahai para suami, ada beberapa perkara yang isteri tak suka suami lakukan. Take noted ye. Biar ima senaraikan secara ringkas lagi padat.Lepas baca boleh leh elakkan.Kalau dah tau jangan buat tak tau pulak tau.



1. Merokok didepan isteri dan anak-anak. Kalau boleh, belakang pun kurangkan supaya nafas tak berbau.

2. Malas mandi dan malas menjaga ketrampilan diri contohnya berpakaian selekeh bila keluar rumah.Tapi jangan la terlampau bergaya lebih-lebih nanti isteri curiga.HIHI..

3. Malas membantu isteri. Contohnya langsung sedikit pun tidak membantu isteri membuat kerja rumah.Kalau tak bantu pun sekurangnya jangan main campak je pakaian kotor diluar bakul. satu lagi, suka menlengahkan sesuatu bila isteri meminta bantuan.

4. Suka berbual lama bila terserempak dengan rakan-rakan bila keluar bersama isteri.

5. Melebihkan adik beradik daripada isteri.Contohnya kalau isteri dan adik beradik perlukan batuan, suami dahulukan adik beradik.

6. Langsung tidak ambil tahu urusan dirumah dan tidak tahu menahu masalah isteri

7. Terlampau berkira dengan isteri tetapi tidak berkira bila membazir ke tujuan lain contohnya membeli aksesori kereta.

8. Tidak menjamah walau sedikit hidangan yang isteri sediakan. Kalau kenyang atau dah terlambat pu, jamahlah walau sedikit.

9. Suka meninggikan suara pada anak-anak dan isteri dan terlalu tinggi ego. Ni yang palinggg isteri tak suka

10. Terlalu rapat dengan perempuan lain,Haa..ini sangat-sangat bahaya. Boleh menimbulkan cemburu isteri..Jage-jage..

11. Sukar meminta maaf dan mengucapkan sekdit pujian pada isteri

12. Suka menceritakan masalah rumahtangga kepada kawan perempuan.

13.Selau mencari kesalahan isteri dan anak-anak.


P/s: Para isteri, ada tambahan tak? hihi..Tapi jangan salah faham pulak ye tentang entri ni.Bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau mencari salah para suami.Just nak saling mengingati.Kot-kot lah ada isteri yang tak berani nak bagitau suami dia tak suka benda tu tapi bila sisuami baca ni,kot-kot dia akan cakap. oh baru tahu.mcm tu.HiHi.. Bukan ima nak kata para isteri takde kekurangan. Nanti apa yang suami tak suka isteri buat, para lelaki pulak yang buat entri. Baru lah sesuai dan betul Ye tak? Sharing kan maksudnya caring..^_^

17 April 2013

Penyelesaian bila status Nuffnang bertukar

Assalamualaikum..^_^

Sepanjang berblog ni ima selalu terbaca dan mengalami sendiri bila mana status Nuffnang yang Glitterati tiba-tiba jadi Non-Glitterati dan earning tiba-tiba berkurang. Mesti lah rasa kecewa kan bila jadi macam ni.Kita elok-elok setia dengan Nuffnang, tiba-tiba dia tarik status kita.Chewah..hihi Mungkin ramai yang dah tahu tapi masih ada lagi yang tak tahu. Bila berlakunya perkara ni, mereka akan diamkan saja dan sampai sekarang lah status tu tak berubah-ubah dan earning tak bertambah-tambah. Ima pun sebenarnya tak pasti apa masalah sebenarnya.Tapi ima cadangkan sesiapa yang mengalami masalah ni, terus je hantar ticket pada pihak nuffnang dan terangkan masalah ni.

Sebelum ni ima dah terkena.so ima pun hantar ticket pada nuffnang bagitau yang status Glitterati tiba-tiba bertukar.Lepas 24 jam pihak Nuffnang reply dan bila ima check, status Glitterati ima pun kembali. Tau tak apa yang paling best? Sepanjang berblog ima tak pernah dapat CPUV tapi lepas hantar ticket tu, iklan CPUV slalu je muncul. Alhamdulillah lah kan..^_^





16 April 2013

Suami cari amah Indon Kerana Payudara Tak Menarik

KUALA LUMPUR : Remuk hati seorang isteri apabila suami yang dikahwini lebih 20 tahun lalu mengeji payudaranya sudah tidak menarik sebelum meninggalkannya untuk menjalin hubungan cinta dengan pembantu rumah warga Indonesia.

Isteri malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 43, mendakwa suaminya yang berusia 45 tahun mengabaikan dia dan anak-anak sejak tiga bulan lalu hingga langsung tidak menghulurkan nafkah.
“Hati saya bertambah sakit apabila suami tanpa segan silu memberitahu niatnya untuk berkahwin dengan gadis Indonesia itu tahun depan.

“Paling menyedihkan apabila bentuk fizikal saya yang tidak lagi menarik selain payudara saya yang sudah kendur dijadikan bahan sindiran untuk menghina dan mencaci saya di depan anak.
“Dia sering bersungut kononnya saya malas menjaga badan menyebabkan dia hilang selera setiap kali bersama saya. Maruah saya dihina hingga saya malu apatah lagi bila dia sengaja bercakap dengan suara tinggi hingga didengar jiran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gombak.

Faridah mendakwa, suaminya juga sering membandingkan dirinya dengan amah Indonesia itu yang didakwa berkulit tegang dan gebu kerana mengamalkan pemakanan jamu selain petua awet muda.
Faridah yang mendirikan rumah tangga pada 1990 berkata, keadaan kekurangan fizikal dialami banyak berpunca dari faktor genetik selain terpaksa menyusukan semua enam anaknya ketika mereka kecil. Kini anaknya berusia antara lima hingga 20 tahun.

“Akibat kesempitan hidup, saya tidak mampu membelikan susu tepung dan terpaksa memberi susu badan kepada semua anak. Ada antaranya yang menghisap susu badan sehingga berusia lima tahun. Mungkin faktor itu menyebabkan payudara saya tidak lagi menarik,” katanya.

Dia yang bergantung hidup dengan menjual kuih dan nasi lemak memberitahu kesibukannya berniaga selain menguruskan anak-anak serta rumah tangga menyebabkan keadaan dirinya sering kali tidak terurus.

“Saya sedih diperlakukan seolah-olah saya tiada harga diri. Di matanya, saya cukup jijik hingga makanan yang saya hidangkan sering kali tidak dijamah,” katanya.

Kata Faridah, sebelum ini dia banyak berkorban untuk keluarga kerana menyedari pendapatan suaminya yang kecil selain perlu menanggung kos sewa rumah, persekolahan dan makan minum keluarga.
“Namun apa yang saya lakukan ini langsung tidak dihargai apabila dia kemaruk bermain cinta dengan gadis Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

----> [SUMBER]

P/s: Inilah yang dikatakan jantan. Bila isteri cantik, ada yang cemburu buta sampai keluar rumah pun tak boleh.Bila isteri tak menarik, sibuk nak cari betina lain. Nak isteri menarik, gebu, cantik, motok, bagi la sikit modal untuk isteri nampak menarik.Kalau dah tak mampu jangan lah dihina-hina. Lebih-lebih lagi isteri yang banyak berkorban membantu mencari nafkah. Cermin la diri tu sikit wahai jantan kalau nak isteri yang menarik. Ko ingat cantik, gebu montok tu berkekalan kot.Ke tiap kali dah tak menarik ko nak cari lain?? Dasar Jantan lah kan.

Jangan ingat wanita ni selemah-lemah manusia tau.jangan ingat wanita ni sebodoh-bodoh manusia. Wanita adalah satu anugerah. Kalian boleh ternganga bila wanita tunjuk kemampuan wanita sebenarnya.

15 April 2013

Fitnah Berkaitan Kes Buli

Assalamualaikum.. Atas rasa tanggungjawab aku pun nak sebarkan juga tentang hal ni. Apa guna ada blog kalau nak sebar fitnah je tapi tak sebar kebenaran? Mesti korang masih ingat kes buli yang tersebar di youtube baru-baru ni kan. Dan ada beberapa buah blog dan media sosial yang telah salah memberi maklumat tentang pembuli berikut iaitu Luqman Hakim.

Sebenarnya Luqman Hakim bukan pembuli berikut dan tidak terlibat dalam kes buli itu. Adik ni sebenarnya hanya mangsa keadaan atau lebih tepat mangsa fitnah.Berikutan fitnah yang telah tersebar, adik ni telah mendapat kecaman dan menerima bertus panggilan dan berpuluh sms dari individu yang mengancam keselamatan adik ni.


Atas nasihat guru dan ibu bapa dan juga atas dasar keselamatan, Luqman Hakim telah membuat laporan polis berikutan ancaman yang diterima. So now rakan-rakan blogger tolong sebarkan tentang kesalahan info ni ye.Kesian adik ni.Nanti pelajaran dan emosi un terganggu.Lagipun pembuli yang sebenar dah dikenalpasti.

Nak info lebih detail dan lanjut korang boleh ke blog Nabila dan Media Siber

14 April 2013

Menang Coklat handmade dan Mug

Alhamdulillah. Nampaknya ada lucky ima kali ni.hihi.Jarang-jarang tau ada lucky macam ni. Ingat tak ima pernah minta bantuan korang untuk like status ima kat facebook? Ala yang hari tu.Cuba lihat kat sini----> [SINI

Terima kasih buat Choc LoverS sebab sudi bagi coklat free dan mug yang sangat comel..hihi..Cantik tak mug tu? tu pic timeline facebook ima tau.hihi




P/s: Oh ya..sekali lagi ima nak bagitau ni. Choc LoverS ni ada menerima tempahan coklat untuk gift dan hantaran tau.Nak tempah boleh direct ke Page Choc LoverS. Memang Terbaekk bak kata Boboi Boy.

Aura White

Assalamualaikum semuanya. Morning juga ya. Ada dh yang Blogwalking pagi-pagi ni? bagus-bagus.walaupun hujung minggu tapi tetap bangun awal. Selamat berhujung minggu ye semuanya. ada plan nak ke mana-mana ke ari ni? Nak ikottt..hihihi.. Ima hari ni kat umah je kot. Masa untuk masak best-best dihujung minggu.

Oh ya. berbalik pada tajuk entri ni. Ima just nak inform. Aura white combo dengan emas korea hari tu dah tamat promosi tau.Tapi Kali n i ima bawakan Aura white dengan 8 jenis item percuma. Promosi sah sehingga 18/04/2013

Aura White RM150/ RM160 & Get Free
*1 piece Shaker
*1 piece 3D Facial Mask
*1 piece Sabun (assorted)
*2 pieces Collagen Crystal Lip Mask
*2 pieces Collagen Eye Mask
*2 pieces Shiseido Mask
*5 pieces Facial Serum
*free postage


 Untuk mendapat detail atau sebarang pertanyaan boleh terus hubungi ima di 019 4876298 atau inbox ima di Ima Collection (Lawas).

Selain aura white, ima ada jual produk lain juga.Antara yang hot sale ima akan letak pic kat bawah ni.Terus je klik gambar untuk direct ke detail ye.:)


Bedak Arab Kokuryu
Set CollagenPlus
Swiss Med Beuty +Free Shaker + Free Serum
Everlynn Skincre

Kryolan Foundation

VeeQ Secret

13 April 2013

Resepi Waffle

Assalamualaikum..^_^
Tercari-cari menu apa nak masak untuk anak-anak atau adik? Jom kita try resepi waffle ni. Ima copy 100% dari web Pa&Ma.HiHI..



Waffle
Masa: 20 minit
Hidangan: 4
Bahan-bahan
* 1/2  cawan tepung gandum
*  75 ml susu segar
*  2 biji telur ( saiz C) asingkan putihnya
*  1/2 sudu teh baking powder
*  1 sudu teh minyak masak
*  1 sudu teh gula halus
*   secubit garam


Cara membuatnya:
1.      Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan gebu. Ketepikan.
2.     Dalam bekas berasingan, gaul rata telur kuning, tepung (ayak bersama baking powder terlebih dahulu , susu, garam, minyak masak.  Masukkan adunan ini ke dalam telur putih tadi. Gaul rata.
3.     Panaskan snack maker, sapukan sedikit marjerin ke atas dulang waffle. Masukkan adunan dan bakar kira-kira dua minit. Sedap di makan dengan jem,kaya,aiskrim atau madu berserta buah strawberi.
4.     Boleh juga dimasak dalam kuali. Walaupun rupa tak serupa, rasanya tetap sama.



Nak Beli Waffle Maker?? Jom ke Ima Collection

12 April 2013

Maut Tertusuk Buluh Bendera Parti

Assalamualaikum. Astaghfirullahalazim. Pagi-pagi lagi dah terbaca berita lelaki maut akibat tertusuk buluh bendera parti. Tidak kira mana-mana parti, seharusnya beringat-ingat ketika memasang bendera parti haruslah utamakan keselamatan sendiri dan orang lain.Dan sebaiknya bendera parti itu tidak seharusnya dipasang terlalu banyak di tepi-tepi jalan sehingga boleh memudaratkan orang lain. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Mangsa.

“Saya baru hendak tidur, kemudian dikejutkan sepupu yang memberitahu suami pulang dalam keadaan berlumuran darah dan mengerang kesakitan.
“Saya terus melulu ke arah suami dan membalut lehernya dengan tuala, tetapi darah masih keluar menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan orang kampung menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Nor Fatihah, suaminya itu tidak banyak bercakap selain hanya mampu beristighfar dan mengucap sepanjang perjalanan menaiki bot ke klinik kesihatan itu.

“Dalam keadaan hujan, saya gagahkan diri meminta bantuan orang kampung untuk menghantar suami ke klinik kesihatan agar dia dapat dirawat segera memandangkan darah di leher mengalir semakin banyak,” katanya.

Nor Fatihah berkata, bagaimanapun, suaminya diarah untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mersing memandangkan kecederaan yang dialaminya serius.

“Hanya doa saja yang dapat saya lakukan ketika itu, selain berharap supaya suami kembali sembuh, apatah lagi melihat keadaannya yang tidak bermaya seolah-olah seperti ayam baru kena sembelih,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia reda apabila doktor mengesahkan suaminya tidak dapat diselamatkan selepas mengalami pendarahan yang teruk.

“Saya terima ketentuan Ilahi kerana ajalnya sudah tiba. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha, kerana semua itu atas kehendak-Nya,” katanya.

“Saya pun rasa pelik, kerana arwah tidak banyak bercakap dan suka menyendiri, mungkin itu tanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya.

Dalam pada itu, Jenazah Sofian Iskandar dituntut keluarganya untuk dibawa ke Pulau Tioman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salang, selepas Isyak.

11 April 2013

Samseng Tahi Anjing

Assalamualaikum..^_^



Lagi-lagi kes buli. Sekarang ni kes buli dah semakin berleluasa. Aku memang pantang lah tengok kes-kes buli macam ni. Korang ada tak tengok video kes buli baru-baru ni? Budak-Budak b***h betul. Dah membuli, rakam pulak, dah rakam, upload pulak. Sekarang dah dicari polis. Nah padan muka. Masa belajar lagi dah jadi pembuli. Dah besar nak jadi apa? Nak jadi gengster?? Huh.. Panas hati betul lah. Kesian aku tengok budak yang kena buli tu. Dah lah seorang.Yang membuli ni 3 4 orang.

Sepatutnya kes macam ni bagi hukuman berat. Tak elok lah benda ni tersebar tapi xde tindakan sewajarnya. Buang sekolah je?? ah.macam tak sepadan pulak dengan apa yang diorang lakukan. Hishh.Kalau terkena dengan adik-adik atau family yang kena buli ni, rasa nak cari je sampai ke lubang cacing.

Diharapkan juga agar mangsa buli ni tidak takut untuk memberitahu ahli keluarga, guru atau laporkan terus kepada pihak yang berkuasa. Selagi adik-adik biarkan hal ni, selagi tu kes buli ni takkan berhenti. Jangan takut. Selagi tak laporkan, ada lagi mangsa buli yang seterusnya. Pergi sekolah takyah nak tunjuk samseng lah.Ke nak tunjuk kuat?? Kalau dah kuat dan berani sangat, hah tu sana pergi lahad datu tentang SULU tu. Dapat gak pahala.

Mode: emosi sangat-sangat ni.

TERKINI: suspek Buli
HUKUMAN: Buang Sekolah Jer. ermmmm
BACA SELANJUTNYA: ---> [SINI]


10 April 2013

Resepi Ikan Masak Asam Pedas Maggie

Assalamualaikum..^_^

Kali ni ima nak kongsikan resepi yang mudah. iaitu ikan masak ikan pedas Maggie. Ha'ah. ima memang suka masak benda-benda yang simple tapi sedap. haha.Padahal takterer masak.sebab tu masak simple simple je. Ok lah tu yang penting suami dan anak suka makan masakan kita.

Bahan-Bahan:
1. 500-700gm Ikan [Terpulang la nak guna ikan apa.Ikut selera masing-masing]
2. 2 atau 3 biji Tomato dipotong-potong
3. Kacang Bendi dipotong-potong [ Dicuci hingga kurang lendir]
4. Paste Asam Pedas Maggie
5. Sedikit garam & Ajinamoto
6. Sedikit gula
7. Sedikit asam jawa
8. Bawang putih, Merah di tumbuk
9. Sedikit minyak untuk menumis.
10. Air secukupnya

Cara-cara.
1. Panas kan kuali dan minyak.
2. Tumiskan bawang sehingga naik bau.
3. Masukkan Paste Asam Pedas sehingga pecah minyak.
4. Masukkan asam jawa
5. Masukkan ikan dan gaul hingga sebati.
6. Kemudian masukkan tomato dan kacang bendi dan seterusnya garam, gula dan ajinamoto.
7. Tambah air secukupnya
8. Biarkan mendidih dan biarkan sehingga kuah pekat.
9.Sedia dihidangkan dan jangan lupa air minum sebab Asam pedas ni memang betul-betul pedas berapi. Tapi yang penting buat anda menambah nasi.hihi


Ada lagi adik-adik yang tak tau apa itu kacang bendi dan paste Asam Pedas Maggie? Nah sila kenali.

P/s: walaupun kat kulit paste tu just suruh tambah asam jawa dan ikan je, sebaiknya tambah perisa supaya lagi sedap. ^_^ 




Zaman Dolu-Dolu

Wah.. Ha Ha Ha.. Zaman dolu-dolu?? Banyak perbezaan zaman dolu dengan sekarang ni. Maksud aku, remaja dulu dan remaja zaman aku dulu. Antaranya ialah:

Kalau sekarang ni, jangan kan remaja, kanak-kanak pun dah ada facebook, ada twitter, ada we chat, ada watsapp, ada blog dan sebagainya.
Kalau zaman aku dulu, benda pertama yang aku kenal bila menghadap komputer ialah mirc chat. Sape tau apa itu mirc? Kalau korang sebaya aku mesti tau apa itu kan.hihi. mirc chat adalah laman chat yang popular dulu kala.Kat sana boleh chat tapi takde gambar.Nak tau jantina dari nick name je.Kalau kena tipu jantina kira nasib lah kan. Pastu bila nak mula chat mesti org akan cakap "ASL please" mula-mula aku tak tau apa benda yg ASL. pastu tanya kat kawan .oh. rupanya org tu nak tau Age, Sex dan Live. Haha..  so dengan lurus bendulnya aku pun jawab. 14, perempuan dan Sarawak. pastu org tu cakap OIC. apa benda lah lagi ni nak minta no ic. tanya punya tanya. Rupanya maksud dia, "oh i see"..kwang3x.. Lucu jugak kalau di ingat zaman tu. Lepas tu baru berjinak-jinak ke YM, friendster, Tagged dan yang kekal sekarang ni facebook. Banyak lagi laman sembang dan laman sosial tapi aku malas lah nak sign up ni.

Lagi satu, remaja sekarang ni online kat rumah je.semua dah ada wifi masing-masing kat rumah. ada broadband, ada kampung tanpa wayar. Kalau zaman aku dulu, Nak online kena pergi CC (cyber cafe). Itupun seminggu atau 3 minggu sekali iaitu pada hujung minggu. Dah tu, satu Pc kena kong si sampai 3 sampai 6 orang sebab kongsi-koingsi bayar pc untuk 1 jam. Haha.walaupun terpaksa kongsi dengan kawan-kawan, zaman tu dah kira berbaloi dan brtuah dapat pegang pc tau.


 Haa. ini lah rupa mirc chat tu.. ingat tak ingat tak?? hihi

09 April 2013

Hasad Dengki

Assalamualaikum..^_^

Tau tak apa itu hasad dengki? Hasad dengki ialah sejenis penyakit hati yang sangat merbahaya. Penyakit ini boleh membawa mudarat kepada seseorang individu. Salah satu mudaratnya ialah, terhapus segala amalan kebaikan. Setiap kali kita melalukan kebaikan walau sedikit, kita akan mendapat pahala. Tetapi segala kebaikan akan hilang hanya dengan adanya perasaan hasad dengki.

Antara ciri-ciri anda mempunyai hasad dengki ialah, tidak senang apabila melihat orang lain senang atau lebih dari kita.Sakit hati apabila oranglain mempunyai kelebihan.

Apakah cara menghindar dari terkena penyakit hati ini? Caranya, kita haruslah mempunyai ilmu dan amal.Harus mengetahui bahawa hasad dengki ini memudaratkan.

Dan apakah yang harus dilakukan apabila kita sedar kita mempunyai penyakit ini? Kita harus cepat2 beristighfar. Memohon kepasaNYA dan buang jauh2 penyakit itu.

Semoga mendapat sedikit ilmu untuk hari ini dari blog Pensel Alam Maya.^_^

08 April 2013

Ayam kukus terung sos maggi

Assalamualaikum..^_^

Hari ni ima nak kongsi resepi yang sangat simple tapi sedap kat korang. Tak la seberapa sangat resepi ni.hihi. Mudah nak buat dan bahan-bahan pun mudah didapati kat dapaur kita je.

Bahan-Bahan:
1. 2 ketul Peha Ayam/ 10 ketul kepak ayam [betul ke ketul? hihi.hentam je la]
2. 4 ulas bawang merah [ Ditumbuk]
3. 3 ulas bawang putih [ Ditumbuk]
4. Sepotong halia [ Ditumbuk]
5. 3 batang serai [ Dipotong cincin ]
6. Garam & Ajinamoto secukup rasa
7. Sesudu makan gula
8. Kicap manis
9. Sos cili Maggi
10.Terung [Dipotong dadu]

Gaulkan peha ayam/ atau kepak ayam dengan semua bahan tadi. Peram sekejap supaya perasa menyerap. Lepas tu kukuskan sehingga empuk dan masak.

Siap dah. Maaf lah takde gambar.Tiap kali masak tak sempat dan terlupa nak snap. Lain kali ima kongsikan gambarnye ye. Resepi ni betul-betul mudah.sambil tunggu masak, sempat lagi blogwalking.hihi

Tajuk: Lisa Surihani Bukan Pengguna SNE

Assalamualaikum..^_^

Haha.kemain skema lagi pakai tajuk-tajuk. Cuba baca apa yang admin official page Lisa ni buat.

Sebenarnya bukan lah status ni yang aku nak bicarakan.Tapi komen-komen status ni. Buat aku geli ketiak je. Sejak dua menjak ni aku rasa rakyat Malaysia ni terlampu bijak berkata-kata lah.Sampaikan benda yang takde kena mengena pun boleh dijadikan isu.Satu lagi yang aku boleh ditect, rakyat malaysia ni suka menjatuhkan antara satu sama lain dah. Serius, geli geleman aku baca komen-komen diorang. Nak tau apa komen yang buat aku geli ketiak tu? Korang pergilah sendiri ke status tu dengan menekan perkataan ini. haha.Kemain malas aku nak print screen.

07 April 2013

Tempahan coklat untuk hantaran atau gift

Assalamualaikum..^_^


Ada sesiapa suka coklat tak? waaa.. mesti ramai yang suka kan. Ni ima ada seorang rakan fb yang menerima tempahan untuk hantaran atau gift.Apa yang penting kena tempah awal la sebab jadual tempahan akak ni sangat ketat kot. Hasil kerja yang bagus mesti la orang suka kan.hihi... Kalau tak salah, tempahan untuk bulan mei dah buka kot. Jemput singgah ke page Choc Lovers ni . Jangan lupa like tau. Dan sila singgah blog Choc Lovers. dah singgah, sila lah follow.. Wink wink..

Jemput usha hasil kerja akak ni ..Memang Terbaekkk.. :)










Manifesto BN



* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar
 * Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PP1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional

* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.
 
* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh
 


Susunan gigi susu dan gigi kekal

Assalamualaikum..^_^

Khamis lepas irfan ada appoiment jumpa nurse.Biasa la. Timbang berat.hihi.. Hari tu ada doktor datang bagi sedikit penerangan kepada ibu-bapa yang ada tentang kepentingan menjaga gigi anak-anak sejak awal lagi. Walaupun tak banyak yang diterangkan, rasa nak kongsi lah juga pada sesiapa yang belum tau. Sharing kan caring. :p

Tau tak? pembentukan rahang dan gigi mula terbentuk pada usia bayi dalam kandungan iaitu seawal 3 bulan.Gigi susu pulak mula tumbuh apabila bayi berusia 6-7 bulan. Oleh itu, ibu harus menjaga gigi bayi sejak dalam kandungan lagi.contohnya mengambil vitamin atau susu yang disarankan oleh doktor. Apabila bayi berusia 6 bulan pulak kita harus rajin membersihkan gigi susu dan gusi bayi.

Nampak tak gambar kat atas tu? Nak tak nak, geli  tak geli, inilah hakikat susunan gigi kita. Hanya ada dua jenis yang setiap manusia ada iaitu gigi susu dan gigi kekal. Gigi susu sepatutnya tercabut pada kanak-kanak usia 7-8 tahun. Seandainya gigi susu tanggal terlalu awal, gigi akan menjadi tidak tersusun dan tidak cantik. Gigi susu patah takpe.ada gigi kedua iaitu gigi kekal.Sebab tu kita kena jaga.Kalau gigi kekal dah tercabut, tiada ganti lagi.maka roboh lah pagar-pagar cinta melainkan guna gigi palsu.hihi.

Tau tak, gigi sebenarnya sangat penting. pertama, mesti lah untuk mengunyah makanan. Kedua, gigi sangat penting untuk keyakinan diri. So ibu-ibu, bapa-bapa, sila jaga gigi anak-anak sejak kecil lagi.

p/s: wah, pandai tak ima buat karangan? haha..^_^ harap faham dengan apa yang diterangkan.:)

05 April 2013

Kecewa + Menyampah

Alahai ima salsuzaima.. Erkk?? siapa ima salsuzaima tu? Aku la tu ima salsuzaima. Panas hati je tengahari ni sepanas matahari yang membakar kulit agar menjadi gelap.Not in a good mood lah. Sakit hati, sakit jiwa, sakit segalanya bila tak dapat nak diluahkan. So sabar je lah ko ye wahai blog. Kaulah segalanya tempat aku meluahkan kesakitan hati ni. Ko ni bagus lah. Aku luahkan ko publishkan je.Bagus ar sekurangnya redha juga perasaan ni. arghhhhhhhhhhhhh..kalau lah blog ni boleh tolong aku teriak sekuat hati..



MODE: 
SAKIT HATI, KECEWA, MARAH, MENYAMPAH!!

04 April 2013

1st Giveaway By Emas Putih

Assalamualaikum..^_^
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st Cash RM 30
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.