Sponser By

Followers

Iklan

20 February 2013

Wah.Kelas ko pencuri.Main Sihir gitu

SIBU: Seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa pukau selepas kehilangan seutas jam tangan dan dompetnya ketika sedang tidur di dalam kere­tanya di Jalan Pahlawan, di sini malam Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 9 malam, mangsa berusia dalam lingkungan 50-an sedang menunggu ketibaan abangnya dari Kuching di Terminal Bas, di sini apabila dia menyedari jam tangan dan dompetnya hilang.
 
Menurut laporan, mangsa dikatakan tertidur di dalam kereta difahamkan tidak men­gunci pintu keretanya.
Mangsa juga memberitahu bahawa dia terasa ada orang membisikkan sesuatu ke tel­inganya semasa sedang tidur, tetapi tidak terdaya berbuat apa-apa ketika itu.

Apabila pengadu terban­gun setengah jam kemudian, dia mendapati jam tangan bernilai RM400 dan dompet yang disimpan di dalam laci keretanya mengandungi wang tunai lebih RM100, kad ATM bank dan kad pengenalan serta lesen pemandu telah dilesapkan.
Pengadu diiringi oleh ister­inya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada keesokan harinya.


:: Sumber--> Utusan Borneo ::

Kelas kau pencuri/perompak.Zaman moden, senang-senang je pencuri sekarang ni.Main sihir & pukau pulak. Kita terpaksa lah double triple hati-hati dan sentiasa memohon padaNYA agar sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari perkara-perkara macam ni.Nasib tak rompak kereta sekali.

3 comments:

  1. Ish3.. bnyk betul dgr pasal sihir arini.. Ingtkan heboh dgn kes Fizz Fairuz kene sihir je arini.. adehhh

    Jom tengok hadiah kat sini - http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/senarai-sponsor-yang-baik-hati.html

    Menarik x hadiah? Hehe
    Jom join segmen ni kalau belum.. 100 penyertaan terawal akan dapat 1pcs Sticker Fridge Magnet / 1pcs Button Badges dari @Cenderahati Akamika Gift. Dan rebut hadiah2 menarik yang lain.. ^_^

    http://kampung-kameq.blogspot.com/2013/02/segmen-ucapan-selamat-hari-lahir-buat.html

    ReplyDelete
  2. Dah byk kes pukau camni. guna angin, air, makanan, sentuhan, macam2 kan.. mohon dijauhkan..

    ReplyDelete
  3. ish macam-macam zaman sekarang ni , huhu ..menakutkan

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.