Sponser By

Followers

Iklan

22 July 2011

Review Post

Suka Makan?


Kenali Aku


Lain-Lain









21 July 2011

Permohonan Berhenti Kerja Bertukar Menjadi Cuti panjang ikut sukai ai.hehe

hehehe.. mat pagi korang. Tajuk macam best je. hehe..Bangga aku. Ye la apa tak bangga dan teruja. Walaupun aku ni bukan kakitangan gov mahupun kakitangan kerja yang gaji mahal macam korang, aku tetap bangga tau dan terharu ada gak. Bulan lepas aku bagitau kat bos aku yang aku akan last bekerja pada bulan ni.Ada sebab tertentu tau aku minta berhenti.ada masalah sikit.So bos aku pun suruh la aku ni cari pengganti aku untuk bekerja dengan dia. Dia cakap dia nak pekerja yang rajin macam aku. Wow.bangga aku tau.Rupa-rupanya aku ni rajin dimata bos aku.padahal tak la rajin mana pon. kahkahkah..Tapi yang pasti aku ni akan buat kerja yang memang dah di tetapkan untuk aku.ceaa..puji diri.. takla..hehe..

So aku pun dah dapat pengganti aku.Tapi pagi tadi tetiba boss call dan cakap. berapa bulan nak cuti?
aik?? aku tak minbta cuti la.aku nak berenti. Boss cakap, cuti la dulu beberapa bulan.Nanti kalau masalah dah settle boleh tak kerja balik? Aku pun fikir2 ok gak tu.hehe.. Terasa sangat yang diri dihargai dan bos tau gak aku ni rajin. Sekurang-kurangnya berbaloi jugak la aku buat kerja sorang-sorang walupun hakikatnya pekerja ada 4  orang kat sini. Alhamdulillah..Thankz to my boz sebab bagi kepercayakan pekerjamu yang rajin kat tempat kerja je ni.hehe


**padahal sejak tahun 2007 lagi aku keja dengan boss aku tu dan dah  3 kali aku berenti dan kerja balik. pertama kali berhenti sebab nak sambung belajr.kali kedua berhenti sebab pragnent dan kali ni sebabnya dirahsiakan.hehe.. THANKZ TO MY BOSS..


**Tiba-tiba je aku nak letak gambar ni.Dah lama gambar ni di ambil tau.hehe.Korang rasamana satu aku? Semua makhluk Tuhan kat dalam pic ni sudah dan akan menamatkan zaman bujang pada tahun ni tau.hikhik..

20 July 2011

Cuma Aku [ceaaa..tetiba je aku jatuh cinta ngan lagu ni.hehe]



Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Aku kenang kamu, aku bayangkan dirimu
Aku rindu kamu tapi kamu tak rindu aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Apa kata kamu, mahu undur atau maju
Mungkin cuma aku tapi kamu belum tahu
Untuk apa cinta jika tidak sudi
Untuk apa kasih jika tak memberi
Aku suka kamu, aku cinta kamu
Aku sayang kamu tapi kamu tak suka aku
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang
Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih jika tiada sayang
Untuk apa cinta, jika tidak sudi
Untuk apa kasih, jika tak memberi
Mana ada cinta, jika tiada rindu
Mana ada kasih, jika tiada sayang


Wordless wednesday




19 July 2011

Kau tercipta Untukku

Ya Allah..Kenapa sejak kebelakangan ni aku rasa selalu je nak nangis. Mungkin ni la akibat bila aku selalu baca kisah cinta orang lain. Hiss..tak habis-habis emosi. Tapi Bila membaca kisah pengorbanan cinta orang lain, aku rasa macam aku pulak yang berada kat cerita tu. Tu la encik sabri kata aku ni terlalu emosi.Tu belum lagi tengok Tv...Hurmm., Sebagai seorang wanita kan, aku nak sangat disayangi dan dicintai.Rasa dilindungi. Korang tak rasa ke nak juga macam ni? Mesti la korang nak kan. Tapi biasa la. Bila dah lama perhubungan tu, Tanpa disedari dah tak sama macam dulu2 masa bercinta.hehe..Bila dulu-dulu, semuanya indah. masing-masing ambil berat.Sekarang kadang-kadang terlupa nak ambil berat.hehe.. Lagipun sekarang dah sibuk dengan kerja masing-masing.Korang pun mesti berharap yang terbaik dalam perhubungan korang kan terutama yang dah suami isteri. Ok apa kata kita sama-sama amalakn 5p yang dinasihatkan 
*****************************************

Petua memekarkan cinta

Mari amalkan 5P untuk memekarkan cinta kita dan pasangan:

1*.
Peluk - sekurang-kurangnya 7 kali sehari..

2.
Puji - sentiasa cari sebab untuk memuji dia sekaligus elakkan mengkritiknya..

3.
Perhatian - beri perhatian terhadap apa yang dia cakapkan dan juga perbuatannya agar faham apa yang dia ingin sampaikan.

4.
Pujuk - jika dia merajuk.

5*.
Percutian - sekali sekala pergilah bercuti bersamanya dan berehat sekejap dari kerja rutin harian dan kesibukan.

*********************** *****************

Then tiba-tiba je aku teringat lagu aku ngan en.sabri masa bercinta dulu-dulu.hehe

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu



17 July 2011

Realiti sebuah kehidupan

Pernah tak korang jenguk blog Realiti sebuah kehidupan ni? Sebuah blog yang ditulis oleh seorang wanita yang sangat terluka oleh seorang lelaki yang bergelar suami.Ditinggalkan oleh seorang suami bersama anak-anak hanya kerana nafsu dan hilang rasa tanggungjawab.Paling aku rasa kesal dan terkesan dihati ini apabila suami akak aida ni buat hal disaat mengandungkan zuriat mereka.Luluh betul hati ni sebab ada lagi lelaki yang seperti ini. Ya Allah..Moga kau bukakan pintu hati encik Rizal agar boleh melihat mana yang benar dan mana yang salah..Moga kau beri Hidayah padanya agar lebih mempunyai rasa tanggungjawab kepada anak-anaknya .Saat ni juga aku berdoa agar Kau beri ketabahan yang berganda pada kak aida.

Pada kak azie pulak, ada satu benda yang saya nak ajukan pada akak. Bahagia ke akak atas kesengsaraan kaum akak sendiri dan atas kesengsaraan 3 orang anak kecil yang masih suci.Mengapa akak tak fikir sepenuhnya sebelum mengahwini encik rizal tu? Saya dengar akak ni berpelajaran tinggi. Tapi maaf sebelum tu. Saya takde hak masuk campur kan. Jodoh di tangan Tuhan.Tapi tulus kah perkahwinan korang?


Kalau betul kak azie seorang isteri yang baik, seorang isteri yang rajin, alhamdulillah.Kalau betul korang loving couple.itu satu yang baik. Tapi kan akak, menurut blog yang akak dah tulis, akak ada kata encik rizal a.k.a bekas suami kak aida, pernah cakap, yang kak aida tu pemalas la. apa la.Betul ke encik Rizal memburukkan bekas isterinya? Kalau benar lah, dia bukan lah lelaki yang baik.Tidak mustahil satu hari nanti dia tidak segan silu untuk menceritakan keburukan kak azie juga. Jangan lah berbangga dengan nikmat yang kita ada sekarang ni. Takut ia akan ditarik bila-bila masa sahaja oleh Yang Maha Kuasa.Dan jangan lah kita memburuk-burukan atau terlalau bergembira dengan kesusahan orang lain.Takut terkena balik dengan kita. Dan satu lagi.Jangan lah bertepuk tangan sebab dah rasa menang dapat ambil hak kaum kita sendiri.Iaitu perempuan.




**Maafkan aku atas entri  ini.Aku dah baca semua luahan dan diari yang akak ni entrikan dari awal lagi selama beberapa hari ni.Dan dari situ aku boleh rasa kepedihan yang dia rasakan.
akak aida ni seorang wanita yang sangat tabah dalam meneruskan hidup demi 3 orang cahaya mata yang sangat pintar dan comel-comel. Akak aida, Kalau saya nak ambil ameer firdaus jadi anak angkat boleh tak? Tak tau la kenapa saya rasa sayu je bila tgk gambar dia. Rasa sendu kat dalam hati ni.
[maaf sangat-sangat kalau ada yang terasa hati.Aku taip menda ni saat perasaan penuh emosi dan sebagai seorang wanita..]
Sila Klik Untuk ke blog Akak aida