Sponser By

Followers

Iklan

29 June 2011

Kebaikan dan keburukan tinggal keluarga besar dan keluarga kecil.

Hai korang! Hari ni rasanya nak kongsi dan minta pendapat korang tentang tajuk kat atas tu? 
Bagi korang yang dah berkahwin la, mana pilihan korang? 
Tinggal serumah keluarga besar atau tinggal dengan suami dan anak-anak je? 
Maksud aku, tinggal dengan keluarga besar ni ialah tinggal dengan adik beradik, 
dan kakak ipar dan abang abang ipar. 
Ini pendapat aku la. Bagi aku kan , aku lagi suka tinggal dengan keluarga kecil 
bersama suami dan anak-anak.
Bukan apa, bila tinggal keluarga besar ni, banyak benda yang kita kena fikir tau. 
Kena sentiasa jaga hati orang yang tinggal bersama kita.
Bagi aku, tinggal dalam keluarga besar ni, akan selalu menimbulkan salah faham dan masalah.
Selalunya yang berlaku ialah perselisihan faham dengan kakak ipar, abang ipar dan lebih teruk dengan adik beradik yang dah berumahtangga.
Kadang-kadang, perselisihan budak-budak pun boleh menimbulkan masam muka antara ibu bapa.
Selain tu, bila kita nak beli sesuatu, kita kena beli banyak.hehe.
Ye la. takkan nak makan sorang kan?
Nak beli banyak, duit tak cukup la pulak. Macm mana tu?
Kalau dalam satu keluarga besar tu semuanya bertolak ansur takpe juga.
Kalau dapat salah seorang keluarga yang banyak mulut then lain perangai macam mana?
Ye la. bukan semua benda kita sempurna kan.
terkadang ada tersilap cakap atau salah sangka.
Aku sendiri pon tak la sempurna mana.
Mulut jahat ni tau..hehe..sebab tu aku mengimpikan tinggal dengan keluarga kecik je.
Dan kelebihan tinggal berasingan dari keluarga besar ialah, bila buat majlis dan pertemuan, semuanya akan lebih mesra dan kurang ada perselisihan faham sebab jarang berkumpul.
Ape pun, tinggal dengan keluarga besar ni, ada juga kelebihan nya.
So, macam mana pulak pendapat korang?









26 June 2011

Nurse Mulut Longkang!


Hurm.. Asal time nak jumpa nurse, Irfan demam. 
Asal demam, mesti time irfan dekat dekat nak jumpa nurse.
Then demam buatkan berat badan irfan mudah susut.(berkurang)
Berdebar pulak rasanya nak bawa irfan pegi klinik dating ngan nurse.hehe. 
Bukan apa, takut nurse mulut longkang kat poly klinik tu berbicara then buat mak aku lempang dia banyak kali.hehe..Irfan la. Tiap bulan timbangan berat naik sikit je.
Tengok ni:




Sampaikan satu hari terjadi satu perbualan mak dengan nurse. Masa ni Mak aku yang bawa Irfan pegi klinik sebab aku kerja.

Nurse:    (dengan nada sedikit marah) awak tau tak budak ni kurang zat?
Mak:      Mana saya tau. Bukan saya nurse.Korang tak cakap pun bulan lepas.
Nurse:    Owh..mungkin mereka terlupa.
Nurse:     (dengan nada sinis) Mak bapa budak ni keja apa ek? tak kerja ke? tak mampu nak
                 bagi   makanan berkhasiat ke?
Mak:     (dengan darah yang tersirap) dua dua mak bapa budak ni kerja. Rasanya mampu la 
                setakat bagi makan budak ni.
Nurse:    Owh..ok ok.. apa hubungan awak dengan budak ni?
Mak:      CuCu. mak dia kerja tak dapat nak bawa budak ni.
Nurse:    (Diam seketika dan akhirnya bertanya satu soalan bodoh) awak dah ada anak ke?
Mak:      (terkedu seketika dan sempat berkata bodohnya nurse ni) memang la ada anak. Kalau 
                tak, macam mana aku boleh ada cucu ni?
Nurse:    Ups..sorry.. betul jugak kan..hehe (buat muka tak malu)

**Perbualan seterusnya aku pun x tau.takat ni je mak cerita..hehe

Kat rumah, mak ceritakan semua kejadian tu. Lepas dengar Irfan kurang zat, aku ngan encek S risau sangat then kami bawa irfan pergi jumpa doktor kat klinik swasta. 
Kami nyatakan masalah dan tanya apa penyelesaiannya.
Lepas cerita je apa yang nurse tu cakap, terus doktor tu gelak dan cakap
"Macam mana korang boleh harap nak dia berat sangat? tengok mak dia pun kecik je. Normal la tu.Budak kan, kalau tak cukup zat, dia akan nampak kurus.Tapi budak ni berisi.cuma badan kecik."

Lega aku dengar kata-kata doktor tu.Moral of the story, pada nurse kat luar sana tu, jangan la mulut tu terlampau over bila bercakap. Yakin la. Kerja korang tu mulia.Tapi jangan la jadikan mulut korang sebagai penambah dosa.
Okeh, lepas ni pasti ada nurse serang aku.Berfikir dulu. aku tak maksudkan semua nurse ok. Siapa makan cili, pasti terasa pedasnya.
**hanya luahan hati semata-mata.



24 June 2011

Wow!! Lady Gaga Vs Ima Salsuzaima??

Hahaha..Tajuk je nak gempak.Jap lagi ada la laungan tidak puas hati ni..kehkeh..Korang rasa mana lebih ayu? 
aku ke Lady Gaga ni? hehe


 

VS


Haha..Marah peminat Lady Gaga.. Ok.Takde la.Aku tau Lady Gaga lagi Gempak dari aku.. Peminat Lady Gaga, Sila Klik untuk menang dan maklumat Lanjut.

22 June 2011

Sweet Marie

Hye korang. Nak tanya ni. Ada sesiapa yang kuat makan tak kat sini? Pasti ramai kan.eleh..cover konon nak diet. Takdenye aku nak diet.hehe.. Makan je keje aku. Kalau korang nak tau, makan adalah salah satu hobi aku selain dari online. Aku tak leh duk diam tau kalau xde makanan.  Oleh itu, semalam aku pun buat sesuatu yang simple tapi sedap untuk di makan. So hari ni nak kongsi resepi.

Bahan-Bahan:
  • Roti marie 1bungkus
  • susu manis 1 tin
  • serbuk koko sesedap rasa
  • [susu manis & serbuk koko di gaul rata]
Cara-Caranya:
  • susun roti marie kat atas loyang dan letak susu manis dan serbuk koko tadi.
  • Lapis kan secara nipis. dah siap lapis, simpan je kat peti sejuk dalam 30 minit.
  • Pastu ngap sesuka hati..hehe
[Korang boleh tukar susu serbuk koko tu dengan cream cheese ye..]

Ni aku pinjam dari google.. yang aku buat dah lesap di ngap buaya..hehehe



21 June 2011

Kalau Saya dapat RM300

Tamat: 15 julai 2011
[[Klik Banner To Join]] 


Assalamualaikum. Okeh. Bosan tengok entri aku asyik join contest je? Hehe.. Takpe la. Tak kacau orang pon kan.. Hari ni nak join contest "Kalau saya dapat Rm300".
Sebelum tu nak ajak Lengleng & Dilaz join contest ni .
Agak-Agak apa diorang buat kalau ada Rm300 tu ek.
Sebelum tu, nak ucapkan tahniah pada penganjur contest ni sebab sudi kongsikan rezeki yang Allah beri kepadanya bersama orang lain.Moga Allah murahkan rezki anda ye.Amin..
Kalau la saya di beri RM300 tu, saya teringin sangat nak jadikan wang tu untuk beli tudung, shawl dan pakaian yang lebih menutup aurat. Sambil tu menambahkan pakaian dan tudung untuk digantikan dengan pakain saya sebelum ini. 
Sila Klik sini untuk mengetahui niat saya sebelum ini
Kalau tak dapat pun takpe. Itu hanya niat kalau dapat..hehe
Kalau tak dapat pun saya akan tetap berusaha menukar semua pakaian saya secara perlahan..
Ok tu je..:)