Sponser By

Followers

Iklan

11 May 2011

Peraduan Gores Dan Menang Blog Misa Sakura

Asalamualaikum.. Baru First time tau ada gak peraduan gores dan menag melalui blog.hehe. 
Okeh taknak taip panjang-panjang. Kalau Korang nak join, Just pergi ke blog Misa Sakura
Mana la tau korang bertuah kan.
Okeh. Ni gambar yang dah aku edit..Maaf la ye Misa Sakura. Tak cantek..hehe..


p/s: Peraduan ni tamat pada 9 jun tau.So, ada masa lagi kalau nak join..


Kerana Churp Churp aku di sumpah seranah!

Ada tak ahli Churp Churp yang comel kat sini? Hehe..Soalan ape ntah.. Mesti la ada kan.. Dan mesti la ramai kan..hehe.. Ok ok.. Sebenarmya aku nak bagitau satu benda ni yang memang baru semalam aku tau..hehe.. Benda ni menyebabkan aku di sumpah seranah..hehe.. Terima je la kan.. Takkan nak Tolak pula.. Mana la tau ada yang sumpah aku jadi kaya.. muahahaha.. Korang tau kan bahagian tempat menyebarkan kempen churp churp ni.

Sila Lah Klik Kalau mata tak terang

Okeh, Nak bagitau ni. Kalau boleh dan kalau taknak di sumpah jadi katak, lebih baik korang jangan gunakan benda yang aku bulatkan tu. Sebab ia boleh menyebabkan SPAM mesej kepada pengguna facebook mobile. Diorang cakap, penuh inbox diorang..hehe..Apalagi kalau tag nama ramai sangat. Aku dah kena semalam. Aku rasa aku ada tertag nama beberapa blogger. Dan akhirnya aku di sumpah mati.. huhu..sabo je la.. ok pada blogger atau pembaca yang terkena panahan cinta eh.. kena tag tu aku minta maaf sangat-sangat. Maafkan lah diri ku ini.. Baru tau la yang benda tu boleh jadi spam mesej. Serius memang aku tak sengaja menyusahkan korang.
Ni la akibat teruja sangat nak cepat kaya..huahua.. Leh kaya ke dengan churp churp? hehe.. Ok.. Tu je..



p/s: Tolong vote baby aku dan juga aku ek.. Terima Kasih Sayang..hehe

 

10 May 2011

Pertandingan baby paling comel

Ini entri akan di lekatkan sampai bila yang aku nak okeh..hehe 
entri baru ada kat bawah..


Assalamualaikum dan selamat pagi korang!! Busy tak? hehe.. Pagi nitakde entri yang menarik yang nak dikongsikan.. Entri lama aku pun korang tak habis baca lagi.. Hurmmm..hehe Ape pon, aku nak minta bantuan orang ni. Leh tak tolong vote baby aku? Boleh ler.. boleh ah.. Sebenarnya aku join Pertandingan Baby comel kat facebook Nun disana.. hehe.. So nak minta bantuan korang untuk vote baby aku yang comel macam aku ni.. kehkeh.. perasan jap.. Ok caranya mudah je.. Korang just kena like page TAWAU ni.. Lepas tu dah buat, Korang Tolong la Like pic Ni. Just klik Pic baby aku ni.Pastu korang akan di bawa ke halaman tempat like. Pastu korang like la ek..


Klik Pic ni untuk Like ok


 p/s: pada ibu-ibu atau bapak-bapak di luar sana, meh la join kalau belum join..hehe.. kita leh exchange like.



Selamat Hari Ibu (dah terlambat ke??)

Iye Iye..Aku tau dah luput dah tarikh hari ibu.. Tapi tak luput jauh kan.. baru je 2 hari lepas.. Tak salah kan..hehe.. Hari tu aku tak sempat nak update.. Sebab aku pegi jalan-jalan cari makan kat Kota Kinabalu. Niat hati nak jumpa blogger yang hebat edit gambar tu. Ala.. Cik Lengleng la.. Takkan tak kenal.. Kalau tak kenal jum terjah..hehe.. Tapi rasanya takde jodoh antara kami.. Aku terlupa pula nak minta number handphone.. Kebetulan masa tu langsung tak online..Uwaaaaaa..ye la..mana ada masa nak online masa makan angin kan..hehe.. Ape pun, Aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada sesiapa yang telah bergelar ibu terutama kepada ibu-ibu yang juga bergelar blogger..hehe
Selamat hari ibu juga buat mumy aku yang tersayang.. Sayang mumy sangat-sangat..
Korang ada bagi hadiah untuk mak korang tak hari tu? Takyah hadiah mahal-mahal pun takpe.. Sekadar ucapan dan ciuman pun dah cukup tau..
Bagi yang dah takde mak, jangan sedih-sedih, jangan lupa hadiahkan al-fatihah Buat mereka. Bukan pada hari ibu je tau. Hari-hari mesti doakan ibu kita.hehe

Jum kenal-kenal dengan mumy aku..Ni la mummy aku yang comel..hehe




 

05 May 2011

Aku Sakit Hati!!

Aku sakit hati sangat!! Sangat yang teramat- amat dan sangat-sangat!! uarghhhhhhhhhhh!! sakit hati sakit hati!! Dah la tiap-tiap hari berhadapan costumer yang amat gila!! Entah la. Aku pun tak tau kenapa costumer kedai ni gila yang amat-amat. Costumer always right?? perghhh!! sape yang buat ayat tu hah?? sakit hati aku tau. Right apa menda nya kalau dah memang terang-terang dia yang salah??  Pegi mapus la!!Dah la kadang-kadang tu duit main baling je! Pastu hempas-hempas meja kaunter. Tak cukup dengan costumer yang tak tau nak hormat orang! Ingat aku patung ke apa hah?? Ingat aku takde perasaan ke hah?? ada weh! aku manusia la. Binatang lagi ada perasaaan weh! Ingat aku tak reti nak marah ke?? Ingat aku tak reti nak maki balik?? Dah la tak faham bahasa! nak cakap bahasa apa lagi weh?? Cakap tamil tak pula aku reti! Cakap inggeris pun berbelit! Nak cakap korea apa tah lagi aku tak reti! Cakap bahasa malaysia sudah! Takkan ko tak faham bahasa malaysia! Dah tinggal kat malaysia ni, takkan tak faham bahasa malaysia! Memang ko bodoh la yang teramat! Dah aku cakap belum buka, belum la tu! yang ko nak memaksa kenapa!! Dah terang lagi berlampu takkan ko tak nampak aku tengah buat keje!  Yup!! memang aku sakit hati ni!! Ada ko kesah??
Dah la dapat costumer gila! dapat pula kaean kerja yang pemalas. Gaji dapat sama rata. Keje aku sorang je nak kena buat ke?? Aku gak tukang sapu. Aku gak tukang Mop lantai. Aku la jugak yang bukak kedai. Aku gak yang lap cermin. Aku la jugak yang cuci tandas! Aku jugak yang lap meja kaunter tu. Aku tak kisah sangat sebenarnya! Tolong menolong lah  kononnya.. Ye lah tu menolong setiap hari. Tapi keja aku takde pulak yang nak menolong ye. Tapi bila aku sakit hati berhadapan dengan costumer gila, ada korang pernah kisah?? Costumer always right kan!! Hah!! pegi jahanam costumer ko!!





Huh.. lega aku.. kepada pembaca, jangan terasa ek.. baru aku lega lepas meluahkan kesakitan hati ku ini.. ermm....


p/s: jangan lupa Vote aku ek..:)