Sponser By

Followers

Iklan

07 April 2015

#BloggertTalk : Lima kelebihan negeri sarawak

Assalamualaikum.



Bismillahirohmanirohim... Entri kali ni adalah entri untuk #BloggerTalk. pertama kali jugak join. Tajuk kali ni pulak sangat menarik iaitu kelebihan negeri masing-masing. Kalau bab nak cerita kelebihan negeri masing-masing, hati memang semangat.Ye la. siapa yang tak bangga dengan negeri sendiri kan..haa, Jom ikuti kelebihan yang ada pada Negeri ima. Negeri Sarawak yooo..



Kalau anda nak tau, Negeri Sarawak dikenali sebagai negeri bumi kenyalang dan adalah Negeri yang paling BESAR daripada 14 buah negeri yang ada di Negara kita Malaysia tercinta.
Negeriku tercinta Sarawak adalah merupakan salah satu negeri yang mendirikan Malaysia Timur selain jiran kami Sabah.
Tau tak? Hutan Sarawak adalah sumber dan juga merupakan aset yang sangat penting kepada negeri dan negara.

Dari Segi makanan, Negeri sarawak mempunyai beberapa makanan yang unik dan sungguh lazat. Antaranya adalah:


 LAKSA SARAWAK.
Istimewanya laksa sarawak adalah pada mie dan juga kuahnya.













KOLO MI
Kolo mie adalah makanan yang boleh dinikmati dalam pelbagai cara dan cara pembuatan yang unik.








UMAI
Umai pulak adalah ikan segar atau udang  yang dihiris kecil dan digaulkan dengan bawang serta asam limau.









KEK LAPIS SARAWAK
Kek lapis sarawak adalah kek yang lazat dengan lapisan yang sangat nipis dan pelbagai corak unik.









Apa yang paling menarik tentang Sarawak? tau tak apa?? hehe.. Paling menarik pada sarawak ialah pada musim buah-buahan. Sarawak terkenal dengan pelbagai buah-buahan dan bila tiba musim, harga buah terutamanya buah durian  boleh bernilai pada harga50SEN sahaja


Selain buah durian, buah-buahan yang yang ada di sarawak dan jarang ada di negeri lain adalah buah dabai.



BUAH DABAI
Buah keras yang perlu direndam dengan air panas sebelum dimakan. Boleh dicampurkan gula, garam atau kicap.
Rasanya lemak dan dan sungguh lazat. boleh dimakan sebagai pencuci mulut atau makan bersama nasi.Yummmyy..






Selain dari makanan dan buah-buahan yang menjadi kelebihan Negeri Sarawak, Kalau nak tahu, orang orang Sarawak adalah berbilang kaum dan bangsa.Oleh itu Negeri Sarawak terkenal dengan kepelbagaian budaya dan etnik.Antara kaum yang ada di Sarawak adalah, kaun Melayu brunei, iban, bisaya, lunbawang, kedayan dan sebagainya.Namun kami masih boleh bersatu walau berbeza kaum, bangsa dan agama. Itulah uniknya kami.


Dan yang paling kami banggakan pada Negeri Sarawak kami, seperti yang semua sedia maklum, Sarawak adalah negeri penyumbang minyak  terbesar kepada Negara kita Malaysia.. 

Chop chop ada satu lagi tertinggal... kalau nak tau, wanita sarawak semuanya cantik cantik belaka..kahkahkah..ok yang ni kidding je.. jangan marah..kehkeh..

06 April 2015

Khunsa

Assalamualaikum

Korang ingat tak baru-baru ni ada disebarkan satu gambar ic seorang lelaki yang berwajahkan perempuan? Ke korang pun terlibat dalam kerja share share gambar tu? haaa.. Tak baik tau korang.
Sebenranya dia tu penghidap Khunsa tau.Tau apa tu khunsa? 

Dalam islam, KHUNSA adalah seseorang yang dilahirkan secara semulajadi yang diragui jantina nya sama ada mempunyai dua alat kelaim , tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tetapi batin nya perempuan atau sebaliknya.

Khunsa dalam bahasa arab adalah bermaksud lembut. Ada dua jenis khunsa. 

 "Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.
“Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

“Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita,” katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.
Tapi jangan keliru pulak tau. Khunsa dengan pondan adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Menurut sumber yang ima cari, penghidap khunsa harus membuang salah satu alatnya yang tidak berfungsi  bagi beberapa tujuan.(betulkan ima kalau silap)





http://imacollectionlawas.blogspot.com/