Sponser By

Followers

Iklan

16 February 2015

Orang boleh ganggu kita tapi kita tak boleh

Assalamualaikum..

Entah apa-apa lah tajuk entri.Tajuk entri orang kecewa kot..sentap..yeah..sentap.. mau tak sentap.. Kadang dalam tugasan pekerjaan kita, tak semua orang ada rasa tanggungjawab.tak semua rakan sekerja ada rasa tanggungjawab untuk lakukan tugasan yang diberikan oleh majikan lagi lagi bila tugasan diarahkan dilakukan dalam kerja berkumpulan.

Serius ima sangat sangat tak suka bile buat kerja yang terpaksa buat dengan orang lain.Kenapa bila kita boleh bagi komitment tapi orang lain tak boleh nak bagi komitmen. Kenapa bila orang panggil kita bagi kerjasama masa kita bercuti dan paling teruk ketika sedang tidur kita takde nak mengeluh tapi bila kita tanya just by SMS masa orang bercuti, orang  marah kita sebab kita SMS semasa dia sedang bercuti. I just ask ok.. sebab benda ni majikan dah beri arahan lama.Kenapa  kita yang perlu  selalu kejar orang lain pulak nak siapkan tugasan yang diberi bersama.
ima tanya pun just, esok boleh tak kita buat yang bos suruh tu? kerana soalan tu dia marah ima.

Orang ni kdang kadang fikir cuti sendiri je.Cuti ima orang tak fikir pun..sangat biadap. Sakit hati pun ada.Tapi apa boleh buat kan..Penat nak bekerjasama dengan orang macam ni.kadang rasa nak berhenti kerja tapi untuk apa? sendiri yang rugi kan..alahai la geram hati ni..