Sponser By

Followers

Iklan

06 April 2015

Khunsa

Assalamualaikum

Korang ingat tak baru-baru ni ada disebarkan satu gambar ic seorang lelaki yang berwajahkan perempuan? Ke korang pun terlibat dalam kerja share share gambar tu? haaa.. Tak baik tau korang.
Sebenranya dia tu penghidap Khunsa tau.Tau apa tu khunsa? 

Dalam islam, KHUNSA adalah seseorang yang dilahirkan secara semulajadi yang diragui jantina nya sama ada mempunyai dua alat kelaim , tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tetapi batin nya perempuan atau sebaliknya.

Khunsa dalam bahasa arab adalah bermaksud lembut. Ada dua jenis khunsa. 

 "Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.
“Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

“Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita,” katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.
Tapi jangan keliru pulak tau. Khunsa dengan pondan adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Menurut sumber yang ima cari, penghidap khunsa harus membuang salah satu alatnya yang tidak berfungsi  bagi beberapa tujuan.(betulkan ima kalau silap)





http://imacollectionlawas.blogspot.com/

1 comment:

  1. khunsa ni mmg die akan ada dua alat kelamin tapi salah satu yg mendominasi itu lah jantina die.. hihi betul la explaination tu sis.. :)

    sy pon ada biz jugak jual perfume, jemput visit igshop leparfum_bysoul

    have a nice day ^^

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.