Sponser By

Followers

Iklan

12 January 2015

Hari Pertama Masuk Sekolah

Assalamualaikum..

Rata-rata ramai tahu dan mengalami.Hari ini adalah hari pertama masuk sekolah pada tahun 2015. Perasaan?? pasti lah berdebar..."dupdapdupdap" Tahun ni dhani dah masuk sekolah tadika. Tak sedar pun dah 5 tahun rupanya anak bujangku.Persiapan sudah dibuat awal.Baju dan seluar sekolah sudah pasti lah jahit sebab nak beli yang sudah siap memang takde saiz..Maklum lah badan kecik macam mumy nya.haha..
Jelir lidah tu style katanya.Ntah mana dia tengok style ni.Hehe

Macam-macam perasaan sebelum ni.Risau, gelabah.. Macam-macam bermain difikiran. Nak ke tak dhani sekolah. Nak ke tak dia tinggal.Nak ke tak dia ikuti aktiviti.Perasan mengalahkan perasaan budak sekolah. Rasa macam kita pulak yg nak masuk skolah balik..Ketar lutut..Bukan apa, selama ni tak pernah pun tinggalkan dhani dengan orang lain kecuali dengan mak dan adik ima.Tapi Alhamdulilah..Irfan tak nangis pun.Dia siap pujuk kawan-kawan yang nangis lagi.

Pagi-pagi masuk terus pergi perhimpunan.so ima pun tengok dari jauh. ada 2 3 kali dia jerit "mie, dhani ngantok, mie, dhani penat berdiri". haha. Tapi dia tak keluar dari barisan.Alhamdulillah.Siap perhimpunan, masa untuk masuk kelas.so ajak dia cakap-cakap sikit.Macam-macam ragam.Ada yang menangis, ada yang tak bagi mak balik, ada pulak yang dah biasa.Main permainan.
Yang Depan Sekali Tu Haruslah Dhani.


Pujuk dhani sikit-sikit.cakap amie nak pergi kerja terus dia ok.lepas salam tangan, terus je tinggalkan tanpa toleh belakang.Balik sekolah tak sabar nak ambik.Nak tau nangis ke ape budak ni.skali sampai tengok muka ceria je.Tanya ada nangis tak.Dhani cakap takde, kawan je yang nangis. Dhani cakap, best..cikgu bagi baju sukan, cikgu bagi makan, cikgu ajar ABC..Tapi lucu skali tengok kasut pakai terbalik..

ok!! Part ni gelak dalam hati je sebab kalau gelak besar nanti dhani marah.kehkeh..















Ada tanya dhani..Tadi dhani belajar apa. Dhani belajar mewarna buah.. Buah yang pedas (Tomato) haha..tak tau bila mana nya tomato tu pedas.

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat. Ia nya tak sesukar yang ima fikirkan.Sebab kalau ikut ima dulu, sampai 3 minggu mak tunggu kat luar kelas..
Psssttt.. paling lucu hari ni, ramai ibu bapa yang ada kat situ tegur ima. "hantar adik ye" kahkah.. rasa macam nak iye kan je..

1 comment:

  1. SELAMAT MALAM..RINDUNYA NAK BLOGWALKING....LAMA TAK SINGGAH SINI..
    JOM TERJAH BLOG SYIRA - PENCARIAN SPONSOR :D

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.