Sponser By

Followers

Iklan

14 January 2015

Hari kedua persekolahan

Assalamualaikum..

Hari pertama sekolah gembira.Hari kedua kecewa pulak. Begitulah sifat manusia.sekejap merasa bahagia, sekejap merasa kecewa.Baru je isnin yang lepas up pasal  keterujaanku hantar ank ke sekolah. Hari kedua berbeza pulak. Irfan yang tak menangis di hari pertama boleh menangis dihari kedua. Kecewa.. Yup kecewa.. Sebab apa aku kecewa ?? Bayangkan anak-anak yang bersemangat datang sekolah.Budak yang baru nak kenal dunia.Baru nak kenal kawan-kawan ditengking seolah anak tiri oleh guru tadika mereka. Jangankan anak-anak, kami parent yang dah tua bangka ni pun luluh jantung mendengarnya.


Aku tertanya-tanya.Begitu kah cara memujuk anak-anak.Begitu kah ketegasan yang seorang guru maksudkan? Tegas itu tidak salah, tapi kenalah bertempat. Budak baru hari kedua sekolah menangis adalah perkara biasa.Bagi aku tengkingan bukanlah penyelesaian yang bijak untuk tangani budak-budak tu. Bayangkan masa tu, seorang budak je yang nagis tapi bila guru mereka menengking hampir semua anak-anak dalam kelas tu menangis nak balik. Depan parent yang lain pulak tu..

Termasuk la Irfan yang asalnya takde sikit pun takut, takde sedikit pun nak suruh kita tunggu kat luar tiba-tiba jadi takut.Tak bagi kita balik. Kecewa yang amat. Aku tak kisah pun nak tunggu irfan kat tadika tu kalau dia memang dari awal taknak.Tapi masalahnya adalah dari guru tu.Dia takut kat guru dia tu.Hari ni hari ketiga aku cuba memujuk.Alhamdulillah Irfan masih boleh berdikari tanpa aku.Boleh je dia kawal perasaan manja dia tu.Aku plak sembunyi je dari jauh tengok.Tapi hati masih risau takut-takut lepas ni anak aku pulak yang kena tengking dengan guru tu.


Aku cuba biasakan Irfan berdikari.Sembunyi disebalik dinding macam penyiasat persendirian. Gembira je tengok dan dengar suara anak belajar.haha..Pengalaman yang cukup bererti buatku..Terdengar dari luar kelas "cekgu cekgu, nak kencing" .Memandangkan tandas jauh dari kelas, nak kencing kena pergi berdua dengan kawan. Skodeng je dari balik dinding.Ikut dari belakang sampai tanda.Nak tau lurus ke tak jalan budak ni.Alhamdulilah tak sedar rupanya dah besar anak aku.. Terharu pulak tengok.hehe..Bila tengok dia dah boleh bermain dan belajar, dengan senang hati boleh back to aktiviti harian.kehkeh..
(budak paling kecik.tu la my Boy..)

Aku yakin guru tu sebenarnya nak budak-budak berdikari.Nak tegas.Cuma bagi aku,caranya menengking tak sesuai untuk budak-budak macam ni.Bukan anak-anak jadi diam.makin menangis ada la..Hope lepas ni guru tu boleh kawal suara dia tu..Hope Soooooo... Ibu mana yang tak risau kalau anak dapat guru yang suka menengking.


7 comments:

  1. rindunya zaman kecik2 mula sekolah dlu..hehee

    ReplyDelete
  2. Hihihi, comel je kan bila budak2 baru nak masuk sekolah ^^

    ReplyDelete
  3. dugaan juga ni kalau itu adlh ank prtama yg sekolah,kan..huhu

    ReplyDelete
  4. Salam. Hee sudah membesar mak punye boy itu.

    ReplyDelete
  5. Anak saya mse orientasi last week, 1st & 2nd day tak nangis..3rd & 4th day nangis sbb mse 2nd day jatuh sampai lebam pipi..tahan sakit sorg2 takde tmpt mengadu..pendam je..die tak nagis kot sbb cikgu pun tak tahu die jatuh sampai lebam..mesti die takut nak nangis..yela kan..tak kenal sape2..kalo kat rumah mesti dah nangis..mesti die rase takde orang jage die..sebab tu malam lepas blk sekolah tu die nak ummi temankan gie skolah, kalo tak die taknak pergi..tengok keadaan die mmg sedih sangat..mase gie anta die mase hari ke 3 tu, masa nak explain kat cikgu ape yang jadi, air mata saya dah berlinang dah..huhu..hati seorang ibu kan..5th day dah ok blk sbb selalu tipu die cakap “ummi tunggu dalam kete ea..petang nnt baru blk”….mggu nie alhamdulillah ok..siap ckp, abah takyah tggu la, pergi kerja je(padahal tak prnh tggu pun tapi ckp je nk tggu kt bwh:)).

    Kesimpulannya, masa anta anak hati mesti kering..kalo nangis tinggalkan je…balik cepat2..pandai2 la cikgu handle nnt..kite mesti percaya yg cikgu boleh handle diorang. Bile kite blk anak2 mesti akan berhenti menangis..InsyaAllah:)

    ReplyDelete
  6. Looking forward for good happenings to your child's schooling...^_^

    ReplyDelete
  7. kena buli kot kak... takpa.. still perlu penyesuaian diri tu

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.