Sponser By

Followers

Iklan

08 January 2015

Hampir ditipu sebanyak rm 900.00

Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya tinggalkan dunia blog.. Macam ni la bila berblog buakan sepenuh masa.bila ada masa barulah blog terupdate. Ima nak share kejadian minggu lepas.Dah seminggu kot tapi baru nak entrikan buat pengajaran dan peringatan bersama..
Ceritanya pada 3 januari 2015 di saat kita menyambut Maulidurasul.Hari tu ima dan suami tak menyertai perbarisan sebab ada kursus CIDB dan asas kontraktor.Tak perasan pun dengan tarikh tu sebenarnya sebab dah daftar awal lagi.

Asalnya dapat tau pasal kursus tu, kami baca kat banner besar gedebak kat kedai. Masa tu tak terfikir pun yang benda ni tipu. Tapi bila dah sampai kat tempat kursus hari tu, kami bayar yuran sebanyak rm450  seorang. Bila bayar resit, dapat resit tak rasmi.Resit kedai je. Masa tu fikir, oh.mungkin kehabisan resit atau apa..


Masa tu ada dalam 13 oran peserta yang menyertai kursus ni. Masa mula kursus, kami diagihkan dengan sbuah fail yang berisi nota ringkas. Memang ringkas nota tu. dah tu nota tu pulak macam guna kertas yg dh digunakan.Masa tu fikir takpe lagi.kesalahan pencetakan kot.

Bila penceramah tu mula bagi penerangan, rasa dah tak sedap hati sebab penceramahnya langsung tak pro.terangkan benda yang sama je dari awal kursus. Pastu terfikir la. Takkan yuran mahal macam ni, penerangan guna white board je.takde slide show ke.


Serius, penerangannya sangat bosan sebab ulang benda yang sama dalam lain-lain poin. Sampai la tepat jam 12, penceramah tu cakap, rehat sekejap dan masuk balik pada pukul 2 petang dan insyallah kursus kita akan tamat pada hari ni juga dan terus dapat sijil.Sepatut kursus dua hari. Bila rehat, tengok diorang langsung tak sediakan makan walau sedikit kuih muih. Bayangkan kursus mahal takde makan. Yang ada pun sebotol mineral.

Jam 2 tu kami kembali lagi dan salah seorang pesrta kursus tanya dengan ima. Awak kenal tak dengan penceramah ni.Ima jawab la tak kenal.kenapa tanya. Dia cakap, dia ada menghubungi rakan yang bekerja di CIDB dan menyatakan bahawa mereka takde menganjurkan apa-apa kursus CIDB sebab pada hari tu adalah publick holiday. Bila penceramah tu masuk, kami cuba bertanya samaada mereke ni dari syarikat mana dan minta sjil atau apa-apa bukti yang mereka ni diiktiraf. Malangnya dia memang gagal membuktikan yang mereka diiktiraf.

Dia cuba lari dengan alasan nak cuba cari sijil kat bawah.tapi kami sempat tutup dan lock pintu bilik kursus.masa tu dia sorang je kat dalam. rakan-rakan dia tunggu kat bawah. Sempat jugak kami minta kembali duit kami masing-masing. Penceremah kursus tu cakap dia tak tau apa-apa.cuma dibayar untuk memeberi ceramah dan kursus.Dia minta sattle cara baik.dia kembalikan duit, dia boleh balik.. Mujur la ada yang menghubungi pihak polis sementara kami menahan salah seoarang rakan penyangak tu.


Sampai balai polis, kami membuat laporan tapi malang sungguh sebab pihak polis tidak menahan mereka sebab kami tiada bukti yang mereka diiktiraf atau tidak.Nak hubungi pihak CIDB pun tak boleh sebab cuti umum.. Mujurlah duit semua peserta dikembalikan.Kalau tak masa tu memang ima nangis tak berlagu.. Rm450 tu.. tambah dengan duit suami dah jadi rm900.00. Masa tu memang rasa, ah..cuainya diri ni..
Lepas ni semoga ima sendiri akan lebih berhati-hati.Pengajaran awal tahun..Dugaan awal tahun...Mujur sangat-sangat salah seorang peserta dalam tu berani menyuarakan kemusyikilan tu.Kalau tak, memang melayang jugak lerr jawabnya..

3 comments:

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.