Sponser By

Followers

Iklan

29 October 2015

Milk green tea thai

Assalamualaikum...

Pernah tak dengar milk green tea thai ? Sekarang dah viral tentang keenakan green tea a.k.a teh hijau thai ni..
Ima sendiri pun dah rasa... Serbuk teh ni sangat wangi..
Rasa pun memang awesome.. boleh minum panas panas atau dicampur dengan ais.. aroma yang sangat wangi dan rasa teh hijau yang sangat ahhhh.. Tak tau nak cakap apa bagi penggemar teh..haha...


Kalau ima, ima lebih suka bila bancuh teh ni, campurkan dengan susu dan ais..lepas tu masuk botol dan goncang..akan nampak buih2 bila lepas goncang dan terus minum..
Cara-cara bancuh teh sama seperti teh biasa.letak susu atau gula, dan serbuk teh hijau bersama sedikit air panas... dah siap bancuh boleh la tapiskan dan buangkan serbuk teh tu.. siap untuk diminum...hidang dengan cup cake handmade pun sodap.hihi...






Haaaaa, terliur tak?? Jom order green tea ni.selaian teh hijau, teh merah dan coffe mix thai jugak ada dijual dalam pek 400gram..
Order disini: Ima Collection 0128796289


22 August 2015

BB cushion yang murah dan sangat awesome

Assalamualaikum...

Sejak jadi momy preggy ni kan, macam rajin je nak touch up muke..harap-harap berkekalan la kerajinan ni .Kalau tak, macam masa preggy irfan dulu, jangan nak touch up muka, nak mandi pun tak larat. Nampak sememeh je keluar rumah.hahaha..
Ni sebenarnya ima nak kongsi satu barang baik ni bagi yang masih cari BB cream yang sesuai untuk muka. Pernah dengar tak Etude House Precious Mineral BB Cushion? Ni ima sendiri pun baru cuba.Sekali cuba terus jatuh cinta.


Ni yang ima nak kongsi ni apa yang best sangat guna BB cushion ni. BB Cushion ni terdapat dalam bekas ala-ada bedak compact tu.tapi terdapat span jugak dalam limpahan BB tu. Lepas tu disediakan span getah yang sangat lembut, so senang sangat nak dap dapkan kan muka.. lebih cepat dan muka kelihatan glowing sangat-sangat.


Selain tu kan, sejak guna BB cushion ni, ima rasa wajah ima pun makin cerah sebab BB ni mempunyai SPF50+.. Guna ni rasa muka glowing macam artis korea.kahkahkah.. Yang pasti muka kite tak buat pembedahan plastik ye..ekekeke


Mula-mula ima ingat nak cuba sendiri je. Tapi bila dah guna dan jatuh cinta, rasa nak jual pulak..Maklum lah.ada jiwa bisneswoman di dalam diri ni. ceewahh.. Benda baik apa salahnya kan nak jual..Tak rugi tau cuba.  Sekiranya uolz nak try boleh terus whatsapp ima taw.. 
(ima: 0128706289) Harga??? oh..yang pasti harga mampu milik. Jangan malu malu taw nak whatsapp.

eh eh eh... Nak jugak tepek muka guna BB Cushion ni..

17 June 2015

CLOBETAMIL G KRIM ANTI JERAGAT

Assalamualaikum ..

Buat para sahabat blogger dan para pembaca blog ima yang jarang nak update ni..hehe
Selamat menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba beberapa jam sahaja lagi buat rakan rakan muslim.. Ima ingin ambil kesempatan ni untuk memohon maaf jika ada terkasar taip dan kata-kata yang tidak disengajakan atau tidak.

Ok balik pada niat entri ni ima nak share satu prodak dari luar sana. Prodak khas untuk memudarkan jeragat diwajah. Ada  Tompok hitam jelas dipipi, hidung dan dahi dan terpaksa pakai bedak tebal-tebal untuk tutup jeragat anda? Dah cuba macam-macam prodak namun jeragat makin gelap dan jelas kelihatan? Kini apa kata cuba clobatamil g pulak. Manatahu berkesan..
Krim ini  berkesan untuk merawat masalah: *Jeragat *Jerawat berlubang *Jerawat
Menjadikan kulit lebih lembut & cerah.


1 SET mengandungi:

-Sabun
-Krim muka
-1 tiub krim pencerah

Cara Penggunaan:

1. Cuci muka dengan sabun pagi dan petang.
2. Sebelum tidur, sapukan secara nipis krim Clobetamil G nipis di seluruh muka.
3. Kemudian sapukan pula krim muka juga secara nipis

p/s: untuk pengetahuan, prodak ni takde KKM ye kawan2.. prodak ni dari luar negara. Tapi insyallah ia berkesan dan tidak merbahaya. Jika anda ada keyakinan menggunakan, boleh whatsapp ima terus :)
__________________________________________________________________________  

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection
Serius buyer only ye.

07 April 2015

#BloggertTalk : Lima kelebihan negeri sarawak

Assalamualaikum.



Bismillahirohmanirohim... Entri kali ni adalah entri untuk #BloggerTalk. pertama kali jugak join. Tajuk kali ni pulak sangat menarik iaitu kelebihan negeri masing-masing. Kalau bab nak cerita kelebihan negeri masing-masing, hati memang semangat.Ye la. siapa yang tak bangga dengan negeri sendiri kan..haa, Jom ikuti kelebihan yang ada pada Negeri ima. Negeri Sarawak yooo..



Kalau anda nak tau, Negeri Sarawak dikenali sebagai negeri bumi kenyalang dan adalah Negeri yang paling BESAR daripada 14 buah negeri yang ada di Negara kita Malaysia tercinta.
Negeriku tercinta Sarawak adalah merupakan salah satu negeri yang mendirikan Malaysia Timur selain jiran kami Sabah.
Tau tak? Hutan Sarawak adalah sumber dan juga merupakan aset yang sangat penting kepada negeri dan negara.

Dari Segi makanan, Negeri sarawak mempunyai beberapa makanan yang unik dan sungguh lazat. Antaranya adalah:


 LAKSA SARAWAK.
Istimewanya laksa sarawak adalah pada mie dan juga kuahnya.













KOLO MI
Kolo mie adalah makanan yang boleh dinikmati dalam pelbagai cara dan cara pembuatan yang unik.








UMAI
Umai pulak adalah ikan segar atau udang  yang dihiris kecil dan digaulkan dengan bawang serta asam limau.









KEK LAPIS SARAWAK
Kek lapis sarawak adalah kek yang lazat dengan lapisan yang sangat nipis dan pelbagai corak unik.









Apa yang paling menarik tentang Sarawak? tau tak apa?? hehe.. Paling menarik pada sarawak ialah pada musim buah-buahan. Sarawak terkenal dengan pelbagai buah-buahan dan bila tiba musim, harga buah terutamanya buah durian  boleh bernilai pada harga50SEN sahaja


Selain buah durian, buah-buahan yang yang ada di sarawak dan jarang ada di negeri lain adalah buah dabai.



BUAH DABAI
Buah keras yang perlu direndam dengan air panas sebelum dimakan. Boleh dicampurkan gula, garam atau kicap.
Rasanya lemak dan dan sungguh lazat. boleh dimakan sebagai pencuci mulut atau makan bersama nasi.Yummmyy..






Selain dari makanan dan buah-buahan yang menjadi kelebihan Negeri Sarawak, Kalau nak tahu, orang orang Sarawak adalah berbilang kaum dan bangsa.Oleh itu Negeri Sarawak terkenal dengan kepelbagaian budaya dan etnik.Antara kaum yang ada di Sarawak adalah, kaun Melayu brunei, iban, bisaya, lunbawang, kedayan dan sebagainya.Namun kami masih boleh bersatu walau berbeza kaum, bangsa dan agama. Itulah uniknya kami.


Dan yang paling kami banggakan pada Negeri Sarawak kami, seperti yang semua sedia maklum, Sarawak adalah negeri penyumbang minyak  terbesar kepada Negara kita Malaysia.. 

Chop chop ada satu lagi tertinggal... kalau nak tau, wanita sarawak semuanya cantik cantik belaka..kahkahkah..ok yang ni kidding je.. jangan marah..kehkeh..

06 April 2015

Khunsa

Assalamualaikum

Korang ingat tak baru-baru ni ada disebarkan satu gambar ic seorang lelaki yang berwajahkan perempuan? Ke korang pun terlibat dalam kerja share share gambar tu? haaa.. Tak baik tau korang.
Sebenranya dia tu penghidap Khunsa tau.Tau apa tu khunsa? 

Dalam islam, KHUNSA adalah seseorang yang dilahirkan secara semulajadi yang diragui jantina nya sama ada mempunyai dua alat kelaim , tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tetapi batin nya perempuan atau sebaliknya.

Khunsa dalam bahasa arab adalah bermaksud lembut. Ada dua jenis khunsa. 

 "Khunsa musykil adalah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan lelaki atau perempuan.
“Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang dapat dipastikan jantina melalui tanda-tanda seperti datang haid dan dari saluran mana air kencingnya keluar.

“Bagi khunsa yang datang haid, dia adalah seorang wanita dan jika air kencingnya keluar melalui zakar bermakna dia lelaki atau jika melalui faraj, dia wanita,” katanya.

Mengikut hukum syarak, khunsa ghair musykil harus berkahwin, tetapi khunsa musykil diharamkan berkahwin.
Tapi jangan keliru pulak tau. Khunsa dengan pondan adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Menurut sumber yang ima cari, penghidap khunsa harus membuang salah satu alatnya yang tidak berfungsi  bagi beberapa tujuan.(betulkan ima kalau silap)





http://imacollectionlawas.blogspot.com/

18 March 2015

Popia Kobis

Assalamualaikum..

Ima nak kongsikan satu lagi resepi cadangan minum pagi atau minum petang.
Popia kobis mudah, cepat dan yummylicious..hehe..
Bahan -bahan pun sangat mudah disapati.Jom la cuba resepi ni...



Bahan utama: KULIT POPIA

Bahan-bahan lain:

Sebiji telur
Kobis secukupnya (Dicincang dan cuci bersih)
secubit garam
Minyak masak








Cara-cara membuat:
  •  Pecahkan dan kacaukan telur yang dicampur garam...
  • Masukkan kobis ke dalam telur yang sudah dikacau.
  • Ambil kulit popia sekeping dan letakkan telur dan kobis tadi.
  • Gulung cantik-cantik.Lekatkan guna telur tadi untuk kemasan yang cantik.
  • Dah siap gulung, boleh la goreng guna api perlahan.
  • hidang pana-panas dan cicah dengan sos atau cili kisar untuk cicah ayam tu..

17 March 2015

Resepi inti puff custard Vanilla

Assalamualaikum uolzz..

Semalam kan, ima cuti so ima telah merajinkan diri untuk main masak-masak. Maka terbaking lah dua resepi untuk satu hari percutian tu. Salah Satunya kek cadbury horlick. satu lagi cream puff inti custard vanilla. Hari ni ima nak kongsikan la resepi inti custard ni.Ia sangat mudah bagi yang nak buatkan ia sebagai menu  minum petang. Resepi ni ima ikut dari blog Tiffinbiru.com





BAHAN-BAHAN CUSTARD VANILLA :

2/3 cawan susu segar
30gram tepung kastard
30gram gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh mentega
Secubit garam

CARA-CARA MEMASAKNYA :
 
Satukan gula halus, secubit garam dan tepung kastard dalam periuk.
Tuang susu segar dan kacau dengan whisk atau sudu besar hingga semua sebati. 
Masak atas api sederhana sambil terus mengacau hingga kastard menjadi kental. 
(Terus kacau ye sampai kental.jangan putus asa sebab benda ni lambat nak kental.hehe)
Bila dah sebati dan kental, matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega. Kacau rata dan biar sejuk hingga boleh dipaip


Eh eh..takkan nakbuat inti je..haaa, meh sini ambik pulak resepi cream puffnya..
P/s: Kalau boleh, nak buat inti custard ni, buat la cream puff nya dulu..masa sedang bakar cream puff boleh la buat intinya supaya tak sejuk sangat dan senang nak pipingkan ke dalam puff nanti.

16 March 2015

Resepi kek cadbury horlick

Assalamualaikum..
Waktu cuti-cuti , membaking adalah salah satu aktiviti pilihan.Kali ni buat kek cadbury horlick.
Jom ima kongsikan resepi kek ni..


Bahan-bahan:

250gram butter cup
180g gula pasir
4 biji telur gred A
250g tepung gandum di ayak
1 sudu teh baking powder
50gm susu segar/ susu cair
2 susu makan susu manis (takde pun takpe)
100g horlick perisa coklat
1peket cadbury 3 in 1





Cara Cara Membuat:

1. Pukul gula dan butter hingga kembang
2. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
3. Masukkan tepung dan baking powder.
4. Masukkan susu segar
5. Masukkan hoick dan cadbury 3 in 1
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah di griskan. Taburkan coklat chip.
lagi banyak lagi sedap.
7..Bakar adunan pada suhu 150-179c selama 45-60minit. Guna api atas bawah.


16 February 2015

Orang boleh ganggu kita tapi kita tak boleh

Assalamualaikum..

Entah apa-apa lah tajuk entri.Tajuk entri orang kecewa kot..sentap..yeah..sentap.. mau tak sentap.. Kadang dalam tugasan pekerjaan kita, tak semua orang ada rasa tanggungjawab.tak semua rakan sekerja ada rasa tanggungjawab untuk lakukan tugasan yang diberikan oleh majikan lagi lagi bila tugasan diarahkan dilakukan dalam kerja berkumpulan.

Serius ima sangat sangat tak suka bile buat kerja yang terpaksa buat dengan orang lain.Kenapa bila kita boleh bagi komitment tapi orang lain tak boleh nak bagi komitmen. Kenapa bila orang panggil kita bagi kerjasama masa kita bercuti dan paling teruk ketika sedang tidur kita takde nak mengeluh tapi bila kita tanya just by SMS masa orang bercuti, orang  marah kita sebab kita SMS semasa dia sedang bercuti. I just ask ok.. sebab benda ni majikan dah beri arahan lama.Kenapa  kita yang perlu  selalu kejar orang lain pulak nak siapkan tugasan yang diberi bersama.
ima tanya pun just, esok boleh tak kita buat yang bos suruh tu? kerana soalan tu dia marah ima.

Orang ni kdang kadang fikir cuti sendiri je.Cuti ima orang tak fikir pun..sangat biadap. Sakit hati pun ada.Tapi apa boleh buat kan..Penat nak bekerjasama dengan orang macam ni.kadang rasa nak berhenti kerja tapi untuk apa? sendiri yang rugi kan..alahai la geram hati ni..

14 January 2015

Hari kedua persekolahan

Assalamualaikum..

Hari pertama sekolah gembira.Hari kedua kecewa pulak. Begitulah sifat manusia.sekejap merasa bahagia, sekejap merasa kecewa.Baru je isnin yang lepas up pasal  keterujaanku hantar ank ke sekolah. Hari kedua berbeza pulak. Irfan yang tak menangis di hari pertama boleh menangis dihari kedua. Kecewa.. Yup kecewa.. Sebab apa aku kecewa ?? Bayangkan anak-anak yang bersemangat datang sekolah.Budak yang baru nak kenal dunia.Baru nak kenal kawan-kawan ditengking seolah anak tiri oleh guru tadika mereka. Jangankan anak-anak, kami parent yang dah tua bangka ni pun luluh jantung mendengarnya.


Aku tertanya-tanya.Begitu kah cara memujuk anak-anak.Begitu kah ketegasan yang seorang guru maksudkan? Tegas itu tidak salah, tapi kenalah bertempat. Budak baru hari kedua sekolah menangis adalah perkara biasa.Bagi aku tengkingan bukanlah penyelesaian yang bijak untuk tangani budak-budak tu. Bayangkan masa tu, seorang budak je yang nagis tapi bila guru mereka menengking hampir semua anak-anak dalam kelas tu menangis nak balik. Depan parent yang lain pulak tu..

Termasuk la Irfan yang asalnya takde sikit pun takut, takde sedikit pun nak suruh kita tunggu kat luar tiba-tiba jadi takut.Tak bagi kita balik. Kecewa yang amat. Aku tak kisah pun nak tunggu irfan kat tadika tu kalau dia memang dari awal taknak.Tapi masalahnya adalah dari guru tu.Dia takut kat guru dia tu.Hari ni hari ketiga aku cuba memujuk.Alhamdulillah Irfan masih boleh berdikari tanpa aku.Boleh je dia kawal perasaan manja dia tu.Aku plak sembunyi je dari jauh tengok.Tapi hati masih risau takut-takut lepas ni anak aku pulak yang kena tengking dengan guru tu.


Aku cuba biasakan Irfan berdikari.Sembunyi disebalik dinding macam penyiasat persendirian. Gembira je tengok dan dengar suara anak belajar.haha..Pengalaman yang cukup bererti buatku..Terdengar dari luar kelas "cekgu cekgu, nak kencing" .Memandangkan tandas jauh dari kelas, nak kencing kena pergi berdua dengan kawan. Skodeng je dari balik dinding.Ikut dari belakang sampai tanda.Nak tau lurus ke tak jalan budak ni.Alhamdulilah tak sedar rupanya dah besar anak aku.. Terharu pulak tengok.hehe..Bila tengok dia dah boleh bermain dan belajar, dengan senang hati boleh back to aktiviti harian.kehkeh..
(budak paling kecik.tu la my Boy..)

Aku yakin guru tu sebenarnya nak budak-budak berdikari.Nak tegas.Cuma bagi aku,caranya menengking tak sesuai untuk budak-budak macam ni.Bukan anak-anak jadi diam.makin menangis ada la..Hope lepas ni guru tu boleh kawal suara dia tu..Hope Soooooo... Ibu mana yang tak risau kalau anak dapat guru yang suka menengking.


12 January 2015

Hari Pertama Masuk Sekolah

Assalamualaikum..

Rata-rata ramai tahu dan mengalami.Hari ini adalah hari pertama masuk sekolah pada tahun 2015. Perasaan?? pasti lah berdebar..."dupdapdupdap" Tahun ni dhani dah masuk sekolah tadika. Tak sedar pun dah 5 tahun rupanya anak bujangku.Persiapan sudah dibuat awal.Baju dan seluar sekolah sudah pasti lah jahit sebab nak beli yang sudah siap memang takde saiz..Maklum lah badan kecik macam mumy nya.haha..
Jelir lidah tu style katanya.Ntah mana dia tengok style ni.Hehe

Macam-macam perasaan sebelum ni.Risau, gelabah.. Macam-macam bermain difikiran. Nak ke tak dhani sekolah. Nak ke tak dia tinggal.Nak ke tak dia ikuti aktiviti.Perasan mengalahkan perasaan budak sekolah. Rasa macam kita pulak yg nak masuk skolah balik..Ketar lutut..Bukan apa, selama ni tak pernah pun tinggalkan dhani dengan orang lain kecuali dengan mak dan adik ima.Tapi Alhamdulilah..Irfan tak nangis pun.Dia siap pujuk kawan-kawan yang nangis lagi.

Pagi-pagi masuk terus pergi perhimpunan.so ima pun tengok dari jauh. ada 2 3 kali dia jerit "mie, dhani ngantok, mie, dhani penat berdiri". haha. Tapi dia tak keluar dari barisan.Alhamdulillah.Siap perhimpunan, masa untuk masuk kelas.so ajak dia cakap-cakap sikit.Macam-macam ragam.Ada yang menangis, ada yang tak bagi mak balik, ada pulak yang dah biasa.Main permainan.
Yang Depan Sekali Tu Haruslah Dhani.


Pujuk dhani sikit-sikit.cakap amie nak pergi kerja terus dia ok.lepas salam tangan, terus je tinggalkan tanpa toleh belakang.Balik sekolah tak sabar nak ambik.Nak tau nangis ke ape budak ni.skali sampai tengok muka ceria je.Tanya ada nangis tak.Dhani cakap takde, kawan je yang nangis. Dhani cakap, best..cikgu bagi baju sukan, cikgu bagi makan, cikgu ajar ABC..Tapi lucu skali tengok kasut pakai terbalik..

ok!! Part ni gelak dalam hati je sebab kalau gelak besar nanti dhani marah.kehkeh..















Ada tanya dhani..Tadi dhani belajar apa. Dhani belajar mewarna buah.. Buah yang pedas (Tomato) haha..tak tau bila mana nya tomato tu pedas.

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat. Ia nya tak sesukar yang ima fikirkan.Sebab kalau ikut ima dulu, sampai 3 minggu mak tunggu kat luar kelas..
Psssttt.. paling lucu hari ni, ramai ibu bapa yang ada kat situ tegur ima. "hantar adik ye" kahkah.. rasa macam nak iye kan je..

08 January 2015

Hampir ditipu sebanyak rm 900.00

Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya tinggalkan dunia blog.. Macam ni la bila berblog buakan sepenuh masa.bila ada masa barulah blog terupdate. Ima nak share kejadian minggu lepas.Dah seminggu kot tapi baru nak entrikan buat pengajaran dan peringatan bersama..
Ceritanya pada 3 januari 2015 di saat kita menyambut Maulidurasul.Hari tu ima dan suami tak menyertai perbarisan sebab ada kursus CIDB dan asas kontraktor.Tak perasan pun dengan tarikh tu sebenarnya sebab dah daftar awal lagi.

Asalnya dapat tau pasal kursus tu, kami baca kat banner besar gedebak kat kedai. Masa tu tak terfikir pun yang benda ni tipu. Tapi bila dah sampai kat tempat kursus hari tu, kami bayar yuran sebanyak rm450  seorang. Bila bayar resit, dapat resit tak rasmi.Resit kedai je. Masa tu fikir, oh.mungkin kehabisan resit atau apa..


Masa tu ada dalam 13 oran peserta yang menyertai kursus ni. Masa mula kursus, kami diagihkan dengan sbuah fail yang berisi nota ringkas. Memang ringkas nota tu. dah tu nota tu pulak macam guna kertas yg dh digunakan.Masa tu fikir takpe lagi.kesalahan pencetakan kot.

Bila penceramah tu mula bagi penerangan, rasa dah tak sedap hati sebab penceramahnya langsung tak pro.terangkan benda yang sama je dari awal kursus. Pastu terfikir la. Takkan yuran mahal macam ni, penerangan guna white board je.takde slide show ke.


Serius, penerangannya sangat bosan sebab ulang benda yang sama dalam lain-lain poin. Sampai la tepat jam 12, penceramah tu cakap, rehat sekejap dan masuk balik pada pukul 2 petang dan insyallah kursus kita akan tamat pada hari ni juga dan terus dapat sijil.Sepatut kursus dua hari. Bila rehat, tengok diorang langsung tak sediakan makan walau sedikit kuih muih. Bayangkan kursus mahal takde makan. Yang ada pun sebotol mineral.

Jam 2 tu kami kembali lagi dan salah seorang pesrta kursus tanya dengan ima. Awak kenal tak dengan penceramah ni.Ima jawab la tak kenal.kenapa tanya. Dia cakap, dia ada menghubungi rakan yang bekerja di CIDB dan menyatakan bahawa mereka takde menganjurkan apa-apa kursus CIDB sebab pada hari tu adalah publick holiday. Bila penceramah tu masuk, kami cuba bertanya samaada mereke ni dari syarikat mana dan minta sjil atau apa-apa bukti yang mereka ni diiktiraf. Malangnya dia memang gagal membuktikan yang mereka diiktiraf.

Dia cuba lari dengan alasan nak cuba cari sijil kat bawah.tapi kami sempat tutup dan lock pintu bilik kursus.masa tu dia sorang je kat dalam. rakan-rakan dia tunggu kat bawah. Sempat jugak kami minta kembali duit kami masing-masing. Penceremah kursus tu cakap dia tak tau apa-apa.cuma dibayar untuk memeberi ceramah dan kursus.Dia minta sattle cara baik.dia kembalikan duit, dia boleh balik.. Mujur la ada yang menghubungi pihak polis sementara kami menahan salah seoarang rakan penyangak tu.


Sampai balai polis, kami membuat laporan tapi malang sungguh sebab pihak polis tidak menahan mereka sebab kami tiada bukti yang mereka diiktiraf atau tidak.Nak hubungi pihak CIDB pun tak boleh sebab cuti umum.. Mujurlah duit semua peserta dikembalikan.Kalau tak masa tu memang ima nangis tak berlagu.. Rm450 tu.. tambah dengan duit suami dah jadi rm900.00. Masa tu memang rasa, ah..cuainya diri ni..
Lepas ni semoga ima sendiri akan lebih berhati-hati.Pengajaran awal tahun..Dugaan awal tahun...Mujur sangat-sangat salah seorang peserta dalam tu berani menyuarakan kemusyikilan tu.Kalau tak, memang melayang jugak lerr jawabnya..