Sponser By

Followers

Iklan

13 October 2014

Resepi Donut a.k.a kuih gelang

Assalamualaikum..


Memang terserlah keminatan ku dalam bidang membaking atau membuat sesuatu untuk dimakan..itu bererti aku memang minat makan..haha.. tanpa makanan, hidupku menjadi murung. 

Alhamdulillah masih mempunyai makanan untuk dimakan padahal ada ramai lagi d luar sana yang tidak mempunyai apa apa untuk dimakan...

Sebenarnya ima saje nak kongsi resepi kuih donut atau kami panggil kuih gelang ni.Ni adalah salah satu makanan kegemaran anak ima.bila dia nak,  insyallah ima akan buatkan.kalau bukan ima yang buat, mak atau adik ima yang akan buatkan..maklumlah..anak manja..hehe...

Sebenarnya membuat kuih donut ni tak la susah.dan tak perlu la sampai berjam jam.kali ni ima nak kongsi resepi yang jimat masa dan sangat mudah.

Jom sediakan bahan-bahannya.

 Bahan -bahan:
1/2 peket yis kering
1 sudu makan gula pasir
30ml minyak masak
Secubit garam
160ml air
40ml air panas
300g tepung gandum

Cara caranya pulak.
•Masukkan garam, gula dan air panas.
•Biarkan sebentar hingga gula dan garam larut.
•Tuangkan air dan masukkan yis serta minyak.
•Biarkan sebentar dalam 5 minit sehingga yis kembang.
•Setelah itu tuangkan tepung dan gaulkan menggunakan tangan.
•Biarkan adunan 5- 10 minit.
•Bulat bulatkan adunan, leperkan dan cucuk ditengah menggunakan jari.
•Sementara itu panaskan kuali dan minyak.
•Goreng hingga kekuningan.
•Toskan minyak
 •Gaulkan dengan gula yang dikisar.

Insyallah tak sampai 1 jam pun buat ni..senang jimat masa...boleh dapat donut yang lembut dan gebu.selain gula kisar, boleh juga gantikan dengan coklat yang dicairkan..just celupkan.yummmyy..sangat sedap dimakan sambil minum teh..sedap..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.