Sponser By

Followers

Iklan

15 October 2014

Resepi cream puff

Assalamualaikum..

Hai uolzz..Pernah tak korang makan cream puff, durian puff, vanilla puff atau apa sahaja puff lah..hehe.. hari ni ima nak kongsi resepi cream puff tau..sesuai untuk minum petang atau bila bila lah rasa nak makan.hehe..

Ima suka makan cream puff ni tapi tak pernah buat sendiri..1 hari tu ima ternampak org jual durian puff.ima pun beli.sedap jgak lah.so ima terfikir la nak cuba buat sendiri.Tak lain tak bukan, google lah jugak yang ima harapkan.hehe..Rupa rupanya buat cream puff ni tak susah..senang jer.. jom kita mula sediakan bahannya..

 Bahan bahan:
100g butter cup
Secubit garam
250ml air
150g tepung gandum (diayak)
3biji telur gred A (dicampur sepenutup vanilla dan dikacau menggunakan garfu)

Bahan untuk inti:
Topping cream non dairy (mixer sehingga kental)
Tips: pastikan topping krim dikeluarkan awal dari peti sejuk beku 10-15minit sebelum dimixer)

Cara caranya:
•Masukkan air, garam dan butter kedalam periuk dan kacau hingga butter cair dan air mendidih.gunakan api sederhana.
•Masukkan tepung dan kacau satu arah sehingga bahan bahan sebati.Matikan api.
•Biarkan adunan sebentar dalam 5 minit dan pindahkan ke dalam bekas dan mixerkan dengan kelajuan sederhana.
•Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil mixer dengan kelajuan sederhana laju.
•Bila adunan sudah lembut dan menjadi pes, masukkan adunan kedalam piping bag yang dipasang nozel bintang.
•Paipkan adunan ke atas dulang yang digriskan sedikit butter dan bakar selama 25 minit dengan kepanasan oven 200C.
•Bila puff sudah masak,biarkan beberapa minit dan gunting sedikit bahagian depan puff untuk membuat poket dan masukkan filling tadi kedalam poket puff.
•Siap untuk dimakan..


Selamat mencuba uolzz.. 


1 comment:

  1. lamaaa x singgah siniii... :)

    lapar niiii tgk nii

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.