Sponser By

Followers

Iklan

10 October 2014

Resepi Macarons menggunakan Macarons Decoration Set

Assalamualaikum..


Ada tak yang suka makan macaron kat sini.. Macaron ni kalau nak beli memang mahal.dapat berapa biji je kalau beli.makan pun tak puas..ha, apa kata korang yang minat makan tu buat sendiri.bahan-bahan pun tak la banyak mana. Sekarang sangat mudah nak deco macaron, search je resepi kat google, berlambak resepi yang dikongsikan.Lebih mudah dengan adanya macaron decoation set.


Jom kita try buat macaron sendiri.
Bahan-bahanya: 
2 biji putih telur gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna (Merah/biru/ungu/hijau)


Langkah-langkahnya pulak:
*Ayak serbuk almond dan gula icing  dan ketepikan seketika.
*Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang menggunakan mixer dengan kelajuan max. 
*Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk
*Biar adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. 
*maksudnya bila kita terbalikkan bekas adunan tu tak jatuh.
* Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. 
*Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula.
*Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan sebati.
*Kemudian letak pewarna pilihan anda.
*Masukkan adunan yang sudah berwarna ke dalam nozzle.
*Kemudian picitkan adunan ke atas set dulang macaroon.
*Bila dah siap, rehatkan adunan tadi beberapa minit sebelum dibakar.
*Selepas 30 minit, bakar adunan dalam 15 minit dengan kepanasan oven 130c
*Keluarkan macaron tadi dan biarkan sejuk.Bila sudah sejuk boleh bubuh filling menggunakan jem buah-buahan atau nutella.
*Siap untuk dimakan. 

P/s: Kalau korang tak paham boleh la tengok youtube ni..hehe..



Psssssttt..Kalau korang nak set macarons ni boleh whatsapp ima ye..ima ada jual..sementara stok masih ada ye.. (012 8706289)
(pic atas tu cari kat google je.nanti ima upload pic macaron yang ima buat.hehe) 


3 comments:

  1. kalau nak buat, memang idok le zizie ni.. teringin nak merasa.. hehe

    ReplyDelete
  2. saya suka makan!!memang agak mahal tapi kalau buat sndri pon berbaloi nie hehe,,
    thanks sharing

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.