Sponser By

Followers

Iklan

30 September 2014

Resepi roti bun

Assalamualaikum...

Nak tak kalau ima kongsikan resepi roti bun? Boleh la buat minum pagi atau petang. Kalau ima, asal free je mesti tangan ni gatal nak menghasilkan sesuatu untuk dimakan..kata nak diet..haha...itu sangat sukar ye...
Okeyh.. taknak cakap banyak la.kita terus kepada bahan-bahan untuk meroti..

Bahan bahan yang kita perlukan adalah:

Bahan A:
250g tepung roti
50g butter
1 sudu kecil bread improver
Sedikit garam halus
1 sudu makan susu pekat
1 biji telur gred B

Bahan B:
105ml air suam kuku
1 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil gula halus

Inti:
Kacang hitam

Sekarang bahan dah ada semua, kita mulakan.
Letakkan semua bahan A tadi dalam 1 bekas.

Sementara itu, gaulkan pulak bahan B.  Larutkan gula halus dalamair suam tadi.bila gula dah larut, masukkan pulak yis kering. Kacau hingga berbuih.

Setelah itu tuangkan bancuhan yis dan gula tadi (bahan B) ke dalam bekas yang berisi bahan A tadi.
Uli bahan tadi sehingga sebati selama 5 minit.
Kemudian tutupkan doh tadi dengan plastik dan biarkan doh selama 30 minit.

Sementara menunggu, bulat bulatkan inti kacang hitam.
Selepas 30 minit, bulat bulatkan doh.
Masukkan inti kacang tadi dalam doh..
Letakkan doh ke dalam dulang/loyang pembakar.
Diamkan lagi doh selama 45minit hingga 1 jam.
Biar betul betul kembang..

Bila doh sudah kembang, sapukan sebiji telur yg d campurkan susu segar atau air.

P/s: jika doh tadi tidak berisi inti, korang boleh taburkan hirisan keju dan gula diatas doh..

Kemudian bakar doh pada suhu 18c selama 15-20 minit..

Roti yang gebu dan lembut sedap di makan bersama keluarga sambil minum teh atau milo..hehe...sangat mudah..

3 comments:

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.