Sponser By

Followers

Iklan

22 September 2014

Resepi Pavlova

Assalamualaikum..

Sebelum ni, ima pernah tempah pavlova..terus jatuh cinta dan in more love..hehe..pernah jugak try google resepi..tapi macam tak yakin nak menjadi..sampai la bertahun berlalu..tiba tiba tahun ni macam berani pulak nak try buat ikut resepi google.. tidak ku sangkakan sungguh mudah membuatnya sampai tiap ari buat untuk makan sendiri..haha...
Korang kalau ada berminat nak try buat pavlova jom try resepi ni..sangat sangat mudah lah..


Bahan:
4biji putih telur (tanpa sedikit pun kuning telur)
3/4 cawan gula kastor
30g tepung jagung (diayak)
50ml cuka makan
1penutup esen vanilla



Cara cara nya:

Mixerkan putih telur dengan gula hingga kembang dan marigue..(bila terbalikkan bekas, adunan tak tumpah/jatuh..


Seterusnya masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka..gaul menggunakan spatula je..gaul hingga sebati..



Masukkan adunan tadi kedalam piping beg.
Lapiskan dulang pembakar dengan kertas minyak yg sudah dilukis bulatan.
Paipkan adunan keatas kertas minyak tadi dan bakar dengan suhu 150° selama 1jam..




Sementara itu buat pulak krim utk topping..

Bahan: whiping cream non dairy
Cara:pukul whiping cream sehingga kembang dan menjadi krim.. (pastikan whiping cream di keluarkan dari freezer 1 jam sblum hendak digunakan dan goncang sebelum dituang untuk dipukul )



 Bila adunan sudah masak, biarkan sejuk seketika sebelum diletak ke dalam cawan kertas dan paipkan krim ke atas pavlova yang sudah masak.


  


Maka siaplah sudah pavlova..hehe

Nota kaki: boleh tambah buah anggur, kiwi atau strawberry sbagai hiasan.. yg ni ima makan sendiri so tak letak buah buahan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.