Sponser By

Followers

Iklan

26 September 2014

Apa yang anda fikir tentang sabah sarawak

Assalamualaikum..

Hari ni ima rasa terpanggil untuk menulis tentang pandangan tentang orang malaya (semenanjung) tentang sabah sarawak. Apa sebenarnya pandangan kalian ye bila disebut sabah sarawak? Masih kah rasa , asal sabah sarawak je, hutan.asal sabah sarawak je, naik perahu, asal sabah sarawak je, rumah atas pokok..Terbaru dan paling lawak ima pernah dengar, asal sebut sabah sarawak je, terus kalian terfikir orang sulu,terus terfikir datang sana nanti mati sia sia  kena tembak.asal sabah sarawak je, terus terfikir takut nanti suami kena jampi dengan orang sabah sarawak..serius yang tu memang lawak..

Yaaa..betul..kebanyakkan kawasan sabah sarawak masih lagi ada hutan dan kawasan pendalaman.kami tak boleh nafikan.betul, ada beberapa kawasan masih lagi jauh dari perkhidmatan bank, hospital, pos laju dan sebagainya..itu sangat betul..dan betul jugak, pembangunan di semenanjng lebih hebat berbanding pembangunan di  sabah sarawak.

saya tidak pernah malu bila orang malaya katakan orang sabah sarawak tinggal dihutan.sangat tidak.. saya sangat berbangga sebenarnya bila mengaku orang sabah sarawak..sabah sarawak adalah negeri yang sangat sangat  sangat sangattt saya banggakan.Malah saya merasa kasihan terhadap sesetengah orang malaya yang masih berfikir sabah sarawak adalah hutan100%.pengetahuan mereka hanya disana sana sahaja.masih dijajah dan masih  berada ditahap zero  sahaja.

Semalam ada seorang kenalan dari semenanjung memberitahu dalam salah satu group yang saya sertai..
Dia kata, suami dia lulus ujian fizikal untuk menjadi polis tetapi dia risau sebab penemuduga tu kata kalau lulus ujian kedua, suaminya akan dihantar ke sabah.saya rasa apa yang dia risaukan sangat tak munasabah..yeah..ada perkataan sabah disitu..hehe..
Tahu apa 1st imprision dia terhadap sabah? Dia risau suami dihantar untuk berperang dengan orang sulu..saya yakin dia takut suami dia ditembak.
Kedua,dia risau suami dia dijampi oleh orang sabah.ye, saya faham perasaan dia sebab saya pun takut juga kalau suami saya dijampi perempuan lain..minta dijauhkan lah ye.
Ketiga, dia tanya kat sabah pos laju ok tak..posmen dia ok tak..sumpah yang ni lawak.hehe..
dan yang membuat hati sedikit terguris, dia kata orang sabah ramai penjahat..

Saya mohon, bukalah minda,buka lah hati dan buanglah aura negatif dari diri kita ni..kalau ima tak salah, pendapat peribadi saya, manusia ni sebenarnya sama sahaja.tak kiralah dari mana.sabah sarawak, semenanjung? Beza kita hanya percakapan dan kepercayaan serta kebudayaan kita. Kalau takut suami ditembak semasa bertugas, jangan bagi suami mohon kerja jadi polis.sebab kerja polis memang menjaga keamanan.sila berbalik kepada niat menjadi polis itu sendiri.Maaf cakap tapi bagi saya, kalau ditakdirkan mati ditembak,.saya lihat kat semenanjung duduk minum kopi pun tak pasal pasal  boleh mati kena tembak.
kedua, takut suami kena jampi? Kalau orang nak jampi, tak payah tunggu datang sabah sarawak.kat semenanjung pun ramai orang guna jampi.bukan setakat jampi suami orang.jampi untuk merompak pun ada. Lelaki ni, kalau memang miang, tak jampi pun dia boleh cari lain. Minta dijauhkan lah ye.
Ketiga.pos laju? Ya Allah..apa sangat nak dirisaukan.kalau dah rezeki, kita dimana pun masih rezeki tu masuk.sama je posmen sabah dengan posmen semenanjung.ada yang malas ada yang rajin.
Dan yang last, orang sabah sarawak banyak penjahat ke? Kat semenanjung takde orang jahat ke? Semua baik? Yang tu korang jawab sendiri ye..hehe..

Berbalik pada poin diatas tadi..kenapa di sabah sarawak masih banyak hutan? Ini kerana kami masih mahu menyimpan khazanah yang sangat berharga. Kami tidak malu, kami tidak segan. Kerana kami tahu kami ada lebih berbanding kalian..kami ada tanah. Kami membina rumah kami diatas tanah kami sendiri.kami ada tanah untuk kami bercucuk tanam dan menikmati buah buahan segar dari pokok.tinggal petik je.kami ada tanah untuk kami menternak haiwan peliharaan dan dijadikan income kami.kami masih simpan tanah untuk anak cucu kami di masa akan datang.sekurang kurangnya kami tak perlu mengemis ditempat kami sendiri.

Ketahuilah dan sedarilah..jangan berbangga dengan apa yang kalian ada sekarang...semua yang kalian miliki di semenanjung adalah datangnya daripada sumber sabah sarawak.. tanpa sabah sarawak, semenanjung is nothing. semenanjung takkan berada dalam keadaan sekarang ni..Maaf cakap..ini hanya pandangan saya..saya sendiri masih kosong tentang hal ini tapi saya rasa kalian harus sedar.Dan paling tepat sekali segala yang kita miliki sebenar benarnya wujud dengan keizinan Allah S.W.T dan dia boleh menariknya dengan sekelip mata sahaja.

1 comment:

  1. masih rami madah org sarawak diam atas pokok. kmk pernah study kat ums, paling x sangka kwn kmk pun org labuan madah nya takut nak ke sarawak takut kenak jampi. lawak. kedong orang sarawak tok pergi sekolah bomoh kali. pemikiran yg sgt cetek. bila kita x mengenali budaya org mudah jak org nak madah sukati.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.