Sponser By

Followers

Iklan

15 June 2014

Taknak bagi tajuk

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih berkesempatan untuk menulis lagi d blog usang ni setelah sekian lama terbiar..
Bermacam musibah dan kejadian yang menimpa sejak kebelakangan ni.. Membuatkan aku terkadang menangis sendiri dan ada kalanya sampai tak boleh nak berfikir. Yang ada hanya marah, kesal dan terkadang menyalahkan orang lain. Menyalahkan orang lain?? Ya.. Saat buntu dan marah, adalah lega bila dapat menyalahkan orang lain atas segala kejadian. Padahal aku sedar, biar kesalahan itu terus diungkit dan dipersoalkan, mereka tetap tidak dapat mengembalikan keadaan menjadi keadaan seperti yang dirancang..

Dari negeri asal kami berhijrah ke semenanjung demi mengubah hidup dan mencuba nasib. Tapi mungkin sudah tertulis bahawa kami terpaksa kembali jua ke negeri asal. Ya! Dan sekarang kami sudah kembali.kembali meneruskan kehidupan dan menyusur liku liku kehidupan sebagai manusia biasa seperti yang lainnya..

Pelbagai cobaan, pelbagai dugaan.rasanya tak perlu untuk di coretkan disini.. Cukup aku nyatakan aku hampir terduduk jatuh dan lemah untuk hadapi semua ini.cukup kuat kah aku?  
Bersabarlah, berdoa lah, hadapilah dengan tenang. Itu nasihat dari insan sekelilingku.
Tapi itulah kebenarannya..dan aku? 

Ok stop..itu hanya intro..hahaha..i'am comeback....

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.