Sponser By

Followers

Iklan

16 March 2014

Usik wanita boleh dipenjarakan??

Assalamualaikum..

Ima tertarik untuk berkongsi  satu fakta yang mungkin ramai yang tak tahu. Fakta ini ima dapat dari salah satu segmen dari berita harian 14 mac  lalu.dalam segmen “tabik-tabik cakap” oleh Kamal FND Hashim yang bertajuk “Hati-hati usik wanita”. Percaya tak kalau dia kata usik wanita boleh dipenjarakan? Sebagai contoh, Ali panggil rakan satu tempat kerja dengan panggilan “Badak”. Wanita itu pulak tidak tersinggung dengan sapaan sebegitu, maka tiada apa-apa kesalahan pun yang berlaku.Namun jika dia berasa aib dan kemudian membuat laporan polis dengan mengemukakan bukti lengkap, Ali boleh ‘ke dalam’ dibuatnya!
Ini kerana ada satu seksyen kanun keseksaan yang menyentuh kedudukan wanita membabitkan perkara ini. Seksyen 509 menyebut: sesiapa yang melakuka apa-apa perbuatan, isyarat, gerakan yang mengganggu kesantunan wanita itu dan mengaibkannya, boleh disiksa dengan penjara tidak melebihi lima tahu. Dengan kata lain kalau dia berasa dimalukan, baik dengan ucapan, gerakan, system pesanan ringkas (sms) atau emel, pelaku boleh dipenjarakan jika sabit kesalahan.

Haaa,para wanita diluar sana,  bagaimana pula cara kumpul bukti??
Mudah!! Rakamkan perbuatannya atau dapatkan saksi yang turut mendengar atau menyaksikan gangguannya.
Kita semua sedia tahu, ramai yang kadang-kadang suka  bergurau dengan rakan wanita dan memanggil dengan  macam-macam gelaran pelik.Contohnya, kudut untuk yang kurus, zirafah untuk yang berleher jinjang dan jumbo untuk yang sedikit besar saiznya.
Seperti yang disebutkan diatas tadi, kalau usikan ini tidak mengganggu, maka ia tidak menjadi kesalahan undang-undang, tetapi sebaliknya jika wanita terasa tersinggung dengan gurauan sedemikian .Begitu juga dengan jenaka dimaksudkan yang dihantar melalui sms atau lucah berlapik  dihantar kepadanya.

Tahukan anda para wanita diluar sana?? Ini adalah satu cara untuk menghentikan usikan yang memalukan anda.Ini paling mudah.Berdirilah menghadap orang itu dan ingatkan kepadanya dalam nada serius  bahawa anda tersinggung dengan usikannya dan ingatkan bahawa sebagai wanita kita dilindungi di bawah seksyen 509.

Diyakini, ramai wanita yang tidak tahu bahawa kita dilindungi dibawah seksyen itu.Iaitu seksyen usik usik..hehe.. So lepasni boleh lah sebarkan fakta ni kepada rakan-rakan wanita yang lain..

Opsss..Orang lelaki pulak macam mana? MAAF!! Tiada peruntukan undang-undang jika terganggu kesantunannya..hahaha...Nasihat penulis buat lelaki-lelaki diluar sana, jika abang sedang berjalan dan sekumpulan wanita  pula mengacau dengan siulan, sapaan atau gelaran tertentu, penulis cadangkan abang tunduk  dan jaga tatatertib. Paling penting, tabik tabik cakap, jangan kasi malu lelaki lain dengan berlari deras, menutup muka dan tersipu menangis malu.. hahaha..

P/s: Suka sangat mengetahui fakta ini.. :p

2 comments:

  1. lepas nie boleh la buat aduan kalau terkena .. heheh .. AWAS kaum adam :P

    ReplyDelete
  2. Hahaha... okay, pasni, sape mengutuk zizie, boleh lapor polis dulu :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.