Sponser By

Followers

Iklan

05 March 2014

Teksi lagi teksi lagi

Assalamualaikum..

Ingat lagi tak sedikit keluhan saya pasal jenayah tambang teksi hari tu? Hurm, minggu lepas, kebetulan keluar pulak isu di dada akhbar. “Sukar dapat penumpang, alasan segelintir pemandu teksi caj dua kali ganda”.
Dipetik dari akhbar harian metro semalam, “ Kebanyakkan pemandu teksi tidak menggunakan meter seperti diarahkan  (SPAD)  sebaliknya meletakkan tambang tidak munasabah kepada pengguna. Salah seorang pemandu teksi berkata, tindakan berkenaan dianggap halal kerana mereka terpaksa menunggu lebih satu jam untuk mendapatkan seorang penumpang. Menurutnya lagi, jika pelanggan tidak bersetuju dengan kadar bayaran berkenaan, mereka boleh membuat panggilan untuk mendapatkan teksi lain.

Kat sini saya nak ulas sedikit..Bagi pendapat saya, tindakan itu sama sekali tidak boleh dianggap halal kerana ia bukan hanya tindakan mengambil kesempatan, tapi sangat menyusahkan para pelanggan. Itu adalah asam garam yang harus dilalui pemandu teksi dan bukan seharusnya ditanggung oleh para pelanggan jika mereka terpaksa menunggu lama. Cuba mereka fikirkan kembali.Kenapa mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat pelanggan.Ini kerana kesalahan mereka sendiri.Sekiranya tambang teksi adalah mengikut harga yang ditetapkan sudah pasti ramai pelanggan akan menggunakan perkhidmatan mereka.Tetapi oleh sebab para pemandu mengenakan tambang  2 kali ganda, menyebabkan hanya pelanggan yang benar-benar  terpaksa akan menggunakan perkhidmatan mereka.  Dan berkaitan, “jika pelanggan tidak bersetuju dengan kadar bayaran berkenaan, mereka boleh membuat panggilan untuk mendapatkan teksi lain.”

Hakikat sebenarnya, pelanggan memang tiada pilihan lain untuk menaiki teksi lain kerana  dari apa yang sering terjadi dan saya lihat sendiri, persatuan teksi kelihatan berkumpul dan seperti membuat persetujuan untuk mengenakan tambang yang sama iaitu 2 kali ganda dari tambang sebenar..
Berdasarkan pengalamn saya sendiri..Pernah satu malam tu saya terpaksa menghadiri satu event di Kuala Lumpur yang memaksa saya balik lewat kerana event selesai lewat..Waktu tu sudah menunjukkan pukul 9 malam bila saya sampai di klang dari KLsentral. Waktu tu memang masih banyak teksi.Suami bertanya tambang untuk sampai ke rumah sewa kami. Salah seorang mengenakan tambang rm35. Suami cuba bertanya pemandu yang lain namun masih sama, Rasa sayang untuk membayar tambang sebegitu rupa tak berbaloi dengan jarak ketujuan. Kami mengambil keputusan untuk menunggu teksi lain hinggalah jam11  tiada satu pun teksi yang sudi menurunkan harga teksi, dari jauh saya lihat kumpulan pemandu teksi berkenaan sedang berbincang dan akhirnya memanggil kami dan memujuk. Mereka menyatakan yang kami takkan dapat teksi lagi malam macam ni.Kalau ada pun jika sudah jam 12, tambang akan naik menjadi rm50. Mahu tak mahu kami terpaksa sahaja menaiki teksi dengan membayar rm35..
Rasa sangat terbeban membayar tambang sebegitu..Namun tiada pilihan.
Saya yakin bukan saya seorang yang pernah mengalami situasi ini. Marilah kita sama-sama bertindak dan membenteras masalah ini.Adukan perihal ini kepada (SPAD) ditalian hotline 1 800 88 7723, atau emailkan ke aduan@spad.gov.my atau terus hubungi dilaman rasmi seperti facebook dan twitter.

1 comment:

  1. kadang2 kita fikir nak bantu dorang, ye la pendapatan dorang daripada pelanggan je.tapi bila kita dah nak tolong..dorang tikam kita plak.pesen tak sedar diuntung!!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.