Sponser By

Followers

Iklan

25 March 2014

Kisah RM20


Assalamualaikum..

Minggu lepas, tengah jalan-jalan, lalu kat area jalan bukit bintang, ada sekumpulan… erm, apa nak gelar ye.pelajar? penipu?? Erk..hahaha.. diorang ni  ada dalam  3  4 orang.Duk sekat orang yang lalu lintas..Ramai  jugak yang abaikan mereka. Selalunya ima sendiri pun tak berapa nak layan kalau ada siapa-siapa yang bagai flayer ke, apa ke.Tapi tak tau kenapa hari tu senang-senang je layan budak budak tu..Ima tengok umur diorang ni dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun macam tu la. Diorang ni cakap diorang ada pertandingan kutip markah atas kraftangan yang diorang buat.so diorang bagi la satu kertas.minta tulis nama, alamat dan markah yang kita boleh bagi. So ima rasa kesian budak-budak tu kena berpanas-panas kat situ semata-mata nak kumpul markah.. Dia cakap bagi markah dari 20 hingga 80.. ima tengok kat kertas tu, dah ramai jugak yang bagi markah.paling tinggi 40 markah. So ima pun bagi 40 markah jugak sebab ima tengok kraf diorang tu tak la kreatif sangat.. Chopstik jerr pun..huhu..kalau takde belas kasihan, memang bagi paling pun 5 markah je.Kalau beli kat kedai kraf tu, dapat harga  rm2-5 pun boleh..

Chop chop..sebelum tu ima nak bagitau ni. Masa salah seorang budak tu tengah pujuk-pujuk minta bagi markah, rupanya husben pun ditarik dan diminta buat benda yang sama macam ima.. Ok sambung balik..bila dah selesai bagi markah 40, dia minta rm40.. pastu ima pun  rasa pelik.Tanya la.kenapa pulak kena bayar? Dia cakap, kami kumpul markah kak.please tolong saya.. terus aku pun cakap eh takpe la kalau macam tu.. pastu dia paksa lagi.. bagi markah 20 je lah kak. Ima  cakap, eh takpe lah.saya nak balik dah ni..Aku fikir-fikir kalau rm5 boleh la.kalau rm20 tu baik  beli makanan bagi anak makan. Lepas tu dia paksa lagi ima, minta paling sikit 10 markah.

Tapi bila ima tengok, husben dah pun hulur rm20 tu kat kawan budak  yang satu lagi. Aduh!! Ima pun tinggalkan budak tu dan pergi dapatkan husben.Tak sempat nak halang terus tarik husben jalan cepat-cepat. Ima marah la.kenapa bagi duit tu.Dia cakap dia tak tau nak tolak macam mana sebab budak tu terlampau memaksa. Aduh.nasib ima beranikan diri menolak. Bukan apa, cara diorang tu adalah menipu.Mengelirukan dan memaksa. Harap-harap lepas ni hati-hati..Ntah macam mana la boleh kena kali ni.Padahal dah tau sangat pun benda macam ni tak boleh percaya..
Sakit hati bila mengenangkan tapi nak buat macam mana.benda dah jadi.Jadikan pengajaran je la.. Halalkan je lah duit tu.Nak haramkan pun bukan dia tau apepun budak-budak tu.sebab budak bangsa cina.

Nah! Sape nak chopstick ni.berharga rm20 tuuuu…hahaha.. sabor je lah..   


3 comments:

  1. Ada salut emas ke chopstick tu agaknyer?...

    ReplyDelete
  2. kak ima, zizie dah pernah kena... huhu... masa zizie ada program apa ntah, orang yang sama berkeliaran kat situ.. kalo ikutkan hati yg panas, nak je serang dorang... huh!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.