Sponser By

Followers

Iklan

22 February 2014

Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah

Assalamualaikum..

Tajuk: Derita Itu Awal Bahagia


Episod 1 Detik Permulaan

Masih segar di ingatan bagaimana bermulanya hati ku berjinak-jinak untuk tumbuh bunga-bunga yang mekar. Saat si dia mencuri hatiku..Si dia lah yang pertama & terakhir bertakhta di hati.. Ye..sejujurnya..Dialah yang pertama dan aku berharap dia yang terakhir.

            Sebenarnya aku dan dia sejak darjah 1 lagi dah satu sekolah.Tapi, kan masa tu budak lagi. mana la reti nak main cintan-cintan ni. Mak pesan, "kecik-kecik tak yah main cintan-cintan, belajar dulu".. huahua.. Sejak darjah 1 sampai la darjah 6 memang kami tak pernah pun bertegur sapa. Serius tak pernah bercakap sekalipun..

            Bila dah masuk ke alam sekolah menengah, aku mula pandai bermain hati.sampai form 2, aku tak pernah lagi melibatkan diri dalam cinta cintun..Tapi aku selalu ternampak sidia  ni slalu bersama ngan 1 perempuan ni. Siapa? of koz la awekz dia. Aku bagi dia nama Miss N. 

           Kalau nampak diorang bersama kat skolah, mesti aku sakit hati. padahal masa tu aku belum ada apa-apa hubungan lagi dengan c (S). Tak tau la kenapa. bercakap-cakap pun tak pernah, tetiba je aku rasa tak suka dan tak gemar nak memandang mereka.memang musykil..

            Kisah bermula hujung tahun 2004. Masa tu aku masih tingkatan 3.. Si dia pula form 4.Cerita bermula pada hujung tahun selepas exam. So, takde aktiviti kat sekolah, 

Seperti kebiasaan.tiba hujung tahun, setiap kelas pasti sunyi dari  kehadiran guru. Guru-guru sibuk dengan aktiviti tersendiri untuk menyiapkan tugasan sebelum cuti persekolahan bermula. Para pelajar jangan kira lah. Bagi mereka, persekolahan pada hujung tahun adalah persekolahan yang sangat mengembirakan. Tiada kelas.Tiada guru.Masing-masing buat kerja masing-masing tanpa bebanan memikirkan pelajaran. Kebetulan masa tu adalah bulan ramadhan.


            Satu hari tu aku duduk berborak kosong kat tangga sekolah yang entah berapa ratus anak tangga dengan kawan-kawan. Kebetulan dia ni pun lepak juga ngan member dia (merangkap member kepada member aku) kat situ. Borak punya borak, bila turn aku yang bercakap tiba-tiba si dia menyampuk dengan nada mengusik.Tak tau kenapa dia tiba-tiba nak usik aku.

           Selepas kejadian  tu, kami jadi kawan, dan jadi rapat. Selalu la usik mengusik. dan sejujurnya dia sering merajuk dan terasa hati dengan aku. Setiap kata-kata gurauan aku mesti buat dia terasa hati walaupun dia seharusnya tahu aku hanya bergurau.Dengan orang lain tak pulak dia terasa hati. 
Bak lirik lagu arwah Achik dan Nana, " usik mengusik, semakin lama menjadi rindu.hati merindu, asyik merindu tersentuh rasa, tidak terduga, timbullah sayang, andai tak jumpa menjadi gundah" 

           Hari makin berlalu, tapi kami  hanyalah kawan biasa. Sejujurnya aku dapt rasakan yang dia sukakan aku. Aku pulak??  Sejujur dari lubuk hati yang paling dalam, aku memang suka kat dia. Kenapa?? Sebab setiap kali aku ternampak dia, aku bagaikan terkena kejutan eletrik..Aku rasa jiwa aku bergetar.Setiap malam aku tak sabar nak tunggu pagi untuk ke sekolah dan melihat dia. Tapi aku juga tahu dia sudah berpunya. Ya Allah..aku tahu aku masih pelajar masa tu dan aku masih perlu untuk meneruskan perjuangan.Tapi aku tak mampu menepis segala perasaan tu.


            Cuti akhir tahun semakin dekat.Raya pun dah nak dekat. Last datang sekolah untuk tahun 2004 tu, aku ada bagi kad raya kat dia. Kira-kira macam ni la isi kad tu "Assalamulaikum. Selamat hari raya. Kalau ada salah & silap, aku minta maaf. Raya nanti jangan lupa datang umah.. ajak awekz sekali.huhu" ayat poyo.. Last-last dia bagitau dia dah lama putus dengan Miss N tu.. Ada harapan..kehkeh..

          Aku rasa sedih juga masa tu sebab aku ingat itulah hari  terakhir kami berkawan dan bercakap.. bukan apa,aku terfikir, cuti sekolah ni macam mana kami nak berhubung.Dah tentu-tentu tergantung perasaan ni macam tu je.Zaman aku dulu, aku tak mampu memiliki handfon macam budak zaman sekarang.

            Tapi kisah ni rupanya tak berakhir sampai hari tu je. Hari last puasa, dia call aku melalui handfon datuk. Masa tu, aku berkata dalam hati."Ya Allah. beraninya dia."  Tapi hairan. macam mana pula tau number datuk ni.. Aku tanya mana dapat number ni. Rupa-rupanya member aku yang bagi.Member 1 kampung dengan aku. 
Aku tanya kenapa call aku.dia cakap saje nak call. Aku ingatkan dia nak meluahkan isi hati..huhu..Tersiksa betul.. 

            Hari tu 2 syawal..Raya ke dua, member aku cakap, si dia ajak pergi beraya. Wah, dengan exitednya aku jawab "nak!". Kitorang beraya ramai-ramai naik van rusa bapa si dia. Abang dia yang pandu. Tapi sepanjang beraya tu, aku dan dia lebih banyak mendiamkan diri. kami just senyum-senyum kambing.sesekali kedengaran suara-suara nakal member yang mengusik kami.

            Aku tak pasti dan sedikit geram kenapa dia buat aku penasaran.Buat perasaan aku tergantung . ke aku yang perassan lebih..Ke dia malu?? ntah la..Lepas beraya  3 4 buah rumah, aku pura-pura sakit perut.Aku cakap aku Taknak masuk rumah orang. Nak stay dalam van je dengan harapan dia boleh temankan.Boleh la borak-borak jap dengan dia.Tapi alangkah tak sportingnya dia. Dia tinggal je aku sorang-sorang dalam van tu.Ishhhhhhhh!! geramnya masa tu. 

            Beberapa hari sebelum persekolahan bermula, dia ajak aku pegi perpustakaan awam. Ajak date ke ni. wakaka.. perasan. DUP DAP DUP DAP jantung aku.. aku ajak adik aku temankan. Tapi sebelum jumpa aku, dia sempat lagi bergayut kat telefon awam yang berdekatan dengan perpustakaan tu.Nak tau dia call siapa?? Dia call ex awekz dia!dia kata saje testing sebab ex dia baru pasang telefon rumah. betul la dia ni. belum apa-apa dah menyakitkan hati.hurm, sabar je lah.siapa la aku nak marah-marah.

            Bila ajak jumpa tak pulak dia ada cakap apa-apa.just nak borak je katanya..
Sampai la sesi persekolahan tahun 2005 bermula, dia masih tak luahkan apa-apa kat aku.Tapi lagak macam orang bercinta bak kata kawan aku.huhu... Sampai la ada satu member ni tanya aku. "korang ni macam mana sebenarnya? asyik jeling-jeling, gaduh-gaduh je. bercinta ke? " bersahaja aku jawab. "entah la.cuba ko try tanya dia.aku sendiri pun tak tahu". 

            Rupanya  member ni betul-betul tanya kat dia..hahaha..malu aku.Tak sampai 24 jam pun member aku tanya,dia bagi aku sepucuk surat.

"Assalamualaikum..

Sebelum awak meneruskan membaca surat ni, senyum la dulu. senyum jangan tak senyum. ok, 1,2,3 klik. haha.. dah ambik pic awak senyum..hahaha..jangan marah.
      Tujuan pertama saya menulis surat yang tak di undang ni adalah untuk berkenalan dengan awak. boleh ke?? kalau sudi, bagi la biodata. Jangan la sombong. saya tau la awak cantik macam siti nordiana.wahaha.. saya nak kenal awak dengan lebih rapat.boleh? rapat lagi, lagi sikit, lagi.. ouch..kan dah terhantuk. sapa suruh terlampau rapat. wakaka..gurau je.
     Tujuan ke dua, saya nak awak tau yang saya suka awak, rindu awak, sayang awak. awak suka saya tak??"

aku pun replay la surat dia.

" waalaikumsalam.. 
memang saya tunggu surat dari awak pun..da lama tunggu..huhu.
nak kenalan? boleh..apa salahnye..hehe.. mana ada sombong. memang pun saya cantik..baru tau ke? hahaha.. ntah ikhlas ke tak puji orang ni? sebenarnya saya pun suka kat awak..hehe..dah lama pun saya suka kat awak.tapi awak tak tanya.tak kan saya nak terhegeh-hegeh..hikhik.. boleh tanya? bila awak mula suka kat saya? dan kenapa?? bla..bla..bla..."

Dia replay lagi..

"Assalamualaikum..
Hai, apa khabar? harap sihat.maaf la sebab lambat replay surat awak.jangan marah.
eh, sudi juga awak kenalan dengan saya.ingatkan sombong.hehe.. Saya ikhlas puji awak. memang dah lama saya tau awak cantik.tapi saje taknak bagitau awal. 
nanti kembang hidung awak..hahaha. 
   Sebenarnya saya lebih sayangkan awak. sayang sesayang sayang, 1000 kali sayang. saiapa lebih sayang?? hehe.. buat masa ni hanya awak sorang dalam hati saya..
Nasib baik saya tanya, kalau tak, sampai sekarang tak comfirm lagi la ni? 
Saya mula suka kat awak masa bulan ramadhan tu.Sebab tu saya rajin datang sekolah.saya nak sakat awak. best la sakat awak.hehe.. Awak tanya kenapa saya suka awak?? 
Sebenarnya saya suka tengok muka awak yang cute dan cantik tu. lagi? sebab awak pempuan la.. lagi? sebab awak baik. lagi? sebenarnya banyak lagi sebabnya..tapi lain kali je la saya bagitau..hehe.. "
P/s: simpan biodata saya baik2. takde kat pasaran tu.  

(memang aku simpan pun sampai sekarang.dan dari biodata dia, aku tahu dia anak bongsu.patut la mudah terasa dan merajuk.) 
P/s: bahasa ssurat tu aku dah tukar kepada bahasa yang boleh korang baca.tapi maksudnya tetap sama.. :p



Episod 2 Cinta Tersakiti

Masa terus berlalu. Tak sedar, dah 9 bulan kami mempunyai hubungan lebih dari sekadar kawan. Selama 9 bulan tu  aku akui kami slalu gaduh. Sebab aku kuat cemburu.Kenapa? Sebab dia ramai kawan perempuan.kadang-kadang keluar perasaan cemburu di hati ku.. tapi walau selalu gaduh, kenangan yang tercipta selama 9 bulan tu, adalah kenangan terindah dalam hidup aku.

         Ku sangka panas sampai ke petang.rupanya hujan di tengahari.. tiba-tiba je dia berubah. dia main layan tak layan je ngan aku.Selama beberapa minggu dia tak layan aku. memang jauh berubah la.. berbeza yang amat.aku tertanya sendiri kenape dia buat aku macam ni? aku ada buat salah ke. ajak jumpa pun taknak.Just terserempak kat sekolah je.puas aku pujuk dia nak bincang. Kalau aku ada buat salah aku nak minta maaf. tapi dia taknak. Setelah puas aku mendesak asal terjumpa dia, baru lah dia nak. Akhirnya dia setuju nak jumpa kat perpustakaan awam lepas waktu sekolah.

          Suasana petang tu sepi je seakan-akan tahu apa yang akan terjadi denagn hubungan kami. Dia diam je.Aku tanya dia tak jawab. Akhirnya aku minta putus. aku cakap, "nape dengan awak ni. saye ada buat salah ke. ok la, kalau awak dah tak sayang lagi, kita putus." 
Ya Allah, macam tak percaya je aku cakap macam tu. Tapi dia diam je. Lepas tu aku nampak ada butiran berkaca-kaca di matanya.. dia menangis? dia cakap, "kita putus dulu ye.saya nak tumpukan pada pelajaran. kalau ada jodoh, kita akan bersama kembali."

          Rela tak rela, aku terpaksa terima alasan BODOH tu. Masa tu aku ingat dia betul-betul nak tumpukan pada pelajaran, sebab masa tu dia tingkatan 5. nak ambil SPM.
Dekat 2 jam juga aku menangis .Macam tak percaya hubungan ni dah berakhir.

          Lepas tu aku balik umah, aku menangis kat mak. aku cerita semua alasan dia putuskan aku. aku dah tak tau nak cerita kat sapa. mak cakap, mungkin betul dia nak tumpukan pada pelajaran.aku kena sabar. Nasib mak memahami dan mengetahui yang aku kawan dengan dia.Mak la yang selalu hantar dan temankan kalau aku jumpa dengan dia kecuali waktu sekolah.

             Sejak hari tu, aku rasa bahagia sangat.Aku rajin datang sekolah.Aku rajin datang kelas tambahan dan aku rajin ikut aktiviti seperti nasyid sekolah.Sebab..sebab dia aktif ikut dikir barat sekolah..huhu..Tahun 2005 ni aku tingkatan 4 dan dia tingkatan 5.Dia nak ambil SPM tahun ni..


Episod 3 Penuh kesakitan

"Waktu terasa semakin berlalu. Tinggalkan cerita tentang kita. Akan tiada lagi kini tawa mu. Tuk hapuskan semua sepi di hati." 
Kedengaran lagu peterpan berkumandang. makin la terasa sepi hati ku. Aku rasa lepas putus dengan dia, hidup aku rasa kosong. Hari-hari nangis.Mata bengkak. Pelajaran apa tah lagi.. Beberapa hari kemudian, aku dapat tau dia couple balik ngan ex GF dia. Miss N!! Oh jadi i i alasan sebenar dia.ini  yang dia kata nak tumpukan pada pelajaran? 


          Aku rasa) tertipu. aku sakit hati, aku rasa marah.. Tak tau macam mana aku nak lalui hari-hari aku di sekolah. hari-hari aku nampak dia dengan Miss N. terdetik dihati aku, Aku sumpah! korang takkan bahagia  lama di atas penderitaan aku. Sangat sakit hati. Tapi aku masih sayangkan  dia. Sayang sangat.. :'(


          Untuk ubati hati yang terluka ni, setaip kali balik dari sekolah, aku pegi lepak di cyber cafe. Kat sana ramai member yang boleh hiburkan aku.Demi lupakan sekejap luka hati ni. Kalau bersendirian, mesti aku nangis. Kalau la dia boleh tahu betapa deritanya aku di atas kebahagiaan dia pada waktu itu.Macam mana aku tah dia bahagia? Kembali kepada bekas kekasih.!st love pulak tu.Siapa tak bahagia kan.. Aku cuba belajar berfikiran positif.aku berfikir mungkin ini balasan untuk aku sebab aku tak sempurna.

          Masa terus berlalu tanpa memperduli sesiapa pun.. Dah 3 bulan aku diselubungi kesedihan dan kesunyian tanpa dia.Tapi aku masih mengharapkan dia kembali.aku sayang sangat kat dia. Dalam masa 3 bulan tu, ada  2 3 orang ni yang ajak aku couple ngan diorang. Aku ada berbalas-balas SMS. Tapi tiap kali SMS ngan diorang, mesti aku tak lupa nak sebut pasal dia. aku cakap, aku still tak boleh lupakan dia. Mungkin sebab bosan dengan sikap aku yang selalu libatkan dia dalam perbualan, diorang perlahan-lahan menghilang.kurang sms dan akhirnya sepi..Dan masa ni bulan puasa ramadhan tiba lagi. Aku sering teringat-ingat kenangan bulan puasa ramadhan tahun lepas. saat hati berbunga-bunga mekar..

  

Episod 4 Memberi Peluang Kedua

           Syawal tiba lagi. Hari insan lain bergembira, tapi bagi aku, xde apa-apa perasaan pun.Terkenang raya tahun lepas bersama dia. Tapi raya tahun ni aku is single but still not available.. huhu..
Malam raya ke dua,  aku berkurung je dalam bilik. Tiba-tiba kedengaran bunyi motorsikal yang agak banyak. Rupa-rupanya member aku dan member si dia merangkap member-member aku juga datang. Buat apa?? Datang nak beraya la oii.. Nak buat apa lagi.. hahaha...soalan bodoh!!


          Si dia tak kelihatan. Ye la.. Buat apa la dia nak datang umah aku kan.Siapa lah aku kan. Tapi hati meronta mengharap dia datang... Hampa.. Walau masih dalam kemurungan. murung lah sangat..aku layan member-meber aku.diorang datang takkan nak buat muka 10sen kan.. Tiba-tiba sorang member ni bersuara. Dia ajak aku join diorang. Nak naik apa?? Naik Motor la oii..Naik ape lagi..huhu.. Ikutkan hati, malas la. Tapi entah kenapa akhirnya aku setuju nak join diorang.


           Beep.menanda kan ada mesej baru masuk.nama dia terpapar. "awak buat apa? kat mana?" so funny. selama 3 bulan dia tak hiraukan aku, tiba-tiba SMS tanya aku buat apa. Walaupun jantung aku DUP DAP DUP DAP,  aku replay. "join member pegi raya umah member yang lain.kenapa?" konon buat temberang.padahal.... dia replay lagi. "dengan siapa? naik apa?" aku replay lagi, "naik motor ngan dotdotdot". 1 SMS sampai lagi.. "sekarang kat mana?" saje aku taknak replay.nak bagi dia panas dulu.aku tau mesti dia jelous aku cakap aku naik moto ngan member lelaki. Dia call.. Saje aku taknak angakt. 


          Ada dalam 30 minit macam tu baru aku replay. "aku kat umah ez***". datang 1g 1 sms  "nanti saya hantar balik umah". tak lama kemudian dia muncul. member yang lain jemput dia naik.So masa nak balik aku bagitau kat member yang lain yang aku dia nak hantar aku balik. Semua member yang ada yang faham dan tahu jalan cerita kami memberi kebenaran dan aku minta diri untuk balik ikut dia.


          Masa dia hantar aku balik rumah, aku sempat tanya. Kenapa buat aku macam tu? so sekarang kenapa cari aku? dia cakap, "saya minta maaf.saya tersalah nilai. saya nak kita macam dulu.pliz".. Aku diam..
Selepas beberapa minggu aku berfikir, aku terima dia kembali. Aku cuba untuk jadi macam dulu walaupun hati ku belum sembuh.tapi aku sangat sayangkan dia.Aku cuba memberi dia  dan diri ku sendiri peluang kedua.


          Kami mulakan hubungan baru, aku cuba lupakan masalah lalu. Namun hubungan kali ke dua tidak sama seperti mula-mula dulu. walau kami berusaha untuk seperti dulu, kami tetap tak mampu. 


Episod 5 Penuh dugaan

Kini dah masuk tahun 2006, aku berada di tingkatan 5. Dia pula dah tamat tingkatan 5. pada bulan april tahun tu, Dia di pilih untuk menyertai PLKN. Selama 3 bulan kami tidak berhubung sementara hubungan kami masih belum sembuh dari luka. Aku merasakan 3 bulan itu terlalu lama dan aku sangat merindui dia. Rindu yang amat sangat. macam-macam fikiran nagatif terhadap (S). aku rasa tersiksa sangat. Setiap hari aku menulis surat dalam 1 buku untuk aku beri pada dia satu hari nanti.


          3 bulan berlalu sudah.. akhirnya dia tamat latihan PLKN. aku dah boleh jumpa dia. Malangnya baru beberapa hari pulang dari latihan PLKN, belum apa-apa, dia dapat surat dari ILP yang mengatakan dia diteima untuk ambil kursus electrical selama 2 tahun di ILP (sabah). Rupanya family dia yang isikan borang permohonan  tu masa dia berada di PLKN.


        Bermula lah percintaan jarak jauh.Hanya handfon penyambungnyawa.Pengubat rindu, penyambung hubungan aku & dia. Tapi aku tak percaya dengan percintaan jarak jauh ni. Aku dapat rasakan, dia akan duakan cinta aku. Sedangkan dekat dia boleh buat hal. apalagi bila jauh. sorang kat sarawak. sorang kat sabah.Tapi apa kan daya.Pelajaran lagi penting dari segalanya..


          Aku selalu syak wasangka kat dia.kadang-kadang sampai terjadi pergaduhan antara kami. Walau sekerap mana dia meyakinkan aku, naluri ku tetap mengatakan ada sesuatu akn terjadi. Namun aku pujuk hati ini supaya sentiasa berfikiran positif.


Setelah 3 bulan di ILP, dia pulang untuk cuti semester. Aku pun berdebar dan teruja nak jumpa dia. Hari tu bila perasaan menguasai diri, aku bertindak diluar jangkaan aku sendiri. Aku rampas handfon dia dan berikan handfon aku pada dia dan terus pulang. Sampai saja di rumah, aku check 8pax dan aku dapati ada 2 nombor yang dipunyai penama yang asing bagi aku. bb & aini. Aku cuba sms diorang ni dengan menyamar jadi kazen (S). Gurl yang nama aini x replay. Belom sempat antar SMS kat gurl nama BB, minah ni dah call. Aku tabahkan hati untuk tekan punat answer. 


"hello, ni siapa? maaf ya,handfon dia tertinggal. ni kazen dia. awak siapa? gelpren dia ek?"
ayat giler yang aku keluarkan dari mulut aku. Masa tu rasa macam nak hempas kepala sendiri
minah tu menjawab, "ye ni awekz (S)." Rasa mcam berhenti je nadi ni. rasa tak bernyawa. Namun aku tabahkan hati untuk korek lebih bnyak rahsia."salam kenal ye.nanti (S) sampai sy sampaikan pesanan awak." itu kata ku.. 

          Siap letak ganggang, aku sms dia sebagai seorang sepupu yang teruja nak dapat kakak ipar sepupu.. so, aku dapat tahu, dah 3 bulan dia kenal (S). Tapi baru sekali jumpa. Kawan yang kenalkan. kuang hajaq no..


          Sakitnya hati, Tuhan je yang tau.Aku ajak si dia jumpa kat pantai. tempat member aku tinggal. Pantai Punang. Saje je nak pegi tempat yang tenang saat hati bergelora. Pada waktu tu angin yang lembut menyapa pipi yang di basahai air mata mengiringi pembicaraan aku dengan dia. Kali ke dua dia lukankan hati ku. Tanpa berfikir aku minta putus untuk yang kali ke dua. Aku minta handfon aku yang ada kat dia.dan pulangkan handfon dia.Kat sana juga, aku patahkan simkad aku.Konon taknak berhubung lagi. Kat sana juga aku nangis puas-puas.


          Dia cuba pujuk aku. dia minta maaf.. senang-senag je dia nak minta maaf setelah dia lukakan hati insan yang amat menyayanginya. Dia cakap, dia just main-main je dengan minah tu. takde apa-apa perasaan pun. boleh ke aku percaya kat dia lagi?? Pastu dengan automatik, aku ambil enfon dia dan call minah tu balik. aku cakap.

"ko tau tak aku sape? aku bukan kazen (S). aku la tunang (S).faham!!ko tau tak (S) ni dah bertunang.tapi masih nak menggatal.memang dasar jantan bodoh!"
saje je aku nak sakitkan hati diorang. aku tak nak sakit ati sorang-sorang lah. kalau boleh nak ajak ramai-ramai rasa apa yang aku rasa.

Minah tu pun cakap. "Ko ni memang pempuan perasan. ko yang rampas dia dari aku.ko ingat ko cantik sangat ke? pegi cermin muka ko!"

aku pun cakap. "ye..aku memang hari-hari cermin muka aku.memang pun aku cantik. so kau nak apa?"pegi mampos la kau sana!"

Pastu dia rampas hanfon tu dan cakap ngan minah tu. dia cakap," dah la, saya minta maaf, dia memang tunang saya."  

Aku tak tahu apa motif dia ikut menipu dan mengaku aku tunang dia. Apepun salah tetap salah.aku sudahpun terluka.


          Cuti semester dia dah nak habis, sebelum balik ILP, dia jumpa aku. dia belikan aku simkad baru. dia cakap, "saya taknak putus.saya takkan lepaskan awak kali ni.saya betul-betul sayangkan awak.saya merayu kat awak.saya takde apa-apa perasaan kat dia."


          Sejak balik ILP, dia selalu kirim SMS, "maafkan saya.saya taknak lepaskan awak kali ni.saya merayu kat awak.saya tau saya dah banyak buat salah kat awak.tapi saya taknak putus lagi". Banyak kali,setiap hari dia bagi SMS mcam ni. 

Aku pun selalu cakap," buat apa nak kat saya.pegi la cari pempuan kat sana. saya dah tawar hati.asyik-asyik kena tipu. saya tau saya tak sempurna.Tapi saya ada perasaan. saya sayangkan awak.tapi awak tak pernah jujur & setia. lebih baik kita jadi kawan je. tak pun, anggap je saya ni adik awak."


          Dekat sebulan dia hantar SMS minta maaf. Akhirnya aku pun cakap, "saya maafkan awak.tapi bagi lah saya masa untuk mempercayai awak kembali". Aku pun dah tak sanggup dah nak siksa dia. Tolonglah percaya yang aku sangat sayangkan dia.Walaupun hati ni dah banyk kali terluka. 

Episod 6 Aku bahagia

           Dia ajak aku mohon study kat tempat dia study. beria-ia sangat. Aku pun hairan. Kenapa beria sangat nak aku study kat sana? hari-hari dia minta aku supaya mohon ambil kursus kat sana. Dia cakap, awak mohon la, saya ada banyak benda nak bagitau awak. Tapi saya tak boleh nak cakap melalui sms mahupun handfon. Akhirnya aku setuju untuk mohon ambil kursus kat sana.
         
          Kebetulan masa tu, institut tu dalam proses pengambilan pelatih baru. Aku tak isi borang.aku terus call admin diorang. Aku cakap aku nak mohon kursus IT kat sana. Tak sangka pula, diorang suruh datang sana bawa apa-apa yang patut. Maknanya aku diterima la.. yeye.. senang-senang je aku dapat masuk sana.Tak sangka semudah tu aku dapat.


          Lepas bagitahu mak dan datuk, sedia semua persiapan, aku pun pegi ILP untuk buat pendaftaran. Exited juga. Sebab boleh dekat dengan dia walaupun sebenarnya aku dah takde hati nak belajar lagi. sejujurnya..aku dah lama hilang minat untuk belajar.


          Akhirnya aku dekat dengan dia. Walaupun hanya hujung minggu boleh keluar ngan dia. Bukan apa, peraturan kat sana ketat gila. tak boleh nak berborak dengann lelaki. apa lagi senior kat sana temberang nak mampos. Tapi aku masih tertanya kenapa dia beriya ajak aku kesini..

Tiba masanya baru lah dia bagitau kenapa dia beria sangat minta aku datang study kat sana.
Dia cakap,  " sebenarnya ada lagi hal yang awak belum tau. saya ada buat salah kat awak. sebenarnya sebelum ni saya ada couple kat sini, dia senior awak.nama dia aini. tapi sekarang saya dah takde apa-apa dengan dia. dah lama saya nak bagitau awak.cuma saya taknak bagitau selagi awak jauh dari saya.saya taknak awak lari lagi dari saya. saya sayang sangat kat awak."


              Awak jahat!! kenapa buat macam ni? Ambil masa yang lama la juga aku untuk terima semua ni.. Entah la.aku tak tau la sama ada aku sebenarnya dah terima semua ni atau tak. Aku sendiri pun keliru. Kerana sayang, mulut ku berkata"aku memaafkan mu. Tapi dengan syarat, kalau betul serius sayangkan saya, awak kenalkan saya dengan family awak."  


             Tiba saatnya.Alhamdulillah, dia tunaikan janjinya.sedikit demi sedikt dia buktikan janjinya.perlahan-perlahan dia buktikan janjinya untuk berubah.Aku juga berusaha untuk menjadi lebih baik dan tiba saatnya aku berikan sebuah buku yang penuh dengan luahan hati aku sejak aku mengenal dia hingga dia menjalanai latihan PLKN dan sehingga saat itu. Terlihat air jernih mengalir saat membacanya dan dia meminta maaf berulangkali.Aku tak berniat nak buat dia menangis.Tapi aku berharap dia tahu macam mana aku sayangkan dan setia pada dia..

             9 desember 2008 kami diikat dengan ikatan pertunangan. Sedangkan berkawan banyak dugaan.inikan dialam pertunangan..Alhamdulillah..kami masih bersama..

            1 jun 2009 pula aku sah menjadi isteri dia. Aku bersyukur sangat.Walaupun terlalu banyak rintangan yang perlu dihadapi selama bertahun.sejak di bangku sekolah hingga tiba saatnya.aku masih mampu bertahan dan kelihatannya pengakhirnya indah.. Mungkin ada hikmahnya disebaliknya.. 
Alhamdulillah, sekarang aku bahagia. Kini 4 tahun aku bergelar seorang isteri dan Kami dikurniakan seorang hero yang sangat pintar dan aktif. Sekarang pula, dia (suamiku) bekerja keras siang malam sebelum dapat kerja tetap. Ternyata dia seorang yang penyayang dan sangat rajin bekerja. :)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.