Sponser By

Followers

Iklan

22 February 2014

Jenayah Tambang Teksi

ssalamualaikum..

Apakah yang aku maksudkan dengan jenayah tambang teksi. Sebenarnya aku bukan pakar mahupun serba tahu tentang apa yang berkaitan dengan teksi. Aku sangat jarang menggunakan perkhidmatan atau pengangkutan yang bernama teksi sebelum ni sebab mempunyai kenderaan sendiri di negeri asalku. Tapi sejak aku berpindah ke bumi semenanjung ni, teksi adalah pengangkutan utama yang aku gunakan untuk kemana-mana selain daripada bas kerana ditempat aku menyewa amat sukar mendapatkan bas. 2 jam sekali baru ada bas itupun kalau bas itu tidak rosak.

Apa yang aku ingin kongsikan disini bukanlah untuk memburuk-burukan mana-mana pihak. Namun aku Cuma berharap ada yang prihatin perihal ini.Aku sedikit musyikil.di badan teksi rata-rata bertulis menyatakan bahawa teksi itu adalah teksi bermeter. Tapi sepanjang 4 bulan aku disini, satu teksi pun tak pernah memasang meter.Tambang yang diminta pulak tersangat mahal dan mencekik darah. Kadar tambang yang selalu aku kena dalah sekitar rm20 hingga rm25.Bila malam pulak tambang menjadi semakin mahal iaitu rm50 keatas.

Bila aku meminta kurang, takde seorang pun pemandu teksi yang sudi mengurangkan harga tambang. Padahal jauh tempat destinasi yang aku tuju dari rumah aku bukan jauh manapun.jika berjalan kaki adalah dalam 45minit.kalau naik teksi berapa minit je dah sampai.Untuk ke Bandar klang dari tempat aku menyewa pulak jika naik bas, memakan masa setengah jam lebih..Itupun kerana bas itu berhenti-henti..Kadang-kadang rasa kecewa dengan sikap pemandu teksi sekitar Klang. Namun aku tiada pilihan lain kerana itulah satu-satunya pengangkutan yang ada.


Pernah aku terfikir untuk membuat aduan kepada yang berkaitan.Namun selalu jugak aku tangguhkan kerana aku berbelah bahagi.Kasihan pada pemandu-pemandu itu dan juga aku berfikir adakah memang pemandu-pemandu dan persatuan-persatuan teksi di sekitar klang ni memang tidak menggunakan meter.Tapi mengapa di badan teksi menyatakan itu teksi bermeter?? 

Jadi korang rasa, apa yang patut aku lakukan? biarkan sahaja atau harus bertindak mulai dari sekarang??

1 comment:

  1. Salam...masalah ini bermula dari ATAS...negara kita ada MENTERI PENGANGKUTAN...ada JPJ..Jabatan Pengankutan Jalan...TETAPI negara kita nih...amat pelik...menteri dan pegawai pun BERNIAGA jugak...menteri pun ada SYARIKAT kroni BAS dan TEKSInya...pegawai JPJ pun..berniaga dalam bidang RASUAHnya....

    Kalau MENTERI dan pegawai...nak bertugas dengan BETUL ikhlas kerana RAKYAT...maka puak menteri dan pegawai...dari bahagian lain ..akan MARAH...hai nak tunjuk KUASA nampak...Kalo nak dikuatkuasakan penggunaan METER...nanti TAUKEH TAUKEH besar teksi ( puak BN UMNO )...akan marah kepada PEMANDU TEKSI...apa pasal sikit sangat PENDAPATAN....lagi pun PEMANDU kena buat BAYARAN HARIAN (minima RM100 sehari) kepada TAUKEH...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.