Sponser By

Followers

Iklan

15 February 2014

Alhamdulillah..Positif

Assalamualaikum..

Tadaaaaaaaa…



Alhamdulillah positif. Hihi.. ops..hep hep.. Ni bukan ima punya..Tapi kawan ima. Ima tumpang gembira sebab kawan ima dah disahkan pragnent setelah setahun lebih dia dan pasangan menunggu..Semalam dia bagitau ima yang dia dah pragnent.dia dan suami macam tak percaya sampai tak tido semalaman.Happy sangat la tu..hihi..Ima pun ikut happy untuk mereka. Tau tak kenapa ima yang terlebih happy bila dapat berita tu? Sebab ima terasa sangat kebesaran doa itu sendiri.

Ingat lagi tak dulu ima pernah upkan satu entri tentang masa mula-mula ima, suami dan anak ima pindah datang semenanjung ni dari Sarawak? Masa tu sukar sangat sebab kami takde sesiapa kat sini kecuali kawan ima tu.Dia dan suami dial ah yang tolong kami dari awal. Dari cari rumah, beli barang keperluan dan sebagainya.Dan paling penting, ima sebenarnya rasa bersalah dan rasa banyak menyusahkan  dia dan suami. Tak tahu macam mana nak balas jasa mereka.Dan tak mampu nak balas dengan wang ringgit. Dan mula dari tu ima selalu berdoa agar mereka cepat dikurniakan baby sebab mereka memang tertunggu-tunggu akan kehadiran baby.

Haa, sebab tu la ima ikut happy.Akhirnya doa mereka, keluarga mereka  dan doa ima termakbul.. Alhamdulillah sagat-sangat..
Semalam kawan ima tu cakap, jom la mengandung sama-sama ,klinik sama-sama dan beranak sama-sama.hahaha.terus ima gelak. Bukan taknak tambah lagi, tapi tengoklah nanti..Perancangan tu kan perlu.Mungkin tunggu Irfan sekolah tahun depan boleh la ima yang menambah pulak.kehkehkeh..

2 comments:

  1. tumpang gembira jg..yong pun ada bt pregnancy test semlm.naik 2 line tp x g jmpa dokt lg.. mcm x percaya je sllps 6 bln tunggu :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.