Sponser By

Followers

Iklan

27 January 2014

Perkara yang harus dielakkan selepas makan

Assalamualaikum..




Sabtu lepas, ima ada terbaca beberapa tips berguna  dan teringin nak kongsikan dan kupas sedikit perkara yang  perlu kita elakkan selepas makan.

Antara 7 Perkara harus dielak selepas makan adalah:

1. Jangan makan buah selepas makan
Makan buah sebaik sahaja selepas makan sebenarnya hanya akan menyebabkan perut menjadi kembung kerana terlalu banyak air. Sebaiknya makanlah buah 1 atau 2 jam sebelum makan.

2. Jangan minum teh selepas makan.
Asid yang terkandung di dalam daun teh boleh menyebabkan kandungan protein didalam makanan akan segera mengeras  yang mana ia akan menyebabkan makanan tersebut sukar dicernakan .Sebaiknya minum air putih sahaja.

3. Jangan mandi selepas makan.
Sekiranya kita mandi selepas makan, ia boleh menyebakan aliran darah pada tangan, kaki dan tuba kan menurun.Keadaan ini akan melemahkan system pencernaan perut.

4. Jangan banyak berjlan selepas makan
Pastikan tubuh mendapat rehat sebentar selepas makan sebelum kita melakukan tugasan harian kita. Berjalan terlalu banyak selepas makan hanya akan mengakibatkan system pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi  daripada makanan yang telah dimakan.

5. Jangan tidur selepas makan.
Amalan tidur selepas makan boleh membahayakan system pencernaan kita kerana makanan tidak dapat dicerna dengan baik oleh system penghadaman ketika kita tidur.

6. Jangan merokok selepas makan.
Berdasarkan penelitian, menghisap sebatang rokok selepas makan sama seperti menghisap 10 batang rokok pada waktu lain. Merokok sudah sah-sah diiktiraf membahayakan kesihatan.Adalah sebaiknya berhenti merokok =)

6. Jangan bersenam selepas makan
Bersenam memang baik untuk kesihatan dan diet kita, namun jangan sesekali melakukan senaman selepas makan kerana aktiviti fizikal secara drastic selepas makan akan menyebabkan system pencernaan tidak boleh erfugsi dengan baik.

So kawan-kawan, apa kata kita praktikkan apa yang sudah dikongsikan..Bukan untuk orang lain pun, untuk kesihatan diri sendiri jugak kan.. =)
 

4 comments:

  1. hahah ena selalu minum air selepas makan dan tidur.. huaaaaa now ni pun tengah menahan mata... ngantok! X3

    ReplyDelete
  2. yang jn makan buah lps makan adalah sunnah Nabi...jemput join GA sya
    http://hunyieda.blogspot.com/2014/01/giveaway-santai-hunyeda.html

    ReplyDelete
  3. terima kasih di atas perkongsian ini...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.