Sponser By

Followers

Iklan

11 December 2014

DERMANIC TRANSCAPS

Assalamualaikum...

Prodak hot untuk kali ini adalah dermanic transcaps capsule..sangat berkesan merawat serta mencerahkan kulit.telah terbukti berkesan dan menjadi pilihan ramai..

Asid Tranexamic adalah sejenis perencat protease. Selepas masuk ke dalam dermis, ia mengambil bahagian dalam sintesis COLLAGEN secara langsung dan memecah  jalan pengeluaran melanin menyebabkan daripada sinaran UV. Membantu menghilangkan bintik hitam, mencegah dan mengurangkan pigmentasi. 

Menghasilkan  kulit putih dan cantik.
Bahan baru konsep pemutihan yang pada dasarnya menyekat pertumbuhan melanin, dan mengurangkan percikan
Pelembap, menentang pengoksidaan, menggalakkan peredaran darah, dan mengurangkan keradangan...

Dermanic transcaps capsule lebih efektif & sangat sangat berkesan...

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA di page facebook Ima Collection
Serius buyer only ye.


09 November 2014

Choco buble rice careal oreo

Assalamualaikum uolzz..


Siapa kat sini penggemar coklat? Tak kira la coklat apa.. haaa, pernah tak makan choco buble rice? Hari ni ima nak perkenalkan 1 prodak coklat dr ima collection.. 
choco buble rice ni adalah homemade dan handmade.
Choco buble rice ni adalah campuran dari buble rice, careal dan juga oreo..dilapis dan dituang coklat yang sangat lazat... bila nak makan, hanya perlu rendamkan jar atau bekas dalam rendaman air panas dan biarkan coklat mencair, gaulkan dan makan.. cuba bayangkan coklat yang lazat dimakan bersama buble rice serta careal yang sangat rangup..kriuk kriuk didalam mulut...perrggghhhh... sedap sungguh...
Siapa tak cuba memang rugi..meleleh air liur..hehe...

Ima jual murah murah ja. boleh whatsapp atau wechat ima sekiranya berminat
ima salsuzaima: 0128706289







19 October 2014

kesian kamu seorang saja

Assalamualaikum..

Masa lunch tadi pegi makan kat kfc.macam biasa.hari ahad ni bukan banyak kedai makan yang buka kat sini.pilihan hanya dua.masak atau kfc..masak memang tak ler masa kerja ni..haha...
Pergi dengan sabri and dah tentu la dengan dhani..



Tengah makan tu kan,datang seorang tua duk tegur anak ima.dia tak tegur kami dua tau.dia tegur anak ima je.dia usap usap kepala anak ima dan cakap." Kamu seorang saja? Kesian kamu.satu orang saja" dan dia terus. berlalu pergi..

Erkkkk.apa kah maksudnya tu? Maksud yang tidak baik atau bermaksud menegur, kesian kamu nak, blum ada adik..tapi macam pelik je.macam mana tau dhani blum ada adik??

Uolzz rasa, apa motif teguran tu?? Hurm...nak kata dia tak nampak kami dua tak patuuuttt..grrrr...

punca nafas dan badan berbau

Assalamualaikum..

Selesa tak bergaul bila nafas dan badan berbau? Mesti rasa tak selesa kan.Pernah tak alami situasi  begini? Nafas berbau walau baru lepas gosok gigi..badan pun cepat berbau terutama waktu panas dan betpeluh..walau pelbagai wangian digunakan namun bau kurang enak itu masih selalu ada.tahu tak apa sebenar nya punca bau itu? Ini sebenarnya adalah hasil dari toksin yang berlebihan dalam tubuh kita.dan kerana toksin inilah Bila kita makan apa apa ubat, supplement, semua tu kurang berkesan.kita sering menyalahkan ubat mahupun supplement, padahal semua itu datangnya dari tubuh kita sendiri.
Mulai hari ini mari kita detoxkan tubh kita..buang toksin.bila toksin dalam badan takde, hidup lebh sihat.tubun cantik luar dalam. Ima ada beberapa item yang berkesan membuang toksin degil dalam tubuh kita. Salah satunya adalah 2be gorgeous.sejenis supplement dan bertindak sebagai booster dalam tubuh dan menyahkan toksin. Dan satu lagi adalah ovispa.sejenis rendaman kaki.gel dan bebola dlm ramuan ovispa mampu menyahkan toksin dalam badan melalui peluh yang keluar.

Korang boleh whatsapp ima untuk info lanjut tentang produk ni.ima bukan sekadar menjual tapi ima juga ingin membantu Sesia sahaja yang ingibkaa tubuh yang sihat dan buang segala toksin di dalam badan.




Klik gambar untuk maklumat prodak
Add caption


SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection
Serius buyer only ye.

18 October 2014

servis yang menyedihkan

Assalamualaikum..

Sedih tak kalau kita terkena servis yang tidak memuaskan.tak kira la servis apa. Hari tu, ima pos barang macam biasa pada costumer ima..guna pos laju. Masa kirim barang tu elok je berbalut plasti buble kat dalam plastik pos laju.betul, memang ima tak letak pun amaran barang mudah pecah.sebab item ima kirim tu bukan ka a.tapi botol plastik.entah macam mana botol tu boleh pecah. Ima rasa kalau takat baling benda tu, takkan pecah sampai pil kat dalam tu ikut pecah dan rosak. Ni mungkin sebab dipijak atau tertindih barang berat.

Sedih sebab costumer tu kecewa dengan kejadian tu. Ima refund la duit tu tapi costumer complain dia kecewa sebab bila barang dah sampai tengok benda dah pecah..

Tapi takpe la kan..itu perkara biasa kan dalam urusan pos.Tapi harap-harap tak selalu terjadi la.kalau selalu, memang rugi la jadi peniaga kecil kecilan macam ni..




Orite..tutup kes..sekarang buka citer baru.hehe..kalau bagi yang belum tau, ima ada menjual pelbagai jenis supplement dan product kecantikan.macam macam ada..sekiranya ada apa apa yang berkaitan nak tanya boleh la direct whatsapp ima.. i syallah akan dilayan.. (0128706289)
#supplement #kosmetik #cantikgebu#

17 October 2014

Fakta ke auta nak bongsu

Assalamualaikum..


Siapa anak bongsu?? Ini fakta atau auta..hehe..Ima bukan anak bongsu.tapi en.sabri anak bongsu..hampir kesemua fakta ni betul.
Haa, patut ler selama ni dia tak pernah pujuk ima.. degil pun degil.keras kepala..haha..Nampak je garang tapi sebenarnya dia sgt baik hati dan caring dengan kawan2 dia..erkkk.. betul kalau dia marah memang hangin ler..baik diam. Bab bergaul.tu, prinsip dia betul.kalau orang tak tegur memang dia tak tegur la sampai bila pun..orang tengok pun macam sombong.padahal dia sangat baik bila berkawan.semua orang suka kawan dengan dia..tak kira la lelaki ke perempuan..erkkk lagi..krikkrik..
Last tu tak tau lagi..betul ke tak pandai masak..kot kot ada bakat teroendam..hahahaha..jangan maraaah ye en.sabri..

Korang yang anak bongsu, betul ke ni fakta ni? Jom kongsikan kebenarannya..

15 October 2014

Resepi cream puff

Assalamualaikum..

Hai uolzz..Pernah tak korang makan cream puff, durian puff, vanilla puff atau apa sahaja puff lah..hehe.. hari ni ima nak kongsi resepi cream puff tau..sesuai untuk minum petang atau bila bila lah rasa nak makan.hehe..

Ima suka makan cream puff ni tapi tak pernah buat sendiri..1 hari tu ima ternampak org jual durian puff.ima pun beli.sedap jgak lah.so ima terfikir la nak cuba buat sendiri.Tak lain tak bukan, google lah jugak yang ima harapkan.hehe..Rupa rupanya buat cream puff ni tak susah..senang jer.. jom kita mula sediakan bahannya..

 Bahan bahan:
100g butter cup
Secubit garam
250ml air
150g tepung gandum (diayak)
3biji telur gred A (dicampur sepenutup vanilla dan dikacau menggunakan garfu)

Bahan untuk inti:
Topping cream non dairy (mixer sehingga kental)
Tips: pastikan topping krim dikeluarkan awal dari peti sejuk beku 10-15minit sebelum dimixer)

Cara caranya:
•Masukkan air, garam dan butter kedalam periuk dan kacau hingga butter cair dan air mendidih.gunakan api sederhana.
•Masukkan tepung dan kacau satu arah sehingga bahan bahan sebati.Matikan api.
•Biarkan adunan sebentar dalam 5 minit dan pindahkan ke dalam bekas dan mixerkan dengan kelajuan sederhana.
•Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil mixer dengan kelajuan sederhana laju.
•Bila adunan sudah lembut dan menjadi pes, masukkan adunan kedalam piping bag yang dipasang nozel bintang.
•Paipkan adunan ke atas dulang yang digriskan sedikit butter dan bakar selama 25 minit dengan kepanasan oven 200C.
•Bila puff sudah masak,biarkan beberapa minit dan gunting sedikit bahagian depan puff untuk membuat poket dan masukkan filling tadi kedalam poket puff.
•Siap untuk dimakan..


Selamat mencuba uolzz.. 


14 October 2014

Tuhan tolong jangan panjangkan rambut dhani

Assalamualaikum..

Entah kenapa la liat sangat anak aku ni nak gunting rambut. dari kecik sampai la 4tahun ni, nak gunting rambut kena mengamuk dulu.Kalau tak mengamuk memang tak bergunting lah rambut dia.. dan tiap kali gunting rambut memang wajib la dia kena nangis..alahai la.. kalau bawak kat saloon memang sah lah riuh satu saloon ni. 


Memang pantang dia kalau cakap, dhani jom gunting rambut. Nasib la anak aku ni lelaki.kalau perempuan memang panjang mengurai la aku biarkan.malas tiap kali nak gunting rambut, kena teriak sampai 1 kampung dengar.haha..


Semalam macam biasa kena marah marah baru dapat gunting rambut tu.betul betul anti bila rambut dia digunting sampaikan semalam dia cakap. "Ami jom kita sembahyang sekarang.supaya tuhan dengar doa kita.supaya tuhan tak panjangkan rambut dhani"
Terkedu aku dibuatnya..nak ketawa pun ada..alahai la..susah benor nak gunting rambut budak ni..

Borong

Assalamualaikum..

Ima ada beberapa produk yang ima buka untuk borong..Sekiranya uolzz berminat nak borong boleh whatsapp ima ye. 0128706289..Antara produk yang ada:

•SABUN CELLULITE LABDEE THAILAND
•ARBUTIN SOAP
• BEST SLIM
•DTRIM
•FRESHLOOK COLORBLEND
•JAMU LANGSING
•KIYESKI 
•OPA SNOW
• SERUM ARBUTIN
•OBUSE EYEBROW
•VARIABLE Y 
•PCS HIGH BEAM
•MINI BROW CLASS
•WONDERGLOW GOLD 
•MYMI WONDER PATCH BELLY WING ORI 
•TABITA EXCLUSIVE 
•NEW WHITE UNDER ARM WHITE CREAM 
•SUPRA PRO (DALAM KOTAK) 
•GARCINIA BURNER 
•BELLE MAISON COLLAGEN (BVRC) 
•GLUTA O WHITE RUKKARD

13 October 2014

Resepi Donut a.k.a kuih gelang

Assalamualaikum..


Memang terserlah keminatan ku dalam bidang membaking atau membuat sesuatu untuk dimakan..itu bererti aku memang minat makan..haha.. tanpa makanan, hidupku menjadi murung. 

Alhamdulillah masih mempunyai makanan untuk dimakan padahal ada ramai lagi d luar sana yang tidak mempunyai apa apa untuk dimakan...

Sebenarnya ima saje nak kongsi resepi kuih donut atau kami panggil kuih gelang ni.Ni adalah salah satu makanan kegemaran anak ima.bila dia nak,  insyallah ima akan buatkan.kalau bukan ima yang buat, mak atau adik ima yang akan buatkan..maklumlah..anak manja..hehe...

Sebenarnya membuat kuih donut ni tak la susah.dan tak perlu la sampai berjam jam.kali ni ima nak kongsi resepi yang jimat masa dan sangat mudah.

Jom sediakan bahan-bahannya.

 Bahan -bahan:
1/2 peket yis kering
1 sudu makan gula pasir
30ml minyak masak
Secubit garam
160ml air
40ml air panas
300g tepung gandum

Cara caranya pulak.
•Masukkan garam, gula dan air panas.
•Biarkan sebentar hingga gula dan garam larut.
•Tuangkan air dan masukkan yis serta minyak.
•Biarkan sebentar dalam 5 minit sehingga yis kembang.
•Setelah itu tuangkan tepung dan gaulkan menggunakan tangan.
•Biarkan adunan 5- 10 minit.
•Bulat bulatkan adunan, leperkan dan cucuk ditengah menggunakan jari.
•Sementara itu panaskan kuali dan minyak.
•Goreng hingga kekuningan.
•Toskan minyak
 •Gaulkan dengan gula yang dikisar.

Insyallah tak sampai 1 jam pun buat ni..senang jimat masa...boleh dapat donut yang lembut dan gebu.selain gula kisar, boleh juga gantikan dengan coklat yang dicairkan..just celupkan.yummmyy..sangat sedap dimakan sambil minum teh..sedap..

12 October 2014

Obuse Eyebrow

Assalamualaikum..
Ada tak sesiapa kat sini yang tak berapa reti nak kemaskan kening dan tak reti nak guna pencil eyebrow? Kalau ada, kita serupaa..haha.. memang tak semua orang ditakdirkan pandai dalam semua bidang termasuk la mencantikkan diri..Tapi hampir semua wanita ingin kelihatan cantik dan menghias diri.ok lupakan cerita lain.hari ni ima sekadar nak kongsikan satu barang baek yang iaitu item khas untuk menghias dan merapikan kening.

Pernah dengar tak obuse eyebrow? Ni ima nak kenalkan bagi yang belum tau apa tu obuse eyebrow.. obuse eyebrow ni mempunyai 3 warna. Warna coklat lembut, coklat terang dan hitam.Berus yang lembut juga disediakan dalamset obuse ni.obuse ni boleh digunakan di kening bagi yang tak reti nak guna pencil eyebrow macam ima..kahkah.. sangat mudah, cepat dan jimat masa..sesuai bagi wanita berkerjaya dan pelajar U yang tak punya banyak masa untuk berhias. Selamat mencuba uolzz..





10 October 2014

Resepi Macarons menggunakan Macarons Decoration Set

Assalamualaikum..


Ada tak yang suka makan macaron kat sini.. Macaron ni kalau nak beli memang mahal.dapat berapa biji je kalau beli.makan pun tak puas..ha, apa kata korang yang minat makan tu buat sendiri.bahan-bahan pun tak la banyak mana. Sekarang sangat mudah nak deco macaron, search je resepi kat google, berlambak resepi yang dikongsikan.Lebih mudah dengan adanya macaron decoation set.


Jom kita try buat macaron sendiri.
Bahan-bahanya: 
2 biji putih telur gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna (Merah/biru/ungu/hijau)


Langkah-langkahnya pulak:
*Ayak serbuk almond dan gula icing  dan ketepikan seketika.
*Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga kembang menggunakan mixer dengan kelajuan max. 
*Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk
*Biar adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. 
*maksudnya bila kita terbalikkan bekas adunan tu tak jatuh.
* Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. 
*Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula.
*Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan sebati.
*Kemudian letak pewarna pilihan anda.
*Masukkan adunan yang sudah berwarna ke dalam nozzle.
*Kemudian picitkan adunan ke atas set dulang macaroon.
*Bila dah siap, rehatkan adunan tadi beberapa minit sebelum dibakar.
*Selepas 30 minit, bakar adunan dalam 15 minit dengan kepanasan oven 130c
*Keluarkan macaron tadi dan biarkan sejuk.Bila sudah sejuk boleh bubuh filling menggunakan jem buah-buahan atau nutella.
*Siap untuk dimakan. 

P/s: Kalau korang tak paham boleh la tengok youtube ni..hehe..



Psssssttt..Kalau korang nak set macarons ni boleh whatsapp ima ye..ima ada jual..sementara stok masih ada ye.. (012 8706289)
(pic atas tu cari kat google je.nanti ima upload pic macaron yang ima buat.hehe) 


08 October 2014

Mini Contest My Lense Story: Demi Masa

Assalamualaikum..

http://www.kizmyself.com/2014/10/mini-contest-my-lense-story.html


Bismillahirohmanirohim..Alhamdulillah setelah sekian lama tenggelam timbul dalam dunia blog ni dan setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk sapport contest atau apa saja acara dari rakan blogger hari ni ima berkesmpatan sekali lagi untuk memberi sokongan untuk menyertai mini contest yang dianjurkan rakan kita http://www.kizmyself.com





Tempat didalam gambar ni adalah  kampung datuk nenek ima sebelah abah di kampung beaufort sabah.tak tahu kenapa bila pandang gambar ni ima rasa sayu sangat.Dulu.. tempat ni tempat ima separuh membesar, bermain, mandi sungai dan pelbagai kenangan yang masih belum terpadam dalam ingatan.Diseberang gambar tu terletaknya rumah datuk nenek ima. Tapi datuk nenek ima tu  dah takde.namun rumah tu masih sama seperti dulu dulu. Bila berada disana ima rasa tenang.sama tenang seperti ima melihat gambar ni.

Biar masa terus berlalu, biar umur makin meningkat.namun ingatan sukar dipadamkan.Bila umur ini semakin menigkat, banyak perkara yang berlaku kepada diri dan juga kepada orang sekeliling ini. Banyak perkara yang membuat diri menangis.
Hidup ini penuh dengan cubaan, penuh dengan dugaan, lumrah alam.
Imbau kembali lirik lagu demi masa dari kumpulan raihan.

Demi masa, Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan, Yang beriman dan beramal soleh

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan, Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati



Moralnya? sentiasalah kita menggunakan masa di dunia dengan sebaik baiknya dengan perkara yang akan menguntungkan kita diakhirat nanti kerana sesungguhnya masa itu tidak pernah menunggu kita malah masa sentiasa mencemburui kita.


Mini Contest My Lense Story ini dianjurkan oleh kizmyself, dengan kerjasama Pingje.Org, Blog Melayu Terkini, Media Info

01 October 2014

BVR COLLAGEN

KANDUNGAN BVR COLLAGEN :

  • Pati Apple stem cell
  • pati strawberry stem cell
  • Pati marine collagen
  • vitamin c
  • vitamin e
  • pati gluthathion
  • serbuk mutiara.


KELEBIHAN BVR COLLAGEN :

  • menghilangkan jeragat dan parut2 dari dalam
  • melicinkan wajah
  • memutihkan seluruh badan termasuk bawah lengan,siku,celah peha,ketiak,dan belakang leher
  • seimbangkan berat badan
  • merawat jerawat dari dalam dan luar
  • mencantikkan bentuk badan
  • menaikkan seri wajah
  • awet muda
  • menghilangkan jeragat
  • memudarkan parut2 hitam
  • seimbangkan berat badan

CARA PENGGUNAAN BVR COLLAGEN :

1/2 sudu kecil setiap pagi dan malam.
Boleh juga dicampur didalam apa2 jenis supplement dan vitamin yang lain bagi mempercepatkan lagi kesan dan kebaikannya.

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection
Serius buyer only ye.




30 September 2014

Resepi roti bun

Assalamualaikum...

Nak tak kalau ima kongsikan resepi roti bun? Boleh la buat minum pagi atau petang. Kalau ima, asal free je mesti tangan ni gatal nak menghasilkan sesuatu untuk dimakan..kata nak diet..haha...itu sangat sukar ye...
Okeyh.. taknak cakap banyak la.kita terus kepada bahan-bahan untuk meroti..

Bahan bahan yang kita perlukan adalah:

Bahan A:
250g tepung roti
50g butter
1 sudu kecil bread improver
Sedikit garam halus
1 sudu makan susu pekat
1 biji telur gred B

Bahan B:
105ml air suam kuku
1 sudu kecil yis kering
1 sudu kecil gula halus

Inti:
Kacang hitam

Sekarang bahan dah ada semua, kita mulakan.
Letakkan semua bahan A tadi dalam 1 bekas.

Sementara itu, gaulkan pulak bahan B.  Larutkan gula halus dalamair suam tadi.bila gula dah larut, masukkan pulak yis kering. Kacau hingga berbuih.

Setelah itu tuangkan bancuhan yis dan gula tadi (bahan B) ke dalam bekas yang berisi bahan A tadi.
Uli bahan tadi sehingga sebati selama 5 minit.
Kemudian tutupkan doh tadi dengan plastik dan biarkan doh selama 30 minit.

Sementara menunggu, bulat bulatkan inti kacang hitam.
Selepas 30 minit, bulat bulatkan doh.
Masukkan inti kacang tadi dalam doh..
Letakkan doh ke dalam dulang/loyang pembakar.
Diamkan lagi doh selama 45minit hingga 1 jam.
Biar betul betul kembang..

Bila doh sudah kembang, sapukan sebiji telur yg d campurkan susu segar atau air.

P/s: jika doh tadi tidak berisi inti, korang boleh taburkan hirisan keju dan gula diatas doh..

Kemudian bakar doh pada suhu 18c selama 15-20 minit..

Roti yang gebu dan lembut sedap di makan bersama keluarga sambil minum teh atau milo..hehe...sangat mudah..

26 September 2014

Apa yang anda fikir tentang sabah sarawak

Assalamualaikum..

Hari ni ima rasa terpanggil untuk menulis tentang pandangan tentang orang malaya (semenanjung) tentang sabah sarawak. Apa sebenarnya pandangan kalian ye bila disebut sabah sarawak? Masih kah rasa , asal sabah sarawak je, hutan.asal sabah sarawak je, naik perahu, asal sabah sarawak je, rumah atas pokok..Terbaru dan paling lawak ima pernah dengar, asal sebut sabah sarawak je, terus kalian terfikir orang sulu,terus terfikir datang sana nanti mati sia sia  kena tembak.asal sabah sarawak je, terus terfikir takut nanti suami kena jampi dengan orang sabah sarawak..serius yang tu memang lawak..

Yaaa..betul..kebanyakkan kawasan sabah sarawak masih lagi ada hutan dan kawasan pendalaman.kami tak boleh nafikan.betul, ada beberapa kawasan masih lagi jauh dari perkhidmatan bank, hospital, pos laju dan sebagainya..itu sangat betul..dan betul jugak, pembangunan di semenanjng lebih hebat berbanding pembangunan di  sabah sarawak.

saya tidak pernah malu bila orang malaya katakan orang sabah sarawak tinggal dihutan.sangat tidak.. saya sangat berbangga sebenarnya bila mengaku orang sabah sarawak..sabah sarawak adalah negeri yang sangat sangat  sangat sangattt saya banggakan.Malah saya merasa kasihan terhadap sesetengah orang malaya yang masih berfikir sabah sarawak adalah hutan100%.pengetahuan mereka hanya disana sana sahaja.masih dijajah dan masih  berada ditahap zero  sahaja.

Semalam ada seorang kenalan dari semenanjung memberitahu dalam salah satu group yang saya sertai..
Dia kata, suami dia lulus ujian fizikal untuk menjadi polis tetapi dia risau sebab penemuduga tu kata kalau lulus ujian kedua, suaminya akan dihantar ke sabah.saya rasa apa yang dia risaukan sangat tak munasabah..yeah..ada perkataan sabah disitu..hehe..
Tahu apa 1st imprision dia terhadap sabah? Dia risau suami dihantar untuk berperang dengan orang sulu..saya yakin dia takut suami dia ditembak.
Kedua,dia risau suami dia dijampi oleh orang sabah.ye, saya faham perasaan dia sebab saya pun takut juga kalau suami saya dijampi perempuan lain..minta dijauhkan lah ye.
Ketiga, dia tanya kat sabah pos laju ok tak..posmen dia ok tak..sumpah yang ni lawak.hehe..
dan yang membuat hati sedikit terguris, dia kata orang sabah ramai penjahat..

Saya mohon, bukalah minda,buka lah hati dan buanglah aura negatif dari diri kita ni..kalau ima tak salah, pendapat peribadi saya, manusia ni sebenarnya sama sahaja.tak kiralah dari mana.sabah sarawak, semenanjung? Beza kita hanya percakapan dan kepercayaan serta kebudayaan kita. Kalau takut suami ditembak semasa bertugas, jangan bagi suami mohon kerja jadi polis.sebab kerja polis memang menjaga keamanan.sila berbalik kepada niat menjadi polis itu sendiri.Maaf cakap tapi bagi saya, kalau ditakdirkan mati ditembak,.saya lihat kat semenanjung duduk minum kopi pun tak pasal pasal  boleh mati kena tembak.
kedua, takut suami kena jampi? Kalau orang nak jampi, tak payah tunggu datang sabah sarawak.kat semenanjung pun ramai orang guna jampi.bukan setakat jampi suami orang.jampi untuk merompak pun ada. Lelaki ni, kalau memang miang, tak jampi pun dia boleh cari lain. Minta dijauhkan lah ye.
Ketiga.pos laju? Ya Allah..apa sangat nak dirisaukan.kalau dah rezeki, kita dimana pun masih rezeki tu masuk.sama je posmen sabah dengan posmen semenanjung.ada yang malas ada yang rajin.
Dan yang last, orang sabah sarawak banyak penjahat ke? Kat semenanjung takde orang jahat ke? Semua baik? Yang tu korang jawab sendiri ye..hehe..

Berbalik pada poin diatas tadi..kenapa di sabah sarawak masih banyak hutan? Ini kerana kami masih mahu menyimpan khazanah yang sangat berharga. Kami tidak malu, kami tidak segan. Kerana kami tahu kami ada lebih berbanding kalian..kami ada tanah. Kami membina rumah kami diatas tanah kami sendiri.kami ada tanah untuk kami bercucuk tanam dan menikmati buah buahan segar dari pokok.tinggal petik je.kami ada tanah untuk kami menternak haiwan peliharaan dan dijadikan income kami.kami masih simpan tanah untuk anak cucu kami di masa akan datang.sekurang kurangnya kami tak perlu mengemis ditempat kami sendiri.

Ketahuilah dan sedarilah..jangan berbangga dengan apa yang kalian ada sekarang...semua yang kalian miliki di semenanjung adalah datangnya daripada sumber sabah sarawak.. tanpa sabah sarawak, semenanjung is nothing. semenanjung takkan berada dalam keadaan sekarang ni..Maaf cakap..ini hanya pandangan saya..saya sendiri masih kosong tentang hal ini tapi saya rasa kalian harus sedar.Dan paling tepat sekali segala yang kita miliki sebenar benarnya wujud dengan keizinan Allah S.W.T dan dia boleh menariknya dengan sekelip mata sahaja.

25 September 2014

Pelbagai Produk khas untuk breast

Assalamualaikum.

Hai uollss.. selain menjual supplement kesihatan dan kecantikan ima juga ada supplement khas untuk breast..Pelbagai jenis produk ada.Korang tinggal pilih dan buat research je nak yang mana..sekiranya korang berminat boleh ari ime ye..hehe... kat sini ima kenalkan beberapa produk yang ada..


1.Thanyaporn Breast Enlargement

Menambah saiz payudara.
Menegangkan payudara dan punggung yang mengendur.
Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara). Menganjalkan kulit yang melendut.
Melambatkan proses penuaan.
Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi (bladder)
Mengetatkan vagina.
Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
Membantu menggelapkan rambut beruban dan
menggalakkkan pertumbuhan rambut
Menambah tenaga dan kecergasan
Mengatasi masalah sukar tidur
Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’produk ni mmg terbukti berkesan...tp dengan izinnya, insya-Allah...sbb i pun ade guna jgk so mmg ade perubahan...Kesan keatas setiap individu adalah berbeza-beza, namun anda akan dapat lihat kesannya dalam masa 2-4 minggu sahaja.

Cara makan : 1 kapsul setiap pagi 15 minit sebelum sarapan.

Kandungan : 60 kapsul setiap botol.


2.Emilay Breast Enhancer adalah suplemen pembesar payudara, mengencangkan payudara supaya tidak kendor (lembek), serta merawat payudara dari kulit keriput.
Kulit payudara akan tetap kencang tidak terlihat londeh, tidak mengandungi bahan kimia apa pun, teruji alami dan herbal dari tumbuhan-tumbuhan untuk perawatan payudara Anda.
Dengan pengambilan teratur akan menambah volume ukuran dan membesarkan payudara dalam 1 botol 1 bulan pasti sudah mengalami penaikan pengencangaan dan pengambilan 3 bulan pasti dijamin pertambhan volume.
Emilay Breast Enhancement TIDAK digolongkan sebagai ubat melainkan Essence Herbal iaitu diperbuat dari bahan yang bebas kimia dan tanpa kesan sampingan.



 3. Lady Secret Bust Up
  • Menambah saiz payudara.
  • Menegangkan payudara dan punggung yang mengendur.
  • Melangsingkan badan dengan peningkatan jisim badan tanpa lemak.
  • Merawat masalah-masalah yang berkaitan dengan rahim.
  • Menghalang jangkitan pada vagina dan pundi kencing (bladder)
  • Mengetatkan vagina.
  • Menghilangkan bau badan dan bau peluh
  • Mencegah dan mengurangkan penyakit migrain.
  • Menjadikan kulit lebih lembut dan lebih ‘muda’
  • Mencerahkan kulit (termasuklah kulit pada bahagian puting payudara)
  • Menganjalkan kulit yang melendut.

  • Melambatkan proses penuaan.


4. Kapsul Hormon

☆ Memberikan bentuk badan yang cantik dan seksi
☆ Menegang,menganjal,memontok dan menambahkan size breast
☆ Menghilangkan bulu roma yang lebat pada wanita seperti bulu kaki,misai dan bulu tangan
☆ Kapsul hormon ini menjadi rebutan nyah dan pondan2 diseluruh negara
☆ Menghilangkan bau badan dan bau peluh
☆ Wanita yang mengamalkan kapsul hormon ini tidak akan terkena kanser rahim dan kanser breast
☆ Mengetatkan rahim dan menghilangkan bau pada miss V
☆ Menghaluskan kulit wajah dan badan
☆ Menaikkan punggung yang jatuh dan leper
☆ Memberikan bentuk badan yang menarik jika diamalkan oleh wanita yang dalam pantang dan wanita yang terlalu kurus
☆ Boleh dimakan oleh ibu yang menyusukan baby dan wanita dalam pantang
☆ WANITA HAMIL DILARANG MAKAN!!
☆ Mencantikkan kuku,rambut,kulit dan segala aset wanita
☆ 1KAPSUL HORMON INI LENGKAP UNTUK SEMUA MASALAH WANITA
☆ Harga yang murah berganda-ganda dari kedai jamu@farmasi
☆ Herba yang digunakan adalah 100% tulen tanpa ada campuran bahan lain dan kerana itulah kesannya lebih aktif dan terbukti berkesan





 5. Kwhite 38
 
• Khas untuk menganjalkan payudara
• Membantu menganjalkan juga tubuh badan yang lembik
• Membantu menyekatakan tona2 gelap agar semakin cerah Dan sekata
• Memberikan tenaga
• Mengurangkan stress harian
• Khas untuk menjaga kewanitaan agar Persis Anak Dara
• Membantu membentuk tubuh badan menjadi terbentuk Dan cantik
• Membantu Kulit semakin Kenyal Dan Gebu
6.Emilay Breat up & up
1. Semakin usia bertambah kulit ikut kendur termasuk kulit area payudara, dengan Emilay Breast E. kulit area payudara akan tetap kencang tidak terlihat keriput, seperti yang kalian ketahui Emilay adalah Perusahaan Legal dalam pembuatan Supplement untuk Whitening dan Colagen untuk kesehatan kulit. 
2. Payudara loyo Payudara Kendur Payudara turun: tidak lagi dengan Emilay Breast 
3. Vitamin untuk Payudara, karena dibuat dari bahan-bahan alami tanpa kimia yang bermanfaat dan diperlukan untuk Payudara kalian. 
4. Pastinya selain Menambah Penampilan kalian PD dan semkin Mencintai diri kalian juga disayang oleh pasangan kita, dengan rutin mengkonsumsi akan menambah volume ukuran payudara, dalam 1 botol 1 bulan pasti sudah mengalami penaikan pengencangaan, dan rutin 3 bulan ada pertambahan volume, tanpa harus balik lagi kalo dihentikan konsumsi. PERMANENT
5. Balance Female Hormone, mengatur hormon untuk usia wanita dewasa yang mendekati Monopouse. Untuk kalian yang Remaja, lebih mantab dan baik sekali dibantu perkembangan Hormon
6. Terkandung bahan untuk proses Re-Aktivasi Sel dan Detoxin Racun Tubuh sehingga kulit semakin cantik di lihat dan juga bangga untuk dimiliki.


7. Emilay e-wave show

8. Zofea secret beauty 


SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection
Serius buyer only ye.

22 September 2014

Resepi Pavlova

Assalamualaikum..

Sebelum ni, ima pernah tempah pavlova..terus jatuh cinta dan in more love..hehe..pernah jugak try google resepi..tapi macam tak yakin nak menjadi..sampai la bertahun berlalu..tiba tiba tahun ni macam berani pulak nak try buat ikut resepi google.. tidak ku sangkakan sungguh mudah membuatnya sampai tiap ari buat untuk makan sendiri..haha...
Korang kalau ada berminat nak try buat pavlova jom try resepi ni..sangat sangat mudah lah..


Bahan:
4biji putih telur (tanpa sedikit pun kuning telur)
3/4 cawan gula kastor
30g tepung jagung (diayak)
50ml cuka makan
1penutup esen vanilla



Cara cara nya:

Mixerkan putih telur dengan gula hingga kembang dan marigue..(bila terbalikkan bekas, adunan tak tumpah/jatuh..


Seterusnya masukkan tepung jagung, esen vanilla dan cuka..gaul menggunakan spatula je..gaul hingga sebati..



Masukkan adunan tadi kedalam piping beg.
Lapiskan dulang pembakar dengan kertas minyak yg sudah dilukis bulatan.
Paipkan adunan keatas kertas minyak tadi dan bakar dengan suhu 150° selama 1jam..




Sementara itu buat pulak krim utk topping..

Bahan: whiping cream non dairy
Cara:pukul whiping cream sehingga kembang dan menjadi krim.. (pastikan whiping cream di keluarkan dari freezer 1 jam sblum hendak digunakan dan goncang sebelum dituang untuk dipukul )



 Bila adunan sudah masak, biarkan sejuk seketika sebelum diletak ke dalam cawan kertas dan paipkan krim ke atas pavlova yang sudah masak.


  


Maka siaplah sudah pavlova..hehe

Nota kaki: boleh tambah buah anggur, kiwi atau strawberry sbagai hiasan.. yg ni ima makan sendiri so tak letak buah buahan.

05 September 2014

L'arome slimming serum

L'AROME SLIMMING SERUM

HILANGKAN STRETCH MARK, SELULIT & TAMPIL MENAWAN DAN LANGSING hanya dengan sapuan L’AROME APPLE STEM CELL SLIMMING SERUM

Produk yang anda cari selama ini telah ditemui!! Produk yg amat2 berkesan untuk menguruskan badan dan akan nampak hasilnya dalam 24jam setelah digunakan.

✔ Mengurangkan kesan parut selepas bersalin
✔ Tanpa risiko kesihatan.
✔ Tidak perlu berlapar.
✔ Hanya kurangkan sedikit amalan pemakanan (Bagi mendapat kesan yang lebih menakjubkan).
✔ Dapat bakar lemak anda dalam masa 24jam.
✔ Dapat mengurangkan kesan parut selepas bersalin bagi wanita.
✔ Dapat mengempiskan perut anda.

L'AROME APPLE STEM CELL SERUM

✔ Formula hebat – Swiss Quality Product
✔ Lemak – pembakaran serta merta
✔ Selulit – Tiada lagi masalah
✔ Stretch Mark – lihat sendiri keajaibannya
✔ Langsing – kecantikkan yang anda inginkan
✔ Kesan seawal 24 jam dapat di rasai
✔ Tak panas dan tak melekit

➨ Testimoni: ”saya turun 3kg dalam masa 1 minggu. stretch mark di bahagian perut hampir 100% hilang dalam tempoh sebulan“Ibu-ibu lepas bersalin pasti ada selulit dan stretch mark di bahagian perut.

➨ Tak perlu ke pusat slimming yang harga ribu2 untuk treatment. Kini anda boleh lakukan sendiri di rumah. Hanya dengan sapuan sahaja. Mudah dan sangat berbaloi.

➨ Bagaimana L'arome Apple Stem Cell Slimming Serum
dapat membantu anda?

» L'AROME Apple Stem Cell Slimming Serum direka untuk menghasilkan hasil yang hebat* kepada pengguna.

» Ia bukan sahaja untuk membakar lemak anda, ia membantu membentuk badan anda, menghasilkan enam pek anda (pembina badan), menghilangkan selulit dan stretch mark.

» Kandungan stem sel epalnya menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan membaiki epidermis selain membentuk pigmen kulit. Dengan kata lain juga, ia berupaya membaiki tisu dan sel dalam badan dengan efektif dan akhir menghasilkan sel baru dengan untuk kulit.

KEBAIKAN L'AROME

✔ Membakar lemak secara berterusan.
✔ Menghilangkan stretch marks
✔ Menghilangkan selulit
✔ Menghilangkan double chin
✔ Menghilangkan parut lama
✔ Boleh membantu mengempiskan perut ibu selepas bersalin
✔ Boleh membantu untuk mendapat kan six pack

ANTARA FUNGSI L’AROME

~ LEMAK : pembakaran lemak berlaku sangat pantas
~ SELULIT: perubahan ketara hanya dalam tempoh 1 minggu
~ LANGSING: perubahan yang amat ketara dlm 3-7 hari
~ STRETCH MARKS: hampir 100% hilang dlm masa 1 bulan
✎Membantu membakar lemak berlebihan di sekitar perut, pinggul, peha dan lengan.
✎Menghilangkan selulit, orange peels,strecth marks & parut selepas bersalin.
✎Boleh disapu pada double chin
✎Menghaluskan tekstur kulit
✎Mengeluarkan angin2 dalam badan

KANDUNGAN

Methyl Nicotinate, PytoCellTech(TM) Mulus Domestica, Actin Heat,
Cucurbita Pepo (Pumpkin) Seed Extract, Lemon Grass Essential Oil.

CARA PENGGUNAAN L'AROME

✔ Sapukan 2 kali sehari, siang atau malam* (selepas mandi ) pada bahagian bermasalah.
(Gunakan setiap hari untuk kesan yang lebih baik).
✔ Letakkan dalam 1-2 titik bergantung pada tempat sapuan.

** Jangan letak terlalu banyak sebab takut panas **
(selang berapa minit selepas sapu, anda akan mula berasa panas pada
bahagian yang telah disapu)

Ima Collection (whatsapp) 012 8706289

04 September 2014

Shake & Take 3 murah

Assalamualaikum..

Shake & take sekarang dh sampai 3 generasi...
Memang mendapat sambutan yang menggalakkan bagi peminat jus.. sebab apa? Sebab shake n take ni memang mudah digunakan..tak perlu susah2 blend dan tuang ke gelas..dengan shake & take, kita hanya perlu shake n take..lepas blend trus boleh minum..sangat jimat masa..
Sesiapa berminat boleh take 1. Ima jual murah-murah je.. untuk info korang boleh whatsapp ima ye.. di talian 012 8706289..