Sponser By

Followers

Iklan

30 November 2013

Car Sticker Malaysia

Assalamualaikum..

Adakah anda sedang mencari syarikat atau kedai online yang memberikan perkhidmatan mencetak alat-alat pemasaran seperti car sticker, label,bisnes kad, road tax sticker, icon sticker, bunting dan alat-alat pemasaran lain? Disini saya ingin perkenalkan sebuah syarikat dan memperkenalkan serba sedikit tentang syarikat ini.


Car Sticker Malaysia merupakan salah satu cabang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Betta Creative Solution.

Betta Creative Solution adalah merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang menawarkan servis kreatif seperti merekabentuk, mencetak, membangun, memberi konsultasi dan menyediakan alat - alat pemasaran yang biasanya hanya dibuka kepada pemilik - pemilik perniagaan bagi tujuan promosi syarikat mereka.

Namun dengan wujudnya laman Web Car Sticker Malaysia ini, Betta Creative Solution ingin membuka peluang kepada orang awam untuk menempah atau membeli alat - alat pemasaran dari kami dengan tempahan minima dan tempahan khas ( custom made ). 

Antara contoh sticker dan alatan yang mereka sediakan adalah seperti di bawah.





























Selain sticker yang sedia ada, anda juga boleh request design (custom made)



Harga item juga amat berpatutan dan anda boleh pilih postal method samaada mahu diposkan melalui ,atau



Betta Creative Solution
8-1B Jalan Suria Setapak
Taman Suria Setapak
53000 Kuala Lumpur

Phone    : 03 4023 2767
Hphone  : 010 22 55 485 / 012 69 53 385

emel :carstickersmalaysia@yahoo.com
page fb: https://www.facebook.com/CarStickersMalaysia
website :www.carstickersmalaysia.com

Crayon Burger

Assalamualaikum!!



Unik!! itu perkataan yang aku ungkapkan bila ternampak iklan restoran Crayon Burger ni. Kenapa aku cakap unik? Sebab burger yang ada di restoran ni berwarna warni. Tidak seperti kebiasaan burger yang kita lihat dan makan. Burger mereka berwarna hitam, pink, hijaut, merah, kuning dan oren kalau tak salah.

Walaupun aku sendiri tak pernah pergi restoran tu aku dapat rasakan burger tu mesti sedap dan berbaloi. Takkan cakap je kan.Jom kita ramai-ramai buat event makan burger tu nak tak dan kita buat review ramai-ramai..Insyallah nanti kita buat kalau ada sesiapa nak join bagitau la.


Pelbagai nama unik yang diberikan untuk burger di crayon burger ni. Antaranya pink mild res yis, yellow bun with mustard, red bun red yis dan yang paling buat aku tertarik adalah burger zombi yang warna hitam tu.

Harga DItawarkan: Rm12- Rm18
Waktu operasi: 11.00 a.m-10.00p.m
Lokasi: 38, Jalan SS15/4, Subang Jaya 45200 Petaling Jaya, Malaysia










Macam mana?  teringin nak cuba tak? Jom cuba sama-sama.






29 November 2013

Nuffnang CPUV on going

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Ada 5 kempen sedang on going kat blog aku. 
Antaranya DIGI EASY PREPAID, GUESS JEANS X ANTM, MAH SING SOUTHVILLE DISCOVERY, TAYLOR COLLEGE dan LIBRESSE.
So kalau nampak iklan tu klik-klik la sebarang 2 klik.. 






Maybank2u berubah wajah

Assalamualaikum.

Maybank2u berubah wajah.Bagi saller online mesti pagi-pagi tadi dah perasan kan maybank2u dah berubah wajah dan tak boleh login. Hadoi..  suash la nak check payment dari pelanggan masuk ke tak.Nasib lah kat bawah ni ada ATM dalam petronas.Kalau tak susah jugak nak proses order.

Tapi tu pun cukup penat turun naik flat ni tau..Harap-harap cepat la maybank2u boleh digunakan..



Wajah Lama.


Wajah baru

P/s: Mana satu lagi menarik?? hihi

Jual Sayur Punya Kereta Mewah

Assalamualaikum..


Faham tak maksud gambar tu.Sesiapa pengikut Oh Media mesti nampak gambar ni kan.Gambar ni pun aku copy dari page oh media.  Aku nampak banyak yang beri komen yang negatif tak kurang beri komen yang positif. So aku teringin nak upkan entri pasal gambar ni. Apa yang anda boleh faham melalui gambar ni? Orang jual sayur pakai kereta mewah? Pelik tak bagi anda?

Bagi Kami, kalau di sabah sarawak, ia sesuatu yang sangat biasa.Bukan hanya penjual sayur, malah penjual pisang goreng, penjual ikan pun pakai kereta mewah. Malah mereka yang tinggal di pendalaman sabah sarawak pun mampu memiliki kereta mewah kerana mereka mempunyai tanah dan perusahaan yang banyak. 

Ramai dunia luar tak tahu, sebenarnya kami warga sabah sarawak juga sama dengan orang malaya/semenanjung. Lebih dari itu bumi sabah sarawak juga memiliki kekayaan bumi yang ramai tidak tahu dan hanya diketahui oleh orang-orang ITU. Cuma dunia luar tak nampak semua tu sebab orang-orang tertentu ambil kekayaan di bumi sabah sarawak dan takde highlightkan semua tu kat dunia..but its ok.. Kami cool aje walau kami dihina tinggal diatas pokok..kehkehkeh..

Tapi  aku tak lah bermaksud semua orang sabah sarawak kaya.Aku adalah salah seorang yang tak kaya itu.Kami orang biasa-biasa sahaja.

28 November 2013

Remaja kah aku?

Assalamualaikum..

Remaja kah aku? Pada usia apakah yang dikatakan remaja? Ntah..Aku tak terfikir pun sebelum ni. Ke aku yang perasan mengaku remaja. Bukan kah remaja adalah seseorang yang berumur 18 hingga 25 tahun? Ya kini aku berusia 24 tahun. Bila aku ternampak page majalah Remaja mencari sesiapa remaja untuk casting fotoshoot be yourself tanpa berfikir panjang aku terus submit borang untuk menyertainya.. Aku emailkan nama, no telefon dan juga gambar. Apa yang aku terfikir masa tu, aku hanya nak cuba sesuatu yang baru dan merasai satu pengalaman baru.

Pada hari selasa lepas, cik hawa dari karangkraf majalah Remaja menghubungi aku dan meminta aku datang pada hari khamis 28/11/2013 (hari ini) Aku harus datang dengan tema berwarna biru dari hujung kaki hingga hujung rambut.. Ya.. aku rasa gembira sebab diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang belum pernah aku lakukan.

Tapi semalam sebelum casting photoshoot tu,... tiba-tiba aku terdetik dihati, REMAJA KAH AKU??
terkedu seketika..Tak dapat nak lelapkan mata. Perasaan teruja jadi satu perasaan berbelah bahagi.Aku nak pergi ke tak ni. Aku remaja ke? Kan aku dah bersuami malah sudah mempunyai anak.Aku suarakan pada adik aku.aku harus pergi ke tak? kalau pergi dapat pengalaman tapi aku confuse aku masih boleh digelar remaja kah? Adik aku cakap, "bukan orang tau along dah kawen pun.Kan kita awet muda punya keturunan.haha.apa salahnya mencuba.bukan dapat dosa pun".Hah yalah sangat.

Tidak berpuas hati dengan kata-kata adikku, aku bertanya pulak suamiku. Suamiku pulak cakap, pergi je lah kalau nak pergi.Kata nak cuba sesuatu yang baru.Bukan senang nak masuk majalah tahu.. ujarnya berselorah.. Hishh aku tetap dengan perasaan tu.. Aku berdiam sambil berfikir dari pagi tadi sampai dekat jam 12 tengahari.Akhirnya aku buat keputusan. Aku taknak pergilah. Macam tak sesuai pulak.Aku sepatutnya masuk majalah wanita, bukan remaja..hahaha.. Takpelah.walaupun rasa menyesal tak pergi tapi aku yakin mungkin ada rezeki lain lagi lain kali.

P/s: Kalau korang ditempat aku, korang pergi atau tak?

Tips Pemilihan Tudung Untuk Remaja Girlish

Assalamualaikum..

 Zaman sekarang, memakai tudung sudah menjadi satu trend kepada remaja mahupun wanita muslimah.Dengan tumbuhnya butik-butik yang menjual pelbagai jenis tudung bagaikan cendawan.
Namun tahukah anda, tudung atau hijab yang disarung haruslah kelihatan polos dan sedang-sedang dipakai oleh sipemakai.agar kelihatan manis dan gaya sebegini jelas menampakkan sipemakai adalah seorang gadis yang sopan.

Pilihan gaya yang ringkas  dan sedap mata memandang adalah merupakan element yang penting dalam menata gaya. Pemilihan pakaian dan warna yang sesuai juga memberi peranan penting dalam bergaya.



Harus Tahu!!
Pilihan tudung yang mempunyai awning kurang sesuai buat gadis remaja yang mahu bergaya ala girlish kerana tudung awning hanya membuat anda kelihatan jauh lebih tua dari usia.Jika tak percaya, cubalah!!











Tips Credit to Majalah Remaja

26 November 2013

Inikan Tempat Perempuan!!

Assalamualaikum..

Ini kisah hari ahad lalu. Oleh sebab aku suami dan terutama sekali anak aku si dhani tu suka berjalan-jalan masa kat lawas dulu.So kat sini pun kami suka sangat jalan-jalan walupun kami tak berapa tahu jalan dan tak pernah pergi lagi.So ahad tu  kami pegi jalan-jalan pergi KL. Naik teksi, naik bas, naik LRT dan naik ktm.semua kami cuba.alhamdulillah bila rajin bertanya dan berani mencuba mengikut arahan dan peta yang ada , kami tak sesat..hihi..

Ceritanya, masa naik KTM tu, kan ada tempat khas untuk wanita sahaja.so maksudnya lelaki tak boleh duduk situ.jadi kami pun terpaksa la pisah tempat duduk.husben duduk tempat lelaki.aku bawa dhani duduk.Pastu dia tanya.Kenapa ayah tak duduk sini? kenapa duduk jauh-jauh.Aku pun jawab la.Kat sini tempat duduk perempuan je.lelaki tak boleh.Lepas tu dia marah.Kenapa dhani ada kat sini?? kan dhani lelaki? haha.aku pun malas bising-bising, aku hantar dia tempat ayah dia.. So kami naik KTM dr KL central sampai ke setia jaya.



Bila nak balik ke klang, kami naik KTM lg.macam biasa, aku akan bawa anak aku tu.sekali lagi dia tegur aku dengan suara yang besar.Kenapa bawa dhani kesini?? Kan ni tempat perempuan..Alahai lah.semua orang pandang kami sambil senyum-senyum..Nasib la tak ramai orang sangat.Nak tak nak terpaksa aku hantar dia tempat ayah dia.Budak ni kan..haih..pintar mengalahkan kita.otak dia cepat tangkap..Padahal aku dan husben pun terlupa pasal tu..Yelah.anak aku kan lelaki..haha..


25 November 2013

Hah?? Aku menang??

Assalamualaikum..



Ya Allah macam tak percaya.. Terima kasih atas rezekiMU ya Allah.. Ingat lagi tak aku ada cakap aku join contest detik terindah anjuran Fair & Loveky tu? Kalau lupa atau tak tahu boleh klik sini..
Ha, sebenarnya saje je join tu sebab suka nak menulis tentang kisah terindah dalam hidup ni.Tak sangka pulak menang walupun hanya menang hadiah mingguan..

Korang taknak cuba nasib ke? kot-kot bernasib baik.. Jom la Join Sekarang.. Masih ada masa lagi untuk menjadi pemenang mingguan ke tiga keempat dan minggu kelima..Selain hadiah mingguan, kita juga berpeluang untuk memenangi

3X Hadiah Utama berjumlah sehingga RM15,300

  • Tajaan bernilai RM5,000 untuk menjadikan detik impianmu nyata.
  • Hamper Fair & Lovely bernilai RM100
  • Detik Indah anda akan dinovelkan dan diterbitkan di Facebook Fair & Lovely, Ilham Karangkraf, dan akhbar Harian Metro selepas kempen ini selesai.

Nasib la ada seseorang yang baik hati info yang aku menang.Kalau tak memang aku lambat tahu..hihi..Terima kasih ye sis Yasmin..


24 November 2013

Header Baru

Assalamualaikum..

Yeay..Perasan tak kite dah tukar header baru..hihi..cantik tak? Header ni aku tempah dari blogger dari sabah iaitu opzzpinky.. selain menerima tempahan header, dia jugak terima tempahan edit blog..memang berbaloi lah tempah kat dia..Murah sangat-sangat.. Kalau harap aku buat sendiri memang takla.Kalu tempah mahal-mahal pun memang fikir la sebab masih tak berani nak melabur untuk blog picisan ni.haha..

Cantek tak? Comel tak? beri komen sikit.. :p
aku tempah dua header.satu untuk blog ni dan satu untuk online store aku..





22 November 2013

Makanan dari kampung Jadi Pilihan

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik, tak sedar dah hampir sebulan aku dan family duk semenanjung ni. Not bad la.. Tapi apapun, kami masih menyesuaikan lidah dengan makanan kat sini.Banyak makanan yang ada kat sarawak susah nak dapat kat sini.. So bila aku post gambar makanan ni semua kat group whatsapp. ada yang tanya aku.ko masih ket semenanjung ke kat sarawak wei..haha aku pun cakap masih kat semenanjung la. Baru lagi kot takkan nak balik. Pastu dia cakap.weh ko punya makanan  macam duk kat kampung ni je..hihi..

Harus la..walau dimana ku berada, makanan yang terbiasa kat kampung memang tak boleh lupakan..Sedap tu wei..kihkih.. Antara makanan yang aku import from Lawas Sarawak..hihi

Ambuyat (tepung sagu berasal dari pokok rumbia), cicah binjai & ikan rumahan masin
Tak tahu macam mana nak terangkan apa itu ambuyat..korang pegi google sendiri key.. hihi

Sayur Pucuk Ubi , Petai, Dabai/Kembayau & Ikan Salai Tahai
Klik Sini Kalau Tak Tahu Apa Itu Dabai
Klik sini untuk resepi petai yang sedap tapi simple
Klik Sini Kalau Tak Tahu Apa Itu Ikan Salai Tahai

 Haha, garam pun aku import sekali sebab guna garam kat sini asyik rasa tak sedap je masak..haha


Dan Paling Penting, Kicap Soya Pekat made from sabah..yeay..sangat-sangat penting sebab kicap kat sini rasa x ngam dengan lidah kiteorang..

P/s: Arghhhhh ruginya saat meninggalkan kampung halaman ni lah musim buah.. terbayang-bayang makan buah rambutan, langsat, durian, dan lain2 bawah pokok dikebun sendiri..uwaaaaaaaaaaaaa..

21 November 2013

Cashout 8share kali ke dua

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.cashout kali kedua dah masuk..yeay..boleh beli topup..hihi..Hanya kongsikan iklan 8share dengan beberapa kerat ayat yang menarik.. Insyallah boleh jadi income sampingan..




19 November 2013

Paintball is back!!

Assalamualaikumm.


Jom ramai-ramai kita join paintball ni nanti..Hujung bulan 11 ni.. Aktiviti ni dianjurkan oleh blogger-blogger otai. Sebenarnya ima tak pernah pergi lagi.Baru nak test.Sambil-sambil tu nak kenal-kenal dan merapatkan silaturahim sesama blogger..Tapi kalau tak salah, kalau bukan blogger pun boleh join kali ni. Sekiranya ima jadi join, insyallah ima ajak suami sekali..

Ada tak sesiapa nak join? harap-harap ada blogger dari klang join..Boleh pegi sama-sama. Kalau pergi nanti jangan lupa tegur ima tau..hihi.. Kalau sesiapa berminat boleh lah inbox  Yanti atau Qaseh Dalia hokeh.. Kalau tak salah, antara blogger yang join adalah Bro Famesto, Uzu, dan ramai lagi.. Jom kita meriahkan..hihi Padahal sendiri pun belum comfirm lagi..

18 November 2013

Villa Nabila

Assalamualaikum..

Sedap disebut dan dibaca nama tu.. Dari pagi tadi aku asyik nampak je orang up pasal Villa Nabila ni..Mula-mula malas nak ambik tahu..Las-last terlintas dihati nak jugak ambil tahu.Sekurang-kurangnya tak lah aku ketinggalan sangat..wakaka..

But, bila aku mula search, aku mula pening-pening lalat.. Last-last aku abaikan je dulu.Malas dah. sebab apa? Nothing.. Cerita dan penyebaran tu macam tiada kesasihannya.. Banyak asam, gula, garam dan perisa tambahan..Belum lagi pewarna  tambahan tu.. banyak versi.. Banyak betul ceritanya sampaikan aku tak tahu pun mana yang betul..hurm...

Orang cakap seram..aku rasa tak la seram mana selagi takde kesasihannya..bukan temberang key..

Tapi nama Villa Nabila tu buat aku tertariklah.. ^_^  tak tahu kenapa..



Sumber gambar: dari google..

SAHABAT

Assalamualaikum..

Sebelumnya maaf ye kak Sura sebab tajuk entri kita hari ni sama.hihi..
Ima terfikir nak up entri ni pun sebab baca entri kak Sura kat Sini--> SAHABAT
Akak jangan marah tau.. hihi.. Apa itu sahabat? Sebenarnya ima segan nak berbicara pasal sahabat sebab ima rasa takde siapa pun anggap ima sahabat..Kawan tu mungkin ye..Tapi kawan dan sahabat kan berbeza.. Apa pula pengertian dan siapa pulak orang yang ima anggap sahabat?

Bagi ima sendiri, sahabat adalah seorang kawan yang dimana ima selalu menceritakan sesuatu yang ima tak cerita pada semua orang.sahabat adalah kawan yang ada masa ima susah dan memerlukan. sahabat juga adalah kawan yang ada masa ima suka.. Siapakah sahabat ima??
Salah seorang sahabat ima adalah suami ima sendiri. Dialah sahabat. sebab apa? dia lah yang tahu buruk baik ima.dia yang tahu kekurangan dan kelebihan ima. Dialah jugak yang selalu tengok ima menangis kalau ada masalah. Dan paling penting, dialah teman masa ima susah dan tempat ima marah-marah..kehkehkeh..

Selain suami, kawan yang ima anggap sahabat adalah dia, dia dia dan dia.. Dia adalah kawan yang....... seperti kata Najwa Latif..

"Kau Ada Dikala Ku Suka.  Kala Ku Duka
Dalam Tiap Tangisan Dan Juga Ketawa.
Kau Ada Dikala Ku Perlu, Setia Menemaniku
Pegang Erat Tanganku Bila Aku Jatuh
Kau Lah Yang Selalu, Selalu Menemaniku.
Mendengar Kisah Pahit Manis Hidupku.
Kaulah Yang Disitu. Setia Menunggu Ku
Kaulah Yang Satu, Menjadi Sahabatku..."

 

17 November 2013

Detik Terindah

Assalamualaikum..

Ima nak minta pendapat semua rakan blogger ima yang sudii untuk beri komen..Sebenarnya....
Hihi..segan pulak..erm, sebenarnya ima join contest mengarang carpen detik terindah anjuran Fair & Lovely.. Ima hantarkan carpen yang memang dah sedia tulis sejak lama dulu. its about love story ima.. Kalau sudi jom la baca kat Derita Itu Bahagia . Bagi komen tau..Ima tak reti mengarang.Ima cuma taip apa yang terdetik..Indah jugak bila mengenagkan saat-saat cinta monyet dulu-dulu kan..masih terasa getarnya bila saat bahagia..dan masih terasa sakitnya bila saat terluka..
Korang tak teringin ke mengenag detik terindah dalam hidup korang? Jom la terai..hihi

Jom Join Sekarang
Jom Join Sekarang!!



"Suasana petang tu sepi je seakan-akan tahu apa yang akan terjadi denagn hubungan kami. Dia diam je.Aku tanya dia tak jawab. Akhirnya aku minta putus. aku cakap, "nape dengan awak ni. saye ada buat salah ke. ok la, kalau awak dah tak sayang lagi, kita putus."  
Ya Allah, macam tak percaya je aku cakap macam tu. Tapi dia diam je. Lepas tu aku nampak ada butiran berkaca-kaca di matanya.. dia menangis? dia cakap, "kita putus dulu ye.saya nak tumpukan pada pelajaran. kalau ada jodoh, kita akan bersama kembali."

PATI MASK IBU PUTIH DIAMOND EMAS

Assalamualaikum..

Kali ni ima nak kenalkan satu lagi produk. Iaitu pati mask ibu putih dimond.

 KELEBIHAN MASK IBU PUTIH DIAMOND EMAS:

~ Mencerahkan dan memutihkan kulit
~ Menghaluskan kulit
~ Fokus mengurangkan minyak pada muka
~ Menegangkan kulit muka
~ Mencerahkan serta melembapkan
~ Menghilangkan fleks2 akibat parut2 jerawat
~ Membersihkan dari dalam
~ Mengecilkan pori2 muka
~ Membantutkan jerawat naik
~ Membuang segala white head/blackhead
~ Digunakan selama 15-20 minit
~ Selepas kering tarik secara perlahan2 dan cuci muka seperti biasa

CARA GUNA MASK PATI IBU DIAMOND/GOLD/PINK :
1. Sapu pada seluruh wajah dan biarkan kering selama 20 minit
2. Jauhi bawah mata. Lepas kering boleh la tarik perlahan-lahan (peel off) dan cuci muka.
3. Tak sampai beberapa saat anda boleh rasakan perbezaan pada kulit
4. Tiada lagi minyak dan terasa lembut serta tegang malah makin cerah





SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection
Serius buyer only ye.



CARI KRIM IBU PUTIH??--> KRIM IBU PUTIH

15 November 2013

Blog penganjur Giveaway bakal di padam

Assalamualaikum..

Ima rasa ramai yang masih tak tahu.Sekiranya entri blog kite terlalu banyak komen yang berbentuk link, ia akan dianggap blog SPAM oleh google.. Dan blog kita akan dipadam oleh robot anti spam secara automatik..Ramai dah blog yang menggunakan blogspot dipadam oleh robot anti spam ni..
boleh baca kat blog HasrulHassan

Selalunya blog yang banyak komen berbentuk link adalah blog yang selalu adakan GA, segmen dan apa-apa yang sewaktu dengannya yang memerlukan blogger lain meninggalkan link diruang komen..
Tapi jangan risau bagi Mengelakkan perkara ni berlaku ima ada terjumpa cara nak elakkan peserta GA atau segmen tinggalkan komen berbentuk link..Dah lama dah jumpa caranya tapi baru hari ni rajin nak up entri ni..Ima pun dah lupa mana ima jumpa..

Caranya adalah korang hanya perlu copy link kat bawah tu dan pastekan di ruang komen.. Tukarkan perkataan berwarna biru menjadi link  anda dan perkataan Tajuk GA menjadi tajuk GA anda..


<a href="Link">Tajuk GA</a>

So dia kan jadi macam gambar kat bawah ni..ni contoh tau..
Lepas ni para penganjur GA atau segmen boleh la bagi syarat ni kalau buat apa-apa segmen..
Tak salah menghindar kan..hihi...
 

14 November 2013

My Love Story

Assalamualaikum..

"Assalamualaikum..

Sebelum awak meneruskan membaca surat ni, senyum la dulu. senyum jangan tak senyum. ok, 1,2,3 klik. haha.. dah ambik pic awak senyum..hahaha..jangan marah.
      Tujuan pertama saya menulis surat yang tak di undang ni adalah untuk berkenalan dengan awak. boleh ke?? kalau sudi, bagi la biodata. Jangan la sombong. saya tau la awak cantik macam siti nordiana.wahaha.. saya nak kenal awak dengan lebih rapat.boleh? rapat lagi, lagi sikit, lagi.. ouch..kan dah terhantuk. sapa suruh terlampau rapat. wakaka..gurau je.
     Tujuan ke dua, saya nak awak tau yang saya suka awak, rindu awak, sayang awak. awak suka saya tak??" 
 
Yang Benar
blablala..
 
(bahasa dalam surat tu dah d translate ke bahasa yang mudah difahami..haha)
 
 
 
oh..itulah surat pertama yang aku terima masa bercinta-cintun dulu dengan encik suami..hahah.. Lucu tak? a'ah memang lucu..zaman aku bercinta dulu, aku tak guna hp..Tak mampu memiliki henfon tak macam budak zaman sekarang..Hp canggih..Dulu surat je pengganti bicara.haha.. Sebenarnya aku ada satu lagi blog.its all about my love storry.Dah lama dah karang  e novel tu sebenarnya..ayat pun tunggang langgang.so sekarang dalam  usaha memperbaiki ayat dalam blog tu..para penjiwang boleh la baca nanti.jangan muntah sudah..
 
Mesti dalam ramai-ramai blogger ramai yang suka menulis jiwang-jiwang dan ada love story masing-masing kan. so sekarang ni fair & lovely memberi peluang kepada sesiapa yang suka menulis tentang kisah cinta dan berpeluang memenangi :

3X Hadiah Utama berjumlah sehingga RM15,300

  • Tajaan bernilai RM5,000 untuk menjadikan detik impianmu nyata.
  • Hamper Fair & Lovely bernilai RM100
  • Detik Indah anda akan dinovelkan dan diterbitkan di Facebook Fair & Lovely, Ilham Karangkraf, dan akhbar Harian Metro selepas kempen ini selesai.

Wah..tak cukup menarik kah itu??  Apa tunggu lagi??
jom la join sekarang..anda kan blogger.So rasanya xde masalah untuk menulis..  
Jom lihat terma dan syarat sekarang---> [SINI]



13 November 2013

Perempuan cantik VS 8share

Assalamualaikum..

Apekah kena mengena dengan perempuan cantik?? hahaha.. Gelak je baca komen ni.Banyak-banyak komen, komen ni paling x boleh blah..

 "Iklan berkaitan duit mesti ada gambar perempuan cantik"

Haha, baru ku tahu diriku cantik..uwekkkkk..

Apepun kita minooom duluu..eh salah..kita cahsout dulu.. 



 "Kami dah..Anda bila lagi?"