Sponser By

Followers

Iklan

29 October 2013

Hari ketiga

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. dan terima kasih buat rakan-rakan alam maya yang memberikan kata-kata nasihat dan doa untuk ima kat entri ni--> Hari Pertama.
Bersyukur sangat-sangat..Hari ketiga kat sini kami dah dapat rumah sewa atas bantuan kawan, suami dah dapat kerja untuk sementara cari kerja yang sesuai.
Rumah sewa dapat kat area port klang..Ada 3 bilik, tapi rumah tu kosong.ape pun takde.haha..
Tapi alhamdulillah..dah beli tikar untuk alas tidur sementara waktu..alat-alat memasak, bantal, dan barang keperluan yang sangat penting iaitu makanan..haha..

Alhamdulillah sebab Allah utuskan seorang sepupu yang dah bertahun tak jumpa sudi jemput kami kat LCCT hari tu..tumpang semalam kat rumah abang sepupu..dia dan isteri sangat baik..layanan yang diberikan buat kami pulak yang segan nak tinggal lama-lama kat situ..Pastu diutuskan seorang kawan untuk bantu kami so mudah sedikit untuk kami membeli barang-barang keperluan.urus itu ini. Kalau mereka tak diutuskan ntah apa nak jadi dengan kami.hihi..

Penat sangat-sangat sebab bersihkan rumah..Malam pulak kesian kat irfan sebab asyik ngigau je cari atoknye..sedih lah pulak rasa..Al maklumlah..sejak kecik sampai dah berkahwin tak pernah lagi berjauhan dari keluarga.. Nasib la ima ajak adik sekali kesini.ade gak teman kalau suami gi kerja..kalau tak, mesti sedih giler..haha..


27 October 2013

Hari pertama

Assalamualaikum..

Hari ni hari pertama jejak KL. Pertama kali merantau dan pertama kali disini..Ya Allah..bercucuran airmata meninggalkan rumah , tempat asal, bantal, katil, kampung dan paling penting kereta..huhu..sedihnya..Ya Allah, permudahakan lah urusan kami.Semoga niat kami untuk berhijrah  kau redhai dan kau berilah jalan..

Bermula dari mula.datang sini tanpa kereta, tanpa bantal, tanpa  bilik yang selesa,tanpa segalanya..hanya bawa 2 beg pakaian.. sedihnya..takut pun ada... Sekarang nak mulakan.Cari kerja, cari rumah sewa dab beli barang keperluan yang penting.. :'(

Perasaan yang bercampur baur. sedih, gembira, takut..semua ada..

24 October 2013

Bila Anak Demam

Assalamualaikum..

#Copy paste untuk dipanjangkan..Tak rugi membaca untuk menambah ilmu

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

•Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.





23 October 2013

Asal Usul Dinasor

Assalamualaikum :P


P/s: kihkihkih.. maap..cilok dari google..

22 October 2013

HAPPY SALE!!

Assalamualaikum...

Hari ni nak buat Happy SALE.. Jom kalau-kalau berminat..hihi..Tawaran ditutup bila-bila masa so cepat2x ambil peluang ni tau..

Antaranya adalah:

  • ABC Acai Berrry-RM45
  • Emilay whitening-RM45
  • Emilay collagen-RM50
  • Opa snow- RM70
  • Cathy cream+ Obuse Lips Tint-RM35
  • Ibu putih 10g-RM30
  • Ibu putih 15g-RM35
  • Ibu putih 20g-RM40
#Harga termasuk postage .

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA WHATSAAP/WECHAT IMA 
DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection
 

19 October 2013

salam sabtu

Assalamualaikum..

Wah untung la siapa-siapa yang pergi festival ChurpOut2013 hari ni.. mesti best kan.jumpa ramai rakan-rakan blogger.. Rugi la sebab ima jauh disini kat sarawak.Kalau tak, memang muka ima dulu ada kat festival tu..haha.. Yang pergi tu,jangan lupa bawa ole-ole untuk ima tau..

Takpe..belum rezeki lagi nak datang apa-apa aktiviti blogger/ nuffnang/churp-churp dan yang sewaktu dengannya.Insyallah nanti ada rezeki ima pergi la.hihi.. Hurm.. Ima demam sebenarnya..Dah berapa hari ntah.. demam + batuk.. Dengan cuaca panas lagi.Ya Allah..Harap-harap la cepat baik..

Ada masa satu minggu je lagi nak mulakan hidup baru dan berhijrah ke Kuala Lumpur..Tapi tak dapat rumah sewa lagi..Risaunya.. Kalau ada sesiapa tau mana ada rumah sewa kos rendah area taman botanik atau bukit tinggi/ klang tolong inform ima ye..Hanya yang DIATAS je dapat membalas budi anda semua. :) Terima Kasih..

18 October 2013

Festival ChurpOut2013

Assalamualaikum..

Jom ramai-rami ke festival ChurpOut2013.. Anda sudah bersedia??Apa yang menarik??

 #ChurpOut2013
Oval Park, Setia City Mall
Saturday, Oct 19 2013. 11AM - 11PM




Dengan lebih daripada 20 butik popular dalam talian Malaysia membuat penampilan di acara itu, Antara selibriti yang akan membuka gerai adalah SazzyFalak , FourFeetNine , HanisZalikha , Cheeserland , BrianSee dan banyak lagi akan berada di sana untuk memberi inspirasi fesyen!









Bukan itu sahaja , churpOut juga membawa  Fesyen valet iaitu
laman fesyen Malaysia online terbesar  untuk memenuhi semua keperluan Shopaholic dengan pelbagai besar jenama tempatan.




Dan jangan ketinggalan untuk memiliki patung churp biru dengan hanya RM25 !  
Pre -order sekarang di http://bit.ly/mychurpie dan mengambilnya di # ChurpOut2013 dari 11:00-20:00 Sabtu ini !

Dan yang paling menarik, kita semua layak mendapat goodie bag hanya dengan mendaftar di SINI.





 

16 October 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

Assalamualaikum

Oleh sebab hari ni ima senang sikit, so join giveaway Reddelima yang dianjurkan oleh Dunia Sebenar Shida. Untung-untung ada rezeki, sambil tu support aktiviti ni.. Semoga juga mendapat kenalan dan pengunjung baru. Jom ramai-ramai meriahkan giveaway ni..cuma perlu klik banner kat bawah ni untuk arahan penuh dari penganjur.




syarat-syarat wajib :


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :
  2. Like dan Follow Blog Shida :
  3. Buat satu entri bertajuk : Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida
  4. Copy dan paste kod dalam entri korang
  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini




Projek coklat handmade di aidiladha

Assalamualaikum..

Selamat pagi. wah, raya sakan ke kelmarin? meriah tak? mkan lemang? makan ketupat? makan rendang? makan satey? makan nasi arab. wah macam2 status menu ima baca kelmarin..penuh wall facebook dengan menu sedap-sedap belaka..haha..  Kat tempat ima, aidiladha tak disambut dengan meriah macam aidlfitri.Tapi ada la jugak masak sikit-sikit untuk santapan family..

Ha,tapi, dikala orang lain sibuk ke jemputan rumah terbuka aidiladha, ima dengan biras buat projek coklat handmade..bosan katanye.. hihi.. Coklat paraline berinti bluberry..Nyum3x..cair dimulut..








14 October 2013

Dadah "salai ikan tahai"



Assalamualaikum..

Atas permintaan dari cik Ain kita, ima nak sharekan sikit tentang ikan tahai yang terkenal di tempat ima iaitu di Lawas Sarawak. Rasanya ramai rakan-rakan dari semenanjung tak tahu apa itu ikan tahai kan.. Haaa, kat semenanjung kalau tak salah, panggil ikan ni ikan tamban..

Ikan ni kat tempat ima, kami panggil dadah.. Namun 'dadah' yang dimaksudkan, bukanlah sejenis dadah berbahaya dan memudaratkan kesihatan, sebaliknya ia adalah penyembuh segala penyakit bagi penduduk di sini.

'Dadah' adalah panggilan untuk masakan daripada ikan tahai - sejenis ikan salai daripada spesis ikan Aur-Aur atau ikan Tamban, yang amat popular di Lawas, kawasan paling utara di Sarawak.

Masak air ikan tahai atau lebih dikenali sebagai 'dadah' di kalangan penduduk Lawas dipercayai boleh menyembuh pelbagai jenis penyakit termasuk untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan.

Ramuan untuk membuat 'dadah' selain ikan tahai yang ditumbuk ialah asam kulit, bawang, cili, aji dan garam dengan tempoh memasaknya selama 20 minit.



Untuk pengetahuan korang,harga Ikan Tahai adalah mengikut musim. Apabila tiba musim Tahai, ia di jual dengan harga RM7 - RM8 sekilo. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual hingga mencecah RM28 sekilo. Mahal tapi berbaloi.macam-macam jenis masakan boleh dibuat dengan salai ni.Nak try buat tumis ikan tahai dengan petai?? boleh rujuk SINI 

Masyarakat Melayu-Brunei di Awat-Awat mengamalkan masakan 'dadah' ini untuk makanan setiap kali selepas bersalin dan ia benar-benar berkesan.
Bagi sambal ‘dadah’ pula,  ia diperbuat daripada ikan tahai yang ditumbuk, lada, asam jawa, garam, aji, gula dan cili boh.

Selain untuk makan nasi atau nasi lemak, sambal itu juga sedap dimakan dengan roti, lemang atau ketupat.

Dadah dan sambal dadah ini popular bukan saja di Daerah Lawas, malah juga di daerah berhampiran iaitu Limbang, malah turut diminati rakyat negara jiran, Brunei Darussalam.

Ini kerana perkampungan Awat-Awat terletak hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot dari Muara Brunei dan 45 minit jaraknya dengan bot dari Labuan, jika menaiki bot 60 kuasa kuda.


 Ikan tamban/tahai yang disusun sedia untuk disalai

Proses Menyalai ikan tahai





Minuman Kegemaran Part 2

Assalamualaikum..

Hari tu ima ada kongsikan minuman kegemaran ima iaitu teh hijau berserta khasiatnya kan.Kali ni nak share minuman kedua yang ima gemar minum iaitu susu dutch lagi..Kalau susu ni, paling ima suka minum bila rasa susah nak membuang..memang betul betul berkesan lah..Lepas je minum mesti lancar je membuang..hihi..opsss.. Dan yang penting, susu ni sedap.


Antara khasiat susu segar dutch lady adalah:

10 kebaikan susu Dutch Lady ialah…

1. Kalsium
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk membesar dengan sepenuhnya.

2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot.

3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik.

4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga.

6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang.

7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan.

8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan system imun kita.

9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku.


12 October 2013

Clearance Stock Sale

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk mencari rezeki.. Jom rakan-rakan blogger..Ima ada buat clearance stock sikit.Nak habiskan barang jualan sebelum berhijrah nanti..  Isk.isk..rasa sedih la pulak.. Harap-harap dapat habiskan barang jualan ni.. Kalau sudi tolong la kongsi-kongsikan pada saudara mara atau kawan-kawan kot-kot ada yang berminat.. Antara item yang ima nak clerance:

 Tudung Arab Ropol

 Ini Contoh tudung arab ropol

 Bawal LV Rm10

 Shawl Satin Rm10 buy 1 free 1.


Lain-lain item boleh la singgah ke album fb ima ni--> CLEARANCE STOCK SALE


Yihaaaaaaaaaaaa

Assalamualaikum..

Yihaaaaaaaaaa..Hahaha.. buang tebiat.. aku happy okey.. Dari pagi tadi, opss..sekarang dah 12.58 a.m. maksudnya dari pagi kelmarin aku tak dapat nak update entri gara-gara benda alah kat bawah ni (ads not by page)

 Tengok tu..Iklan tu menapak je kat mana-mana sampaikan ruang nak taip entri pun kecik tu je..


Alahai lah..dah beratus kali aku refresh dan log out, login.Masih gugak sama.. Last-last update status kat fb dengan harapan ada sesiapa yang boleh tolong selesaikan masalah ni.al maklum lah.aku kan buta it..ekekeke..Mujurlah ada 1 hamba Allah ni yang sudi bantu ima untuk buang iklan-iklan yang mengganggu tu..hihi..Thankz sangat-sangat ye zaza..Zaza memang baik sebab sudi bantu ima walaupun sebelum ni tak pernah pun berinbox..kikiki.. Sayanggggggggggg kat zaza.. Jom lah kenal-kenal dengan Zaza.
Huarghhhhh..Ngantok sebenarnya.esok sambung lagi ye..hihi Gud nite all..

10 October 2013

BELVYA Perfect Shaping Scrub

Assalamualaikum..

Jom bakar lemak tanpa telan pil.Bole pilih nak buang lemak bahagian mana. nak shapingkan bahagian mana. Mudah dan berkesan.Hanya perlu sapukan dan scrubkan di bahagian-bahagian yeng berlemak. Jom ima perkenalkan BELVYA perfect shaping scrub ni..


Nak Tahu Musuh utama wanita?PIPI TEMBAM!!!Kawan kata macam MUKA macam donut!!Ohh TIDAKK!!Kami boleh bantu anda slim dengan scrub BELVYA PSS,

#MUKA TIRUS DAN RUNCING?#SCRUB BELVYA PSS MEMANG HOT!
-DIJAMIN BERKESAN!

KAMI JAMIN ANDA PASTI

✔Mengurangkan 1-2 inci dalam masa 1 minggu (terbukti secara klinikal)
✔Memiliki wajah yang bujur,dagu yang runcing & hidung yg lebih mancung dari biasa.
✔Menghilangkan bau badan yang tidak menyelerakan pasangan
✔Menghilangkan masalah selulit dan rekahan dibadan
✔Menegang, menghalus dan melembutkan kulit
✔Tidak panas, anti stress dan segar melalui campuran 5 haruman aromatherapy
✔100% tiada kesan sampingan, mempunyai kelulusan kkm,halal & selamat digunakan.

<< CARA PENGGUNAAN TERBAIK >>
1. Basahkan dulu kawasan yang hendak disapu.
2. Sapu dan urut arah lawan jam.
3. Biarkan 2 minit supaya scrub meresap ke dalam kulit.
4. Akhir sekali boleh bilas dan mandi seperti biasa.

TIPSS!! Ingin mendapat kesan yang lebih WOW? Bilas dan mandi dengan menggunakan air suam.

Ingin merasai keajaiban seperti mereka?jom grab sekarang BELVYA PSS,teknik kuruskan badan terbaru.

✔HARGA RM85(S/M) DAN RM90(S/S)
✔FREE POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA
 
 
SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection
 
 
 


09 October 2013

Penting untuk anak perempuan tetap berhubungan dengan bapa kandung

Assalamualaikum..

Faham tak apa yang ima maksudkan kat tajuk atas tu? Ni ima da terbaca seorang gadis yang sedang mencari bapa kandung untuk menjadi walinya. Dalam sedar tak sedar sebenarnya  perkara ni agak selalu berlaku bila ibu bapa bercerai.Anak-anak ikut mak dan bertahun-tahun tak jumpa si bapa.Nanti anak-anak perempuan dah besar,nak kahwin susah sebab terpaksa cari bapa kandung untuk dijadikan wali.Jangan main-main dengan benda wali ni tau..

Wali sangat penting untuk seorang wanita berkahwin.Kena cari wali sampai dapat, cari dengan apa cara sekalipun,usaha dengan apa carapun (melainkan sudah meninggal dunia).Kesian sigadis lagi-lagi kalau tak mempunyai saudara lelaki, adik beradik lelaki atau bapa saudara.Kesudahannya kalau semua usaha sudah dijalankan tapi tak jumpa barulah boleh guna wali hakim.. Susah kan macam tu..

Sebaiknya bagi suami isteri yang bercerai dan mempunyai anak perempuan, ada baiknya jika masih berhubung bagi mengelak perkara macam ni terjadi.Berhubung yang ima maksudkan bukanlah berhubung lebih-lebih.nanti ada pulak yang cemburu.sekurangnya jangan lost contact.supaya nanti bila anak-anak dah besar nak kahwin tak la susah nak mencari.

Apapun, ini cuma pendapat ima sahaja.. Jangan salah faham ye.Kang tak pasal-pasal cik anon membebel..hihi...cik anon kan suka blog ima..kihkihkih.. (perasan)

ADA YANG MENARIK DISINI

08 October 2013

Terasa Hati

Assalamualaikum..

Sedihnye malam ni..nangis sampai mata bengkak.. Tak tau la kenapa.Tapi sejujurnya saya memang seorang yang cengeng dan mudah terasa hati.Saya tak suka dimarah atau ditegur secara menyindir atau kasar. :'(

Winner of hotlink merdeka Give Away Contest

Assalamualaikum..

Kelmarin dapat surat dari maxis. Hairan bin ajaib .aik?? Bill ke ni? bila masa pulak aku ada bill maxis.Malas berteka teki bukak surat tu rupanya winner of hotlink merdeka Give away. Haha, jadi ingat ingatlupa bilanya aku join give away ni.. Dapat rm15 internet Hot Ticket untuk 15 hari. .. Tak tau la nak guna dulu.sebab aku guna wifi.. Ape pun terima kasih la buat maxis..Alhamdulillah rezeki..


07 October 2013

Minuman Kegemaran Part 1

Assalamualaikum..

Ima nak kongsikan minuman kegemaran ima.. hari ni ima nak kongsi salah satu minuman yang ima suka beserta dengan khasiatnya.Yang lain ima akan kongsi pada next entri.. Ok kali ni nak kongsikan sedikit pasal teh hijau. Ima sangat suka minuman ni.. Tapi jangan tak tahu, ramai yang tak suka minuman ni sebab baunya kuat berbanding dengan teh yang lain.. Tapi sebenarnya teh ni sedap tau..Walupun pada mula-mula minum, bau dan rasa jasmin tu kuat sangat tapi bila dah biasa minum, bau tu macam dah takde dah.. Ima suka minum yang ni..



Tahu tak? Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari NegaraChina dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi  halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.

Antara kebaikannya adalah:
  • Melembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

  • Melindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

  • Pelindung memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

  • Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

  • Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

  • Menurunkan berat badan- Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

  • Mencegah penyakit gigi-Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
  • Mencegah keracunan makanan- Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.
 p/s: Walaupun teh hijau banyak khasiat, namun ia tak boleh diambil berlebihan kerana mangandungi kafien.Namun kafien dalam teh hijau masih sangat rendah kalau dibandingkan dengan kopi.

06 October 2013

Kalau Free Boleh Laaa

Assalamualaikum..

Semalam menyempat jugak menjenguk Ekspo Sempena penutupan MAJLIS PAMERAN SARAWAK GEMILANG 50 TAHUN PERINGKAT BAHAGIAN LIMBANG DI DAERAH LAWAS.Tu pun kejap je. Jadi lah kan..Ada masa lagi sebab ekspo tu hingga 8 oktober ni.. Banyak juga gerai jualan makanan, pakaian dan lain-lain dan yang tak boleh tahan, gerai menjual mainan kanak-kanak..dah tu pandai lagi penjual tu kejar budak-budak bagi benda yang lip lap lip lap..

Kena dikejarnya anak aku, dia bagi benda liplap tu kat irfan. dik,ni cantik ada lampu. belum sempat pun anak aku capai mainan tu,terus aku capai tangan irfan dan cakap, eh jangan bagi, kalau free boleh la.. hihi.. Terus dia cakap 5engget je.. tak mo tak mo.kalau free boleh.. Terus aku jalan ke depan cepat-cepat..haha..Mesti penjual berkata-kata dalam hati aku ni kedekut..  kedekut tak aku? kedekut tak? haha..  Bukan kedekut sebenarnya..banyak lagi mainan lain yang ada.lagipun benda liplap yang dia jual tu irfan dah ada... Tapi merembat jugak budak ni dua benda ni..Baru 2 3 langkah dah melayang doblas hengget.. belum lagi lama-lama rounda kat situ.. Takpe..esok-esok lagi round..

Tempat kejadian: Pagi tadi, bangun tido terus nak minta tangkap gambar..hihi

05 October 2013

Selamat Pagi

Assalmualaikum, selamat pagi ^_^

Mulakan hari dengan senyuman yang paaaaling manis.Macam irfan..hihi


Awal pagi lagi dah buka kedai hari ni..Hari ni kat Lawas ada Pameran dan gerai sempena penutupan sarawak merdeka..Wah wah best tapi takde teman nak pergi round..Husben bertugas lah pulak. Harap-harap lah ada hamba Allah yang sudi ajak aku dan irfan jalan sekali..haha..Kalau tak, jadi penunggu kedai je lah aku..haha..
Rugi la tak pergi..Banyak aktiviti kot..


04 October 2013

Hari senyum sedunia

Assalamualaikum..

Kejap je rasa, tup tup dah hari jumaat hari ni.. Hujung tahun pun dah nak dekat..Sekejap je masa berlalu kan.. hurm, Selamat berhari jumaat uollz.. hihi..bagi yang bekerja mesti happy kan sebab esok dah boleh cuti.Lain la macam ima.. hari isnin hingga ahad sama je rasanya..wakaka..Di hari jumaat ni jom sama-sama kita kongsikan doa sebelum memulakan kerja atau perniagaan ni.. semoga selalu diamalkan ..


Berbalik pada tajuk, Selamat hari senyum sedunia semua.. senyum selalu tau.. bukan hari ni je tapi tiap-tiap hari dimana jua, bila-bila masa.Tapi jangan pulak senyum sesorang ye.kang tak pasal-pasal..haha..

Tahu tak? senyum adalah sunnah bagi umat islam..maka senyumlah..
Senyum kan sedekah, senyum senyum senyum..
Senyum juga adalah pembunuh segala penyakit.Senyumlah.Insyallah kesakitan kita akan tewas sedikit demi sedikit.

Jom teliti apa kelebihan senyum.

1. Senyum yang ikhlas tanpa paksaan dapat menghindarkan kita dari penyakit kardiovaskuler. Senyum sebanyak 20 kali –setiap senyum berdurasi 20 detik– dapat menghasilkan endorphin yang berfungsi melebarkan pembuluh darah dan menghambat epinefrin. Tingginya epinefrin akan menimbulkan penyempitan pembuluh darah dan merangsang gerak jantung lebih cepat sehingga dapat menyebabkan darah tinggi (hipertensi) yang berakibat pada timbulnya stroke.

2. Menimbulkan efek relaksasi, perasaan bahagia dan menurunkan tingkat stress.

3. Mencegah timbulnya sembelit (susah buang air besar). Pada pagi hari, gerak peristaltik usus masih lambat. Maka, senyum kita di pagi hari akan merangsang gerak usus akibat kontraksi otot perut yang ditimbulkan oleh senyum. Akhirnya, tekanan intra abdominal meningkat.

4. Marah atau stress dapat menghilangkan banyak kalium akibat kontraksi otot-otot. Akibatnya, si pemarah akan terkena hipokalemia (kadar kalium yang rendah dalam darah) dan dapat berakibat buruk pada sistem tubuh. Sedangkan orang yang tersenyum akan merelaksasikan ototnya sehingga dapat mereduksi (meminimalisir-edt) pengeluaran kalium. Fungsi kalium itu sendiri adalah meningkatkan keteraturan denyut jantung, mengaktifkan kontraksi otot dan membantu tekanan darah.


##Rasulullah saw adalah pribadi yang banyak tersenyum. Sebagaimana disebutkan dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, “Aku tidak pernah melihat seseorang yang paling banyak senyumnya selain Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam,” (HR. Tirmidzi).


Emilay Collagen

Assalamualaikum..

Emilay Collagen adalah produk yang dapat meningkatkan elastisitas & mengencangkan kulit wajah. dan  perubahannya boleh dilihat dalam waktu 25-35 hari.

Soy Protein, Mineral & Vitamin dapat membantu mempertipis bintik hitam, melindungi kulit dari ganguan polusi yang merosak kulit, juga menjaga kelembapan kulit serta membantu pembentukan jaringan kulit baru perubahanya pada kulit wajah maupun tubuh dapat dirasakan dalam waktu 25-35 hari.

Collagen tersusun atas asam amino glycine dan proline yang berfungsi untuk meningkatkan hidrasi kulit dan elastisitas kulit.
Minum beberapa hari saja anda dapat merasakan kulit anda lebih lembut,kencang ,bercahaya,membantu mempertahankan keremajaan kulit anda,Menyamarkan & mengatasi Jerawat

Komposisi Emilay Collagen 100% Murni Alam vegetabels Ekstrak :
1) GRAPE SEED / ANGGUR
2) ALOE VERA
3) PEARL/ MUTIARA
4) RUMPAI LAUT


P/s: Anda juga sedang mencariemilay whitening?? jom inbox saya

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection
 
 
 

03 October 2013

Suami Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Hodoh

Assalamualaikum

CHINA – Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.
Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.
Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.

<< JOM ISI FORM DAN DAPATKAN PRODUK PERCUMA DARI SKIN SOLUTION>>
 
Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.
Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.
Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya.
Sumber: berita harian net
************************************************************************************ 
"Saya mengahwini isteri saya kerana cinta". cinta?? Kalau kerana cinta, masalah begini takkan timbul.. Tak sangka dizaman serba canggih ni ada suami yang sebegitu.Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh?? Ya Allah.. Terkedu seketika.Apalah perasaan isteri tu sakit melahirkan anak tiba-tiba suami pulak saman sebab anak yang dilahirkan hodoh..Mari semua.ambil lah ini sebagai pengajaran. Anak adalah anugerah. bagaimana pun keadaan dan fizikal anak kita harus terima. Kerana benihnya adalah datangnya dari kita sendiri. Dua moral yang kita boleh ambil dari kisah ni. Pertama, terimalah walau apa jua keadaan zuriat.kedua, terima lah apa seadanya diri kita.tak perlu nak bedah-bedah.
P/s: aku tak pasti lah kesasihan berita ni betul ke tidak tapi ambil lah pengajaran dari kisah ni mana yang baik.




02 October 2013

Cik Anon marah

Assalamualaikum..

Hihi.. Maaf lah cik anon ye.. Alhamdulillah.Orang kata,bila cik anon dah mula berlegar-legar di blog kita itu tandanya blog kita menarik perhatiannya..sekurangnya tau jugak ada orang baca apa yang aku tulis..kah kah kah.. Al kisahnya hari tu aku ada buat entri pasal Celcom careline kan.. Baca kat sini.
Serius..Itu adalah sekadar keluhan dari aku dan saje tempek kat blog ni.


Rilex la cik anon.. Jangan marah.macam marah je sampai drop komen 2 kali.. Apepun ada jugak betulnya. Benda ni pun aku nak mengeluh..Nasib bukan rm70 kena potong..Tapi takkan terjadi lah sebab aku tak pernah top up sampai rm70..hihihi...Tapi sejujurnya aku dah cakap aku tak berapa faham tentang promosi tu sebab tu aku call celcom careline untuk memastikan.Bukan kah sebagai pengguna aku berhak untuk bertanya.. Orang kata, malu bertanya sesat jalan. Aku rasa aku tak salah sebab aku dah tanya dan pastikan.Just celcom careline tu yang salah bagi informasi.Kalu tak caye boleh la check balik rakaman perbualan tu.Katanyee dirakam..hihihi.
Apepun terima kasih atas nasihat dan peringatan anda .Insyallah lain kali aku akan gunakan akal dengan sebaiknya..  opsssss, aku pun nak pesan dekat cik anon..Lain kali nak nasihat kenalkan la diri.. tak perlu guna nama cik anon.. Sebab aku adalah seorang yang menerima teguran. :)

Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak

Assalamualaikum



Giveaway Saya Sayang Malaysia





Jom Sertai Saya Memeriahkan Lagi Giveaway ini..

Hanya 4 Step untuk Sertai Giveaway Saya Sayang Malaysia




1. Tajuk "Giveaway Saya Sayang Malaysia – JiwarOsak"

2. Copy and Paste Code entry giveaway

3. Follow dan Like fanpage Sponser

AbgferOz | Izzat Nazmi | Ieta Mat Sa’ad | Dunia Niaga Ieta | Delima Zamrud | Mohd Ridzwan | Sheila Salim | Nizam Ijam | Amirul Syahnaz | Rosila Wati | Nrl Ndh | Cik Gksb | Miszz Nadea | Aqilah Azmy | Syiera Shiera | Lienda Ramly | Diera Tekikushika | Nurmujahidah Ismail | Edizz PreTouch | Dayang Deno | Hadi Ismail | Tengkubutang Miaw | KyLe Kesha


4.Lengkapkan Ayat – Saya Sayang Malaysia kerana….

Sila Layari Website Penganjur untuk menyertai giveaway ini..

****************************************************************************

 Saya Sayang Malaysia kerana di Malaysia mempunyai banyak negeri yang sangat kaya dengan keindahan alam dan sumber alam terutamanya  Negeri sarawak dimana tempat berpuluh-puluh keturunan keluarga dan seterusnya saya dan juga anak saya membesar dengan aman dan sentoasa.. Sudah tentulah  di Malaysia mempunyai banyak makanan yang pelbagai dan pelbagai buah-buahan seperti kembayau, tampoi, durian, petai, asam kelumbi, cempedak, tarap  dan sebagainya.terutamanya di sarawak.terdapat pelbagai buah-buahan yang enak dan boleh dimakan.Malaysia juga  mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.Itu baru sebuat apa yang ada di sarawak.sbahagian kecil dari Malaysia.Belum lagi disebutkan sumber-sumber dari negeri lain. Mana mungkin saya tidak sayang pada Malaysia.Namun, apa yang membuatkan saya dan seluruh rakyat malaysia malah yang bukan warganegara Malaysia menyayangi Malaysia bukanlah kerana itu sahaja semata-mata tapi kerana keamanan Malaysia yang membuatkan saya serta rakyat malaysia hidup aman dan hingga kini dan masih boleh melaungkan bahawa SAYA SAYANG MALAYSIA!!!

01 October 2013

Ternyata berkali-kali gandanya.

Assalamualaikum..

Hihi..ternyata berkali-kali gandanya besar patung  berry ni dengan anakku..haha. like mother like son..


JOM DAPATKAN PRODUK PERCUMA DISINI