Sponser By

Followers

Iklan

30 September 2013

Kasih dan sayang

Assalamualaikum..

Sabtu lepas aku pergi sabah untuk hadiri majlis akad nikah kawan laki aku dan majlis bertunang kawan aku. Aku tertarik untuk kongsikan apa yang tok kadi tu  kongsikankan pada kedua mempelai.Sebenarnya bukan khas untuk kedua mempelai sahaja tetapi harus diketahui oleh kita semua.. Tok tu kata, untuk menjalani hidup yang bahagia dan memulakan alam rumahtangga, kita harus belajar berkasih dan sayang.

Pertama, kita haruslah kasih kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T .itu adalah wajib agar segala yang kita lakukan diredhai barulah hidup sentiasa dalam redha Allah.

Kedua, Haruslah sayang kepada ibu bapa kandung .Jangan nanti dah berumahtangga, lupa semua tanggungjawab kepada ibu bapa.

Ketiga, harus sayang kepada ibu bapa mertua. Jika sayangkan ibu bapa mertua maka hidup juga diberkati kerana Allah sayang kepada sesiapa yang berkasih sayang.

Keempat, harus sayang kepada binatang atau haiwan terutama binatang atau haiwan yang dipelihara tak kira bertujuan untuk dimakan atau dipelihara.

Kelima harus sayang kepada tumbuhan dan alam sekitar.Jika alam sekitar kita sayang maka alam sekitar jadi sihat untuk kita tinggal.

Keenam, harus sayang kepada jiran. Jika kita sayangkan jiran maka jiran pun akan sayang kepada kita.

Ketujuh harus sayang kepada diri sendiri, sayangi diri.jaga kesihatan, jaga anggota badan kita.

Kelapan, harus sayang kepada kepada harta. Jika ada harta, jangan d gadai. Simpan harta.jangan joli sana joli sini.Kalau ada kereta, bawa secara berhemah ada duit, simpan untuk waktu kesempitan.

Kesembilan, bila semua sudah kita sayangi, automatik kita akan turut memberi sepenuh kasih sayang kepada pasangan dan anak-anak.


hihi..tu je serba sedikit yang aku ingat.. best juga sebenarnya datang ke majlis akad nikah ni.mendapat ilmu dan diperingati kembali apa yng mungkin sudah kita lupa.

Sorry kawan..aku curi pic ni kat fb kamu...maaf3x..

Selamat bertunang buat kawanku.cepat-cepat la naik pelamin..hihi
P/s: ye..saya tahu saya rendah dan comel..hahahahaha...

25 September 2013

Dabai dan Kembayau

Assalamualaikum.

Alahai tekak tiba-tiba nak makan buah kembayau. Kembayau ke dabai?? bukan ke dua benda tu benda yang sama? Tapi ada je yang kata ia berbeza. arghhh what ever lah.  Ada sesiapa yang tak tahu apa tu kembayau? kembayau adalah sejenis buah yang terkenal di sarawak. Rasanya lemak. Ada dua cara nak masak. senang je. Mula2 kikis kulit buah kembayau then rendam dalam air panas. bila dah lembut, buangkan air dan campurkan dengan gula ataupun garam.terpulang pada citarasa masing-masing. Kalau aku, aku suka gaulkan dengan gula. lemak-lemak manis gitu.. hihi.. 
nyum nyum nyum.. 



 Bagi yang tak tau apa tu buah kembayau, ni la buahnya..
Buah yang belum masak.masih atas pokok/dahan.



















Yang ni kembayau yang dah dikikis.. Nak kikis habis pun ok.lagi sedap











Haaaa, yang ni paling best. Bila dah kumpul biji kembayau banyak-banyak, jemur 2 3 hari. pastu belah guna parang. Biji ni keras tau. dalam biji tu ada isi. rasanya macam kuaci.hihihi
Boleh la dimakan sambil tengok akedemi fantasia..










24 September 2013

Alahai celcom

Assalamualaikum.

Alahai lah perunding perkhidmatan celcom.. Betul-betul buat hangin ler.. Tau la tak banyak kena telan. RM7 jerrrrrr..huhu.. Tapi cukup buat ku terkesima okey..Alaaa..jangan bohong la cakap rm7 tu sikit.kalau ada segmen atau GA bagi topup rm5 pun korang berebut nak join..

Alkisahnya... Tadi aku pegi topup rm10.Then dapat sms dari celcom.



 Oleh kerana aku rasa bebal nak fahami, so aku call celcom careline 1111. Nak tanya lebih lanjut.

"bla bla bla bla bla..tekan 0 untuk bercakap dengan perunding perkhidmatan. Tak lama kemudian, seorang lelaki menjawab panggilan.

Dia:  Hello celcom careline ada apa boleh saya bantu?
Aku: Ye saye. macam ni.saya nak tanya.Tadi saya ada topup.then dapat sms pasal SUPERELOAD.
Dia: Oh yang tu adalah offer dari celcom.hanya perlu ikut arahan yang diberikan memlalui SMS.
Aku: Ye saya dah terima sms dan disuruh reply YES10. Saya nak tahu adakah kredit akan dipotong kalau saya replay YES?
Dia: oh tidak. Ini adalah offer
Aku: betul ye tak dipotong kredit?
Dia: oh tidak tidak.
Aku: Ok kalau macam tu takpelah.terima Kasih.
Dia: sama -sama cik. selamat petang.Terima kasih kerana menghubungi celcom careline.

Sebenarnya aku curiga jugak.betul ke tak kena potong kredi ye.Kenapa aku curiga?? sebab perunding perkhidmatan tu gagap-gagap maas bercakap. Then..aku punya exited reply YES10. sekali aku dapat sms..

Dia telam rm7 hokey!!! Baru je aku topup tahuu?? Alahai.kenapa tadi cakap tak potong.. uwaaaaaa.. Kalau ikutkan tak rugi dia potong rm7 tapi dia bagi 700minit panggilan percuma. dan 100mb data. Masalahnya akau tak online guna hp dan aku jarang buat panggilan.Nak call siapa? kalau zaman bercinta dulu boleh la..huaaaaaa.. Betul-betul la celcom careline ni. Care lah sangat..

so aku call balik celcome yang caring tu.. kali ni perempuan jawab.

Dia: Hello celcom careline. ada apa boleh saya bantu.
Aku: bla bla bla bla bla.. (aku ceritakan yang tadi aku ada tanya pasal supereload ni sebelum reply)
Dia: Ye cik supereload memang kena potong rm7..bla bla bla bla bla... lagipun cik masih boleh buat panggilan. 700 minit bla bla bla..
Aku: Ye tapi saya jarang buat panggilan dan massalah sekarang ni saya ada call celcome careline sebelum ni pada jam bla bla bla .dan bla bla bla. perunding yang angkat panggilan tadi adalah lelaki..
Dia: Maaf atas segala kesulitan ye cik.mungkin dia perunding perkhidmatan yang baru bertugas.
Aku: laa, ye ke patut la tergagap-gagap tadi masa bercakap.so macam mana? dapat cencel tak.nak kredit saya balik la.
Dia: bla bla bla.memang xdapat cencel cik.. bla bla bla.
Aku: (pasrah) ye lah kalau macam tu takpe la..terima kasih..
Dia.. bla bla bla..


Alahai kecewanya dipotong kredit.Takpelah.bukan rezeki aku kot.. hurmm..

Percuma Slimming treatment & Produk Kit

Assalamualaikum..

Ha, sesiapa yang ada lemak berlebihan macam sayeee jom try reedem free slimming treatment dan product kit bernilai rm4500 ni dari LONDON weight managment. Mereka mencari 10 orang yang bertuah.Try la kot-kot bertuah..Klik gambar dibawah untuk terus ke ruang reedem.


23 September 2013

Opa Snow Slimming Foam

Assalamualaikum..

Pernah dengar tak OPA SNOW SLIMMING FOAM?? haaa,sesuai untuk buang lemak di bahagian-bahagian tertentu tanpa telan pil..Ada tak korang yang dah kurus tapi bahagian perut terlebih lemak.nak makan pil takut tambah kurus. Ha, ni la penyelesaiannya. Opa Snow sangat sesuai digunakan.Boleh pilih nak slimkan bahagian mana.. Jom sedikit info tentang opa snoe ni.


 OPA SNOW bukan krim atau gel, tapi dalam bentuk Mousse! 10 kali lebih mudah menyerap ke bawah lapisan kulit, berkesan membakar lemak badan terkumpul dalam hanya 15 minit! Rasai penyerapan serta merta tanpa sebarang kesan sampingan yang merosakkan kulit.

 CARA MENGGUNAKAN OPA SNOW:

- Goncang botol selama 30 saat sebelum digunakan.
- Sembur pada bahagian badan yang ingin dirawat. Ratakan mousse.
- Buat sedikit urutan 1-2 minit sehingga mousse meresap.
- Lakukan setiap kali selepas mandi dan sebelum tidur 2x sehari.
- Bersedia merasai keajaiban OPA SNOW dalam beberapa minggu akan datang!

****************************************************************************


 A) Teknologi Korea yang dipercayai
- direka oleh lebih daripada 30 pakar-pakar dari Seoul International Research Pelangsingan, menjalani penyelidikan meluas 4 tahun untuk mencipta karya akhir ini. OPA SNOW adalah produk revolusi menghasilkan keberkesanan badan yang tinggi dan semulajadi serta selamat untuk digunakan, terbukti dengan hasil menakjubkan dengan kehilangan lemak yang luar biasa.

B) Beribu-ribu Eksperimen, Beribu-ribu memuji
- OPA SNOW telah terbukti berkesan oleh beribu sukarelawan dan pengguna melalui pencapaian yang cemerlang 97.53% kadar kejayaan.

C) Produk Pelangsingan khusus untuk warga Asia
- OPA SNOW dikaji dan dibangunkan berdasarkan diet Asia, gaya hidup, dan kedudukan fisiologi, hanya menggunakan ekstrak tumbuhan semula jadi dengan standard kualiti yang tinggi. Ia tidak menghasilkan kesan sampingan seperti anoreksia, pening dan muntah-muntah. produk pelangsingan terpuji layak untuk pengguna Asia yang alami masalah obesiti!


 KANDUNGAN OPA SNOW:

Mengandungi bahan-bahan semulajadi yang bertindakbalas secara aktif, gabungan ekstrak tumbuhan terbaik yang menyumbang dengan ketara dalam proses detoksifikasi badan dan sudah tentu, pada masa yang sama juga membakar lemak dan meningkatkan keanjalan kulit.

Kopi Hijau: Mengawal metabolisme kulit dan mengeluarkan cecair badan tambahan bagi mencantikkan tekstur kulit dan memerangi kulit tidak sekata.

Minyak Jojoba: Melembapkan kulit dan mengurangi tanda2 penuaan.

Ekstrak Halia: Pantas meningkatkan metabolisme badan dan kulit.

Ekstrak Daun Imatinib: Melancarkan peredaran darah dan meningkatkan metabolisme.

Ekstrak Biji Oren: Membantu menghapuskan selulit terutama di bahagian punggung dan paha

Asid Hyaluronic: Melindungi dan menjadikan kulit lebih lembap dan anjal secara semulajadi


*********************************************************************** 

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection

Yummyyy!!

Assalamualaikum..







 P/s: Amacam?? terliur tak? hihihi.. mungkin lebih sedap diminum bersama------> Ini

22 September 2013

Team cap ayam tunjukkan taji

Assalamualaikum..^_^

Peace yo..haha.. Walaupun aku tak berapa. eh !! Langsung tak minat apa jua yang berkaitan dengan bola sepak tapi aku tau serba sedikit sebab husben aku salah satu peminat sukan tu. kihkih.. Semalam team sarawak lawan perak kan. Berpesta gol la team sarawak semalam.hihi.. Aku bangga sebab salah seorang pemainya adalah berasal dari Lawas sarawak.. ekeke..Tahniah Ashri Chuchu dan team sarawak. Sarawak pun boleh maaa..

Translate: Tahniah to my friend ashri chuhu team sarawak menang besar semalam. Semangat 1 family tgk.

Translate: Tidur nyenyak kami malam ni. 6-1 baru korang tahu. Walau di hentam, walau dihina, takdenye kami nak ambil peduli.Kami diam je. betul x betul lah..saya dari sarawak!!

************************************************************************
"2013!Bukti kemuncak kbangkitan skuad bolasepak bujang senang kembli bemain & beraksi dgn baik sma seperti di era kegemilangannya dulu,.agik idup agik ngelaban,encang Sarawak encang!"
*************************************************************************
 


P/s: sik tauk pa masalah mak cik tok.. kalah menang adat pertandingan.ilek la aunty. hihihi
 Special reminder untuk penyokong sarawak termasuk husben i.. jangan takbur dan jangan bongkak.. adakalanya kita d bawah.adakalanya kita diatas, pedulikan kata-kata mereka. Hanya perlu diam.buktikan dengan perbuatan bukan dengan kata-kata. :)

Bahaya Bahaya Bahaya!!

Assalamualaikum.. ^_^

Apakah yang bahaya sangat tu?? Tengok ni !! Skali check other inbox kat facebook. Berderet diorang-diorang ni je yang inbox. seram jugak kadang-kadang. errrrr.Hati-hati tau.Kadang-kadang ni salah satu cara mereka nak memperdaya gadis-gadis kat malaysia ni. Kalau boleh tak payah la gatal-gatal nak reply walaupn menggunung puji diorang ni kat kita. Umpan je tuuuu.


21 September 2013

Oh Ibu Mertua

Assalamualaikum..^_^


Bukan ibu mertua saya ye. Ibu mertua saya baekk.. Ini bukan jugak Ibu putih yang hot searching masa kini..hihi..Tak tau nak kata apa..


20 September 2013

Promosi september sophie paris

Assalamualaikum..

Sekarang Sophie Paris ada promosi september. Jom shoping.. Rugi tau tak grab item promo ni.sehingga 80% okey..Tapi Selalunya item promosi ni selalu je habis.So kena awal-awal pre order dan booking lah. First come first serve gitu. So bagi yang dah buat payment penuh, item akan diagihkan /diposkan pada 26 september ye.










SEKIRANYA BERMINAT  BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 
012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT FACEBOOK
KALAU NAK IMA EMAILKAN BOLEH JUGAK TINGGALKAN EMAIL DIRUANG KOMEN.

Jenis-Jenis Jari Kaki

Assalamualaikum..^_^

Yang mana satukah anda?


19 September 2013

Mati lemas kerana asap arang

Assalamualaikum

PETALING JAYA 18 Sept. - Seorang budak perempuan berusia lima tahun menjadi 'korban' ibu bapanya yang nekad mengambil keputusan cuba membunuh diri bersama abangnya berusia tujuh tahun akibat mengalami masalah hutang.

Dalam kejadian di sebuah rumah kedai milik saudara mereka di kawasan perindustrian Sri Manja Square dekat Jalan Klang Lama di sini, Mable Shiew Mun, 5, maut akibat dilemaskan di dalam asap daripada arang yang dibakar di kediaman tersebut pada 12 September lalu.

Kedua-dua pasangan berusia 50-an dan 30-an serta seorang lagi anak mereka dikenali sebagai Matthew berusia tujuh tahun bagaimanapun tidak mati.

Perbuatan kedua-duanya tidak terhenti setakat itu sebaliknya tetap cuba membunuh diri termasuklah pergi ke Klang, Selangor untuk mencari lokasi sesuai selain ingin menggantung diri di rumahnya.
Segala-galanya akhirnya terbongkar setelah kenalan mereka datang ke rumah pagi ini, untuk bertanyakan tentang ketidakhadiran Mable selama seminggu di sekolah tadika.

Seorang jiran yang enggan dikenali berkata, rakan karib Mable mengadu kepada ibu bapanya tentang mangsa yang tidak hadir di tadika yang terletak di Jalan Othman di sini.
"Mereka datang dan mengetuk pintu dengan kuat pukul 8.30 pagi setelah mendapati keluarga itu ada di dalam rumah.

"Mulanya pasangan itu tidak membenarkan mereka masuk ke dalam rumah, namun selepas diugut untuk menghubungi polis, mereka beralah dan membenarkan masuk.
"Ketika itu, abang mangsa yang bersekolah darjah satu menerpa ke arah mereka dan memberitahu adiknya telah mati. Mayat mangsa kemudian ditemui di atas katil di dalam bilik utama dan juga melihat banyak arang di dalam rumah itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pasangan itu telah cuba membunuh diri bersama dua anaknya sekurang-kurangnya tiga kali.
"Pada malam 11 September lalu, mereka cuba membunuh diri di dalam rumah tetapi tidak berjaya dan pada keesokan harinya, mereka melakukan perkara sama dan kali ini, anak bongsunya meninggal.

"Dua hari selepas itu (13 September), mereka ke Klang untuk mencari lokasi bunuh diri tetapi membatalkan hasrat tersebut kerana takut. Kami percaya mereka membawa mayat mangsa bersama," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.
Beliau seterusnya memberitahu, polis turut menemukan tali dipercayai untuk digunakan bagi mengantung diri di dalam rumah berkenaan.

Kata Arjunaidi, polis percaya motif pasangan terbabit mahu membunuh diri adalah akibat masalah kewangan dan setakat ini polis masih menyiasat kemungkinan penglibatan peminjam wang haram atau ah long dalam kes terbabit.
"Pasangan suami isteri itu telah ditahan di rumahnya hari ini manakala anak lelaki suspek akan diserahkan kepada saudara terdekat," katanya yang memberitahu siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 kerana membunuh.

Dalam perkembangan sama, seorang jiran yang dikenali sebagai Hajah Ros berkata, pasangan suami isteri itu adalah seorang yang peramah di samping mempunyai anak-anak yang baik.
"Biasanya anak-anak mereka terutama yang mati itu akan berlari-lari di koridor sambil diperhatikan ibunya. Saya terkejut diberitahu tentang tragedi ini kerana mereka menyayangi dua beradik itu," katanya.



Sumber:  Utusan Melayu (M) Bhd

P/s: Kesiankan budak tu.Masalah kemiskinan dan kewangan seharusnya di selesaikan bagi mengelak perkara begini berlaku.kasihan anak yang x bersalah menjadi mangsa.

Hati-hati bila menegur perihal anak

Assalamualaikum..^_^

Ima nak tanya pada yang sudah bergelar ibu. Pernah tak akak-akak atau anda-anda semua terasa hati bila orang lain menegur perihal menjaga dan menangani anak? Mesti pernahkan. Masalah bukan jenis yang tak menerima teguran.Tapi ada caranya. Bagi ima, setiap anak-anak ni ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.so kita tak boleh menegur perihal anak-anak dengan cara yang kasar atau cara yang bongkak dan menunjuk-nunjuk seolah-olah anak kita je yang baik .

Setiap anak tu ada karenah tersendiri, ada sifat tersendiri, ada kebiasaan tersendiri. Cara untuk tangani setiap anak juga berbeza-beza daripada anak orang lain.
Pernah dulu, ima ditegur oleh nurse secara kasar bagi ima. teguran tu macam memperlekeh ima sebagai ibu muda. Anak ima ni jenis yang susah nak naik berat badan. So nurse tu dengan sesedap rasa je cakap.

Nurse: "kamu mesti rajin bagi makan budak.saya tahu kamu ibu muda.malas nak paksa budak-budak makan. Kita sebagai ibu tak boleh malas. anak saya baru bla bla bla bulan dah berat bla bla bla.

ima: bukan malas tapi memang dia tak berapa nak makan.dah macam2 usaha. kalau lah ada orang yang boleh pujuk anak ni makan, saya sanggup bayar. (dalam hati, badan ko pun besar , macam mana tak anak ko besar ..ko tengok badan aku besar ke kecik??)

nurse: kamu mampu ke nak bayar orang? anak kamu, kamulah yang harus pujuk makan

ima: saya tau anak saya masalahnya sekarang nurse perlekehkan saya. lain orang lain masalah anaknya. saya mampu buat apapun untuk anak saya asalkan baik untuk dia.Nurse nak ke tolong bagi anak saya makan??

Terus nurse tu diam. dan bagi vitamin.

Serius sampai sekarang saya tak boleh terima kenyataan tu. Sebab dia tak tau betapa susahnya hati saya dan betapa banyak usaha yang saya buat untuk bagi berat badan anak saya naik.pelbagai vitamin dan pelbagai makanan dah ima cuba.Dan nurse tu tak tau pun betapa peritnya hati ima ni sebab tak mampu bagi anak naik berat badan.Malam-malam pun susah nak lelapkan mata sebab risau.
Tapi fiki-fikir balik, kenapa saya risau hanya sebab nurse yang tak tau apa yang kita rasa tu. Think positif je, ima jenis yang kecik, husben pun bukan jenis yang  besar-besar. Takkan anak nak berat lebih-lebih.family ima jenis kecik-kecik je.mungkin sebab tu anak ima pun kecik je.

Alhamdulillah.walaupun anak saya kurang berat badan, kecik je tapi dia aktif dan sangat pintar. Tak salah kan puji anak sendiri.hihi.. So lepas ni harap jangan lah ada orang yang suka memberi nasihat perihal anak dengan cara yang kasar macam tu. lain anak lain perangainya.lain pulak cara tanganinya.Mana lah ada seorang ibu, umi, mumy yang suka-suki je perihal anak-anak mereka.cuma kita tak tahu kenapa sesuatu benda tu berlaku.Jangan pulak samakan dengan orng yang buang ank tu ye.tu lain.memang laiiinn..

P/s: Sampai sekarang berbekas dihati kata-kata nurse tu. hurmmm.


Pagi Yang Indah

Assalamualaikum.. ^_^

Pagi yang indah. Jom sarapan. nescafe dengan cucur ikan bilis adabi cicah sos maggie.. 
Nyum Nyum Nyum..





18 September 2013

Sarapan Ais krim goreng

Assalamualaikum..^_^

Alhamdulillah masih bernafas dan sihat walafiat pagi ni. Hari ni korang sarapan apa? kami sarapan ais krim goreng.haha.. Awal tak makan ais krim? Jangan risau.yang ni tak berapa sejuk. Panas di luar. sejuk didalam.Bila dimakan, cair dimulut. Amboi,.. haha.. Semalam pegi sejuk beku.
Pagi ni terus goreng.  Sodappp.



17 September 2013

Tambah Duit Poket Dengan 8Share

Assalamualaikum.. ^_^

Sudahkah anda mendaftar dengan 8share?? Apa itu 8share?

8share adalah sebuah syarikat pengiklanan yang popular dan memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang menggunakan laman sosial seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya untuk menambah duit poket,Malah bukan setakat duit poket.ada yang telah berjaya membeli sebentuk cincin untuk sang kekasih hanya menggunakan earning dari 8share.

Bagaimana 8share bekerja??

Mudah!! Hanya perlu daftar di [SINI] dan pilih iklan yang anda rasa sesuai untuk dikongsikan di laman sosial yang anda ada.Anda boleh tambahkan sedikit ayat yang power agar rakan-rakan teruja untuk klik iklan yang anda kongsikan..




Ramai ke pengguna 8share??


Apa Kata Pengguna 8share??

**************************************************************

▼Kisah Cash Out dari Penang▼
"Tadaaa....dah 3 kali dah ha cashout...aku nie pesen cukup RM50 terus cashout...so bila dah 3 kali total RM151...sebab yang latest nie aku cashout lebih RM1...hehe....dan dan lepas dah cashout pun earning masuk dan boleh lagi cashout...ouhh best weyhhh…."

- Atie Atiqah, Pulau Pinang

*********************************************************************


Perkongsian TIPS dari seorang ahli 8Share.

AMIR AZMAN dari Kelantan.

"UNTUNG KE 8SHARE NI KITA JOIN?

Untunglah ! Dah la percuma,dapat duit percuma pulak?20sen/click bukannya sikit.Dapat 100 click dah dpt RM20.Anda boleh cashout ke mana2 bank di malaysia dan servis diorang ni memang pantas !No regret !!

TIPS DARI SAYA?

Ada beberapa tips yang boleh saya kongsi untuk anda. Antaranya:
- Memiliki facebook/twitter/other dengan follower yang ramai,supaya post iklan tersebut dapat dilihat oleh mereka
- Gunakan kata kunci yang boleh menarik perhatian mereka untuk klik iklan tersebut
*Pastikan tiada penipuan dan mengikut syarat2 share 8share

************************************************************************
 [2 SEP 2013 - Nur Atirah]
"member 8share ramai yang dah tau pasal 8sharekan.alahh ,kalau dah nama nye blogger,comfirm ade 8share.tira baru je cashout pagi tadi.dan dah pon verified!hoyeahh.duet2!"

Nur Atirah, UiTM Melaka 

********************************************************************************


▼HOW MALAYSIANS MAKE MONEY ONLINE▼
Watch this video: http://www.the8share.com/mobile/?

Many people came across and
ask me, “Hey, Albert, how can you earn money by just online surfing the internet?”.

Definitely my answer to them,
“I play 8Share!”.
Albert Ling Hoe Ying - Kota Kinabalu, Sabah

**********************************************************************


[4 SEP 2013 - Hasrul Hassan]

"Alhamdulillah, hari ini permintaan cash out saya yang dibuat pada hari Isnin 2 September dah pun selamat disahkan. Dan dalam masa kurang 3 hari, saya sudah terima Payment Advice daripada 8Share."

- Hasrul Hassan, Nibong Tebal

********************************************************************** 

▼Buat Duit Macam di KK▼

"Minggu lepas aku baru je Cashout earning pertama aku bersama 8share selama sebulan lebih. Alhamdulilah dapat gak aku kumpul sehingga mencecah RM100. Aku terkejut gak, x sangka 8Share prosess earning dengan begitu cepat sekali. Mcm seminggu lebih kot aku rasa, earning dh ble dapat."

Mhd Rahmad - Kota Kinabalu
************************************************************************

Jom daftar sekarang.. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh daftar dulu kat 8share dan inbox ima kat facebook.

Klik Sikit



Krim Ibu Putih Fake Ke Asli?

Assalamualaikum.. ^_^

Sejak kebelakangan ni ramai sangat costumer yang bertanyakan soalan tentang fake krim ibu putih ni. Dalam sehari dekat nak 10 orang bertanya.Ibu putih ni ada fake ke? ibu putih ni kenapa harga lain-lain.ada mahal ada murah.Ibu butih ni kenapa label dia lain-lain? Ibu putih ni kenapa bau lain-lain? ada wangi ada yang xde bau? Okey. Macam ni.

Sebenarnya ramai yang kurang faham mengenai hal ini .  Krim ibu putih sebenarnya ada pure belum dicampur dengan krim/lotion/pewangi tambahan . Namun ada agent yang membuat jenama semula mencampurkan dengan krim/lotion/pewangi kegemaran mereka sebagai trade mark jenama mereka . oleh itu anda harus la mengetahui bau krim ibu putih yang pure dan yang telah di campur dgn bahan lain .
Ia nya tetap asli bukan tiruan cuma tidak mengandungi 100% krim ibu putih. Jika ada mana-mana pihak menyatakan krim mereka adalah original dan orang lain tidak , sila minta gambar dan alamat kilang mereka sebagai bukti mereka adalah pengeluar asli krim ibu putih. Jika tidak ia hanya persaingan perniagaan yang tidak sihat sahaja.


gambar contoh
 Ibu putih asalnya dijual dalam bentuk kilo macam gambar kat atas tu.Then dibeli oleh agen dan di repackkan dan dilabelkan mengikut citarasa masing-masing. Insyallah tak jualibu putih fake. Pastikan anda dapatkan harga yang berpatutan ye.

Masih ada yang tak tahu apa itu ibu putih? boleh klik sini

*************************************************************************

SEKIRANYA BERMINAT NAK TRY BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT Ima Collection

UPDATE:
sekiranya sms atau whatsapp tidak berbalas sila tunggu sehingga jam9 malam. sekarang tengah busy sikit terima kasih :) 

Pssssst, Nak try Ibu putih strawberry tak? Lagi powerr..hihi
Boleh klik gambar dibawah untuk info.
http://putrimalupage.blogspot.com/2013/12/ibu-putih-strawberry.html
 
 
 
 

15 September 2013

Sandwich Maker

Assalamualaikum.. ^_^



Kemas kan buat sandwich guna sandwich maker ni? selain tu boleh jugak digunakan untuk buat ais krim goreng.. Simpan satu kat rumah ok juga. 
**********************************************************************
SEKIRANYA BERMINAT  BOLEH LA SMS/WHATSAAP/WECHAT IMA DI TALIAN 
012 8706289
ATAU TERUS INBOX IMA KAT FACEBOOK

Resepi Ais Krim Goreng

Assalamualaikum.. ^_^




Bahan-Bahan:

  1. Roti Keping 
  2. Aiskrim (perisa terpulang)
  3. Sandwich maker

Cara-Cara:

  • Ratakan roti hingga leper.
  • Letak aiskrim ditengah-tengah roti yang leper tersebut. 
  • Tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
  • Tekap dengan sandwich maker. Pastikan kedua-dua belah roti bercantum supaya aiskrim tak meleleh keluar.
  • masukkan kedalam bekas plastik dan simpan semalaman dalam tempat sejuk beku.
  • Masa nak goreng, pastikan minyak betul-betul panas dengan api kuat. 
  • Goreng kurang dari satu minit supaya aiskrim tak cair. 
  • Sedia dinikmati.

-BUY SANDWICH MAKER HERE-


14 September 2013

Manisnya hidup bermadu

Assalamualaikum..

Alangkah indahnya kan bila ditakdirkan bermadu, dapat madu yang baik dan sporting. Boleh ke terima hidup bermadu? Berkongsi kasih, berkongsi suami?? Ada ke wanita yang nak dimadukan walaupun dijanjikan payung emas kelak?? Rasanya ramai wanita yang tidak rela dimadukan namun jika yang di atas mengkehendakinya, siapalah kita untuk menolaknya.. Bagi ima, cuma mampu berdoa dan berharap jika ditakdirkan dimadukan, harap sangat dapat madu yang lebih baik dari ima. Ima nak dia jadi kawan baik ima. Ima nak dia jadi rakan dalam stiap aktiviti ima contohnya jadi patner bisness..Paling penting, dia boleh jaga anak ima macam ima jaga anak ima. Dan dia boleh jaga suami ima lebih baik dari ima jaga suami ima. OK CUKUP MEREPEK. Tu cuma angan-angan je. Susah kot nak dapatkan MADU idaman macam tu. Kalau boleh taknaklah dimadukan. Tapi kalau takdir begitu, mungkin boleh diterima.Moga saat tu ima diberi kekuatan dan ketabahan.


P/s: tiba-tiba je cakap pasal madu.meroyan ke apa.haha..Tak la. sebenarnya tadi jumpa fb sorang wanita ni.nampak pic dia, suami dan seorang wanita lain.then scroll tengok wall, baca caption gambar. "Happy birthday darling..i love u so much..aku, suamiku,& part of my life.maduku..-feeling wonderful" Wah.tabik sangat dengan mereka.mereka bergambar nampak happening dan bahagia. Semoga keluarga mereka bahgia selalu.. Banyak gak gambar2 beliau bersama madu beliau. dua dua nampak cantik. muka pun dekat nak sama.Mungkin itulah yang dinamakan jodoh dan takdirNYA..


#####jauhjauhpalis


Waktu-waktu yang sesuai untuk minum air

Assalamualaikum

Kenapa Perlu Minum Air Pada Waktu Yang Betul? | Terdapat beberapa sebab kenapa perlu minum air pada waktu yang betul. Antara sebab-sebab tertentunya ialah :
* 2 gelas air setelah bangun tidur – bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ-organ kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting untuk ‘activate’ internal organ.
* 1 gelas air, 30 minit sebelum makan – menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon.
* 1 gelas air sebelum mandi – membantu menurunkan tekanan darah.
* 1 gelas air sebelum tidur – membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat. Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington.
*** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang dipersetujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)
- See more at: http://fuh.my/kenapa-perlu-minum-air-pada-waktu-yang-betul/#sthash.qAfgi57k.dpuf
 Kenapa Perlu Minum Air Pada Waktu Yang Betul? | Terdapat beberapa sebab kenapa perlu minum air pada waktu yang betul. Antara sebab-sebab tertentunya ialah :

* 2 gelas air setelah bangun tidur – bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ-organ kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting untuk ‘activate’ internal organ.

* 1 gelas air, 30 minit sebelum makan – menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon.

* 1 gelas air sebelum mandi – membantu menurunkan tekanan darah.

* 1 gelas air sebelum tidur – membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat. Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington.

*** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang dipersetujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)



CopyPaste dari Fuh.my

Kenapa Perlu Minum Air Pada Waktu Yang Betul? | Terdapat beberapa sebab kenapa perlu minum air pada waktu yang betul. Antara sebab-sebab tertentunya ialah :
* 2 gelas air setelah bangun tidur – bantu replenish liquid dalam tubuh/ gantian-air dalam organ-organ kerana tubuh tidak mendapat air dalam tempoh 6-8 jam waktu tidur. Ini amat penting untuk ‘activate’ internal organ.
* 1 gelas air, 30 minit sebelum makan – menyediakan esofagus dan sistem penghadaman (termasuk perut dan laluan nya) menerima makanan dan bantu proses penghadaman yang lebih efektif. Menurut kajian di Eropah, 90% orang yang minum air kosong sebelum makan mempunyai tahap kesihatan penghadaman yang lebih baik, dan kurang berisiko untuk mendapat kanser kolon.
* 1 gelas air sebelum mandi – membantu menurunkan tekanan darah.
* 1 gelas air sebelum tidur – membantu mengelakkan serangan strok/angin ahmar dan bantu tubuh untuk sistem kardiovaskular yang sihat. Amalan ini juga membantu kurangkan rasa lapar di waktu malam seperti disahihkan kajiannya oleh University of Washington.
*** Amalan minum 2.5L air kosong yang bersih setiap hari, 45% membantu mencegah kanser kolon, mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 79%, dan 50% kanser hempedu. (Hasil kajian yang dipersetujui oleh pakar kesihatan seluruh dunia)
- See more at: http://fuh.my/kenapa-perlu-minum-air-pada-waktu-yang-betul/#sthash.qAfgi57k.dpuf

13 September 2013

Wanita bertudung tidak diterima bekerja

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ni heboh bila Mira Kamil, 24, seorang wanita Islam lepas ijazah dari United Kingdom jurusan Fizik, terkejut apabila perhomohonan kerjanya ditolak hanya kerana dia bertudung. YA!! kerana bertudung.Berlaku di malaysia ok.  sekali lagi YA!! DI MALAYSIA.NEGARA ISLAM!! Sepatutnya perkara ini tidak berlaku dinegara kita. Bagi pendapat saya, syarikat-syarikat yang berada di malaysia ni sedar diri dan sedar bahawa negara yang mereka tinggal ini adalah negara ISLAM! Harus sedar diri. Ini bagaikan satu penghinaan. Saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap syarikat yang membuat polisi macam ni.
Mari kita bangkit.Lepas ni kalau jumpa syarikat yang menubuhkan polisi macam ni, kena buat aduan kepada pihak yang berkuasa.


RAHASIA SURAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum..


(1) - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur : Insyallah Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
 
(2) - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian bagi Melepaskan rasa sakit dalaman

(3) - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala
orang berpenyakit mental setiap pagi dan sekali sebelum tidur. 

(4) - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

(5) - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu /usap ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

(6) - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-
langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit ; Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

Note : BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK,
TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA


12 September 2013

Betul ke bohong

Assalamualaikum..^_^

Tau tak sekarang ramai yang share pasal Megastoon?? Katanya boleh tambah income.Kerja mudah.Hanya kongsikan lik referral yang diberi di laman sosial seperti di facebook, twitter, blog dan lain-lain.Setiap unik visitor kita dapat 2usd. ops, sebelum tu lupa nak bagitau.Kalau kita register, kita dapat 15usd dalam akaun. So bila dah cukup 100usd, kita dah boleh withdraw.
Boleh pilih nak guna paypal, transfer, cek dan lain-lain. Macam best kan. Teruja jugak.Ye lah zaman sekarang ni sape yang taknak duit. Golongan tu termasuk lah ima sendiri.Haha.
So dengan sepenuh azam nak tau benda ni betul ke tak, ima pun register. Tak sangka, kelmarin join, hari ni ima dah dapat 115usd. So maknanya dah boleh withdraw la kan. So dah withdraw, dia cakap, akan dibayar setiap hujung bulan.Okey kita tunggu lagi.Harap betul la.Tapi kalau tak betul, namanya ima tertipu la.haha. Tapi takpe,bukan rugi pun.Tak salah mencuba kan. Ada tak sesiapa nak try join benda ni?