Sponser By

Followers

Iklan

31 August 2013

Tangan hampir putus diitetak semasa menjalankan tugas

Assalamualaikum..




Ya Allah..Ngerinya tgk gambar ni.Seorang petugas TNB ni telah ditetak oleh seorang penduduk gara-gara memutuskan bekalan elektrik yang disambung  secara haram. Memang bahaya kalau terjumpa orang yang panas baran macam ni...
Baca laporan penuh di sini.

Merdeka Merdeka Merdeka

Assalamualaikum.. ^_^

Selamat Menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56!! Ya Allah, berikanlah kesedaran kepada rakyat Malaysia agar negara ini kekal aman dan bertambah aman.Semoga Kau limpahkan kurnia.Terima kasih atas keselesaan dan kenyamanan yang Kau berikan. Amiiinn..




Psttttt.. sempena 31 ogos ni, ada yang memberi 31sen setiap unic UV iklan yang anda kosngikan..
------> Jom

28 August 2013

Sebenarnya saya sangat sayangkannya :'(

Assalamualaikum.. ^_^

Rasa sedih.. Sebab atok ima sebelah babah masuk ICU kelmarin. Mula-mula dia ngadu sesak nafas.Sampai je hospital, tekanan darah tinggi pulak dan doktor sahkan paru-paru sebelah dah rosak. Atok pun slalu dah sakit-sakit tua. Sebenarnya kan.. ima dan adik beradik lain kurang mesra dan tak berapa rapat dengan atok sebelah babah sebab jarang jumpa bila dah besar ni sebab tinggal berasingan.
 Family sebelah babah tinggal kat sabah. ima pulak tinggal kat sarawak.Padahal sebenar-benarnya tak la jauh sangat. makan masa 2 jam lebih je nak kesana.Tiap kali menziarahinya, mesti ima just salam dan tak banyak cakap.sebab segan dan tak tau nak cakap apa. Tapi sejujurnya. Ima sayanggggg sangat kat dia. Kadang ima sedih tengok dia. Rasa macam nak peluk je tapi segan.
Kelmarin masa lawat atok kat hospital beaufort, tiba-tiba je rasa sayu dan sedih.mengalir air mata ni. Tapi ima tak bagi orang lain nampak. Ya Allah, kau sembuhkanlah beliau dan berikanlah kesihatan kepadanya.. :'(

P/s: sekadar luahan ringkas. maaf.. :'(

27 August 2013

Kini jelas apa jantinaku

Assalamualaikum.. ^_^

Kini telah jelas jantinaku... Kata Viva girl..haha..Ngade betul..Isteri Tuan ko ni lagi tak pakai bulu mata pelesu tau..


26 August 2013

Idea dan cadangan untuk bajet 2014

Assalamualaikum.. Alhamdulillah kami rakyat Malaysia diberi peluang untuk memberi idea untuk bajet 2014.Semoga idea yang kami berikan sedikit sebanyak memberi inspirasi. Saya sebagai seorang ibu  dan isteri sangat berharap sekiranya bajet 2014 ada untuk golongan ibu .
Kalau boleh, bajet 2014 diberikan sedikit kepada golongan ibu dan isteri untuk memberi kursus dan pinjaman modal permulaan untuk berniaga secara online. Ini bagi mewujudkan para ibu dan isteri mempunyai pendapatan walaupun hanya bekerja dari rumah.

Inilah apa yang ingin saya kupaskan disini..Bagaimana bajet 2014 ni dapat membantu kami para ibu..

Memandangkan di abad kini zaman serba manggunakan wang, kebanyakkan pendapatan para suami tidak cukup untuk menanpung perbelanjaan keluarga. Antara sedar atau tidak, ramai para isteri yang terpaksa keluar bekerja untuk membantu para suami.Namun dalam usaha murni membantu para suami, ramai yang terpaksa berkorban terpaksa mebenarkan orang luar untuk menjaga anak-anak. Walaupun sudah semua maklum.kini banyak kes anak-anak di dera oleh pengasuh tetapi para pasangan terpaksa dengan berat hati meninggalkan anak-anak demi mencari nafkah. Bukan kah sepatutnya seorang isteri itu berada di rumah sedangkan para suami yang keluar mencari nafkah?

Apa kata  bantu kami para isteri agar dapat memulakan perniagaan dari rumah sambil menjalankan tanggungjawab menjaga anak-anak tanpa risau anak diasuh oleh orang luar. Tanpa kami keluar rumah.Sambil mempunyai pendapatan dari rumah, para isteri dan ibu masih mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini mampu memberi seribu kebaikan kepada para ibu dan isteri di Malaysia ini.

Ini adalah idea ima  untuk bajet 2014..Kalau korang ada idea yang bernas, korang pun boleh terus ke laman web 1 Malaysia ini.

Cornflakes semanis madu berkeju

Assalamualaikum.. ^_^

Minggu lepas ima ada buat cornflakes bermadu dengan my sista.projek buang boring kononnye..Pastu try bagi irfan makan.Kot-kot berkenan.Ye lah anak ima ni bukan macam anak orang lain.bab makan memang liat.Ape orang kata? Tak habis pinggan d telannya.haha.. Tapi tekejut juga sebab dia suka corn flakes tu..balik-balik je ratah.minta lagi dan minta lagi dan akhirnya semalam dah habis dia minta lagi.Oleh sebab irfan yang nak makan, gagahkan juga malam-malam turun ngiukee beli bahan-bahan nak buat corn flakes. Demimu ankku, akan ku lakukan apa jua.HaHaHa..
Tapi hari ni baru lah aku buat...




Bahan-bahan:
  • 4 camca besar Madu
  • 200 gram Gula
  • 300 gram Mentega atau Marjerin
  • 150g corn Flakes
  • Chedar
 Langkah-langkah memasak:


  • Panaskan kuali dan cairkan mentega bersama gula dan madu. Gaulkan
  • Masukkan Corn Flakes dan gaulkan hingga sebati.
  • Bangkit adunan ke 1 bekas dan sudukan ke acuan mengikut citarasa.Ima guna bekas coklat lebihan buat coklat home made je.besar dan cepat siap.hihi

siappppp..


24 August 2013

3 Langkah Penjagaan Kulit Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum..


Langkah pertama:(Membersih)
  • Pilih pembersih muka yang sesuai dengan kulit anda.
  • Gunakan pembersih muka yang lembut pada kulit
  • Dotkan pembersih pada hidung, dagu, dahi dan pipi.Kemudian sapukan dari bawah dagu hingga ke dahi secara membulat dan lembut.
  • Bilas sehingga bersih

Langkah 2 : (Menyegar)
  • Gunakan penyegar untuk menanggalkan sisa kotoran dan mengecilkan pori.
  • Tuangkan beberapa titik penyegar ke kapas muka.
  • Tepek lembut dan sapukan secara membulat ke seluruh wajah.

 Langkah 3: (Melembap)

  • Gunakan pelembap bebas minyak untuk mengekalkan kelembapan kulit.
  • Picit pelembap sebesar kacang dan dotkan pada bahagian pipi, hidung, dahi dan dagu.
  • Sapukan rata pada wajah dengan urutan lembut

23 August 2013

Green Gorgeous

Assalamualaikum.. ^_^

Wah.. wah...wah.. Ada tak sesiapa yang minat kaler hijau kat sini?? Tak tau lah semenjak dua menjak ni ima pun macam terpikat dengan warna hijau ni. Mata pun berpinar-pinar dah tengok benda hijau ni. Tapi tak semua benda hijau la ima suka..hahaha..  Nak tau tak apa benda hijau yang buat ima terpikat semenjak dua menjak ni?? Ni haaa.. Item dalam katalog Sophie Vol.13 ni benar-benar buat ima tak keruan.rasa macam nak beli je semua.. (Padahal setiap volume katalog pun buat ima tak keruan..Hahaha) nampak sangatnya semua daku nak.. 

Ada sesiapa lagi tak kenal apa tu Sophie Paris?? Haaa, meh klik Sophie Paris ni. Kalau nak tau, ni lah salah satu bisness yang ima buat. Its alllllllllll about fashion.. HiHi... Sambil berniaga, sambil tukar-tukar barangan fesyen.Harga pun berpatutan dengan kuality produknya..
Ada tak sesiapa nak jadi 1 group dengan ima nak buat bisness ni? Modal tak sampai seratus pon..
Seriusly best buat bisness ni.. Lagi-lagi pada sesiapa yang suka berfesyen.dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki ade. ekekeke..Ia mendatangkan 1 kepuasan yang luar biasa tau bila lihat katalog-katalog ni. Taknak buat duit pun, boleh gak dijadikan bahan buang duit.. ekekeke..Tapi buang duit, kita dapat barang yang umphhhhh. (Tak terkata)

Kalau ada di antara anda, anda, anda dan anda yang berminat nak tambah wang saku sambil-sambil nak lihat barang-barang fesyen boleh la add ima kat FB Puan Ima Salsuzaima atau terus je daftar sebagai member Sophie kat Link ni..
Silakan menjamu mata..







22 August 2013

TIPS BUAT ISTERI

Assalamualaikum.. ^_^
Just Sharing ..
Teman-teman,Walaupun kalian punya pembantu rumah, namun pastikan juga Nasi yg dimakan oleh suami dan anak-anak itu dimasak oleh isteri, kerana "Air Tangan" isteri itu ada barokahnya.

✔ Pastikan ketika membasuh beras, tangan hendaklah sentiasa berpusing arah lawan jam (arah tawaf) dan ketika bilasan air beras yg akhir, selawat 7x dan niat di dalam hati mohon kepada ALLAH SWT supaya lembut hati suami dan anak-anak rukun damai serta dengar kata..

✔ InsyaALLAH akan bertambahlah kasih sayang suami terhadap isteri dan anak-anak.

21 August 2013

Milk Mug yang comel

Assalamualaikum...


Wah3x..bukan main sibuk aku.. sampai x ingat dunia... hahaha.. weh, takde lah sampai tak ingat dunia.tapi serius memang sibuk sangat.. Sekarang dah bulan 8. ada masa 2 bulan lebih je lagi aku, suami dan anak akan berhijrah dari sarawak ke semenanjung.. Berdebar dan takut..Boleh ke mulakan hidup kat tempat orang dan asing bagi kami? Tawakal je lah..huhu...

Eh. eh.. belum terlambat kan nak ucap selamat hari raya? Kat sini aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Mohon diampun sekiranya anda-anda pernah tersinggung dengan entri-entri yang aku catitkan.. (catit lah sangat) hihi..
Ada kuih raya lagi tak? nak minta sikit..hihi..Macam mana raya tahun ni? aku tak la raya sakan macam korang-korang.Raya aku santai aje.macam tak raye pun ada.haha..bukan apa, tahun ni takdenye sibuk beraya sebab sibuk buat persiapan kenduri kahwin abang ipar. Raya + Kahwin gitu..

Dapat biras baru la tahun ni.. Welcome to the club my biras..hikhikhik..



Eh..eh..eh...lain tajuk lain isinya pulak..sebenarnye saje je nak tayang sikit  milk mug dutch lady yang comel ni.. Baru dapat 1. Nak kumpul semua lah..hihi..Comel tak comel tak??


Jom dapatkan 1 sekarang!!(sempat lagi promo)

19 August 2013

GIVEAWAY SAYA NAK TEDDY BEAR BY FARISHA

Assalamualaikum.. ^_^

Ada tak sesiapa yang minat, suka, gilakan atau apa perkataan yang sewaktu dengannya kat teddy bear?? Nak tak korang dapat teddy yang besar gedebak tu secara percuma??? Iyeee.. Percuma...Wooooo..Teddy bear tu... Sape yang taknak kan..Ima pun nak.haha.. Caranya mudah je.Jom join GA hebat ni.. Kot-kot ada rezeki menang.. Tapiiii..
Sebelum korang buat keputusan nak menang, penganjur GA ni pesan supaya sediakan tempat tidur yang besar takut2 salah sorang antara korang atau teddy bear terpaksa tido kat bawah..haha...



So, apa tunggu lagi? Hang duk pikiaq lagi awatnya?? Join ar... hihi


Sempena Hari Raya Adilfitri 2013,
Farisha telah mengadakan Giveaway hebat
yang menawarkan Hadiah Teddy Bear sebagai hadiah utama
Dijemput semua sertai Giveaway ini

Siapakah peserta bertuah yang akan memenangi Hadiah ini??
Klik SINI Untuk join & Lihat hadiah
Giveaway ini sah dari 19-08-2013 sehingga 09-09-2013
Pemenang akan diumumkan pada 10/09/2013

Good Luck semua ^.^