Sponser By

Followers

Iklan

19 June 2013

Pakaian apa?? Unik kan.

Assalamualaikum.. ^_^

Ya Allah.Lamanya aku tak update blog ni dan tak blogwalking.. Agak sibuk sejak kebelakangan ni sampai takde mood, takde masa dan takde idea nak update apa.Tapi tak mengapa lah.bukan jadi masalah pun kan.ada yang kisah?? hihi..Eh, last update aku yang sebelum ni (Kenduri Kahwin) ada yang tanya kan baju tema apa yang pengantin ni pakai. Sebenarnya tu pakaian adat orang bugis di sabah. Best diorang kahwin.Memang unik.Tau tak, dalam 1 hari diorang tukar-tukar baju sampai 5 atau 6 salinan kalau tak salah. Tapi aku sempat ambik pic yang ni je sebab tak lama kat situ.

Cuba teka aku yang mana? hihi
P/s: Ada tak sesiapa miant nak tambah income tanpa modal? Jom join group dropship aku. Jom la.
Add + inbox aku kat fb Puan Ima Salsuzaima. Macam-macam boleh jual. Produk kecantikan, supplement dan barangan fesyen pun ada. Tapi nanti inbox aku, kenalkan la diri, tau dari mana dan apa tujuan inbox.hihi. nanti x pasal2 aku blurr pulak.

10 June 2013

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum..

Kelmarin kan, (9/6/13 ) ima dan husben pegi kenduri kahwin kawan kat sabah. ambik masa 5 jam juga sampai ke rumah pengantin termasuk jalan jem.hihi. Alhamdulillah.sampai jugak hajat nak tengok majlis kawan walaupun tak lama berada kat situ. Berangkat pagi,dalam jam 11 macam tu baru sampai.Sepatutnya awal lagi dah sampai. Mualanya ima bawak irfan sekali. Tapi sampai setengah jam perjalanan, irfan muntah pulak.Habis semua pakaian kotor. Nak tak nak kena patah balik tukar baju.Masa tu terfikir dah.nak cencel je kot perjalanan ni.lagi-lagi irfan macam tak sihat. Tapi mumy cakap pegi je lah.dah bersiap pun dah.Irfan takpe.biar mumy jaga. Memang bercelaru masa tu.Tak sampai hati nak tinggalkan.Lagipun dah lewat dah. Tapi fikir-fikir balik, dah lama rancang perjalanan ni.dan dah janji dah dengan kawan-kawan lain nak datang. Last-last pergi jugak.

Sepanjang perjalanan asyik teringat je kat irfan. balik-balik call mumy tanya keadaan irfan.Alhamdulillah. mumy kata irfan baik-baik sahaja.cuma ada mengadu sakit perut je. Ntah apa lah yang tersalah bagi makan sampai sakit perut dan muntah.Tapi muntah sekali je.Semoga baik-baik saja.

Sempat bergambar dengan pengantin dengan salinan pakaian yang kedua. salinan baju yang pertama dan seterusnya x sempat pulak sebab kami datang lambat dan awal balik.hihi.
Semoga berkekalan & bahagia hingga 100 keturunan. ^_^





 

07 June 2013

Langkah-langkah menyertai Assign job

Assalamualaikum.Oleh kerana ramai yang bertanya macam mana nak join assign job ni.biar aku terangkan serba sedikit.Harap semua faham ^_^
 

Langkah pertama anda haruslah mendaftar dahulu sebagai pengguna assign job. Klik SINI untuk mendaftar.

Bila dah klik mesti korang nampak macam ni kan.

Dah nampak macam dalam pic tu kan.Then sila klik "Get Started" macam yang dalam bulatan merah tu.

Nampak tak? So sila isi detail yang diminta. lengkapkan tau. dah siap lengkap, tekan "Sign Up".
Dah selesai, sila check email.korang akan terima satu email.Klik link yg di emailkan untuk aktifkan.

DONE!! Langkah pertama..

Seterusnya.....

Log In menggunakan email yang di daftarkan tadi.
Dan anda akan nampak ini..
[ SILA KLIK GAMBAR UNTUK MELIHAT LEBIH JELAS]

Dah selesai dan anda boleh mula kan kerja anda.Hanya perlu ikut arahan yang diber.Kalau tak faham sila google.hihi


*************************************************

So yang ni aku boleh jelaskan  serba sedikit je.Tak berapa sebenarnya nak buat tutorial.Masih ada yang tak tau macam mana nak Print screen kan. Itu senang saja.hihi. Lihat pada keyboard anda...dan
Nampak tak button Prt Sc Sys Rq tu? haa. tu la cara nak printscreen. Kan diorang ada minta kita printscreen lepas buat kerja sebagai bukti.So just tekan button Printscreen tu.
Then,
Buka Paint dan pastekan sahaja.dan save.
 



Siapa kah Hafiz Rahim?

Assalamualaikum..
Hari ni ima nak review blog seorang blogger.Iaitu Blog Hafiz Rahim.Siapa Hafiz Rahim?? Jom teruskan membaca.


HafizRahim – Anak kelahiran Terengganu. Dilahirkan pada tahun 1985. Merupakan lulusan jurusan Mechanical Engineering di Malaysia France Institute. Bekerja didalam bidang minyak dan gas. Telah mendirikan rumah tangga pada May 2011, mempunyai seorang cahaya mata.

Masa lapang beliau banyak dihabiskan dengan menonton TV, melayari Internet dan lepak santai bersama rakan taulan. Minat berblogging sejak dibangku sekolah lagi. Mula serius berblogging pada tahun 2012. Dan ini merupakan blog yang pertama menggunakan self hosted & domain berbayar.

Pencapaian terbaik blog HafizRahim.Com adalah menerusi pengiktirafan sebagai Favourite Micro Blog 2013 oleh pihak Malaysia Social Media Week (MSMW).
Disamping berblogging kerana minat,beliau juga menerima sebarang permintaan untuk mengiklankan produk review berbentuk advertorial.

Blog HafizRahim.com ada lah blog informasi masa kini dan banyak menfaat berguna boleh didapati dalam blog beliau.  Sesiapa nak iklankan produk atau blogshop boleh la berkunjung ke blog beliau. ^_^

06 June 2013

Mimpi Pregnent

Assalamualaikum..^_^

Sejak kebelakangan ni aku asyik mimpi yang pelik-pelik je. Kenapa ye. Aku ada 2 3 kali mimpi yang aku ni pragnent. Then kadang aku mimpi mayat. seram gak kadang-kadang. Ada tak sesiapa tahu taksir mimpi? Adakah petanda tak baik ke. Ada yang kata, itu rezeki. Kalau rezeki alhamdulillah. Kalau sesiapa tau apa maksudnya atau ada pengalaman mimpi macam ni kongsi-kongsi ler.. 

P/s: Pendek je entri kali ni.hehehe

05 June 2013

Biskut Selimut

Assalamualaikum..^_^

Dah habis sekotak biskut ni aku dan si hero aku makan.Baru aku perasan tulisan kat situ. Perkataan Selimut. Hahaha. Rasa je sedap.Rasa cheese.Tapi namanya selimut..  Korang ade?? hihi


03 June 2013

Mampu kah aku??

Assalamualaikum..^_^

Akhirnya tanpa fikir panjang, ima dan suami dah putuskan nak berhijrah ke KL. Ima dah tempah tiket dah guna tiket promosi kat air asia. Maka 27 oktober 2013 ni bermula lah perjalanan hidup baru kami.Tapi ima masih survey-survey rumah sewa di area sentosa,bukit tinggi,bayu perdana, chi liung, atau bandar botanik. Ima kena cari bahagian sana sebab ada kawan kat sana.Tapi kawan tu bukan asal orang sana.  Kalau korang ada info tentang rumah sewa bajet rm500 kebawah bgtau ima ye.

Tapi persoalan sekarang, mampu ke ima mulakan hidup baru kat tempat orang? Jauh dari keluarga yang lain.Tanpa kereta, tanpa motosikal, tanpa tilam empuk, tanpa mesin basuh, Tanpa segalanya yang ima ada sekarang. Tak mampu nak bawa semua tu naik flight.hihi.. Dari sarawak ima terbang ke KL demi menambah pengalaman hidup.Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan.
Tapi demi nak mencuba nasib mencari rezeki di tempat orang dan teringin nak berdikari tanpa keluarga. Nak try hanya kami bertiga. ima, husben dan hero cilik kami. Ima dan duami buat keputusan ni.

Apa pendapat kawan-kawan ? Doakan kami ye.semoga kami tabah untuk hadapi apa jua ujian untuk mulakan hidup baru ditempat baru. ^_^

02 June 2013

Blogger dan media peruntuh hubungan keluarga artis

Assalamualaikum.. ^_^

Perasan tak sejak kebelakangan ni ramai blogger dan media yang tempah dosa free. Makin menjadi-jadi tau. Aku bukan lah nak sebelahkan mana-mana artis ni. Kalau dah salah tu tetap salah.Tapi kita sebagai media dan blogger ni jangan lah suka membuka aib dan melaga-lagakan mahupun memanjang-manjangkan masalah mereka terutama melibatkan kekeluargaan. Itupun hanya semata-mata nak tarik trafik.Dulu aku pun terikut-ikut jugak  buat entri pasal shila amzah dengan bekas boyfriend dia tu. Rasa taknak biar blog terbiar tak berupdate.Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, macam takde makna pun.betul la banyak trafik masuk.Tapi rasa bersalah pulak. Daripada aku dapat dosa free, lebih baik aku biar blog aku ni tak berupdate. Bukan rugi sangat pun. Berblog sekadar mengisi masa lapang.Kalau tak lapang x perlu kot aku update lagi-lagi takde idea.

Memang betul.itulah risiko yang mereka kena terima sebagai artis.Tapi kita tak perlu lah lebih-lebih sangat sampai memecahbelahkan keluarga mereka. Sebenarnya mereka pun manusia biasa.cuma pekerjaan mereka yang luar biasa dari kita. Kadang-kadang media yang terlebih info buatkan dua-dua belah pihak yang berbalah semakin rancak menyalahkan antara satu sama lain.

Satu lagi yang aku tak berapa berkenan bila ada blogger yang suka membuka aib artis ni. dah tau tau artis tu dah kahwin, di upload pulak gambar lama dengan bekas boyfriend sebelum artis tu kawen.Bukan ke boleh menimbulkan masalah tu. AKu tak salahkan 100% media mahupun blogger. Mungkin boleh dijadikan pengajaran oleh artis lain mahupun orang biasa seperti kita.

P/s: Marilah kita sama-sama jadikan yang baik sebagai tauladan.Yang tak baik jadikan pengajaran.

[Erm, ima tengah cari rumah sewa bawah rm500 di area sentosa,bkt tinggi,bayu perdana,chi liung atau bandar botanik. sesiapa yang ada info atau ada menyewakan ruah di area tu sms ima ye 019 4876298 atau emailkan ke putri_malu89@hotmail.com.Tulis tajuk "sewa rumah". TQ ^_^ ]

01 June 2013

Ulangtahun Perkahwianan ke empat tahun

Assalamualaikum ^_^

Alhamdulillah. Sedar tak sedar, dah empat tahun ima mendirikan rumahtangga dan bergelar seorang isteri. Masih banyak lagi yang ima kena pelajari. Haa'ah. ada yang tanya ima kawen muda ke. ima kawen tahun 2009 (01/06/2009) masa tu umur ima 20 tahun. 4 tahun berkahwin ima baru dapat seorang hero.30 jun tahun ni, Umur 3 tahun lah. Hihi.. Tak terfikir lagi nak tambah. Nak berikan perhatian dulu pada hero yang satu ni. Lagipun penat pragnent dan menjaga yang satu ni pun belum habis lagi .

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Panjangkan lah Jodoh Ayah dan Ami dhani hingga hujung nyawa.. Aamiinn..
Sila abaikan mata kami berdua sebab masa bersanding ni kami baru je baik dari sakit mata.Belum pulih sepenuhnya.hihi
Rakan-rakan Blogger doakan kebahagiaan kami sekeluarga dan panjangkan jodoh kami ye. Masih banyak lagi yang kami belum belajar. masih belajar lagi. ^_^