Sponser By

Followers

Iklan

31 May 2013

Pengalaman Berpantang dan menjaga baby

Assalamualaikum..^_^

Kita sambung lagi ye.Entri yang lepas aku kongsi pengalaman mengandung dan pengalaman melahirkan.Kali ni pengalaman berpantang dan menjaga baby pulak. Masa aku berpantang masa tu musim bola.asyik dengar lagu stamina-mina eey..wakawaka eey.. ala..lagu shakira tu. hihihi..

Aku berpantang kat rumah mumy aku. Aku dijaga bak puteri. semua mumy yang masak. makan mumy yang seidakan..Tinggal nak suap je lagi Masa tu kuning baby tak berapa tinggi. Alhamdulillah.Baby pun senang nak diurus.Tak nangis-nangis.Pokoknya memang senang la.Just aku ada masalah dengan jahitan aku je. Memang sakit.Lagi-lagi bila nak buang air besar.sangat-sangat sakit sebab misi praktikal tu gunting sampai tempat buang air besar tu.HuHu.. Jalan pun serupa pengguin. Pingu pingu~~.. sampailah aku habis berpantang, aku masih jalan macam pengguin.Buang air besar pun aku nak nangis.sebab sakit. Mumy suruh aku pergi klinik tapi aku malu la nak bagi misi tengok lagi.hishhh. Geram. Nak taknak kena pergi jugak sebab dah lama.jahitan masih tak kering.Then misi ka klinik tu cakap, jahitan tak kemas. dia bagi ubat krim suruh sapu kat jahitan tu.


Lama jugak la nak sembuh.sampai sekarang pun aku masih rasa sakit kalau buang air besar.Maka lama lah aku berada di tandas kalau aku membuang.hihi.. Dalam menjaga baby pulak aku takde masalah.sebab memang senang nak urus.Sebab aku dah biasa jaga anak aunty aku.hihi.. Aku cadang nak bagi baby BF sampai umur 6 bulan.Dan aku berjaya BF baby aku sampai umur dia sekarang ni dekat 3 tahun, Bukan main susah nak hentikan.Geram pun ada.hihi.. Aku terlalu ikut cakap misi. mumy aku sebenarnya awal-awal lagi dah bagi makan anak-anak dia.Tapi aku taknak sebab misi pesan jangan bagi makan atau susu formula sehingga 6 bulan. Ternyata lepas umur 6 bulan anak aku x nak minum susu formula. Aku ok lagi sebab berat dia naik.


Lepas 1 tahun, bekas boss aku call aku dan tawarkan kerja sebagai kerani kat syarikat dia. Aku pun fikir-fikir anak dah 1 tahun.Ok kot kalau aku kerja.Mumy pulak setuju nak jaga si baby ni.Aku pun terima tawaran. Tapi malang. Baby asyik demam je.Aku kerja pun tak tenang.asyik cuti je.rasa segan sebab selalu ambik cuti sebab x ckup tido.baby demam dekat 2 kali sebulan. Tak lama aku kerja. 3 bulan je kot terpaksa berhenti demi anak .

Kali ke 3 aku berhenti kerja dengan bos yang sama demi anak aku. masa bulan pertama menagandung, masa mengandung dan masa anak dah 1 tahun lebih.Mana nak dapat bos sebaik bos aku tu?? Tapi tak sanggup dah. berat dia pun dah tak naik2 dah lah susu pun memilih. Anak aku nak susu perisa coklat je. Vitamin pun dah pelbagai aku bagi.jangankan supplement. Sampai Umur nak 3 tahun berat masih 10kg. Risau sangat-sangat. Aku tak tau apa punca tak naik berat badan. Padahal dia masih BF kat aku. Aku masih tertekan sebab anak aku tak nak makan. Aku dah try dari susu murah hingga susu mahal.Tapi tak la aku sampai beli susu yang mahal gilerrr giler. Tak mampu la.

Lepas tu sampai umur 2 tahun lebih, tak serik-serik lagi aku ni.Aku cari satu kedai kecil untuk buka bisness.Aku jual tudung, pakaian, aksesori dan lain-lain. Aku try hantar anak aku kat taska yang menerima kanak-kanak seawal 3 bulan. Baru sehari aku tinggal kat taska tu, aku sendiri yang menangis sebab tak berapa nak harap orang lain jaga anak aku tu. Hahaha.. Memang tak boleh la aku rasanya. HAri-hari aku bawa anak kau pegi kedai sampai satu tahap tengok kedai tu pun dia dah bosan.Asyik nanngis je. Akhirnya aku redha.Aku ditakdirkan duk rumah je jaga anak. Sambil-sambil tu aku buat income dari rumah je. Niaga online katanya. Yang penting ada laptop, ada wifi.senang kerja aku. Sape kata aku tak kerja? aku kerja dari rumah okey..hahaha

Dugaan kot jaga anak. mula-mula masa baby kemain senang nak jaga. Dah memebesar, aku yang menangis jaga. Haha.. Tapi apapun, itulah segala pengorbanan dan cabaran yang pernah mumy aku rasa dulu.Dah tau dah rasanya macam mana perasaan menjadi seorang ibu. Saat anak aku asyik demam je tu saat paling mencabar sebab bia demam, dia memang taknak kat orang lain termasuk kat ayahnya. Dia nak kat aku je.then satu lagi, kalau demam anak aku nak tido dalam kereta yang bergerak. so x pasal-pasal lah ayahnye pandu kereta tengah2 malam sampai tengah pagi sampai si baby tido.


Rasanya belum berakhir kot cabaran menjaga anak. Dan kami tak merancang lagi nak tambah sebab nak beri sepenuh perhatian pada Muhamad Irfan Dhani Akim ni. Kalau orang tanya bila nak tambah aku dah tak tergugat dah. aku suh orang yang tanya tu je beranak kalau nak. aku lain kali je.hahaha..

Bantuan diperlukan

Assalamualaikum.. ^_^

Bismillahirahmanirahim.
Ima sebenarnya nak tanya , minta tolong dan nak minta cadangan dengan korang semua yang berada kat KL (kalau boleh area selangor dan kawasan berdekatan.)

Untuk pengetahuan korang, ima adalah orang sarawak. dan menetap di Lawas sarawak. Sebenarnya dah lama dah ima dan suami fikirkan.Kami cadang nak berhijrah ke KL. Nak cuba nasib kot2 ada rezeki lebih kat sana. Kat sini sijil dan kemahiran  tak berapa dipandang dan ada orang kata kat KL sijil dan kemahiran tu sangat laku. Betul ke?
Sijil yang kami ada bukan la sijil tinggi sangat. Ima just ada sijil kemahiran dalam bidang juruteknik sistem komputer tahap 2. Suami pulak sijil kemahiran juruteknik elektrik. SKM (sijil kemahiran malaysia) dari Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu

Masalah sekarang, kami tak punyai kenalan rapat dan tidak pernah kesana. Ima nak minta bantuan kalau ada sesiapa boleh bantu kami. Nak rekomen kerja ke. Nak suggestkan rumah sewa ke. (ada ke rumah sewa bawah rm400?) Berharap sangat kalau ada kawan-kawan blogger sudi bantu kami. Andai kami tak mampu balas budi, kami doakan agar yang DIATAS membalas segala kebaikan korang.

Kalau lah kami berdua je, mungkin kami beranikan diri je.Tapi kami ada seorang hero masih kecil ni. Kesian pulak kalau kami terpaksa merempat bila 1st time datang sana.

Kalau ada yang sudi bantu dengan ikhlas, minta tolong emailkan ke putri_malu89@hotmail.com.
Kalau ada sesiapa boleh tolong rekomen kerja kat husben pun ok.mula2 tak kisah kerja apa asal berpatutan bagi kami yang baru nak berhijrah.nanti boleh kami cari kerja lain sambil2 tu.  Dan kalau boleh tolong suggestkan rumah sewa yang rm400 ke bawah.

Nak share sikit pengalaman bekerja suami. Kat sini suami ima ada kerja  siang dan malam. siang hari kontrak wirering (bahagian elektrical) malam pulak kerja hotel. Kadang-kadang suami bekerja sebagai polis sukarelawan bila dipanggil..

Terima Kasih sudi luangkan masa :)

30 May 2013

Pengalaman melahirkan anak kembar Pulak

Assalamualaikum..^_^

Hihi.kita sambung cerita hari tu.ala cerita yang ni. ---> [pengalaman merancang dan pragnent]

Dekat-dekat nak melahirkan tu aku kena tahan 2 hari kat hospital sebab doktor kata anak aku songsang.Sikit lagi nak kena potong.nasib tak jadi. So masa diorang scan, doktor dan nurse kata tak berapa  jelas.Dan mereka sahkan dalam perut aku ada 2 orang baby.bukan main happy aku dengar.Ya Allah.penuh pengharapan aku masa tu.Tak puas dengan kenyataan tu, aku pergi ke klinik swasta untuk scan.Sebenarnya aku just nak tau betul ke ada 2 baby dalam perut.Tapi hampa sebab doktor tu kata tak nampak dengan jelas.So aku pun tanya.Kalau nak scan jantina boleh tak. Sacan punya scan, doktor tu cakap, pelik lah sebab tak jelas laki ke pempuan. Aku pun tak mengharap sangat lah.So aku kata takpe lah. biar jadi suprise nanti. Balik rumah aku masih tak puas ati. katanye nak suprise.haha..

Aku pun minta tolong mak carikan bidan yang pandai urut untuk tengok baby aku ni kembar ke tak. Tapi aku tak cerita pasal aku scan tu.aku just cakap dah dekat hari nak melahirkan dan nak minta tolong urut sikit-sikit. Then urut punya urut.dia betulkan saraf apa ntah. Dia cakap, macam 2 orang je dalam perut ni.Sebab ada 2 bahagian keras bila di urut.mungkin kepala baby kot. Memang serius ku rasa happy masa tu.So aku pun penuh pengharapan dapat baby kembar.Takut pun ada.So apa pun , kena tunggu dan lihat je lah.

Malam tu aku tido kat rumah aunty aku. Aku tak rasa sakit tapi ada terasa air mengalir.Aku pun kata, aku terkencing ke apa ni? Tapi tiba-tiba je aku rasa sejuk dan menggigil. Aku tengok ada air meleleh tapi aku yakin aku bukan terkencing.Dengan tenang aku kejutkan aunty aku bagitau.Then dia cakap, sakit tak? aku kata tak tapi aku menggigil kesejukan. Macam org nak terkencing tu. Dia cakap, kalau tak sakit jangan ke hospital dulu.nanti kena tahan kat hospital lama-lamo ko jugak yang tak tahan.Tapi aku berkeras nak ke hospital jugak sebab aku takut terberanak di rumah.Hahaha.. Habis kejutkan semua ornag kat rumah, then call husben yang kerja. zuppp sampai hospital, aku kena interview oleh misi.

Umur berapa? Ni lahirkan ank ke berapa? Ntah apa lagi aku pun lupa.Lepas tu disuruhnya aku tukar baju pink tu.baju pesakit.haha.Then misi tu check bukaan masih sangat kecil.air ketuban pun tak pecah lagi.Habis yang mengalir tu apa.Ntah la. haha..ikut je seperti yang disuruh.Serius aku berdebar. Aku duduk kat katil dan family dan husben disuruh balik. aku tengah berdebar dan mula rasa sakit ni misi tu suruh aku tidur simpan tenaga. Adoi..mana nak tidur masa saat-saat macam ni.

Aku ada bagitau nurse tu, aku rasa sakit. asal aku bagitau sakit je dia suruh aku masuk 1 bilik tu dan suruh aku kangkang sebab nak check bukaan. malu dan sakit ok. Then aunty aku ada sms aku. Dia kata "jangan selalu sangat bagitau misi sakit.kalau selalu bagitau selalu lah dia check dan masukkan benda alah tu." Kalau betul2 sakit tak tahan baru bagitau. Aku pun owh..macam tu.aku pun tahan la.memang tak boleh lelap lah. Tapi aku tahan je taknak kena check berulang-ulang. sampai lah pagi jam 6 masih jugak belum cukup bukaan tu.Tiba masa melawat, family, mak, husben dan yang lain2 sampai.lega rasanya.Masa tu aku rasa dah sakit sangat-sangat. sambil sakit-sakit tu aku boleh tertidur duduk.Kejap nangis.kejap tertidur. Sambil-sambil tu berdoa semoga selamat. bila ada husben dan family mula lah cengeng dan nangis sebab sakit sangat.


Lepas tu aku memang dah tak tahan sangat dengan kesakitan tu.Aku suruh husben  bagitau misi yang aku memang dah tak tahan dah.Tapi misi tu slumber je kata belum tiba masanya. bagitau lagi, dia cakap belum tiba masanya. Macam nak marah je aku masa tu.Macam la dia tau dah tiba masa ke belum.aku yang sakit okey.bukan ko. LAst-last tu memng aku dah tak tahan lagi dan misi suruh aku ke bilik bersalin.Tapi aku memang dah tak boleh jalan lagi.Rasa sakit yang amat.atau aku memang cengeng.haha. Sebab aku tak boleh nak jalan terpaksa lah aku naik di kerusi roda untuk ke bilik bersalin. Rasa malu pun dah takde dah.

Sampai dalam bilik tu, memang aku cemas sangat-sangat.Nurse tu suruh kangkang dan teran. Then aku dengar kat luar tu semua suara family aku dan family husben dah ada. Diorang siap gelak ketawa lagi dan sempat jugak misi tu cakap. "Buat kenduri ke apa diorang ni" huh.nasib aku tengah sakit,kalau tak, memang aku tampo je misi yang tak jaga hati orang ni. ekeke.. sorry.. misi suruh teran dan aku mula-mula tak pandai dan aku sampai cakap, potong je. sebab aku dah tak tahan dan takut sangat-sangat.Diorng cakap, potong lagi sakit.Tak lama kemudian, aku cuba jugak teran.teran punya teran.rasa sesuatu yang panas terkeluar dari ehem ehem. then aku dengar bunyi sesuatu di gunting. krekkkk.. owh rupanya aku digunting. then lahirlah seorang baby  yang comel seberat 2.7kg. misi tunjukkan baby tu.tanya aku.boy ke girl.aku jawab boy. hah? sorang je aku cakap.ha'ah sorang je misi tu cakap.Hampa.. tapi sekelip mata lupa pasal kembar tu bila tengok baby boy aku tu.Rasa nak nangis pun ada. Sempat misi tu cakap.aik? baby belum keluar, nangis.dah kelaur pun nangis.dah jadi mak mana boleh nangis. Weh. aku nangis sebab happy la.

Lepas tu baby dibawa untuk dibersihkan.Tapi aku belum selesai lagi sebab nak kena jahit kesan guntingan tadi.Mula-mula tak rasa sakit sebab kena bius.Tapi lama-lama dah terasa sakit sebab bius dah habis.Aku cakap kat misi tu.boleh bagi bius lagi tak.dia cakap x boleh. huh..serius sakit.akhirnya selesai jugak. last-last baru aku tau misi tu misi praktikal.patut la dia gunting walaupun aku teran tak lama sangat.Nak jadikan aku bahan praktikal rupanya. Tak adillllllll.. sakit tauuuu. Hampir 2 bulan jugak jahitan aku tak kering sebab jahitan tak kemas. Jalan pun macam penguin. Hampehhh..



Gambar hari pertama baby irfan melihat dunia.
Ni rupanya budak yang selalu tendang-tendang kat perut  aku.

P/s: nanti kita sambung lagi ek.. ^_^

28 May 2013

Pengalaman merancang dan mengandung

Assalamualaikum.. ^_^

Weee.. tak lama lagi (1 Jun 2013) adalah ulangtahun pernikahan aku dan husben yang ke 4 tahun. Wah sedar tak sedar, dah 4 tahun aku bergelar seorang isteri. Tapi macam belum banyak sangat lah yang aku harungi sebagai seorang isteri. Awal lagi.hihi..Masih belajar merangkak2 lagi. Belum berapa teguh nak berdiri kiranya. Bila kenang-kenangkan kenangan zaman remaja, rindu pulak. Tapi sekarang keadaan dah berubah.Masa tak banyak lagi macam dulu-dulu.masing-masing bekerja mencari rezeki. Hihi.. Tapi bukan tu yang aku nak kongsikan sebenarnya..

Tapiii, tentang (30 Jun 2013) ni genaplah 3 tahun umur hero aku Muhamad Irfan Dhani Akim. Wah dah besar anak aku ni rupanya. Siapa sangka di umur aku 23 tahun ni dah ada anak berumur 3 tahun.Kejap je rasa.Rasa macam anak ni macam kawan lah pulak. Sejak c hero aku ni lahir memang bermacam dugaan aku hadapi.Memang terbaek lah. Menguji minda dan kesabaran.Haha.. sebenarnya bukan sejak lahir.Tapi sejak kat dalam perut lagi. Haaaa. sape suruh beranak.kahkah.. takde la.best ape..

Sebenarnya aku dan husben rancang nak dapat baby lepas setahun berkahwin.konon nak enjoy dan honeymoon la dulu puas2. Tapi sejak berkahwin tu ade je yang tanya.Bila nak buat baby.bila nak ada baby? Dah ada ke. Hahaha.. Macam best je bila orang tanya. Kami pun terfikir. Nak ke taknak ni.Last2, ubah fikiran dan ubah rancangan. Nak baby lah jugak. wakaka.. Then lepas 4 bulan berkahwin, x puas lagi pun sebenarnya enjoy.. tunggu punya tunggu, jeng3x.nape tak piriod ni. Adakah??? aku pun pegi check terus gi klinik. Apa aku dapat?? aku pragnent...  Hah?? Happy pun ada. Takut pun ada. nak nangis pun ada. uwaaaaaaaaaaaaa.. aku pragnent.Tapi masih awal la.perut tak nampak lagi. Husben pun tak terkata apa. Rasa happy bercampur baur. Boleh ke kami ni?

Disini bermulanya dugaan yang aku hadapi. 3 bulan pertama aku morning sickness. Bagi aku, ni bukan morning sickness, pagi petang siang malam kot. adoiii..nak ingat balik pun macam x rela. Asyik muntah je. makan muntah, makan muntah.minum 1 gelas, 1 gelas gak muntah. makan roti secubit, secubit gak keluar.Memang macam tak sanggup je rasa masa tu sampai terpaksa berenti kerja. Tu belum lagi kira tercium bau masakan.macam cium bau apa je.Rasa nak marah je bila orang rumah masak.Asyik baring je sebab badan terlalu lemah dan kepala sangat2 sakit tak tertahan. Bayangkan 3 bulan macam tu.

Lepas berlalu hari-hari penuh dugaan tu, ok la sikit. yang tak terurus pun dah boleh urus dah.Sebelum tu, nak mandi pun rasa malas sangat2.jangankan berhias. memang takde lah nak hias2 bagai.Punya teruk perempuan keluar rumah tak berhias.Sedar akan ketidakrapian diri ini, aku hanya keluar rumah masa nak gi klinik.bulan yang ke 7 aku dah rasa ok.Nak berhias sikit2 tu boleh la jugak.Kena memang aku jenis yang tak tahan duduk rumah, aku pun cari kerja. Minta dengan bos yang sama.Tapi dia bagi aku kerja sebagai juruwang kat restaurant. Haaa, ngade je kan aku.Tengah sarat pun nak gi kerja. Husben pun takleh kata apa.sebab bila aku duduk rumah memang aku akan marah-marah.serius.aku tak tahan duduk rumah.Nak gila je rasa. Tapi tak lama. sebulan je aku tahan. sebab nak kena duduk je. dah nama kerja takkan nak baring. wakaka..padan muka aku tak dengar cakap. Nak ke taknak ke, terpaksa lah aku duduk rumah je

Sepanjang pragnent tu aku memang ada masalah kurang darah. Misi suruh makan hati ayam lah.makan bayam lah.Ubat pun berbakul-bakul dia bagi.Memang tak bleh tahan la nak makan ubat yang banyak tu. Tak cukup dengan susu. yg euwww.. tak sedap.Kadang-kadang aku terlupa dan buat-buat lupa makan ubat tu.aku rasa macam sengsara pulak kena makan ubat tiap ari. ueekk..

Waktu malam pulak,kaki aku selalu je kejang. Memang besttt wooo i bagitau uuu..haha..Memang sedap rasanya. Kena pulak husben kerja malam.Memang nangis la aku sorang-sorang.1 je cara aku nak hilangkan kejang tu.aku letak dan tekap kaki kat dinding sampai hilang rasa tu. Begitulah hari-hari aku lalui tiap malam.

aih.. panjangnye.nanti korang tak baca pulak.penat je aku share pengalaman aku. Nantikan sambungan pengalaman aku melahirkan.

27 May 2013

Ketika Kita Mengeluh

Assalamualaikum.. ^_^

Ketika kita mengeluh : “ Ah, tak mungkin kot… ”.
اَللّهُ menjawab : “ Jika AKU menghendaki, cukup Ku berkata “Jadi”, maka jadilah ” (QS 36 : 82).

Ketika kita mengeluh : “ee, aku penat sangat … ”.
اَللّهُ menjawab : “ … dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirahat ” (QS 78 : 9). …

Ketika kita mengeluh :… “ Beratnya dugaan ni, x sanggup aku … ”.
اَللّه menjawab : “ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan ” (QS 2 : 286).

Ketika kita mengeluh : “ serabutnyaa … ”.
اَللّهُ menjawab : “ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang ” (QS 13 : 28).

Ketika kita mengeluh : “ pe aku buat ni semua sia-sia … ”.
اَللّهُ menjawab : ” Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji dzarah sekalipun, niscaya ia akan melihat balasannya ” (QS 99 : 7).

Ketika kita mengeluh : “ takde sorang pun nak tolong aku … ”.
اَللّهُ menjawab: “ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, niscaya Aku kabulkan untukmu ” (QS 40 : 60).

Ketika kita mengeluh : “ aku sedihh sangat… ”.
اَللّهُ menjawab : “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).

Segala masalah kita, persoalan kita, sudah terjawab oleh ALLAH, semoga Allah kuatkan hati kita.

22 May 2013

Petua Pudarkan Jeragat

Assalamualaikum.. ^_^

Ima nak kongsi sedikit petua kecantikan ni. Selalu kita dengar petua kecutkan jerawat dan hilangkan jeragat kan. Banyak petua kita dengar.Tapi kali ni ima nak kongsi petua cara nak pudarkan jeragat. Ima pun tak cuba lagi ni. Baru je tau tadi dengar kat radio pagi tadi.Kot-kot menjadi. Yang penting kita cuba, Yang DIATAS jua yang mengizinkannya.

Petuanya mudah je. ada 2 bahan.Boleh la pilih salah satu.

1. Kulit Pisang Berangan- gosokkan kulit pisang berangan ke wajah dan biarkan beberapa minit dan cuci.

2. Daun sirih- Sejukkan daun sirih selama 5 minit dalam peti sejuk dan hancurkan sambil gosok-gosokkan ke wajah dan bersihkan.


Mudah kan..Nanti sesiapa dah try boleh lah share kesannya.hihi..Selamat mencuba.

14 May 2013

Fara Fauzana

Assalamualaikum.. agak sibuk sejak kebelakangan ni. Tak menyempat dah nak update.Hari ni baru lah sempat nak update. Sibuk macam mak datin je.Haha.padahal surirumah je. Amboi amboi amboi. ingat surirumah takde kerja? goyang kaki je? Surirumah lagi banyak kerja tau dari korang yang bekerja makan gaji tu. Cewah..sedap jari menaip..hihi.. takde la.Sebenarnya walaupun surirumah, ima ni aktif dalam berniaga sendiri.(salesgirl) haha..Ye lah. nak tambah-tambah duit poket sambil lakukan hobi dan minat iaitu berniaga.

Ingat lagi tak ima pernah cakap sambil jual produk kecantikan dan kesihatan ( Ima Collection ), ima aktif dalam memperkenalkan dan masih mencari sesiapa yang berminat nak sale barangan fesyen dari sophie paris. I cakap sama u. Memang best.. sambil berfesyen, sambil tambah income. Sekali lagi nak bagitau. Produk sophie terdiri daripada handbag, wallet, aksesori, barang make up, kasut, wedges, pakaian dan banyak lagi. Percaya tak, barangan sophie semuanya branded dan mampu milik. FAFAU (Fara Fauzana) pun pakai baragan sophie tau.





Korang tak teringin ke nak jual barangan ni?  Bermula 16 mei ni ada program sophie tau. Jemput la semua datang ye.Boleh lihat jadual dan lokasi program ni  kat (SINI).
Kalau korang berminat nak sertai ima, just emailkan ke ima_collection@hotmail.com atau inbox je kat FB ima

10 May 2013

Don't Judge the News By the Title

Assalamualaikum.. Hihi..



Tajuk agak lain bahasa dari entri-entri yang sebelumnya. Pagi ni warga facebook gempar bila ada pihak yang kongsikan gambar satu keratan akhbar yang bertajuk "KEGILAAN MEMUAT NAIK GAMBAR MAKANAN DI LAMAN SOSIAL PETANDA ORANG SAKIT MENTAL" . Ramai jugak yang marah-marah dan tidak bersetuju dengan akhbar ni terutama kaum perempuan. Hihi.. Dan dah terbukti, individu yang selalu muat naik gambar makanan ialah kaum hawa. ekeke..




Banyak lagi komen nagatif sebenarnya. Ni hanya 1%. Haha. Rilex la korang. Aku yakin. Orang-orang yang komen negatif ni sebenarnya hanya baca tajuk dan tak baca isi nya. Walaupun aku agak rabun nak baca keratan tu, tapi aku gagahkan juga sebab tajuk tu agak panas. Hihi.. Sebenarnya penulis tu tak kata semua yang suka muat naik gambar makanan tu sakit mental. Dia cuma katakan, menurut kajian , kecenderungan individu yang suka memuat naik gambar makanan selalu dikaitkan dengan sakit mental. Menurut pakar apa ntah di hospital kolej wanita universiti ntah (aku x berapa nampak tulisan tu.agak kabur dan kecil.almaklum rabun.haha.Korang klik la gambar tu kot-kot boleh baca.) Mereka2 tersebut kerap memuat naik gambar makanan sebelum dimakan dan menjadikan gambar tersebut sebagai teman sosial dan tidak suka bersosial secara normal. Haaaa.. faham tak serba sedikit? Korang baca la isinya sedikit.Jangan baca tajuk je. Kang orang kata orang MALYSIA ni itu ini korang jugak yang marah. So sesuai tak tajuk aku tu untuk entri ni? Kahkah.. :p

09 May 2013

Program Koko Untuk Rakyat

Assalamualikum..^_^

Sebenarnya kan..ima cadang nak usahakan tanaman koko. Macam berminat pulak. sebenarnya dari tahun lepas dah fikir-fikir nak tanam pokok koko.Fikir punya fikir akhirnya keputusan diambil nak tanam koko.Hihi.. Kebetulan LKM (Lembaga Koko Malaysia) memang mengadakan program koko untuk rakyat.

"Dalam usaha menyokong perkembangan industri hiliran, Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah memperkenalkan program “Koko untuk Rakyat” sebagai salah satu pendekatan tambahan kepada program-program utama yang sedia ada bagi tujuan peluasan kawasan. Sepanjang tahun 2011 (Januari- Jun), Program Koko Untuk Rakyat telah diperluaskan di negeri Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sejumlah 11 982 pokok koko telah diagihkan kepada 402 orang. Pengagihan Koko Untuk Rakyat telah diagihkan atas permintaan dan juga semasa majlis atau pameran diadakan di beberapa negeri di Malaysia."


Program ini diadakan adalah bertujuan untuk :

  • Meningkatkan pengeluaran biji koko
  • Sumber pendapatan sampingan keluarga
  • Meningkatkan kesedaran tentang tanaman koko
  • Memaksimumkan penggunaan tanah dan sebagai tanaman landskap bagi menyahut seruan global terhadap kehijauan bumi (greening the earth).

Korang tau tak apa yang akan pihak LKM berikan untuk menjayakan program ni? Ini antara yang mereka berikan:
  • Perkhidmatan membersihkan kawasan tanah
  • Memberikan anak pokok koko.
  • Memberikan pokok pelindung
  • Memberikan baja dan racun serangga
  • Memberikan taklimat dan kursus
  • Memberikan Follow up dan sbgnya..

Dengan ini, demi menyahut seruan global terhadap kehijauan bumi, saya akan turut serta dalam program koko ini..Hihi..Ima dah isi borang permohonan dan dah call dah sebenarnya pihak pengurusan program ni.Ima minta pihak diorang datang ke tempat ima untuk membuat road show. Kata mereka, insyallah kalau takde halangan mereka akan buat roadshow lepas PRU.. Weeeee.. Tak sabar...

P/s: Doakan ima ye.Kot-kot boleh jadi usahawan koko yang termuda dan berjaya. (muda kah diriku?? haha) 

08 May 2013

Hilang Lapar Ku

Assalamualaikum.^_^

Pernah tak korang sibuk sampai x sempat makan.Then rasa lapar sangat dan pegi kedai makan. Dah sampai kedai makan, order kemain lama sampai.yang ada, air je. Ini yang berlaku bila aku dan husben pegi kedai makan kelmarin.Sebab dah rasa lapar sangat.Nak masak memang x sanggup tunggu dah.Konon nak cepat lah.Sampai kat kedai makan, pesan order. Dan pesan awal-awal dengan tukang ambik order tu."Jangan letak udang" sebab kami elergik. Tunggu-punya tunggu, dekat nak berjam-jam jugak tunggu.Perut pun dah macam merajuk dah. Akhirnya sampai jugak makanan yang dipesan.Baru 2 kali suap, rasa macam gatal je tekak.Kuis punya kuis, rupanya letak udang. Adoi.. Macam nak marah je rasa. Dah la lapar.Order lambat sampai pulak tu.Then di letaknya pantang kita. Adoii..
Nak tak nak, terpaksa panggil budak ambik order tadi suruh tapau je sebab si husben pun macam nak marah dah.

Aku pun kata la kat budak ambik order tadi. dik, tolong tapau je ye.Kenapa letak udang.Tadi kan dah cakap jangan letak udang.Aku saja menduga kot-kot dia tak faham dengan pesanan aku tadi. So dia jawab.Ye tau. Hahhh?? aku dah tak terkata. Bukan nak minta maaf, muka slumber, dia jawab ye je dan buat muka tak puas ati sebab aku tegur. Dari jauh aku nampak dia seolah2 kata aku ni mengada dengan buat liuk badan dia.Adoi..ini bukan kes mengade ok.memag x leh la makan benda alah tu. Kalau dia cakap terlupa atau x faham tadi ok lagi.Ni tak.Slumber je muka tak bersalah. Ikutkan hasutan iblis, memang aku hempuk budak tu depan2 orang ramai.Nasib masih ada iman di dada.

Lapar pun hilang terus.. Betul-betul aku rasa macam nak hempuk je budak tu tau.sabar je lah aku. Last-last, balik rumah je dan masak sendiri.Kenyang minum air je lah penahan lapar sekejap..

07 May 2013

Blogbuster Campaigns By Nuffnang

Assalamualaikum..^_^

Pada sesiapa yang masih setia dengan nuffnang mesti perasan sekarang ni nuffnang tambah sejenis lagi kempen iaitu kempen blogbuster. Sbenarnya kempen blogbuster ni ialah dimana pihak nuffnang minta kita submitkan video 10 saat.Video haruslah mengikut terma dan syarat yang telah pihak nuffnang tetapkan. sekiranya video yang kita submit terpilih, video tu akan muncul sebagai iklan kat blog kita.Sebagai ganjaran, Nuffnang akan beri kita 50 sen setiap video penuh kita yang dilihat oleh pengunjung.


Sebenarnya ima ada 3 kempen yang meminta ima untuk submit video.tapi yang satu dah tamat.Sekarang tinggal 2 je lagi. Salah satu tema yang nuffnang suruh ima submit ialah video bergwyiyomi.Haha.nak tergelak bila nak buat gwiyomi. Atas kesedaran ima yang diri ni tak comel, ima terpaksa batalkan niat nak bergwiyomi tu..Ada ke sesiapa yang sudi sedekahkan video gwiyomi untuk iklankan d blog ima? kalau ada, sila-sila lah hubungi ima.jasamu tetap ku kenang. Cewah..

Satu lagi tema ialah tentang Acer Hybrid Notebook. Yang ni ima boleh buat kot.nanti ada masa ima buatlah. Itupun kalau sempat..Hihi..

P/s: Dear Nuffnang, CPUV ima dah tamat semua ni.Bila nak bagi CPUV baru?? HiHi.. ^_^

05 May 2013

Pengalaman Pertama Mengundi

Assalamualaikum..^_^

Korang dah memangkah tadi? Ceaaa.. Aku awal pagi lagi dah bagun.Semnagat nak mengundi.Al maklum lah..Baru pertama kali. Excited gitu..HaHa.. Rasa macam nak raya pun ada tadi. Exited semacam. Nasib ada teman nak pergi. Berdua je dengan best fren aku. Si husben mengundi tempat lain. Sekali sampai sana, pandang sana, pandang sini. macam kami dua je muda-mudi. Haha..Mudi la sangat. Panjang jugak barisan tadi. Orang depan kami asyik pandang-pandang kami je. Ape? ingat kami belum cukup umur? Hello... Dengan temberangnya aku berkata dalam hati.. KahKahkkah..

Akhirnya tiba la giliran aku.check tangan kiri, cat kuku dan ambil kertas undi.Masa abang SPR tu check tangan dan ic aku, 2 3 kali pandang dia tgk ic dan muka aku. Tersipu malu diriku. Typo.haha..Last, Pangkah mana yang patut dan keluar.Last-last tu baru nampak muda mudi yang lain.ingatkan kami berdua je muda mudi yang bertanggungjawab pada Negara tercinta ni.. HiHI.. Lepas keluar mngundi, terdengar pulak suara kecil yang agak menggelikan perut aku. Katanya, "Eh,ada gak mengundi dah 21 umur dia.ingatkan baru 18. " Excuse me bro. i'am not 18 or 21. I'am 23 hokey.. HaHaHa..  Aku tau la aku awet muda. time kasih je la.Haha.. padahal x cukup inci.. kehkeh..

Apapun, lega sebab dah jalankan tanggungjawab.Apa-apa keputusan nanti terima dengan hati yang terbuka. Kalau yang aku pangkah menang alhamdulillah.Kalau Tak menang, takpe la.anggap je memberi peluang kepada pemimpin lain untuk memimpin. I'ts ok for me. Masa aku update status kat fb bgtau dengan bangga aku dah mengundi, ada kawan aku yang tak sependapat tentang politik dngan aku tanya. Ko pangkah apa?  Aku jawab, aku tak pangkah.aku lukis orang lidi disetiap petak yang ada. HaHaHa.. Biarlah menjadi tanda tanya.

P/s: Aku ada jugak gatal-gatal nak tanggalkan dakwat tu guna eskinol dan sabun. tapi tak jugak hilang malah sedikit dakwat tu menjangkit sedikit pada tangan anak aku.Nak tanggalkan tak boleh jugak. Ah..biarlah.


03 May 2013

Cepatlah masa berlalu

Assalamualaikum..^_^

Arghhhh.. dah lama tak update. Kesibukan melanda. Apapun, terima kasih pada yang sudi singgah kesini.. Koranglah pembakar semangat. cewah.. Hari mengundi semakin dekat. Selamat mengundi pada yang mengundi. Macam tak sabar-sabar nak mengundi.cepat-cepat lah berlalu demam PRU ni.. semak wall fb dengan politik kotor.Bukan dari pemimpin.tapi dari penyokong-penyokong tegar. Kesian dan malu dengan rakyat Malaysia ni terutamanya melayu.Aku tengok, melayu lah paling banyak merepek dan saling menyumpah. Dari mana-mana prnyokong parti pun sama je.Tak boleh ke bila berbicara tentang politik, tak perlu menyumpah dan mengeluarkan kata-kata kesat. Aku malu tau.

Kawan non muslim aku cakap kat aku.Kenapa melayu suka gaduh-gaduh lepas tu cakap benda yang tak logik. Pastu ada pulak budak-budak yang masih top up, barang makeup pun mak bapak yang belikan tapi kemain lagi cakap pasal politik.kalau tak melampau ok lagi. Ni tak.Dari anak, ke bapa anak, mak anak, nenek, datuk sama je. Bila lah negara kita nak aman. katanya ingin perubahan.Tapi sikap masing-masing tak ubah-ubah. FULLSTOP!! Aku pun dah jadi sebahagian dari mereka-mereka ni dah. Huh...


Minta cepat-cepat demam PRU ni berlalu dan hentikan pertelingkahan sesama kita. Kita lalui hidup seperti sediakala, pagi-pagi minum milo dan  malam-malam minum kopi .hahaha.. merepek.

P/s: Jemput singgah Blogshop ima collection ^_^