Sponser By

Followers

Iklan

30 March 2013

Najib & Anwar minum semeja


ALHAMDULILLAH.. itu lah yang aku ucapkan tatkala ternampak gambar ni. Tak kira lah gambar ni edit ke betul. Serius tika terpandang gambar ni hati aku tiba-tiba rasa tenang semacam. Aku doakan semoga perkara ni betul-betul terjadi satu hari nanti. Sejak kebelakangan ni, kat mana-mana, media, laman sosial, blog semua cerita pasal politik.Semua saling kutuk mengutuk.Saling membuka aib, saling bertikam kata. Aku rasa lemas dan sakit hati lah sebenarnya tengok keadaan macam ni.Aku tengok semakin anyak manusia yang pandai berkata-kata. Berkata-kata seakan-akan dia saja yang betul Seperti sangat yakin dengan apa yang akan berlaku seterusnya. Aku betul-betul rimas dan rasa marah dengan manusia yang seakan-akan pandai berkata-kata tapi sebenarnya sekadar di atas keyboard atau sekadar ucapan. Semoga Malaysia sentiasa dilindungi dan manusia yang berada dimuka bumi Malaysia ni diberikan hidayah dan jalan yang diredhai.

29 March 2013

Etika Menolak Salam

Sharing & Caring Time!!

Imej yang baik meliputi tingkahlaku termasuklah etika menolak salam yang betul. Ianya penting supaya tidak memalukan pihak yang menghulurkan salam.

Sebagai persediaan awal sebelum pihak bukan muhrim menghulurkan salam, beri tanda isyarat lebih awal. Anda boleh meletakkan tangan di dada atau menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Ia adalah sebagai makluman yang anda tidak boleh berjabat tangan.

Kempen Sarapan MILO

Assalamualaikum..^_^

Pssstttt.MILO sedang menjalankan aktiviti memberi sarapan percuma tau. Jom lihat bila dan dimana event itu----> Event Location Map

Rakyat Malaysia terutamanya sering melupakan sarapan pagi.Tahu tak sarapan adalah sangat penting untuk kita memulakan aktiviti kita seharian.Sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi dan mengelakkan badan menjadi lesu. Kajian telah membuktikan bahawa individu yang mengambil sarapan pagi lebih cergas daripada individu yang tidak mengambil sarapan pagi. So apa salahnya kita mengambil sarapan sebelum memulakan aktiviti seharian kita kan. Menu MILO dan roti pun dah cukup diambil sebagai sarapan untuk mendapat tenaga tau.

Nak cuba resepi mudah untuk sarapan?? Boleh lah ke ruangan RESEPI ni.




28 March 2013

Awal Ashaari Meninggal Dunia ??

Astaghfirullahalazim.. Kenapa lah sampai sebarkan benda macam ni. Berdosa je dapatnya. Kalau tak suka pun janganlah perkara ni dibawa main-main. Apalah perasaan Awal dengan isterinya. Ima pun terkejut sebenarnya baca tentang ni.Biar betul??



”Saya terkedu!” Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal, Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita “kematiannya” yang tersebar menerusi laman sosial pagi ini.

Menurut Awal, penyebaran berita palsu itu diketahuinya melalui seorang wartawan.
“Isteri saya, Scha (Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya) menerima panggilan telefon daripada wartawan itu yang bertanyakan keadaan saya.

“Memandangkan saya dan Scha berada dirumah ketika itu, dia langsung memberikan telefon itu kepada saya, selepas diberitahu baru saya sedar mengenai berita palsu itu di Twitter,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Awal yang kesal dengan tindakan pemegang akaun Twitter itu bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan undang-undang keatas individu terbabit.
“Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya,” ujarnya.

Menurut awal berita palsu yang disiarkan di Twitter itu mengatakan dia yang juga merupakan pengacara rancangan hiburan Melodi meninggal akibat kemalangan jalan raya.
Ditanya sama ada dia mengenali penyebar fitnah itu, menurut Awal secara jujurnya dia percaya pemegang akaun Twitter tersebut mungkin tidak menyukainya.- Sumber utusan.com.my

Pasangan Lesbian Nekad Terjun Bangunan


LIMBANG: Hasrat pasangan lesbian untuk menamatkan ‘percintaan’ dengan terjun bersama tidak kesampaian apabila seorang maut dan pasangannya parah dalam kejadian di bangunan parkir Limbang Plaza di sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu, Erica, 16, yang maut akibat kecederaan serius di badan, tertiarap di dalam longkang selepas nekad terjun bersama pasangannya, Suzi, 20, dari tingkat tujuh bangunan parkir tersebut.
Suzi yang parah selepas ditemui terbaring di atas jalan di tepi bangunan itu, kini dirawat di Hospital Limbang.

Menurut sumber, pasangan tersebut dipercayai merancang untuk menamatkan ‘percintaan’ mereka dengan terjun dari bangunan itu sambil memakai pakaian sedondon biru.

“Malangnya, impian untuk mati bersama tidak kesampaian selepas seorang daripada mereka maut dan seorang lagi masih hidup tetapi mengalami kecederaan parah,” kata sumber itu.
Sementara itu, saksi yang ditemui Utusan Borneo semalam memberitahu, pasangan itu dilihat berada di tingkat tujuh bangunan terbabit sekitar jam 11.10 pagi.

“Sebelum kejadian, saya bersama dua rakan saya melepak di tingkat tujuh bangunan itu sementara menunggu rakan lain sekitar jam 11 pagi.
“Ketika menunggu rakan, pasangan itu muncul dan duduk bersama di tangga bangunan tersebut sambil merokok.

“Pasangan itu hanya berdiam diri dengan muka bermasalah.
“Kami tidak mengenali pasangan itu dan tidak mengesyaki apa-apa sebelum beredar dari bangunan terbabit,” kata saksi itu.
Saksi tersebut menambah, sejurus berada di aras bawah, mereka dikejutkan dengan jeritan orang ramai yang memberitahu terdapat pasangan terjun dari bangunan itu.
Seorang saksi lain pula memberitahu, pasangan tersebut ada dilihat berjalan bersama pagi semalam di pasar Limbang.

“Saya tidak menyangka pasangan yang saya lihat berjalan bersama di pasar awal pagi tadi (semalam) adalah pasangan yang terjun bangunan itu,” kata saksi tersebut.
Sementara itu, aksi pasangan tersebut yang terjun dari bangunan itu turut menggemparkan orang ramai yang berada di kedai-kedai berhampiran.

Kata mereka, Suzi yang terbaring di atas jalan kelihatan meraung kesakitan ketika operasi menyelamat dilakukan pihak polis dan hospital, manakala Erica kaku dalam longkang berhampiran.
Utusan Borneo difahamkan Erica meninggal dunia semasa mendapat rawatan kecemasan di Hospital Limbang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian itu.
Menurut Mohd Bukhori, siasatan awal polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut dan cubaan membunuh diri.

Justeru, beliau merayu kepada orang ramai yang menyaksikan kejadian agar tampil memberi maklumat dengan menghubungi Balai Polis Limbang menerusi talian 085-211717.



Sebenarnya banyak spekulasi tentang kes ni.Ada yang kata bukan bunuh diri. Terjatuh sebab main tolak-tolak.Ada yang kata yang sorang terjatuh, yang sorang cuba menyelamatkan.Tak tau perkara sebenarnya.Hanya YANG DIATAS tahu perkara sebenrnya selain mangsa yang mengalami sendiri. Kadang2 media ni pun bukan betul sangat buat laporan.Diorang pun menulis atas cerita orang awam juga. Apapun cerita sebenarnya, apapun kisahnya, apa yang kita pandang disini bukanlah nak membuka aib sesiapa.Tapi cuba ambil pengajaran dari kes tersebut. Hidup tu adalah satu anugerah.Hargailah selagi masih mampu hidup.Jangan risau lah.Kalau tak bunuh diri pun, satu hari pasti nyawa akan dicabut juga.  Teringat pula satu lagu ni " ketawa bersama, menangis pun bersama, ku bersumpah harap kita mati pun bersama" Helo helo..biarlah itu hanya sekadar lagu ye. Jangan nak diikut i jump u jump. Kalau betul mati sama2 ok lagi walaupun sebenarnya tak la ok mana pun. Tapi macam mana kalau sorang mati, sorang lagi cacat??? Ko jawab lah sendiri ye.

27 March 2013

Ice Cream Magnum Mengandungi Lemak Babi?

Assalamualaikum. ^_^
Alahai..Tengah-tengahari panas ni teringin pulak nak makan ice cream MAGNUM. Benda yang takde jual kat sini jugak yang tekak ni nak.Memang cari pasal lah.. Nyum Nyum.. Tengok gambar je lah.. Makin lah terliur. Grrrr..


Tapi kan.Tapi kan.. Tengah-tengah google gambar ais krim ni, aku terjumpa pulak blog yang mengatakan aiskrim ni mengandungi lemak babi. alamakkkk.. betul ke ni? dah jadi ragu-ragu ni.. Ada sesiapa tau kebenaran tak? Nak baca entri tu?? Sila Klik SINI..

Wordless Wednesday

p/s: 1st time buat Wordless Wednesday..hihi..^_^

26 March 2013

Pihak Hospital Berjaya Menyambung Kemaluan

KUALA TERENGGANU: Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, kemaluan mangsa berjaya disambung kelmarin namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.
Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita semalam.
Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.
“Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi kelmarin di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, suspek yang berusia 40 tahun bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluan sendiri.
Suspek yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di ibu negara di percayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.
Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan “semangat Imam Nawawi” daripada badan bapanya.
Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.
Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun lelaki itu berjaya melarikan diri. — Bernama

P/s: Alahai.. Ajaran man lah yang diikutnya ni. Dah terang-terang menyakitkan tu nak buat jugak? Ceh, aku rasa mamat ni gila lah.Mesti tok guru mamat ni pun double triple gila.hahaha...MInta dijauhkanlah berlaku pada kita dan keluarga kita. Huh..macam-macam..

Mayat tanpa kepala ditemui

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki tanpa kepala dijumpai di dalam Sungai Linggi berhampiran Kampung Kuala Sawah, Rantau, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mayat lelaki tanpa identiti itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 4 petang selepas terhidu bau busuk di kawasan itu. “Mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan reput. Kepalanya sudah tiada dan bahagian kaki serta tangannya tidak sempurna. “Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan. Ketika ditemui dia hanya memakai sehelai kain tanpa baju,” katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam. Menurutnya, mayat lelaki terbabit dipercayai beradadi dalam sungai lebih kurang 10 hari sebelum ditemui berdasarkan keadaannya yang sudah reput dan berulat. Hamdan berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan keputusannya hanya diketahui selepas menerima laporan bedah siasat. “Sehingga kini kita masih belum mendapat petunjuk sama ada mayat yang dijumpai mempunyai kaitan dengan kepala tanpa badan milik warga emas dipercayai dijadikan pemujaan di kuil di Ladang Coronation, 20 Mac lalu. “Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau rakan-rakan diminta menghubungi polis dan datang ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pengecaman,” katanya.

--------> More info

25 March 2013

Sukar Mencari Saiz XXXL??

Adakah anda mempunyai tubuh extra Size? 
Sukar mencari pakaian atau seluar bersaiz XXL , XXXL & XXXXL? 
Ima ada menjual Jeans, Kaftan & T-shirt bersaiz XL hingga XXXXL. 
Ima jual produk keluaran Sophie Paris ye. Berminat boleh tinggalkan email atau link facebook kat bahagian komen ya.^_^ Happy Shopping.


Aku bahagia bila kau bahagia.

"AKU BAHAGIA BILA MELIHAT KAU BAHAGIA WALAU DENGAN SIDIA"

Pernahkah anda membuat statement seperti ini ?? Ikhlaskah anda membuat ststement seperti ini? Awwwwww.. Itu Semua Poyo.haha Betul ke apa yang dikatakan sama seperti yang dirasa? Sila jangan hipokrit dan menyakiti diri sendiri wokey.. Tak mungkinlah korang bahagia bila melihat sidia bahagia dengan insan lain lebih-lebih lagi diatas kesengsaraan diri sendiri.


Ima suggest bila anda terpaksa untuk membuat statement, korang cakap je lah

"AKU BAHAGIA MELIHAT KAU SENGSARA" HAHAHAHA..

jahat tak?? ok lah tu jahat kat orang yang jahat kat kita daripada kita jahat kat diri sendiri.

24 March 2013

Lelaki Yang Suka Burukkan Bekas Kekasih

Assalamualaikum ladies, dara, wanita, gadis dan yang sewaktu dengannya...^_^

Topik ni agak panas sedikit.hihi.. Pernah tak dengar, tengok atau mengalaminya sendiri dimana seorang lelaki yang suka memburuk-burukkan bekas kekasihnya? Apa pendapat korang tentang lelaki seperti ini? Jeng jeng jeng.. Berhati-hati, jangan suka sangat bila kekasih/ buah hati korang suka memburuk-burukan bekas kekasihnya dan membandingkan mengatakan bekas kekasih tak sebaik anda. Itu bahaya okey. Sekali pintas memang buatkan hati berbunga. Tapi ingat. bila bekas kekasihnya dah diburuk-burukkan, tak mustahil anda adalah makhluk seterusnya menjadi mangsa diburuk-burukkan. Hati-hati ye wanita-wanita atau gadis-gadis diluar sana. Ada pengalaman diburuk-burukkan oleh bekas kekasih tak? Jom kongsikan bersama buat pengajaran bersama.


Selamat Petang

Assalamualaikum..^_^

Selamat petang semua.. Wah.. Hari ni dalam sejarah aku tidur siang sejak beberapa tahun lalu. Ntah bila kali terakhir aku tidur siang betul-betul kecuali dalam kereta dalam perjalanan yang jauh.Aku memang jarang nak tidur siang.Rasa lemah je badan kalau tidur siang. Baik aku tak tidur siang.Tidur malam je pun ok dah. Nape ek kalau akau tidur siang tak seseronok orang lain.  Cer jawab cer jawab.. Apepun, come on semua. Hujung minggu hampir berakhir. Persiapkan diri untuk mula bekerja esok. No monday blues okey.. Petang ni minum apa? Jom kongsikan. ^_^
Petang ni terasa macam nak makan benda ni lah.. Jom blanja..hihi


23 March 2013

Kesan Buruk Terlalu Kerap Menggunakan Telefon Bimbit

Assalamualaikum.. ^_^

Sharing & Caring Time!!

Antara kesan buruk bila kerap menggunakan telefon bimbit:

1.Boleh merosakkan sel-sel darah

Menurut Para saintis sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka

2.Boleh mengancam DNA manusia

Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)

3.Boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma

Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma,demikian menurut penyelidikan daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN,Dis 2008)

4.Boleh Merosakkan Daya Ingatan

Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English)

Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.


5.Risiko Barah Otak

Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

6.Boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

7.Menyebabkan sakit kepala dan lesu

22 March 2013

Bapa Ratah setiap seorang anak setiap malam

KOTA KINABALU : Pada pandangan luaran, dia dianggap seorang bapa bertanggungjawab kerana membesarkan sendiri tiga anak gadisnya sejak berpisah dengan bekas isteri, kira-kira lima tahun lalu.
 
Namun, perbuatan jijik duda berusia 40-an itu terbongkar kelmarin apabila seorang daripada anak perempuannya mendedahkan episod hitam yang ditanggungnya bersama dua kakak sejak lebih enam bulan lalu kerana terpaksa menjadi pemuas nafsu bapa kandung sendiri.
Lebih mengaibkan, tiga beradik berusia 11, 13 dan 14 tahun itu dirogol bapa mereka secara bergilir-gilir, seorang demi seorang pada satu malam.

Ketiga-tiga mangsa yang bersekolah di daerah ini bimbang mengadu perbuatan kejam bapa mereka kepada orang luar terutama pihak berkuasa kerana khuatir lelaki itu bertindak lebih kejam.
Bagaimanapun, tembelang bapa durjana itu terbongkar apabila anak bongsunya secara tidak sengaja menceritakan kejadian dialaminya kepada ibu saudaranya yang tinggal berhampiran rumah mereka, kelmarin.

Ibu saudara mangsa yang terkejut dengan pengakuan itu melaporkannya kepada ibu kandung mereka di Sandakan yang segera menghubungi anak sulungnya berusia 18 tahun yang bekerja di bandar raya ini supaya mengambil kedua-dua adiknya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Marudu, kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Deputi Superintendan Mohd Isa Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan berkata, siasatan sedang dijalankan.
“Ketiga-tiga mangsa hadir ditemani kakak, ibu dan ibu saudara mereka ketika membuat laporan di balai polis.

“Bagaimanapun, polis yang berkunjung ke rumah suspek sebaik menerima laporan hampa apabila mendapati lelaki berkenaan tiada di rumah dan dipercayai sudah melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, tiga beradik itu mendakwa sering dirogol bapa mereka ketika nyenyak tidur dalam bilik sebelum ditarik ke biliknya seorang demi seorang bagi memuaskan nafsunya.
“Anak suspek berusia 14 tahun turut mengaku pertama kali dirogol pada Januari lalu dan kejadian terakhir pada awal bulan lalu.

“Mangsa yang berusia 13 tahun pula mendakwa dirogol pada pertengahan Mei hingga Jun lalu, manakala adik bongsu mereka berusia 11 tahun mengalami nasib sama bermula awal Jun lalu,” katanya.
Menurut Mohd Isa, berdasarkan siasatan, ketiga-tiga mangsa dipercayai merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan orang lain berikutan bimbang tindakan balas lelaki berkenaan.

“Berikutan itu, suspek mula melakukan sesuka hati termasuk merogol anak kandungnya seorang demi seorang apabila tiba waktu malam kerana hanya mereka saja tinggal di rumah berkenaan,” katanya.
Beliau berkata, semua mangsa sudah dihantar ke Hospital Kota Marudu untuk pemeriksaan kesihatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

P/s: Memang Jahanam berabislah binatang ni. Ko tak layak dipanggil bapa lah!! Syaitan macam ni lah yang selalu merosakkan kanak-kanak dan wanita. Aku memang pantang sangat bila dapat tau perkara macam ni.Semoga kau mampus dalam keadaan mengerikan.S**L.!!!!

FREE EPHYRA TRIAL PACK

Assalamualaikum..^_^

Alhamdulillah. Kelmarin ima dapat Trial Pack EPHYRA yang bernialai Rm85 bagi sabah/ sarawak. Percuma tau.hihi. Biasa lah ima kan suka yang free free ni.Hari tu ima ada ternampak status Ocean Life. " 10 orang terawal yang smskan nama dan no hp akan menerima Trial Pack EPHYRA dan bla bla bla".. Ima apa lagi.Terus ligat taip sms dan sms apa yang disuruh then dapat reply.." Tahniah, anda di antara 10 yang terawal menghantar sms dan akan menerima Trial Pack Ephyra," Yeayyyy.Suka sangat. Terima kasih OceanLife.

[ 180ml EPHYRA sebelum tidur ]


Kelebihan EPHYRA

1.Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
2.Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
3.Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
4.Formula anti penuaan yang berkesan
5.Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
6.Mengandungi khasiat prebiotik yang tinggi
7.Melancarkan system pencernaan dalam badan
8.Mengurangkan kadar kolesterol
9.Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
10.Meningkatkan system imunisasi anda
11.Mengatasi masalah imsonia
12.Mengawal berat badan dan meningkatkan metabolisme
13.Melegakan sakit dan radang sendi
14.Menjaga kesihatan kardivaskular

Nak tahu lebih lanjut tentang EPHYRA? -----> KLIK SINI

21 March 2013

AURA WHITE + SHAKER + MASK + EMAS KOREA

Assalamualaikum cantik manis sekalian..

Saje je nak promote ni. Ima ada jual Aura White. Jom lah sokong sale rakan blogger.kwang kwang kwang.. hihi.. Setiap pembelian dari pembaca blog ima, akan mendapat percuma shaker, mask dan rantai kaki emas korea.. Nak tak? Nak la Nak la.. Berminat bole tinggalkan email atau inbox ima kat fecebook ima  ye.Eh lupa pulak nak bagitau harga. Cuma rm150 je siap-siap postage.


ANTARA KEBAIKAN AURA WHITE:
1) Sesuai untuk lelaki dan perempuan
2) Anda dapai merasai kesan dalam 10 hari
3) Menggunakan gabungan antioksidan terhebat didunia
4) Merawat serta mencegat jerawat
5) Wajah cerah berseri tanpa perlu SUNTIK
6) Mengecilkan liang roma
7) Merawat Enzema dan Prorisis
8) Mencegah kedutan dan kekenduran pada kulit
9) ALTERNATIF kepada SUNTIKAN VITAMIN C dan GLUTATHIONE
10) Menghilangkan Tompok Hitam dan Parut
11) Kesan Pencerahan Yang Menakjubkan
12) Meningkatkan fungsi setiap sel dan melambatkan proses penuaan
13) Mencegah kerosakan KOLAGEN
14) Meningkatkan daya ketahanan badan
15) Rambut dan kuku menjadi lebih sihat
16) Melindungi daripada sinaran UA-B
17) Menyembuhkan luka dan mencegah parut
18) Badan menjadi lebih sihat dan bertenaga
19) Membantu Menyah toksik dan pencemaran didalam tubuh dan menghasilkan kulit lebih cerah


Masker Telur





Assalamualaikum / Selamat Sejahtera.. ^_^

Pernah tak dengar orang jadikan telur ayam sebagai masker? Bagi yang tak tau dan tak pernah cuba lagi boleh la cuba mengikut kesesuaian kulit muka masing-masing. Cara ni mudah tapi tak semua rajin gunakan sebab takde masa, leceh dan bau yang kurang menyenangkan.hihi. Tapi cuba lah try. Insyallah banyak kebaikannya. Antara kebaikan masker telur ialah melicinkan kulit, menegangkan kulit, menyihatkan kulit dan menaggalkan black & white head.

  • Putih telur sesuai untuk memutihkan kulit.
  • Kuning telur [ kulit berminyak dan kulit kering] 
  • Keseluruhan kandungan telur  [ kulit normal ]

Bertindak sekarang

Assalamualaikum & Selamat Pagi.. ^_^

Bak kata PM kita. Bertindak sekarang! Dapatkan kit tindakan sekarang. Bagi yang 1st time nak pergi mengundi macam saya sila lah dapatkan kit tersebut. Who know kit tu boleh membantu serba sedikit. Hak mengundi hak kita. Chewah.. Nak tahu lebih detail boleh klik gambar di bawah.
 

20 March 2013

Berciuman Baik Untuk Kesihatan

Assalamualaikum..^_^

Maaf jika entri sedikit kurang sopan .. Mari amalkan bagi pasangan yang sah sahaja ye. ^_^


Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

  • Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.
  • Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.
  • Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.
  • Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.

Tambahan Info: KELEBIHAN BERCIUM

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.

19 March 2013

Travel Bag

Assalamualaikum..^_^

Ada tak sesiapa yang suka Travelling? Mesti ada kan.. Ni ima nak suggest beberapa Travelling bag yang mungkin sesuai untuk anda yang suka travel2 ni. Ni produk keluaran Sophie Paris Tau.
Berkualiti,  Branded, harga berpatutan dan Elegen.. chewah..

Berminat boleh la Inbox ima kat Facebook ima.







The Kleenex Softeness Contest

Assalamualaikum..^_^ Selamat pagi!! Orang kata, bangun awal, rezeki murah. Lambat bangun rezeki hilang. So mana pilihan anda? Sebelum memulakan sebarang aktiviti pada hari ni apakata anda join contest mudah Kleenex kat facebook ni.Hanya share dan insyallah kalau ada rezeki, menang la tu.hihi.
Syaratnya sangat mudah. anda hanya perlu ada akaun facebok, Just klik banner kat bawah ni untuk join dan ikuti langkah seterusnya. Good Luck all.


Hukum Karma

Assalamualaikum..^_^

Adakah ini hukum karma?? Erkk.. apakah moral of the pic yang anda dapat lihat??
Sila beri komen anda ye. ^_^ 


18 March 2013

Winner Nestum 3 in 1 Contest

Assalamualaikum..^_^

Alhamdulillah.Winner again.Tapi saguhati je.hihi.Rezeki jugak namanya kan.Ari tu ima join contest anjuran Nestum 3 in 1. Sebenarnya saje je join.Tak sangka dapat juga saguhati dari Nestum 3 in 1. Sebenarnya hampir lupa dah sebab join dah lama dah.Nak tau apa ima dapat?
Nestum 3 in 1  kini dengan perisa baru, resipi ramuan tradisi semestinya untuk permulaan hari yang seimbang. Ima dapat perisa American Ginseng dan Dang Gui. Memang berkhasiat.Rasa pun sedap.Rasa ginseng tak berapa terasa. Jom-jom cuba perisa baru dari NESTUM 3 in 1.
Terima Kasih NESTUM 3 in 1. My husben & son like it too.




17 March 2013

Etika Ketika Melayari Internet

Assalamualaikum..^_^

Apakah etika ketika melayari internet? Tau tak? Haa, jangan tau guna je tapi tak tau etikanya tau.Nanti membawa kepada keburukan. Kalau ada yang tak tau lagi biar ima jelaskan serba sedikit. Etikanya mudah je iaitu Klik Dengan BIJAK.

B -Berbudi bahasa & jaga keperibadian ketika melayari internet.
       -Bertanggungjawab dengan apa yang ditulis dan jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat.
       -Berhati-hati ketika mengepos atau berkongsi gambar kerana ia boleh disalah guna oleh individu
        yang berniat jahat.
-Informasi dan maklumat di hujung jari anda! Manfaatkannya sebaik mungkin.
      -Ingat! Jika anda menerima email dari individu yang tidak dikenali atau mencurigakan jangan
       sesekali membukanya.
J -Jaga keselamatan diri ketika melayari internet.
     -Jangan menyebarkan maklumat tanpa sumber yang boleh dipercayai.
     -Jangan lakukan perkara yang tidak anda lakukan di alam realiti di  alam siber.
A - Amalkan kawal setia kendiri dan gunakan internet dengan positif.
      -Amalakn penggunaan bahasa yang baik
      -Adukan kepada pihak pentadbir laman web sekiranya terjumpa kandungan yang tidak sesuai.
K -Kemaskini kata laluan anda sekerap mungkin.
       -Kenalpasti kenalan maya anda.
       -KKeselamatn di internet harus diutamakan.

Karnival Jalur Lebar



Assalamualaikum..^_^

Hari ni ada karnival jalur lebar anjuran SKMM dan Kementerian penerangan.Sebenarnya sejak kelmarin lagi berlangsungnya acara.Hari ni nak pergi lagi lah acara penutupan. Pelbagai acara di adakan.Contohnya kuiz tentang jalur lebar, laman sesawang, laman web dan pelbagai lagi kuiz.Ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, permainan atas talian, persembahan artis, pertandingan shuffle.Selain tu pameran Klik dengan bijak dan booth-booth jualan pun banyak. Best lh sebb dpt kutip gift.ku kn suk bend free ni.hrus lh ku joinkn diri join kuiz-kuiz yng dinjurkn.Soln pun boleh diktakan senang la.Ia berkaitan dengan jalur lebar, blog, facebook, keselamatan di internet dan banyak lagi.Ala.hari-hari hadp laptop, hari-hari hadap blog takkan tu pun tak boleh jawab kan.haha.. Paling best dapat bergambar dengan maskot-maskot comel tapi besar gedebak.Maskot yang ada antaranya upin ipin, iron man, mickey & mini mouse, penguin, panda & spiderman. Paling tak boleh blah tengok spiderman.Kemain kurus spiderman tu.Lucu la aku tengok. haha.Tapi apa pun, dalam seronok-seronok tu ada juga serba sedikit ilmu tentang jalur lebar ni aku dapat. Apa yang aku dapat katakan,Dalam dunia maya ni pelbagai maklumat tepat dan kurang tepat yang disebarkan.Ada kebaikan dan keburukan tapi yang penting kita sebagai pengguna haruslah KLIK DENGAN BIJAK.. ingat tu wokey..






















16 March 2013

Nasi Lobak Merah Beryogurt

Assalamualaikum..^_^

Selamat pagi semuanya.


Bahan-bahan

A

B

  • 100 g Tomato, dipotong halus
  • 150 g Lobak Merah, disagat
  • 2 cawan Air
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • 500 g Beras Basmathi, dibasuh & toskan
  • 2 keping Buah Pelaga
  • 2 cm Kulit Kayu Manis

 Langkah-Langkah Memasak

  1. Kisar bahan-bahan A sampai halus dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng bawang, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kemudian masukkan bahan-bahan A dan masak sehingga keluar aroma.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masak sehingga nasi masak.

15 March 2013

KENALI KULIT WAJAH ANDA

Assalamualaikum.. ^_^

Macam rajin pulak nak share sedikit cara untuk mengenali kulit. Ini penting ye ladies sebelum anda memilih produk kecantikan untuk wajah.Jangan ambil ringan..




Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah. Tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. Tekstur kulit juga lembut dan liang romanya kecil. Kulit jenis ini juga mempunyai kandungan air yang cukup.

Bagi mereka yang tergolong dalam kumpulan ini, lihat sama ada liang roma muka anda masih kecil. Kulit jenis ini tampil berseri dari bawah permukaan kulit yang nipis.

Pada sebelah tengah hari atau petang, zon T (dari atas dahi ke hujung hidung), permukaannya hanya sedikit berminyak dan berkilau. Hanya sesekali anda mendapat jerawat dan bintik hitam atau jeragat. Pipinya juga tidak selalu kering.

penjagaan kulit wajah bagi jenis kulit ini hanya memerlukan pencucian yang lembut. Urut sehingga kedua-dua belah pipi anda berubah kemerahan. Kemudian, gunakan penyegar untuk membuang daki degil yang terlekat jauh ke dalam kulit atau liang roma. Akhiri dengan krim atau cecair pelembap sambil mengurut dengan jari-jemari menghala ke atas.


Kulit kering  
 Ia menghasilkan kurang sebum lalu muka kita tidak kelihatan berkilat. Pada kebanyakan masa, mereka yang berkulit kering mempunyai raut wajah yang kusam dan mempunyai liang roma yang kecil atau langsung tidak kelihatan.

Kulit jenis ini juga menggelupas sesekali dan kadangkala memberi efek rasa kurang selesa.

Anda juga harus memberi lebih perhatian terhadap garis-garis halus yang timbul ketika dimamah usia terutamanya di bahagian tepi mata, garisan senyuman dan dahi.

Tahap kelembapan dan sebumnya rendah. Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini ialah menggunakan pencuci muka yang berbuih. Biarkan ia di atas kulit sebelum dibersihkan dengan kapas lembut. Kemudian, cuci dengan air sejuk. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi.


Kulit berminyak

Ia seringkali dibenci oleh ramai remaja, termasuk orang lelaki. Kulit ini mengeluarkan banyak sebum dan membuatkan seseorang nampak seperti tidak menjaga kecantikan diri.

Liang romanya juga besar. Sebab itulah seseorang mudah mendapat jerawat.

Bahagian hidung adalah yang paling aktif. Jenis kulit ini memerlukan penjagaan khas. Selepas membersihkan wajah dengan pencuci muka, gunakan losen penegang kulit dan krim pelembap yang berasaskan kandungan air yang rendah.


Kulit kombinasi 
Ia menggabungkan ketiga-tiga jenis kulit muka iaitu normal, kering dan berminyak. Secara amnya, kulit ini kelihatan normal tetapi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang terasa kering dan berminyak.

Tempat yang biasanya kering ialah di bahagian pipi dan berminyak di zon T.

Meskipun tidak berkilat pada keseluruhan bahagian muka, namun ia mempunyai liang roma yang besar di zon T dan cepat mendedahkan seseorang kepada masalah jerawat. Gunakan jenis pencuci muka di waktu pagi dan krim pembersih di sebelah petang untuk melembapkan bahagian muka yang kering.

Gunakan losen penegang kulit untuk bahagian muka yang berminyak dan krim penyegar di bahagian yang kering. Bagaimanapun, akhiri dengan krim pelembap pada keseluruhan muka dan di bahagian yang kering.

HIV & AIDS

Assalamualaiku..^_^
Nak share sedikit tentang HIV & AIDS. Sila ambil tahu ye.Mungkin Soalan-soalan dibawah tidak pernah korang ketahui jawapannya dan tak pernah ambil tahu.So apa salahnya luangkan sedikit masa untuk mengetahuinya.Tak rugi pun.

 
Ramai orang seperti anda bertanya Apakah itu HIV?
HIV adalah human immunodeficiency virus. Ianya merupakan virus yang menyebabkan AIDS. HIV menjangkiti sel-sel manusia dan menggunakan tenaga dan khasiat yang dibekalkan oleh sel-sel tersebut untuk membesar dan membiak.

Jangkitan HIV mungkin menyebabkan AIDS. (Apakah itu AIDS?)

AIDS adalah Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit. Ianya adalah suatu sindrom di mana sistem imunisasi badan jatuh dan tidak mampu untuk melawan jangkitan dan penyakit-penyakit lain yang mengambil kesempatan di atas kelemahan system imun badan.
     
Bagaimanakah HIV menular?

Seseorang yang ada HIV membawa virus tersebut di dalam sesetengah cecair badan termasuklah darah, air mani, cecair vagina serta susu ibu. Selalunya HIV menular melalui cara-cara yang berikut:

    * Hubungan seks tanpa perlindungan (sama ada vagina atau dubur) dengan seseorang yang ada HIV.
    * Berkongsi jarum suntikan dadah dan lain-lain peralatan untuk menindik dengan seseorang yang ada HIV.
    * Daripada ibu yang HIV positif kepada bayinya ketika kehamilan dan menyusukan bayi (jangkitan ibu kepada anak).
    * Menerima darah dan produk-produk darah yang tercemar semasa pemindahan darah atau organ.
     
Bagaimana cara HIV tidak menjangkiti?

HIV merupakan satu virus yang sukar untuk berpindah dari seorang ke seorang yang lain. Ianya tidak berjangkit melalui makanan atau udara (contohnya melaui batuk atau bersin). Tidak pernah ada kes di mana seseorang itu dijangkiti melalui sentuhan seharian atau kasual seperti berkongsi peralatan makanan atau kolam renang serta kemudahan bilik mandi atau melalui pelukan serta ciuman. Peluh, air mata, muntahan, najis serta air kencing ada mengandungi HIV tetapi tidak pernah dilaporkan jangkitan. Nyamuk, kutu dan lain-lain serangga juga tidak menyebarkan HIV.

Bagaimana saya boleh mengurangkan risiko untuk dijangkiti HIV melalui hubungan seks?


Abstinence atau berpantang daripada seks adalah pilihan yang terbaik. Akan tetapi, jika anda aktif dari segi seksual, anda boleh melindungi diri anda daripada HIV dengan melakukan seks yang lebih selamat. Setiap kali anda melakukan hubunga seks, gunakan kondom. Apabila digunakan dengan betul dan konsisten, kondom amat efektif dalam mencegah HIV.

Adakah sesetengah orang lebih berisiko akan jangkitan HIV berbanding dengan orang lain? (HIV tidak mendiskriminasi)

HIV boleh menjangkiti sesiapa sahaja, mahupun lelaki atau wanita, tua atau muda. Ianya tiada kaitan dengan siapa diri anda yang menentukan sama ada anda boleh dijangkiti dengan HIV. Nota untuk anda bahawa kadar jangkitan tertinggi boleh didapati pada golongan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM), terdiri daripada 53 peratus daripada yang baru dijangkiti dengan HIV pada tahun 2006; satu pertiga daripada lelaki tersebut adalah mungkin seperti anda, berumur di bawah 30 tahun.

Adakah rawatan bagi HIV/AIDS?


Terdapat beberapa ubat yang sedia ada untuk merawat jangkitan HIV. Yang lainnya adalah untuk merawat jangkitan-jangkitan oportunistik. Akan tetapi masih tiada lagi penawar atau vaksin untuk AIDS.
     
Bolehkah anda mengenalpasti bahawa seseorang itu ada HIV atau AIDS?


Anda tidak boleh mengenalpasti bahawa seseorang itu telah dijangkiti dengan HIV atau AIDS hanya dengan melihat dengan mata kasar. Seseorang yang telah dijangkiti boleh kelihatan sihat sepenuhnya. Tetapi sesiapa sahaja yang dijangkiti dengan HIV boleh menjangkiti orang lain walaupun dia tidak mempunyai simptom.

Bagaimana saya tahu yang saya telah dijangkiti?


Hanya satu cara sahaja untuk mengetahui status HIV anda iaitu dengan melakukan ujian antibodi HIV. Ianya tidak secara langsung mengenalpasti virus HIV tetapi ianya mengukur antibodi yang dihasilkan untuk menentangnya.

Ianya mengambil masa 3 ke 6 bulan untuk antibodi HIV dikesan di dalam darah. Ini dipanggil tempoh jendela. Seseorang mungkin menjangkiti orang lain dengan HIV semasa tempoh ini tanpa pengetahuannnya. Jika anda fikir yang anda mungkin telah terdedah kepada HIV, anda haruslah menjalani ujian. Anda boleh melakukan ujian di klinik-klinik swasta, klinik kerajaan tempatan atau di hospital.

Ingatlah bahawa ianya adalah penting bagi anda untuk melindungi diri anda daripada HIV dengan merendahkan risiko jangkitan anda pada setiap masa. Ini boleh dilakukan dengan cara Pencegahan HIV ABCDE:

A-   bermaksud Abstinence atau berpantang daripada melakukan hubungan seks dengan orang lain
B-   bermaksud Setia atau mengekalkan hubungan monogamy (melukan hubungan seks dengan satu pasangan sahaja)
C-   untuk penggunaan kondom yang betul dan konsisten
D-   bermaksud Jangan berkongsi jarum atau perkakas-perkakas untuk menindik yang lain dengan sesiapa sahaja, dan
E-    bermaksud didiklah diri anda.

RESEPI French Toast Milo

Assalamualaikum & Selamat Pagi  ^_^

Ucapkan rasa syukur kerana hari n i masih boleh melihat dunia dan berblogwalking. Sarfapan apa hari ni? Ambil lah sarapan.Kan sarapan tu penting untuk memberi kita tenaga dan memudahkan kita melakukan tugasan harian dengan baik.Tak tau nak sarapan apa ek?? Mari ima kongsikan 1 resepi mudah dan simple ni.


Bahan-bahan

  •  Gula kastor, (jika mahu)
  • Telur Ayam, dipukul
  • ½ sudu kecil Esen Vanilla
  • 2 keping Roti putih
  • 50 ml Susu Sejat
  • 1 sudu besar Minyak Masak
  • 4 sudu besar Serbuk MILO
 

Langkah-Langkah Memasak

  1. Panaskan susu sambil masukkan serbuk MILO dan kacau. Matikan api dan terus mengacau sambil masukkan telur yang telah dipukul.
  2. Buang kerak roti dan potong roti menjadi segitiga.
  3. Celup roti yang telah dipotong ke dalam campuran MILO tadi dan goreng di dalam kuali leper dengan sedikit minyak sehingga masak.
  4. Angkat roti yang telah masak dan taburkan gula kastor, jika mahu.
  5. Hidangkan panas-panas.

14 March 2013

Like Status Facebook

Assalamualaikum..

Putih-putih melati, Merah-Merah Delima, Siapa baik hati sila lah Klik STATUS ni kat fb ima dan Klik Like. Terima KAsih ye siapa yang sudi.Kalau sudi, add la ima as friend.Kalau nak, boleh tinggalkan link kat ststus tu di ruang komen.Boleh la ima BW nanti.

P/s: Ima taknak taip panjang-panjang.nanti korang malas nakbaca pulak.hihi.Tolong like ye.Klik je perkataan status tu dan like status fb ima tu then tinggalkan link blog korang..


Pengajar memandu tidak sah

Assalamualaikum...^_^

Kwang kwang kwang...Kemain jahat tajuk.. Sejak beberapa hari ni ima belajar memandu dengan suami. Asyik kena marah je sebab tak reti-reti bab tukar gear dan selalu mati enjin.hahaha. Haruslah.Nama pun baru belajar kan.Mestilah banyak lagi nak kena tegur. Hishhh.susahnya nak pandai.Kadang-kadang tu pulak hati ni rasa berdebar je masa bawak kereta.apakah rasa itu? haha..Best jugak kan bawa kereta. Rasa macam bangga semacam je.haha.sakai je aku ni.Kadang-kadang part masuk simpang dan keluar simpang yang asyik salah.Kadang keluar simpang tak tengok kiri kanan.kadang masuk simpang lambat pusing stering. Arghhhh.tensyen je.... Moga-moga cepat la aku pandai bawak kereta..kweng kweng kwengg...

Berpeluh-peluh belajar memandu..Bukan apa.Takut kena marah.HaHAHa

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns

Assalamualaikum..^_^

Anda-anda semua, boleh tak sesiapa terangkan ima pasal CPUV Campaigns kat Nuffnang ni? Ima tak faham la. Selama berblog ni serius tak pernah dapat CPUV campaign.hahaha.Kesian kan. Macam mana sebenarnya ima boleh dapat ye? Bukan apa, selama ni ima just dapat  CPC Campaign je.Tetiba dapat CPUV Campaign pulak.So ima nak tau la serba sedikit tentang ni.Serius ima sikit pun tak faham pasal CPUV Campaign ni.Wei2..Jangan gelak ok.Share-share la sape yang tau.Sharing kan Caring.wakaka..



13 March 2013

Zakat Online

Tidak kira apapun pekerjaan anda, 
Sekiranya mencukupi syarat-syarat berzakat,
Anda layak mengeluarkan zakat pendapatan .

Jom terjah web Pusat Pungutan Zakat (PPZ)
Tiada alasan lagi takde masa nak bayar zakat atau terlupa bayar zakat.
Kini semuanya mudah kerana adanya ZAKATONLINE

Jom Daftar Kat SINI 



11 March 2013

Jangan dimarah anak ye

Assalamualaikum..^_^

Hihi.Kadang-kadang kan.Ima hairan bin pelik dengan diri ima sendiri. Tau tak, kalau ima minta husben tolong jaga anak sekejap, ima mesti tak lupa pesan. "JANGAN DIMARAH ANAK YE" Hahaha. padahal siapa yang selalu marah anak? ekeke.hakikat sebenar, husben bukan jenis mudah marah & melenting kat anak.Tapi tu la. mulut ni selalu je pesan macam tu.Tak tau la kenapa. Mungkin ima tak nak anak kesayangan ima tu kena marah orang lain selain ima je yang boleh marah.Ye la.Marah ayah dengan marah ibu berbeza tau. Ima memang jenis mudah marah kalau anak suka merengek tak tentu pasal atau suka melawan.Tapi marah-marah kita sebagai seorang ibu , lepas tu kita peluk jugak anak kan. Kita marah tu marah sayang bukan marah betul pun.Mulut je marah lebih.. Ibu-ibu lain ada tak sama perangai macam ima ni? haha

10 March 2013

Mati Sia-Sia

Assalamualaikum..^_^

(sambil mengeluh panjang) Penat dengan sandiwara penceroboh yang berada di negara Malaysia ni. Tak serik-serik. Tak pandai jera. Sakit hati ni tau.Nak tolong tak mampu.Hanya mampu doakan pejuang kita sahaja. Serius aku betul-betul merasa sakit hati bila penceroboh ni degil nak mampos. Sakit hati bila ada pejuang kita yang terkorban.Sakit hati bila ada wanita , anak-anak dan ibu bapa yang terpaksa kehilangan orang yang tersayang kerana penceroboh bodoh tu. Lagi-lagi aku sakit hati bila ahli politik jadikan hal ini sebagai sandiwara.Saling menyalahkan.Saling nak menang. Adoooiiii..

"Ya Allah, berilah jalan penyelesaian, terangilah hati setiap dari kami, lindungilah bumi ini dan hentikanlah pertumpahan darah ini.Sesungguhnya masih ramai lagi kami yang tidak rela semua ni berlaku.Sesungguhnya KAU maha pengasih dan maha mengetahui. Ampunkanlah dosa setiap kami yang berada di muka bumi ini."

Wahai penceroboh, sadar lah, buka hati kalian, fikir sebaiknya, minta lah kepada Allah agar diampunkan kesalahan kalian.Nyah lah kalian dari sini.Jangan pernah ganggu kami.Kami adalah satu. Kami pasti akan bersatu dengan apa jua cara untuk memerangi kalian. Kau lihat lah. Seorang pejuang kami terkorban, 10 diantara kalian yang terkorban sebagai balasan. SESUNGGUHNYA KEMATIAN KALIAN DISINI ADALAH SIA-SIA BELAKA. Pergi dari sini..Shhhuuuuuhhh!! Kami tidak rela bumi Malaysia ini dikotori oleh darah kalian.Menyerah lah.Kini bila kalian kian pupus, kanak-kanak dan wanita kalian jadikan taruhan.Lepas ni apa lagi?? Orang tua tak berdaya? Wanita mengandung?? Please Stop It!!!

Luahan hati ku sebagai warga negara Malaysia.^_^

Free?? Wah..Terima Kasih

Assalamualaikum..^_^

Yeye..ima dapat Doodle free dari Cik Bunny.Hihi..Teruja giler macam budak-budak dapat ais krim. Al maklum lah.Nak buat sendiri tak reti.Dah ada orang yang sudi buatkan, free lagi, sape tak suka. Yang penting, orangnya ikhlas.hihi.. Suke-suke.. Terima kasih ye cik Bunny.. Dah terlanjur korang baca entri ni apa kata korang terjah blog cik Bunny kita ni..Eh betul ke cik ni? Ke puan.hihi.maaf kalau salah. Kalau nak tau, Bunny Inspired ni  menjual handmade stuffs, blogskins, kek dan lain lain pada harga yang berpatutan. Tak rugi kalau terjah.manatau berkenan dengan handmade nye.


Cantik tak??


 

09 March 2013

Jus Oren Buat Sarapan Pagi

Assalamualaikum & Selamat pagi..^_^

Sarapan apa pagi ni? Apa kata try jus oren?

Korang mesti tau kan air oren ni penuh khasiat.kalau nak tahu,badan kita perlukan 30-100 mg vitamin C setiap hari. sebiji buah oren ada 70 mg vitamin C.sudah mencukupi kan hanya dengan sebiji oren untuk dapatkan vitamin C.Tapi,kalau korang jenis yang malas nak makan oren yang segar,boleh minum jus oren dalam 225ml .sama je kandungan vitamin C dengan oren segar.
Antara kebaikan Jus oren ialah:

1)sumber vitamin C
2)tingkatkan immune badan (daya tahan)
3)halang penyakit influenza
4)mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dan kanser
5)mencegah kenaikan LDL(lemak jahat) -punca utama sakit jantung.
6)sesuai untuk yang ingin kurangkan berat badan
7)memperlambatkan proses pengosongan perut.
8)meningkatkan kadar folat (menurunkan kadar homosystein yang jadi racun kepada pembuluh darah)
9)pembentukan kolagen dalam badan
10) mencantikkan kulit dan awet muda.

banyakkan kebaikan jus oren.jadi tak rugi kalau kita menjadikan jus oren dalam diet.selamat mencuba!! ^_^