Sponser By

Followers

Iklan

28 February 2013

Status:

Assalamualaikum.. ^_^

Tuan blog tengah demam sekarang.Demam panas + Batuk + Selsema= Tak Tahan...
Alahai..Bila nak baik ni.Mohon jasa baik rakan-rakan doakan supaya ima cepat sembuh dan kembali aktif. Cian anak ima tak terlayan.. huhu..

Alhamdulillah.Remaja Hilang ditemui

Assalamualaikum.. ^_^

Alhamdulillah..Baru je share pasal kehilangan remaja 17 tahun dari Tawau Sabah semalam.Ada yang tak tau lagi tentang kehilangan tu? Baca kat sini---> [ KLIK ] hari ni dengar berita dah ditemui. Ima tau npun dari status bapa remaja tu sendiri..Tapi tak dinyatakan punca atau kemana hilangnya remaja tersebut sebelum ni.Nanti kita nantikan sama-sama.Bukan nak menyebok tapi tertanya-tanya juga kemana hilangnya.apa puncanya. Apa pun, sama-sama kita mengucapkan syukur.Semoga kejadian macam ni tidak berlaku lagi.Minta dijauhkan.Aaamiin

Nak yang lebih jelas?? singgah ke Fb bapa beliau di sini---> [ SINI ]

25 February 2013

Peluang Berniaga Produk Fesyen Tanpa Modal

Assalamualaikum.. ^_^

Berniaga.Ramai orang suka berniaga.Tetapi tahukah anda? Berniaga memerlukan minat.  Tanpa minat, perniagaan takkan kemana? Oleh kerana minat yang berbeza, produk jualan setiap individu juga berbeza. Ada yang jual baju, ada yang jual kasut, ada yang jual pakaian, ada yang jual hijab, ada yang jual produk kecantikan, ada yang jual supplement, ada yang jual produk menurunkan berat badan dan ada juga yang jual diri.. ERkkkk..Eh korang jangan tak tahu.Ada tau.Mungkin bukan rezeki korang jumpa orang yang jual diri.hihihi.

Dalam berniaga jugak ada orang yang jujur dan ikhlas, ada yang murah hati selalu bagi diskaun dan free gift, ada yang berkira.seposen pun berkira tau.Ada juga jenis yang layanan terhadap pelanggan kurang memuaskan.Dan tak ketinggalan ada juga yang menipu.Itu anda harus berhati-hati lebih-lebih lagi bila shoping online.Itulah ragam manusia..

Selain itu,Dalam berniaga juga, ada yang guna modal besar, ada yang modal kecik, ada yang modal ala-ala kadar. So berbalik pada tajuk asal.Sebenarnya ima nak buka peluang kepada sesiapa yang ingin cuba berniaga tetapi ragu-ragu, takde modal atau ingin mencuba dulu. Dengan itu, ima nak bagi Trial sale kepada sesiapa jua yang berminat untuk menjual produk fesyen yang branded iaitu dari produk sophie paris seperti, handbag, wallet, aksesori, heel, kasut, pakaian, barangan makeup, hijab, dan sebagainya.

Baca sekali lagi. TANPA SEBARANG MODAL DUIT ye.Dengan menyertai trial sale ni, anda akan mendapat keuntungan sebanyak 20% bagi setiap item yang anda jual.Anda tak perlu simpan stok.Tugas anda hanyalah cari pelanggan, ambik order, minta payment, minta detail pelanggan dan submit order kat ima.Seterusnya ima yang akan urus penghantaran kepada pelanggan anda.Mudah kan.

Nak tau lebih lanjut?? Caranya mudah.
  • Add ima kat fb NI  dan inbox ima atau
  • Tinggalkan komen kat bawah. "SAYA BERMINAT" dan tinggalkan link fb anda atau email fb anda.ima nak link ye.taknak username.sebab kadang2 bila cari username, ima tak jumpa.
  • Seterusnya ima akan invite anda ke 1 group tertutup khas untuk agen trial sale.
  • Seterusnya kita kan disscus di group berkenaan.


23 February 2013

Dulu dapat topup free, malam ni dapat fon BB

Yeaaaayy!! Alhamdulillah kalaulah betul tajuk kat atas tu.Alangkah sakitnya hati bila ianya tidak benar.Dah lah tipah tertipu.Diguna pulak fb kita buat segala SPAMMER. spam update, spam komen, spam PM. Bukan setakat kat setiap status friendlist di spam nye.tapi disetiap group, habis disapunya. Uish..panas hati ni tau.Dah tu kita siap disumpah seranah lagi oleh rakan-rakan fb yang tak tau kita dijadikan kambing hitam.haha. Ecewahh!! Pernah tak anda, anda dan anda ternampak dan klik link tu dan seterusnya seperti dirasuk terus mengikut semua arahan yang diberi?? Ini adalah virus bagi saya. Titik!! ahkz... Semua ini TIPU BELAKA. VIRUS VIRUS VIRUS!!! Sila sebarkan.Pihak tak bertanggungjawab ini telah merosakkan nama kita sebagai pengguna fb yang bertauliah hanya semata-mata untuk menarik LIKE page mereka. Cis.main tipu.Ramai manusia seperti daku yang tertipu.Yang macam daku tu siapa?? Kita-kita la.yang suka benda free.ahahahahaha...


Pemberian dimenfaatkan sebaiknya

Assalamualaikum.. ^_^

Itulah yang sebaik-baiknya kan.Setiap pemberian dari siapa pun, haruslah dimenfaatkan dengan sebaiknya.Kerana apa? Kerana setiap apa yang kita terima adalah rezeki dari NYA. Kenapa nak tolak rezeki? Lagi-lagi bukan kita yang minta.hihi..Tahu macam mana ima menfaatkan susu yang kerajaan bagi kat anak ima?? Susu apa lah agaknye kan.Tertanya-tanya?? Haa, sebenarnya anak ima ada masalah berat badan. Nak tau kisahnya?? Klik sini. Dah baca?? tu lah ceritanya sampai anak ima tersenarai antara satu yang menerima susu free.ahakz..Tapi masalahnya anak ima taknak minum susu tu. Ape nama susu tu, erm, S-26 PE Gold. Sebab anak ima suka minum susu yang perisa coklat. Ada 4 tin semuanya susu yang diberi.satu tin ima dah bagi sepupu dhani. ada 3 tin tu ima try jual tapi takde yang nak beli.akhirnya ima jumpa cara terbaik nak menfaatkan susu tu. Taraaaaaa..hahaha

Ima buat cucur kosong untuk dhani dan bagi dia makan cicah ngan serbuk susu tu.hihi.Akhirnya nak juga irfan makan susu ni.Dah takde idea dah sebenarnya.macam2 cara, dah nak bagi budak ni makan.memang liat sangat nak makan.Nak makan pun susah.alahaiii..

22 February 2013

Bad MooD

Bad MooD!! Tu je yang mampu aku katakan. So janganlah sesiapa menambahkan keburukan mud yang memang sedia buruk ni. :'(

Sepinya Tanpamu Disisi

Amboi amboi amboi.. haha.memang sepi lah rasanya tanpa suami disisi.Alahai.Semuanya serba tak kena. Ni lah susahnya bila tak pandai nak drive.Bila suami tiada disisi, semua kerja tak jalan.haha. Tu lah juga akibat tak pandai nak berdikari.Asyik nak harapkan suami je.

Weii..bukan tak berdikari lah. Saje nak bermanja. uwekkkk.haha..  Cepatlah masa berlalu.Tak sabar nak ada suami disisi. Chewah. Ye la sejak seminggu ni tau tak isteri mu ini, Pergi bank terbantut, nak pos barang terbantut, nak gi jumpa costumer terbantut. segalanya lah terbantut.Terperuk je kat rumah ni jaga anak.Sampaikan nak tulis borang pos laju untuk pengeposan pun malas.sebab selalu suami yang tulis kan.hahaha.jangan tiru perangai ini.Tengok ni.Berlambak borang pos nak kena isi dan nak kena pos esok sebab dah seminggu dah kumpul.Nasib ayahnda sudi bantu nak poskan esok pagi..

 Sebenarnya bukan malas menulis tapi tulisan doktor ni susah sikit lah.Hanya doktor, nurse dan yg sekutu dengannye je faham.abag posmen mana faham.kang salah hantar kang, habis kena marah dengan costumer.haha

21 February 2013

Adab Memotong Kuku

[ Just Sharing ]
Barang siapa yang memotong kukunya pada:

Hari Sabtu: keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Hari Ahad: Keluar kekayaan masuk kemiskinan

Hari Isnin: keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Hari selasa: keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Hari Rabu: keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Hari Khamis: keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Hari Jumaat: keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

Jadi, potong kuku bukan sebarang potongt tapi ada kaedahnya. walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati.

Misalnya potong kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar..seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah. bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih

Akaun google diceroboh dan ditukar pasword

Bahaya bahaya.Sikit lagi tak boleh nak update blog.Semalam email google ima telah diceroboh dan orang tu siap tukar password lagi.Kuang Ajor punya orang.Siapa lah agaknye ye. Apa motif dia buat macam tu.Kalau orang tu boleh tukar password maknanya orang tu tau password lama ima.Tapi siapa ye. Tak pernah bagitau password pada orang lain.Takkan lah orang tu tau melalui laptop ima yang kena curi 2 tahun yang lalu.Sebab kalau laptop lama tu memang save password kat laptop.Tak patut lah sebab dah lama tu. Nasib lah ima letak sekuriti.Kalau ada yang ceroboh atau tkar password, google akan emailkan pada email ima yang lain dan hantar SMS kat fon ima. Ima pun cepat-cepat tukar semua detail.Mujurlah ada verification kod dihantar ke fon ima.Andai la penceroboh tu baca entri ni. ni meh ima nak soud sikit.

WOIIII PENCEROBOH.APE KAU NAK HAH?? TAKYAH NAK GILER SANGAT LAH NAK CEROBOH AKAUN ORANG.TAKDE KEJE LAIN KE?? HAH KALAU TAKDE KEJE SINI AKU BAGI KEJE.LAKI AKU PUN TENGAH CARI PEKERJA NI.BAIK KO CARI KEJA HALAL DAN MENDATANGKAN DUIT DARI KO CEROBOH AKAUN AKU.TAK PASAL-PASAL KO KENA SUMPAH. NGOK!!


Sandwich keju :: Sarapan Pagi::

Assalamualaikum.. Selamat pagi dunia.Alhamdulillah masih bernafas lagi. Terima Kasih Ya Allah. Jom sarapan.Korang sarapan apa? Hihi.Ima & anak sarapan sandwich je pagi ni.Kami sarapan berdua je memandangkan si Ayah masih berkursus.Uwaaaaa.Rindu ngan ayah. Hihi.Malu.Anak pun tak mencari si ayah, mumynya pulak nangis berabis kerinduan.Al maklum lah tak pernah berpisah.Rindu tau..ahaha..


simple recipes

Roti Bantal bakar
Telur goreng separuh masak
Mayonis
Salad
Timun
Kepingan Keju
Pastu pandai-pandailah korang susun dan ngap.hihi.penuh khasiat gitu.

20 February 2013

Everlynn

Assalamualaikum korang. Uishhh, rasa macam nak share je tentang produk Everlynn. Hihi.Mula-mula jadi pengguna. Dah produk memang terbaik, so dah jiwa suka berniaga ima pun gatal lah nak jual.Benda baek, sape tak berani jual kan.hikhik.Korang nak try tak produk ni? Kalau nak try boleh la inbox ima kat fb ni. Everlynn ni sebenarnya bukan skin care je tapi ada barang make up dan supplement.EVERLYNN dihasilkan daripada formula Perancis & Switzerland dengan menggunakan tumbuhan – tumbuhan, buah-buahan dan sumber semulajadi di dasar lautan.Bau pun wangi tau/ Salah satu yang paling ima suka ialah Day cream.Memang terbaeek lah bagi wanita pemalas nak makeup macam ima ni.Just pakai cream tu.tak payah nak tepek bedak.dah siap.boleh keluar dah.hihi.

Cantik tak ima lepas pakai Everlynn??
Haha.Perasantan je...Ini model Everlynn la..hikhik






Ini baru ima.. Sebelah kiri masa malas nak pakai apa-apa kat muka tu.Sebelah kanan pakai Day cream Everlynn. Boleh je ima temberang dengan adik ima yang kian gelap kerana latihan PLKN.haha.Kakak yang jahat.

Bila si Ayah Breastfeeding kan Anak

Sebelumnya Ampun tuan punya gambar.Saya ambik kat Fb tadi.Tak tau siapa punya. Maaf sangat-sangat ye..hihi. Inilah yang dikatakan kasih Ayah.Sekurang-kurangnya berusaha untuk menjaga dan menyusukan anak bukannye marah tak tentu pasal dan putus asa..Tabik dengan ayah budak ni.


Wah.Kelas ko pencuri.Main Sihir gitu

SIBU: Seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa pukau selepas kehilangan seutas jam tangan dan dompetnya ketika sedang tidur di dalam kere­tanya di Jalan Pahlawan, di sini malam Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 9 malam, mangsa berusia dalam lingkungan 50-an sedang menunggu ketibaan abangnya dari Kuching di Terminal Bas, di sini apabila dia menyedari jam tangan dan dompetnya hilang.
 
Menurut laporan, mangsa dikatakan tertidur di dalam kereta difahamkan tidak men­gunci pintu keretanya.
Mangsa juga memberitahu bahawa dia terasa ada orang membisikkan sesuatu ke tel­inganya semasa sedang tidur, tetapi tidak terdaya berbuat apa-apa ketika itu.

Apabila pengadu terban­gun setengah jam kemudian, dia mendapati jam tangan bernilai RM400 dan dompet yang disimpan di dalam laci keretanya mengandungi wang tunai lebih RM100, kad ATM bank dan kad pengenalan serta lesen pemandu telah dilesapkan.
Pengadu diiringi oleh ister­inya membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada keesokan harinya.


:: Sumber--> Utusan Borneo ::

Kelas kau pencuri/perompak.Zaman moden, senang-senang je pencuri sekarang ni.Main sihir & pukau pulak. Kita terpaksa lah double triple hati-hati dan sentiasa memohon padaNYA agar sentiasa dilindungi dan dijauhkan dari perkara-perkara macam ni.Nasib tak rompak kereta sekali.

19 February 2013

Doa Yang Harus Diamalkan Ketika BAyi Dalam Kandungan

 ♥ Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ♥

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudahdan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Lelaki Mempunyai 2 Wajah

Lelaki ini bernama Edward Mordake dan dia mempunyai keistimewaan yang sangat luar biasa iaitu memiliki dua wajah. Satu pada bahagian depan yang benar-benar berfungsi sebagai wajah manusia sempurna manakala pada bahagian belakang pula hanya mampu tersenyum. Edward Mordake yang hidup pada abad ke-19, dilahirkan dalam sebuah keluarga bangsawan Inggeris. Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan mendidiknya dengan penuh kasih sayang. Namun, apa yang merunsingkan keluarganya apabila mereka tidak dapat merawat Edward dengan baik kerana ketiadaan alatan pembedahan yang canggih yang membuang wajah keduanya itu. Edward sebenarnya mempunyai wajah yang tampan dan keperbadian mulia, namun ketampanan itu hanya dilihat dari depan, apabila dia memusingkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan akan kelihatan. Sementara itu, beberapa kisah ada menyebutkan yang wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama. Cerita lain pula mengatakan wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang selalu memanggil syaitan dan kejahatan. Oleh kerana terlalu banyak sangat kata-kata negatif, Edward dikatakan tertekan. Akhirnya Edward tidak tahan lagi untuk mengharungi kehidupannya lantas membuat keputusan dengan membunuh diri pada usia 23 tahun. Sumber: Newshub

Bayi didera pembantu rumah?Apa anda lakukan bila berlaku pada diri anda?

Sakit rasa hati ni bila tengok rakanman bayi lelaki berusia empat bulan yang menjadi mangsa dera pembantu rumah indon tu.Rasa sakit hati yang tak tertahan. Turun naik nafas ima tengok. Terasa betul-betul benda tu dilakukan pada anak sendiri.Rasa marah yang amat sangat. Tak dapat ima gambarkan rasa marah ni.Kalau lah benda tu berlaku pada anak ima, ima rasa iman ima pun boleh hilang 100%. Mungkin ima sendiri yang cacatkan amah betina tu.Moga dijauhkan dari keluarga ima. Sayu hati tengok gambar bayi tu sekarang.Sekarang bayi tu tak aktif dan kurang bergerak kan.YA Allah.Moga kau berikan semula kesihatan bayi itu dan berilah balasan cash yang setimpal pada amah betina tu..Dengan kuasa MU jua Ya allah, tabahkan lah hati keluarga bayi ni.
selalu dengar berita macam ni ima memang taknak tengok.entah kenapa semalam terbuka hati ima nak tengok video tu sampai habis.



Perkara macam ni lah yang membuatkan ima sanggup berhenti kerja demi menjaga anak ima sendiri. Walaupun ima tau pendapatan suami ima cukup-cukup makan, pakai dan keperluan je.Tapi bagi ima, anak adalah lebih penting.Rezeki tu pasti ada.Ima berniat akan bekerja kembali bila anak ima dah besar dan dah pandai bagitau apa-apa hal. Bukan apa, ima memang jenis yang tak harapkan orang lain untuk jaga anak kecil.Jangankan orang luar, amah indon?? maaf lah ye.keluarga sendiri pun ima tak harap nak jaga anak ima.Cuma seorang je yang ima boleh percaya untuk jaga anak ima iaitu mumy ima sendiri.Itupun ima akan sms setiap masa untuk bertanya keadaan anak ima.Tapi buat masa ni biarlah tak kerja, ima masih mampu cari rezeki melalui bisness online.Takpe income tak banyak.Yang penting ada dan anak ada depan mata. Bukan ima tak percaya pada mumy tapi anak ima ni jenis susah nak makan.So kena rajin setiap masa bagi makan dan masak mcm2 jenis masakan.so dari susah hati masa bekerja lebih baik jaga sendiri.

18 February 2013

Design Tin Coca Cola

Marc Jacobs adalah pengarah yang baru dilantik sebagai Creative Director of Diet Coke. Beliau telah menyuntik sentuhan design pada tin minuman.Cantik tak? 



Remaja tinggalkan nota di resit maybank sebelum gantung diri


 ALOR GAJAH - Seorang remaja sempat meninggalkan nota pada tiga keping resit pengeluaran wang sebelum dia ditemui mati tergantung dalam bilik tidur di rumahnya, dekat Padang Sebang.
 Dalam kejadian kira-kira 11 pagi, Sabtu lalu, Muzaffarabadi Ishak, 23, ditemui ibunya yang berusia 60 tahun dalam keadaan leher terjerut dengan tali yang diikat pada palang kayu.

Sumber berkata, ibu mangsa yang memasuki bilik anaknya tergamam melihat keadaan mangsa yang sudah tergantung dengan lengkap berpakaian.

"Ibu mangsa menjerit sebelum abang mangsa meminta pertolongan daripada jiran untuk membantu menurunkan mangsa.

"Sebaik diturunkan, mereka cuba mengejutkan mangsa yang sudah pucat namun tiada tindak balas diterima," katanya.

Menurutnya, dalam sama sama, abang mangsa menemui tiga keping resit sebuah bank yang tertulis luahan hati mangsa yang dipercayai tulisan mangsa sendiri.

"Mangsa menyatakan hidupnya bosan walaupun masih mempunyai keluarga selain seolah-olah berdepan masalah peribadi sehingga mengakhiri luahannya dengan menyebut berkenaan kematian," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut sumber juga, setengah jam sebelum kejadian, mangsa sempat bersarapan bersama keluarga di rumah dan tidak menunjukkan sebarang sikap mencurigakan.

"Tiada sebarang sikap ditunjukkan mangsa yang hanya bekerja sendiri itu.

"Difahamkan tali yang digunakan mangsa turut disedari beberapa rakannya sudah berada dalam bakul motosikal mangsa sejak tiga bulan lalu dan membawanya ke mana saja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber: Sinar Harian

Isteri Curang ditimpa Bala

SIBU: Gara-gara curang terhadap suami, seorang wanita menerima padah setelah ditipu sebanyak RM3,500 oleh seorang kenalannya melalui laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Mangsa yang berusia 46 tahun dan bekerja sebagai kerani dikatakan berkenalan dengan seorang lelaki warga England sehingga jatuh hati tanpa diketahui oleh suaminya.
Lelaki terbabit difahamkan berjanji akan mengirimkannya beberapa hadiah berupa telefon, iPad, barang kemas, kamera digital, bunga dan coklat sebagai bukti menyayanginya sempena Hari Kekasih yang lalu.
Bagaimanapun, hadiah yang ditunggu-tunggu oleh mangsa itu telah sampai dan ditempatkan oleh Jabatan Kastam di Lapangan Terbang Sibu setelah tiba dari England.

Mangsa mengetahui hadiah itu sudah sampai apabila menerima panggilan daripada pihak yang mengakui dirinya sebagai kakitangan kastam dan memintanya membayar sejumlah RM3,500 untuk proses penghantaran.

Disebabkan terlalu ghairah dan berasa gembira menerima hadiah itu, mangsa tidak berfikir panjang lalu terus mendepositkan wang ke dalam akaun yang diberikan oleh kakitangan kastam terbabit.
Apabila telah mendepositkan wang terbabit, mangsa kemudian menghubungi kakitangan kastam terbabit namun disuruh pula mendepositkan lagi wang sebanyak RM4,000 bagi memenuhi syarat-syarat tertentu.
Selepas itu, baharulah mangsa sedar dia telah ditipu.
Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Sumber: Utusan Borneo
Punya lah pintar perempuan ni.Memalukan kaum isteri je.Memang padan muka lah.Boleh -boleh je dia jatuh cinta kat facebook disaat bergelar seorang isteri?? Kalau wanita bujang mungkin boleh je aku terima.Cinta Muka Buku katanya..Ni seorang isteri.Kalau aku, memang aku malu lah.Dah la curang, kena tipu lagi.Pastu ada hati nak lapor kat polis.Tak ke kena sendiri tu? Nasib rm3,500 je.Kalau 3 juta??Ambik kau.Sila lah ambil sebagai pengajaran ye.

17 February 2013

petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil

 [ Copy & Sharing ]
Dalam rancangan TANYALAH USTAZ.....Ada dikongsikan 1 petua bagaimana untuk mudah mengandung @ hamil.

Kepada yang puas berusaha denggan bermacam-macam cara. Jangan mudah berputus asa.

Cubalah pula petua @ amalan ini....

1. Ambil 4 biji buah kurma...suami genggam 2 biji, isteri genggam 2 biji
2. Kemudian,buang biji kurma tu
3. Blend @ kisarkan kurma tadi bersama dengan susu kambing
4. Minum air campuran kurma dan susu kambing tersebut sorang segelas.
5. Amalkan sekali sahaja dalam seumur hidup.
6. Kemudian, amalkan minum susu kambing setiap hari waktu pagi.

InsyaAllah mujarab. Selamat mencuba.

Kata ustaz tadi, setakat ni, feedback yang dia terima, kebanyakannya dapat zuriat dalam masa setahun.

Cubalah, siapa tahu ada rezeki? Allah jualah yang Maha Menentukan dan Maha Memakbulkan permintaan hamba-hambaNYA...

Sekian, sekadar berkongsi maklumat dan info untuk membantu kawan-kawan yang lain.

Budak ditemui dalam longkang

SIBU: Seorang budak diper­cayai berumur dalam ling­kungan empat hingga lima tahun ditemui berada dalam longkang oleh sepasang suami isteri semasa mereka dalam per­jalanan menunggang motosikal di Jalan Lai Chee, di sini pagi semalam.
Dalam kejadian pada jam 6 pagi itu, pasangan suami isteri berumur dalam lingkungan 40-an terkejut apabila ter­nampak seorang budak kecil berada dalam longkang.


Menurut mereka, paras air longkang tersebut sudah mencecah leher kanak-kanak tersebut menyebabkan pas­angan tersebut tergesa-gesa menyelamatkannya daripada kejadian yang tidak diingin berlaku.
Selepas mengeluarkan kanak-kanak tersebut, mere­ka berhasrat untuk membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah dan memandikan­nya.
Mereka juga telah memberi pakaian bersih dan makanan kepada kanak-kanak tersebut sebelum mengambil kepu­tusan untuk menghantar kanak-kanak itu ke Balai Polis Sentral untuk tindakan selanjutnya.


Keadaan kanak-kanak tersebut kelihatan sihat dan cergas dan enggan bercakap menyebabkan pegawai polis sukar untuk mengenal pasti nama, umur dan ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Difahamkan wajah kanak-kanak tersebut dipercayai peranakan Cina, namun be­lum dapat disahkan.


Sesiapa yang mempunyai kanak-kanak yang hilang dikehendaki pergi ke Balai Polis Sentral dengan segera untuk mengenal pasti kanak-kanak tersebut.

Sumber: Utusan Borneo

Ahad

Wehuuuuu...dah berapa hari ima tak update blog.takde idea nak update sebab busy jalankan bisness Sophie. hihi. Alhamdulillah semakin ramai yang berminat bersama ima dalam bisness sophie ni. Tak sangka sambutan pun ok.Sebelum ni pernah jugak ima down sebab macam takde sambutan je.Orang pun macam kedekut je nak bayar yuran rm15/rm16.50 tu.Ima faham.orang sebenarnya dah muak join bisnes macam ni.Mula-mula ima pun sama lah fikir macam tu.Tapi bisness kali ni ima rasa ok lah.Sebab sophie ni produk dia adalah produk fesyen.semua orang suka berfesyen, so bila dah kenal dengan syarikat, dah tau apa sophie jual, orang pun dengan sendiri mencari, mengkaji dan seterusnya menyertai.ahahaha.Korang nak tau lebih lanjut tentang sophie? boleh la inbox ima kat fb ni. Ahahahaha.sebenarnya ima update ni bukan nak cerita pasal sophie.tapi dah tertaip panjang ni, korang baca je lah ye.mana lah tau terbuka hati korang nak join ima sama-sama.hihi

sebenarnya tujuan asal nak update ni ima nak kongsi sesuatu.tentang zaman bercinta dan zaman remaja ima dulu-dulu.hihi.tiba-tiba je kan.Bukan apa.Tengah berkemas tadi, ima terjumpa la surat-surat lama zaman bercinta zaman sekolah dulu.tersenyum, mengalir air mata dan termenung sejenak bila ingatkan kisah cinta dulu-dulu.Bercinta memang indah.tapi saat ada masalah, pelajaran habis terabai. Tapi setiap apa yang berlaku bukan lah untuk dikesali tapi dijadikan pengalaman dan pengajaran. Ima pernah merasa  terluka dalam bercinta. mesti orang lain pun pernah terluka juga kan. Bagi adik-adik yang tengah masih muda dan bercinta bagai nak rak ima nak pesan.cinta bukanlah segalanya disaat umur kita masih muda.betul,best memang best.hati selalu berbunga.Tapi kesan buruk lebih banyak bila kita meningkat dewasa.Menangis lah korang bagai nak putus nyawa sekarang ni.Nanti bila dah fikiran matang, mesti korang menyesal giler-giler ingat semua tu.Takde makna pun sebenarnya.Hanya mainan perasaan.Cara paling baik untu korang kurangkan rasa kecewa dan terluka dalam bercinta, pertama memohon kepadaNYA agar diberi ketenangan hati dan seterusnya, cuba cari dan listkan sebanyak mungkin keburukan dan kesalahan yang dah pernah pasangan korang lakukan.Lepas tu korang baca dan fikirkan.Berbaloi ke aku menangis untuk dia dengan sebegini banyak keburukan dan kesalahan yang dilakukan dengan aku?? hewhewhew. ok. ima dah mula merepek. Takpe la.just share sesuatu yang mungkin berguna untuk sesetengah orang. ;)

14 February 2013

Persembahan artis sabah di majlis PM bersama rakyat

Artis Sabah di Beaufort Sabah Hari ini dimajlis Pemimpin Bersama Rakyat.
Adira, Stacy & Adam

Daging Kuda

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) bagi memastikan skandal daging kuda di
Eropah tidak merebak ke Malaysia.
Timbalan Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata kerjasama itu penting
agar daging yang dibekalkan di pasaran tempatan termasuk produk sejuk beku di
pasar raya besar adalah daging lembu dan bukan daging kuda.
Rohani berkata walaupun pasar raya besar terletak di bawah KPDNKK, namun
sebarang produk daging atau tenusu yang dijual mesti melepasi pemeriksaan MOA
terlebih dahulu.
"Apa-apa produk berasaskan daging dan tenusu kena melalui MOA walaupun ia
jenama pasar raya besar.
"Kita nak jaga pengguna jadi kita bekerjasama rapat dengan MOA untuk membuat
sebarang pengesahan," katanya kepada Bernama.
-- LAGI
ROHANI-KUDA 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Rohani berkata demikian sebagai mengulas skandal daging kuda yang tercetus
di Eropah sejak minggu lepas setelah produk daging yang dilabel sebagai 100
peratus lembu di pasaran Sweden, Perancis dan Britain sebenarnya daging kuda.
Antara produk terlibat ialah "lasagne" dan "spaghetti bolognese" yang
dipasarkan di beberapa pasar raya besar termasuk di Tesco dan Carrefour.
Sementara itu, Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menegaskan
semua produk daging yang dijual di rangkaian pasar rayanya tidak diperoleh dari
negara Eropah, sebaliknya menggunakan lembu tempatan atau diimport dari India
dan Australia.
Jurucakap Tesco Malaysia berkata rangkaian pasar raya itu tidak menjual
sebarang produk daripada pengeluar terlibat.
"Keselamatan dan kualiti makanan (dijual) kami merupakan perkara paling
penting kepada Tesco dan pelanggan kami berhak untuk menjangkakan makanan yang
mereka beli dikeluarkan mengikut standard terbaik.
"Kami tidak akan bertolak ansur terhadap kualiti makanan yang kami jual,"
katanya.
-- BERNAMA

"Wahhh..kena berhati-hati lah kita agar tak termakan daging kuda .eee.. geli pulak. Inilah akibat bila perniaga hanya mementingkan keuntungan tanpa memikirkann pengguna.Langsung tak bertanggungjawab."

11 February 2013

Tawarkan wasiat harta untuk calon isteri

Kajang: “Kalau semua anak dah tak peduli lagi, pak cik nak cari calon isteri. Tak kiralah umur berapa, wanita tempatan atau Indonesia, asalkan dia benar-benar ikhlas nak jaga pak cik, cukuplah. Jika sanggup (berkahwin), pak cik akan wasiatkan semua harta, termasuk sebuah banglo di Taman Keramat, kepada bakal isteri.”
Itulah tawaran dibuat Ibrahim Othman, 83, yang bercadang menamatkan zaman dudanya jika menemui calon isteri sesuai yang dapat menjaga makan minumnya.
Nilai tanah dan banglo berkenaan kini dianggarkan antara RM1.5 juta hingga RM1.8 juta.

Ibrahim, bekas pelakon drama radio pada 1970-an hingga 1980-an yang terkenal dengan watak Seman dalam Kebun Pak Awang, menjadi penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia (Fikrah), Sungai Sekamat, di sini, sejak tiga bulan lalu, selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana masalah saraf dan trauma.
Disebabkan tiada seorang pun daripada tujuh anak kandungnya datang menjemput selepas dia dibenarkan keluar dari wad, pengurusan hospital mengambil keputusan menghantarnya ke pusat jagaan itu selepas mendapat persetujuannya. "

Sampainya hati ketujuh-tujuh anak beliau sampai taknak ambil peduli tentang beliau.Tapi ima rasa cara pakcik ni salah lah sebab dia nak cari calon isteri yang ikhlas menjaga dia, so tak payah lah dia  tawarkan nak bagi kesemua harta dia.semua tu boleh dilakukan setelah mendapat isteri yang ikhlas menjaganya.Kalau tak pun, susah susah dah banyak harta, gaji je amah untuk menjaga makan minum beliau.Taku-takut dengan kenyataan beliau yang menawarkan mewariskan harta tu ramaiorang yang akan ambil kesempatan.

10 February 2013

Pahala Ziarah Lebih Besar Dari Ibadah Lain

Assalamualaikum korang semua. Ima nak kongsi sikit ni dari apa yang ima dengar tadi di radio.Ustaz tu punya topik ialah pahala & ziarah. Korang tau tak menziarahi orang lebih besar pahala daripada pahala ibadah lain seperti membaca al-Quran dan berzikir. Walaupun menziarahi orang ni nampak macam takde apa-apa.Just ziarah je kan tapi sebenarnya amat besar pahalanya.Contohnya ialah ziarah orang sakit. Bukan setakat ziarah orang sakit je.ziarah rakan-rakan, jiran, saudara mara dan juga ibu bapa di kampung pun ziarah juga dan dapat pahala. Satu lagi ustaz tu kata, ziarah mertua pun besar pahalanya. Contoh hari raya. Kita balik rumah mertua, pahala kita besar so jangan lah muka monyok kalau turn balik raya rumah mertua.hihi..Tengok tu. Dengan sekadar ziarah je kita dah dapat pahala yang amat besar dari Allah S.W.T.. Mudah kan untuk mendapat pahala, antara lain cara untuk dapat pahala ialah, bersedekah,tak kira lah sepuluhsen pun sedekah juga.senyum pun sedekah juga.pastu berniat yang baik-baik.baru niat kita pasang, kita dah dapat pahala dah. Lagi salah satunya, kita hadiri majlis-majlis ilmu pun dapat pahala.Dengar je apa yang disampaikan dalam majlis ilmu, dapat pahala dah.Menyampaikan ilmu walaupun sedikit pun pahala juga.Mudah kan. So apa kata kita amalkan sikit2 cara untuk dapat pahala ni.LAma-lama banyak lagi perkara baik yang automatik kita lakukan dan dapat pahala kan. Maaf lah kalau cara penyampaian ima ni salah.hihi. Semoga dapat sedikit ilmu dari apa yang ima kongsikan ni. ;)

08 February 2013

Usus Yang Kotor

 
Just Sharing ;)
Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:
1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon

Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:
1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser

Tak senonoh betul

Cantik ke pakai macam ni??
Hurmmmmm.

07 February 2013

Terlanjur dulu baru hidup bahagia

 Hahaha.Ima yakin orang yang taip status ni mesti budak-budak.Punyalah bijak dia buat kesimpulan tentang cerita Setia Hujung Nyawa tu.Ramai lah anak gadis yang tengok cerita ni.Mak gadis pun tengok kot.Ima adalah jugak tengok 2 3 episod cerita ni.Taklah kemaruk sangat tunggu hari-hari depan tv.Takde nak komen apa lah kan.Ima ni jenis yang menerima apa jua jenis filem.filem mela
yu ke, cina ke, india ke, korea ke, jepun ke, cartoon ke. apa-apa pun layan je kalau time tengok.Tapi ima memang jenis jarang tengok tv.Sebab kalau ada masa ima lebihkan pada menghadap laptop.
Okeh berbalik pada status kat atas ni.Adik-adik, tengok tu tengok juga. Sweet tu sweet la juga tapi jangan nak lebih sangat lah. Tak salah tengok tapi pandai-pandailah.Apa yang baik, jadikan panduan.Yang tak baik jadikan sempadan dan pengajaran.Kalau ramai lah adik-adik yang berfikiran macam adik kat atas ni, rosaklah minda dan binasalah badan adik-adik.

Tempoh slip penebusan Rebat rm200 dipanjangkan kepada 3 bulan

 
Alhamdulillah.Dipanjangkan juga tempoh slip penebusan rebat rm200 untuk telefon pintar tu.Klau tak, memang malas lah nak mendaftar lagi sekali.hihi..Sayang tu kalau tak digunakan.Dah orang bagi, kita ambil je lah.Rezeki jangan ditolak.hihi.. Sebenarnya aku dah awal dah layak terima rebat tu tapi belum lagi menggunakannya.Tunggu lah cukup bajet.Nak juga merasa pakai hp rebat dari PM. Syukur di atas segala nikmat. Korang dah daftar ke? Ala jom la daftar bagi yang layak.Kalau nak, pergi lah laman web SKMM ni. Apa?? Taknak? Taknak sudah.

Tak habis-habis Boyfriend si shilla ni

 
Alahai ape malang lah nasib si Shila Amzah ni.Tak habis-habis lagi rupanya masalah diorang ni. Aku meluat lah sebenarnya dengan perangai buah hati si Shila ni. Aku tak tau lah apa masalah diorang yang sebenar.Tapi kan mamat yang satu ni terlebih over lah.Kisah cinta pun nak pakai Media bagai.Konon dia kata shila bersifat keanak-anakan meminta maaf melalui media.Padahal dia sama je.Artis lah katakan.Artis lain pun bercinta jugak.Taklah kecoh sangat.Semua nak melalui media. Ish, jujur lah, kalau lah aku yang jadi bakal isteri mamat ni, memang aku rasa seram lah.Belum kahwin dah tunjuk sifat x baik terhadap keluarga.Apatah lagi dah kahwin.Silap langkah, jumpa family sendiri pun dia tak bagi.Aku sebenarnya tak lah tau sangat siapa yang memulakan masalah ni dan siapa yang salah sebenarnya.Bapa si Shila ke mamat poyo ni.Tapi walau apa pun, media bukanlah jalan untuk berkomunikasi atau membela diri masing-masing.Jalan terbaik sebenarnya ialah berdepan. Maaf lah ye pada peminat mamat tu.Ini hanya pendapat peribadi aku. Apa pun, semoga dibukakan lah pintu hati mamat ni untuk insaf dan berubah.Korang jangan lah doakan hubungan mereka tak kekal.Doakan saja agar mereka menemui jalan penyelesaian.Amin.

06 February 2013

Langkah pemakaian Red lipstick

RIMAS!!

RIMAS!!! 
SAKIT HATI SANGAT!!

04 February 2013

Ayam Payu Song


Aku ingat apa benda lah ayam payu yang budak ni sebut.Nasib aku tak lambat sangat tangkap apa maksudnya.Rupanya nyayi im4u..hahaha

01 February 2013

NuffnangX Conversations

iMa nak kongsi sedikit info kat rakan-rakan blogger yang belum tau ni.Kalau yang dah tau takpe.andai info ima ni salah sila tegur ye.Macam ni. Sekarang ni ramai blogger yang gunakan NuffnangX Conversation kan.So bila dah guna Conversation ni,automatik ruang komen untuk komen dibahagian komen memag takde.So kalau nak komen entri kena lah komen guna NuffnangX Conversations ni.Cuba tengok gambar kat bawah ni.Ni contoh.

Kalau korang komen tanpa pastekan link pada komen tu, ima tak boleh nak kunjung balik blog korang. Oleh itu korang kena buat satu akaun NuffnangX bagi yang belum ada.Kalau belum ada sila register kat web NuffnangX. Bukan setakat dafar je tau.Selepas daftar korang kenalah Update profil korang dan claim blog korang.
 Update setting korang yang berada di sebelah kiri.

 Selepas tu, klik bahagian claim blog dan ikut step yang diberikan.


Amat penting tau nkorang kena claim blog korang.Kalau tak, bila rakan lain klik nama korang, dorang takkan jumpa blog korang macam gambar di bawah ni.Korang akan jadi cik Anon pulak.hihi

Amat Penting claim blog supaya rakan blog lain boleh jumpa blog korang macam ni. Tengok gambar kat bawah.


Korng faham tak apa yang ima cuba sampaikan? Maaf lah sebab ima tak berapa pandai nak menerangkan.Tapi korang try la.cuba search2 atau tanya blogger lain yang pandai.Kalau tak pun boleh Inbox ima kat facebook.Insyallah ima reply.

Alhamdulillah.Nuffnang dah Kembalikan Status

Alhamdulillah.Status glitterati ima dah dikembalikan.Dengan ini ima diterima kembali masuk club glitterati.hihi.. Kecoh je kan.Bukan apa.semalam ima perasan tiba-tiba status ima kat Nuffnang ni jadi Non-Gliterati.Padahal takde la ima langgar mana-mana peraturan diorang.Baca kat Sini. Tapi ima yakin, hanya kesalahan teknikal je.hihi..Lepas tu ima pastekan lah link tu kat page Nuffnang kat facebook.So admin tu suruh ima hantar ticket kat nuffnang.So ima pun ikut lah seperti yang disuruh.


Tengok ni semalam jadi Non-Gliterati



Lepas je ima hantar ticket kat Nuffnang, diorang pun reply.Serius memamng ima kurang faham apa la yang diorang reply ni.Hihi.Cuba korang baca.


Tapiiiiiii.Pagi ni ima check.Tup tup dah dapat status Glitterati Kembali.hihi.Terima Kasih Nuffnang. Nanti bagi BE banyak-banyak lagi ye.


Restauran Bertemakan Barbie Doll

Woooowwww. Sukanya tengok restauran ni.Dah la pink, Tema ala-ala barbie pulak gitu.alahai.Nasib lah kat Taiwan.Kalau kat tempat aku, komfem aku dah berlari ke sana..hihi..Mau tak minat..Alah.cakap banyak pun tak guna.Layan je lah gambar ni.
Restauran ni adalah restauran pertama di dunia yang bertemakan barbie Doll tau.Dari segi hiasan, latar belakang, kaunter,meja, kerusi dan termasuk pelayan-pelayan nya sekali berpakaian ala barbie.