Sponser By

Followers

Iklan

31 January 2013

Nuffnang lucutkan keahlian Glitterati

Uwaaaaaaaa..Siapa tau kenapa status Glitterati ima kat Nuffnang bertukar jadi Non-Glitterati secara tiba-tiba? Masalah teknikal ke apa ye? Padahal ima tak langgar pun peraturan club Glitterati sehingga dilucutkan dari jadi ahli Glitterati.uwaaa..Jahatnye...
 
 
 

Subhanallah!! tidak terbakar walaupun benda lain habis terbakar

Subhanallah ! Korang lihat lah betapa besarnya kuasa Allah S.w.t..Al Quran ni tidak terbakar walaupun benda lain hangus dalam kebakaran.
 
 

30 January 2013

Luxury Silver Watch

Luxury Silver Super Pink.Cantik tak jam ni korang? Ima boleh jadi tak tentu arah kalau nampak benda pink ni.alahai..kena beli ni satu..

Gajah Mati Keracunan Racun Tikus



Kat Sabah baru-baru ni telah ditemui beberapa ekor gajah yang mati bergelimpangan yang disyaki telah keracunan oleh racun tikus.Namun masih dalam siasatan.Macam mana boleh keracunan ye. Kalau semua ni adalah perbuatan sengaja dari pihak yang tak bertanggungjawab, memang tak tak berperikemanusiaan betul lah orang tu.Sedangkan anak aku yg kecik ni nampak gambar ni pun ada perasaan kesian ini kan kita yang cukup akal ni.Semoga siasatan berjalan dengan lancar dan orang yang bertanggungjawab dapat dihadapkan ke muka pengadilan.Juga telah diemui seekor anak gajah yang masih hidup juga didapati telah keracunan kerana menyusu ibunya.Namun sekarang anak jagah ni telah di tempatkan di Lok Kawi.Kalau korang berkunjung ke sana boleh la lawat anak gajah ni.Telah difahamkan juga mereka menemui anak gajah ni sedang cuba membangunkan ibunya yang telah mati.Kesian kan..Sedih tengok gambar ni.

29 January 2013

Perbezaan cheongsam dulu dan kini

Haa, amat ketara kan perbezaan dulu dan sekarang.semua dah berubah dari segala segi.Kali ni nak kongsi gambar perbezaan antara cheongsam dulu dan kini.memang amat berbeza.

Dulu.....






Kini....




Cadangan Gift

Assalamualaikum semua..Ada tak yang bercadang nak bertunang/ pada bulan ni atau cadang nak bagi hadiah pada isteri, mak, kakak atau kawan? Korang takde idea nak bagi apa? Haa, ni ima nak cadangkan korang bagi jam yang mempunyai 66 style ni.Ini produk keluaran sophie tau.Sesiapa berminat boleh komen je kat sini.Ima boleh bagi diskaun pada pembaca entri ima.okeyyy .. :)


27 January 2013

1st booth

Assalamualaikum!! hihi.kelmarin 26 januari 2013 adalah 1st booth yang pernah aku buat. Tak lah gempak sangat tapi amat memberi satu pengalaman yang berharga.Ye la.aku ni kan surirumah tangga sepenuh masa.kena la rajin mencuba apa jua cara untuk tambah pengalaman bagi menambah pendapatan.ye tak? hikhik.Mujurlah ada akak ni yang sudi beri tunjuk ajar dan sudi support habis-habisan.Padahal aku baru je kenal dengan akak tu.Akak ni  la owner BC [business centre] Sophie paris sandakan sabah.Aku suka dengan akak ni sebab dia amat meminati bisness dan tak janggal nak buka booth ni semua padahal akak ni suami isteri ada kerjaya yang pendapatannya amat cukup sekali untuk mereka.Namun mereka tak sombong dan tak malu-malu nak berbisness dan buka booth bersama orang kecil macam aku ni.hihi. Lepas ni next location.Mungkin kah ditempat anda? Jom la kita jadi satu group.Nanti kita buat booth sama-sama.hihi. Opss.sebelum terlupa nak bagitau ni. aku ada beberapa lagi kalender sophie. Kira nak bagi free gift kepada sesiapa yang signup jadi ahli sophie.Kalau nak, just add & inbox aku kat fb  ima salsuzaima. ye.








Ulat dalam batang kangkung


Ada tak sesiapa yang suka makan sayur kangkung? Hati-hati ye kalau makan kangkung.Sila belah dan bersihkan sebersih-bersihnya bersihkan batang kangkung sebelum memasaknya sebab dikhuatiri dalam batang tu ada ulat.Baru-baru ni ima ada terbaca satu artikel berlaku di indonesia.Apa yang ima baca, pemuda tu suka makan kangkung.tetapi ibunya tidak membelah batang kangkung sebelum memasak.dan mengikut cerita, ulat yang ada dalam kangkung tu tak mati masa dimasak dan hidup di dalam tubuh pemuda berkenaan.Ima tak pasti la cerita ni betul ke tak tapi apa salhnya anggap betul je supaya kita lebih berhati-hati sebab ada benarnya pesanan ni.Walaupun ulat tu tak hidup, sanggup ke korang makan ulat ..yakkkkzzz..taknak lah ..

26 January 2013

Statement dari jurufoto Liyana Jasmay tentang isu foto pre wedding yang telah disangkal oleh ibu LJ

Statement dari jurufoto Liyana Jasmay tentang isu foto pre wedding yang telah disangkal oleh ibu LJ

[statement dicopy dari page Saiful Nang ]

“KENYATAAN KHAS – ISU LIYANA JASMAY
Respon saya : Betul ke makcikkk?? Atau kerana saya tak beri hak ekslusif tu kepada wartawan BH kegemaran Makcik Si Jaydee tu? Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013? (belum kahwin lagipun tarikh tu) Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri? Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tak pernah diberitahu dan tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif BPop
Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini.
BIAR SAYA CERITA DARI MULA…
Saya ingin mudahkan ceritanya. Kurang 3 hari dari 14 Januari (tarikh pra-perkahwinan) itu, Izuan Mokhtar yang menguruskan wedding LJ menguhubungi saya dan bertanya jika berminat untuk penajaan fotografi. Setelah melihat jadual saya nyatakan saya akan ke Mekah pada tarikh itu. Walaubagaimanapun beliau menyatakan tentang sessi pra perkahwinan dan saya jawap yang itu boleh dijalankan kerana masih sempat untuk dilakukan. Semuanya melalui telefon dan Izuan sendiri berkata akan meminta Liyana sendiri menghubungi saya tetapi hingga ke hari pengambaran masih tiada panggilan (Izuan tidak beri nombor Liyana kepada saya).
Kami satu pasukan CandidSyndrome pergi ke sana dengan call time pada jam 9 pagi. Kami tiba tepat pada masanya di Hyatt Kuantan. Tetapi Liyana hanya tiba jam 1 petang dengan alasan yang dinyatakan oleh Izuan Mokhtar kerana “overslept”. Beliau sampai tanpa kesal dan tanpa maaf terus sahaja berlalu. Pengambaran dilakukan bermula jam 5 petang.
Mungkin umum kenal gaya CandidSyndrome yang tidak mengambil foto pra-perkahwinan yang intim. Disebabkan terlalu penat menunggu dan semua pra-visual yang kami sediakan tidak boleh digunakan disebabkan kesuntukan masa yang hanya membenarkan pengambaran dilakukan hanya disekitar kawasan hotel sahaja, maka kami hanya mengambar mengikut flow dengan kurang intervensi dalam pengaturan gaya. Apa mereka pose kami shoot. Kerja kami hanya mendapatkan detik yang terbaik. Itu juga adalah permintaan LJ sendiri kerana Fathuddin digambarkan orang yang sangat pemalu untuk posing. Ia melanggar prinsip saya sebab itu saya sendiri tidak publish foto-foto intim mereka itu di facebook saya (pernah cuba sekali, terus kena hentam. Saya pun remove terus untuk jaga airmuka LJ dan keluarga juga tidak mau cacatkan prinsip saya sendiri)
Sehingga habis pengambaran, TIADA TERMS & CONDITION kami yang mereka setujui dan tiada T&C mereka yang telah diberitahu kepada kami. Malah semua email perhubungan saya dengan pihak mereka melalui Izuan Mokhtar juga terus dengan LJ juga tidak pernah dibalas. Kami di CandidSyndrome International memang mengamalkan sistem semuanya perlu dituliskan agar tidak menjadi kekeliruan pada masa mendatang. Tetapi mereka tidak respon dan masa juga semakin singkat. Mudah kata, semua tu berlaku macam kawan-kawan pergi shoot sama-sama. Tak ada apa-apa yang mereka mahu jadikannya saksi bertulis walaupun sekadar email.
Hak foto adalah milik fotografer (selagi tidak dipindah hak dengan pembayaran atau klausa tertentu yang dipersetuji secara bertulis dan berbukti) dan hak penerbitan masih pada muka mereka. Bermakna, kami berkongsi hak kerana kami menaja. Maka kami tidak setuju dengan hak ekslusif yang diberi kepada BH TANPA ADA PENGATURAN ROI (Return of Investment). Kami minta kepada BH menerusi wartawannya Jaydee (Zaidi) untuk memberikan kami beberapa artikel kepada syarikat kami, tetapi beliau tidak mengendahkan langsung email itu sehingga hari dateline. Pada hari dateline beliau cuba kacau saya untuk dapatkan foto-foto itu dari saya dan apabila tak dapat, habis semua mak, ayah, liyana, kakak liyana, izuan semuanya dihubungi.
Saya berdiri tetap dengan pendirian saya, dah lah saya hanya boleh ambil untuk pra-perkahwinan sahaja dan semasa perkahwinan mereka saya sudah ada urusan satu lagi perkahwinan yang akan berlangsung di Mekah. Jika mereka pada mulanya suka akan foto-foto yang kami ambil, kemudiannya mereka mahukan hak foto itu sehingga kami tinggal tiada apa-apa yang boleh diharap untuk membalas semula penajaan itu.
Begini mudahnya, bila semua foto nak diberi kepada BH secara EKSLUSIF dan tiada yang lain boleh dapat DAN BH tidak mahu memberikan kami publisiti, di manakah mahu kami perolehi pulangan penajaan?
Pada 17 Januari lalu saya menghubungi seorang Penolong Editor di sebuah akhbar lain yang kemudiannya terus mengatakan “Yes, kami akan berikan publisiti kepada anda, lebih dari yang anda minta” jika kami bekerjasama dengan mereka untuk foto-foto itu. Ikutkan ranking akhbar, saya lebih suka pilihan ini.
Sepanjang perkahwinan selebriti yang kami buat sebelum ini dari Ning Baizura, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Awal & Scha dan lain-lain semuanya berurusan secara yang mudah. Kami ambil foto, dan wartawan yang mahu akan hubungi kami dan kami respon dalam masa kurang 4 jam mereka dah dapat foto yang diminta. Dalam masa yang sama kami juga dapat publisiti yang diminta. Tahu tahulah, fotografer dan video ni biasa mana sebut sangat dalam kredit pun. Kalau Wedding planner dapat 3 perenggan, designer dapat 2 perenggan, juruseolek pun dapat 1 perenggan, kami-kami ni biasa dapat kredit kecil yang satu ayat seperti “fotografi dijalankan oleh candidsydrom” (siap salah eja lagi selalunya).
Pada malam yang sama, 17 Januari, Izuan menelefon saya dan menyampaikan satu pesanan yang saya anggap angkuh yang kurang lebih berbunyi
“Kalau susah sangat berurusan dengan Saiful Nang dan CandidSyndrome ni, tanya dia berapa fees dia haritu, kita bayar sahaja…senang cerita”
Lalu saya jawap kepada Izuan, “Jangan ingat duit boleh beli hormat. Jangan cakap tentang duit dengan saya kerana saya tahu mereka bukan dalam golongan pelanggan saya”.
Izuan tetap mahukannya lalu saya mengarahkan pejabat saya, Azman Salikin untuk membuat sebutharga seperti biasa. Pada keesokannya 18 Januari Izuan menelefon saya dan menyatakan
“Liyana kata sampai sini sahaja, dan kami tak berhajat untuk teruskan dengan CandidSyndrome dengan HARGA YANG RIDICULOUS”.
Saya senyum dan saya katakan kepada Izuan, bukankah saya dah beritahu Liyana bukan dalam kalangan pelanggan saya (Saiful Nang) kerana khidmat Saiful Nang tak sama dengan team CandidSyndrome. Jika seharian pengambaran dengan saya dengan caj RM12,000 dikatakan ridiculous, saya hanya ulang kata kepada Izuan “Saya dah kata, jangan main soal duit dengan saya, saya tahu siapa pelanggan saya dan saya pilih pelanggan juga. Saya pernah tolak tawaran kerja puluhan ribu ringgit dari jutawan ternama yang tidak pandai hormat kami sebagai manusia, maka jangan sekali-kali main harga diri kami dengan harga dalam ringgit”.
Hari berikutnya, Izuan menghubungi saya semula, katanya kalau saya nak publish semua itu hak saya tapi semuanya sampai di sini sahaja. Kerana foto itu juga akan digunakan oleh BH. Akhirnya BH dapat juga jadi yang PERTAMA publish foto itu. Menanglah sudah perjuangan Jaydee yang berjaya memporakperandakan hubungan yang awalnya baik, kerja kami juga mereka sukai. HANYA KERANA KAMI TIDAK MAHU MEMBERIKAN HAK EKSLUSIF KEPADA BH SAHAJA (kerana kami tidak diberitahu sebelum pengambaran tentang itu dan juga BH tidak mahu memberikan pulangan publisiti kepada kami) HABIS SEMUA yang awalnya elok dan hujungnya bengkok.
Kecoh dengan perkara itu, saya tanyakan kepada Izuan MENGAPAKAH LIYANA DAN KELUARGANYA TIDAK PERNAH MAHU MENELEFON SAYA?
Diberi kepada saya gambaran dari Izuan, mereka ini telahpun mempercayai semua yang Wartawan Hiburan BH, Si Jaydee itu katakan. Maka semua hasil buat kami masuk longkang tanpa saya mampu menyatakan cerita ini LANGSUNG kepada Liyana. Hingga hari ini pun saya tidak mahu bercerita kepada umum tentang ini, tetapi apabila Makcik dah mula bagi statement, saya pun bagilah juga statement ni.
Manalah tidak sentap, mereka lari dari berhubung dengan saya. Minta no telefon dari Izuan pun tak dapat. Macammana masalah kecil macam ni boleh diselesaikan dengan cara pengantara. Jadinya macam sekarang ni lah, masalah tak selesai tapi dah mula kecoh belakang-belakang.
Takkan kerana hangit orang hentam anak pegang-pegang dalam pra-perkahwinan jadi isu besar pasal masuk dalam blog tapi dalam newspaper boleh pun.
Kepada newspaper, blogger hiburan silalah ambil cerita ini kalau sudi ye. Saya ni bukan Artis glemer, kalau saya bersuarapun bukannya orang nak pandang. Tapi kalau anda pandang, saya suka dengan anda kerana terbukti anda memberikan LAPORAN TELUS ;)
Kepada Izuan, anda seorang yang sangat professional. Saya selesa bekerja bersama Izuan. Cuma saya yakin Izuan juga ada masalah kerana beliau menerima arahan dari RAMAAAAIIIII BOSS di belakangnya.
Saya minta keluarga Liyana tidak teruskan melatah dan sila jangan jawap lagi isu ini. Saya pelawa untuk telefon saya kerana saya tak boleh telefon anda. Selesaikan cara baik, pasti ada jalan.
SAIFUL NANG
Pengasas
CandidSyndrome International
CandidSyndrome.Com”

25 January 2013

Berhati-hati ketika makan diluar




Sekadar sharing & caring.hewhew..sekadar mengingatkan antara kita.Mungkin tengahari ni ramai yang makan kat luar kan.So kena hati-hati tau takut makanan yang kita pesan tu ada yang dicemari telur lalat.Nanti tak pasal-pasal sakit perut.Tapi sebenarnya bukan setakat makan kat luar je boleh jumpa benda-benda ni.kat rumah sendiri pun boleh terkena.Memang kohaja betul lah lalat tu kan.hihi..Happy fiday all.

Telur Sotong



Wah.Serius.aku baru pertama kali tengok telur sotong.Nampak betul walaupun dah 22 tahun hidup masih banyak lagi benda kat dunia ni yang aku tak kenal.Comel je kan anak sotong tu.kalau la boleh pelihara.hihi

24 January 2013

My Fashion My Business



Sophie Paris Brand.. Pernah dengar atau baca brand yang tengah hangat di Malaysia sekarang ni? Aku yakin mesto korang pernah dengar tapi korang tak berapa yakin kan.Biar aku cerita serba sedikit tentang brand ni. Sophie paris ialah sebuah syarikat yang telah dilancarkan secara rasmi pada Januari 2012.Ia adalah syarikat jualan langsung fesyen Asia terbesar.








Antara Produk yang dikeluarkan oleh Sophie Paris ialah handbag, dompet, jam tangan, aksesori, tali pinggang, penjagaan peribadi,produk penjagaan kulit , produk kecantikan, pakaian, pakaian dalam, kasut dan sebagainya.Sophie Paris mengeluarkan produk fesyen rekaan prancis terkini dan mengeluarkan rekaan baru setiap 45 hari.

Sesuai dengan Tag line Sophie iaitu My Fesyen My Business, Sophie memberi peluang kepada penduduk Malaysia yang berminat dalam bidang perniagaan untuk menjadi ahli sophie dan menjana pendapatan melalui penjualan produknya hanya dengan Rm15 bagi semenanjung dan Rm16.50 bagi sabah/sarawak.

Antara Kelebihan Ahli Sophie ialah
Sophie akan menyediakan Program Latihan untuk membantu ahli untuk memperoleh kemahiran perniagaan yang penting untuk membantu ahli dalam mengembangkan perniagaan ahli.
Sesi latihan dibahagikan kepada empat kategori.
1. Kategori 1: Sophie Mesyuarat Penyelesaian
2. Kategori 2: Latihan Pengenalan
3. Kategori 3: Latihan Kepimpinan
4. Kategori 4: Latihan Kecantikan


Selain itu Ahli akan mendapat diskaun sebanyak 20% dengan setiap pembelian produk.Banyak lagi kelebihan menyertai Sophie.Kalau korang berminat boleh la inbox aku kat fb Ima Salsuzaima.


Rahmat Maulidur Rasul


Assalamualaikum semuanya.Mesti masing-masing dah balik dari perarakan Maulidur Rasul tadi kan.Ima pun pergi juga tadi tapi tak ikut baris.Tengok je memandangkan tak larat nak menggendong budak kecik tapi cukup berat untuk digendong tu. Hari ni betul-betul rahmat bagi ima dan mungkin bagi penduduk pekan Lawas ni juga.Setelah seminggu lebih takde air, hari ni dah ada air.Pagi-pagi tadi pulak dah hujan so cuaca tak panas sangat dan amat memudahkan penduduk Lawas untuk berarak sambil melaungkan selawat  ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tapi entah kenapa ye tahun ni aku rasa sayu sangat perarakan dan dengar laungan selawat tu.Tak habis-habis aku kaver air mata.Terasa  kecil sangat dunia ni bila semua umat islam dan bukan islam kat pekan Lawas ni berkumpul dan turut berarak tadi. Yb kami yang bukan beragama islam juga turut berarak tadi.Terharu bila tengok.

23 January 2013

Lawas Sarawak Sengsara Tanpa Air


Kini baru aku tau macam mana sengsaranya tiada bekalan air dalam menjalani kehidupan sehari-hari.Ya Allah.Kuatkan lah hati kami semua. Masuk hari ni dah 3-4 hari tiada bekalan air di pekan Lawas Sarawak iaitu tempat lahir dan tinggalku.Tapi bagi kampung tempat aku tinggal dah dekat seminggu lebih takde bekalan air sebab pam rosak dan kontarktor yang bertanggungjawab membaiki dan mengganti pam tu terkena demam denggi lah pulak. Ya Allah.Pada sesiapa yang mengalami keadaan ni je yang faham perasaan penduduk Lawas saat ni.Segala-galanya susah bagi kami sekarang ni.Pakaian berbakul-bakul tak cuci, Air minum hampir habis, Air mandi apatah lagi.Air tangki pun dah surut sangat.Nak buang air besar pun sekarang ni kena tunggu betul-betul tak boleh tahan. Sengsara sangat rasa lebih-lebih ada anak kecil kat rumah.Pinggan mangkuk semua tu aku macam tak yakin je bersih sebab air yang ada kena jimat guna.Aku tengok ramai dah yang merungut kat fb.Ada juga yang libatkan politik dalam masalah ni.hurm, tak habis-habis nak cakap pasal politik.Ngade betul lah.Rimas! Korang-korang yang baca entri ni, tolong doakan masalah ni cepat selesai ye.jasa baik anda amat dihargai.huhu.Terima Kasih.

Pemandangan Pekan Lawas Diwaktu Malam

Udang Thai hot & sour




Bahan A

    3 ulas Bawang putih, dicincang kasar
    Seulas bawang merah besar, dihiris bentuk cincin
     Garam, secukup  rasa
    1 sudu teh Gula
    Cili padi, potong  kecil-kecil
    3 batang selasih Thai,
    1 sudu besar minyak masak
    300 g Udang sederhana
    1 kiub stock ikan bilis

 
Bahan B

    1 sudu besar Air
    1 sudu besar jus limau
    1 sudu besar MAGGI CUKUP RASA All-In-One Seasoning

[Gaulkan semua bahan B dalam mangkuk kecil]

  •  Buang kepala udang,dan tinggalkan kulit sehingge bahagian ekor.Buangkan juga urat hitam yang berada dibelakang udang.. Basuh dan keringkan.
  • Perap udang dengan cube ikan bilis dan gula selama 15 - 20 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, tambah bwang besar yang dipotong cincin tadi dan goreng sehingga lembut. Tambah cili, bahan-bahan B dan udang. goreng selama kira-kira 5 minit atau sehingga udang dimasak.
  • Tambah daun selasih Thai, goreng selama 1 minit,
  • Sedia dihidangkan.

22 January 2013

Sembahyang menghadap kiblat salah

MELAKA TENGAH - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di sini dikesan melakukan kesalahan dalam penetapan arah kiblat.
Imam satu Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kesalahan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar yang sepatutnya mencondong ke kiri berlaku sepanjang usia masjid itu.


Menurutnya, ia mula dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan, sekali gus mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).
“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid mula dibina sejak tahun 1940-an.

Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.

“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.

“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya.

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.

Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.

“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.

“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,” katanya.

Roti Milo Tabur ::sarapan pagi::

Assalamualaikum & Morning world..chewah.bajet seluruh dunia baca apa aku taip ni.Hihi.. Korang dah sarapan? Mesti sarapan tau.Sarapan kan penting. Tak tau nak sarapan apa? haa, cuba try resepi sarapan simple ni.

Bahan-bahannya ialah
  • Roti Bantal
  • Butter
  • Milo
Letakkan Roti bantal diatas pinggan, oleskan butter dan taburkan milo diatas roti & butter tadi. siap untuk dimakan.Siiaaaappppp...


Sesuai dimakan dengan Milo panas.Yummy..Jemput sarapan ye.:)

Crepe ais krim sos limau

Bahan-Bahan A

250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan/ susu segar dutchlady
100ml air
1/2 sudu kecil garam
  

Bahan-Bahan B

    ½ sudu teh Orange, jangat sahaja, parut
    1 sudu besar Tepung Gandum
    ½ cawan Gula Kastor
    1 sudu besar Mentega
    2 sudu besar Jus Oren
    ¾ cawan Susu Rendah Lemak
    Ais Krim Vanila Secukupnya




Cara-Caranya:
  • Blenderkan atau mixerkan bahan-bahan tadi. Masuk tepung, tuang susu segar dan air. 
  • Pastu masuk telur, garam, dan pewarna. Pastu kacau je bagi sebati.[tapiskan supaya adunan tak menggerutu]
  • -Panaskan non-stick pan dengan api yangperlahan/kecil. 
  • Oleskan sedikit butter pada pan,selepas itu boleh letak adunan tadi. macam buat lempeng.Kalau boleh buat la nipis-nipis.
  • Sementara itu, dalam periuk lain, campurkan semua Bahan B untuk membuat sos. Masak di atas api yang perlahan. Kacau berterusan sehingga sos sedikit pekat. 
  • Letakkan crepe di atas pinggan dan letakkan sos tadi & ais krim perisa vanilla dan lipat crepe tadi menjadi 3 segi lipatan corn.
  • Simpan crepe tadi di dalam freezer sebelum dihidangkan dan anda boleh hiaskan crepe dengan kepingan limau mandarin.

21 January 2013

Penduduk kampung tunjuk hero

SIBU: Tindakan penduduk rumah panjang di kawasan Sepiring, Selangau yang membelasah seorang pengguna jalan raya hingga mati kerana dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan salah seorang daripada mereka (penduduk rumah panjang) disifatkan sebagai jaguh kampung.
Temenggung Sir Adrian Ringgau menyifatkan penduduk di rumah panjang itu hanya menuruti kehendak hati mereka disebabkan perasaan marah yang tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan kematian yang tidak disengajakan.
“Ini merupakan kes yang pertama berlaku di kawasan rumah panjang di negeri ini kalau tidak silap saya.
“Kejadian seumpama ini sering berlaku tetapi tidak membawa kepada kematian. Kes ini amat menyedihkan kerana boleh memberi imej yang tidak baik terhadap penduduk rumah panjang oleh masyarakat lain.
“Sepatutnya individu-individu terbabit membawa orang itu (mangsa) ke balai polis dan menahannya dahulu dan bukannya membelasah mangsa bertubi-tubi hingga mati.
“Mana kita tahu apa cerita sebenarnya di sebalik kejadian kemalangan terbabit.
Jangan bertindak terburu-buru seperti jaguh kampung kerana berasakan diri berada berhampiran dengan rumah panjang sendiri,” katanya di sini semalam.
Adrian memberitahu bahawa masyarakat Iban tidak pernah menggunakan ‘adat bunuh’ terhadap individu yang terlibat dalam kemalangan dengan ahli keluarga mereka jika berlaku di lokasi berhampiran rumah panjang.
“Negara kita mempunyai undang-undang sendiri dan kita sebagai penduduk rumah panjang tidak boleh membuat undang-undang sendiri.
“Jika berlaku kemalangan yang membabitkan penduduk rumah panjang di lokasi berhampiran rumah panjang, sama ada seseorang individu itu didapati melanggar atau sebagainya penduduk rumah panjang sama ada menyebabkan kematian atau tidak, kita tidak boleh membalas balik insiden itu dengan kekerasan.
“Ia hanyalah kemalangan bukannya disengajakan. Ingat, kita mesti profesional dalam menangani masalah sedemikian dan bukannya berfikiran cetek sehingga boleh mengundang diri diheret ke muka pengadilan seperti kes ini,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau turut menasihati para tuai rumah supaya menasihati penduduknya agar tidak mengambil tindakan keras seperti itu yang boleh mencemarkan nama baik penduduk rumah panjang.
“Saya menasihati penduduk di rumah panjang jika berlaku kemalangan seperti itu cuba tahan pemandunya dan serahkannya kepada polis jika didapati bersalah.
“Di samping itu, saya nasihati pengguna jalan raya yang berada di luar sana jika anda tidak sengaja terbabit dalam kemalangan dengan penduduk rumah panjang yang berlaku di lokasi berhampiran rumah panjang supaya beredar dengan pantas menyerah diri ke balai polis terdekat atau meminta pertolongan daripada pengguna jalan yang lalu-lalang.
“Ini akan menyelamatkan anda daripada dibelasah seperti kes itu dan kita tidak mahu ia berulang lagi,” ujarnya.
Pada 17 Januari lalu, seorang pemandu kereta Kancil dipercayai meninggal dunia selepas dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki selepas satu insiden kemalangan di Kilometer 64, di Sepiring, Selangau.
Dalam kejadian pada jam 7 pagi, pemandu yang dikenali sebagai Ting Ing Ming, 60, sedang dalam perjalanan pulang ke Sibu dari Bintulu bersama seorang pekerja lelaki warga Indonesia.
Menurut sumber, kereta Ting dikatakan terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Buyong, 38, seorang penduduk di kawasan berhampiran.
Ting dikatakan telah menghubungi pihak polis Selangau untuk mendapatkan bantuan sebelum sekumpulan lelaki muncul dan mula membelasahnya.
Akibat dibelasah secara beramai-ramai, Ting pengsan dan cedera parah di bahagian muka, kepala dan patah kaki kiri.
Penunggang motosikal yang juga tidak sedarkan diri masih terbaring di tepi jalan dikatakan mengalami luka di dahi dan patah kaki kanannya.
Polis yang tiba di tempat kejadian, menghubungi ambulans untuk menghantar kedua-dua mangsa ke Klinik Kesihatan di Selangau pada jam 10 pagi.
Bagaimanapun, Ting terpaksa dirujuk ke Hospital Sibu kerana keadaannya serius dan masih tidak sedarkan diri.
Pihak hospital mengesahkan Ting meninggal dunia selepas gagal diselamatkan di Unit Kecemasan dan Trauma pada jam 11 pagi pada hari yang sama.

::Sumber utusan borneo::

20 January 2013

Boleh tak aku kata jantan tu bajingan??

Bagi fan Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung ni mesti ada terbaca status cerita yang page ni postkan tadi kan.Boleh tak aku kata lelaki tu bajingan?? maaf lah.Tiada kata yang baik boleh aku labelkan untuk lelaki tu. Andai betul lah cerita ni, mari kita para wanita sama-sama berdoa untuk akak ni agar dia menerima hidayah dan menemui kebahagiaannya.
"Salam,tlg hide nama sy ye admin.sy hanya ingin minta pndangan dr ibu2 skalian.sy tlah brkhwin 3thn yg lalu.kami sgt bhagia spnjg perkahwinan ini shingga la pd wktu sy hamil 8bln.suami brsikap pelik &smbunyikn sgalanye trmasuk hp nye.sbg istri hti sy brasa x sdp sbb tau suami ade wat slh.shingga la pd 1 mse,suami trlantar skit.di wad,sgalanya trbongkar bile sy dpt tau yg die bercinta dgn gadis dr sberang.x perlu la sy bg tau dr negara mne,psti sume dpt mneka.hncur hti sy ble lhat gmbr2 n sms2 ayat cnta.pling skit ble sy tgh jge die yg skit 2,blh lg ber sms ngan pompuan tu.siang mlm sy jge die n bdoa spaya die cpt smbuh tp x dhargai lgsg.dlm keadaan sy tgh sarat lak tu.patut la sblm msk wad tu alasannye busy je manjang,tp busy bwk pompuan tu mlancong n tgk wyg.nafkah sy lgsg diabaikn.kalo mak sy xde,x tau la pe nsib sy sbb suami x blik spanjag die curang tu.oleh sbb x thn dgn sikap suami,sy adukn pd fmily sy n mntua.suami yg mrh brtindak mmukul sy tnpe hraukn sy tgh sarat.bgitu jga smasa dlm pntg,sy dsepak trajang ssuke hti apabila soalkn ttg pompuan tu.akhirnye kdua fmily perang bsr sbb suami putar cerita &fitnah sy pd MIL.kononnye sy yg curang dan bermacam2 tduhan sy dpt dr suami yg sy cintai.MIL pule memaki hamun sy yg sy ni pompuan jht,x hrmat suami &kuat cmburu.kini suami mndengar ckp MIL sy.sy x diizinkan keluar rmh kcuali brsama suami.sy juga x dbenarkn jmpe ibu kndg sy sndiri sbb MIL ckp ibu sy hasut sy mcm2.sdgkn ibu sy bkn mcm tu.fmily sy juga x blh dtg rmh sy.ini buatkn sy sgt tertekan sbb hidup trperuk bgni dgn ank sy.sy hye mampu pndg luar mlalui tgkap je.ape jd kt luar pn sy x tau.nk hrpkn suami bwk keluar pn,die slalu blik lmbt.nsb baik ade hp x drampas jd tiap ari ibu sy akn call tye khabar sy.makanan pn xde nk dimkn.kalau suami x htr,x mkn la sy.oleh sbb stress yg melampau,susu badan lgsg tak turun.ank sy x dpt mrasa susu ibu.trus trg,sy kini tdak bhagia bersama suami.hnya perasaan tkut dan bnci tiap kali tgk muke die.kalau dulu bile dipukul sy tertekan scara fizikal,kini sy tertekan scara mental pula.kalau apa2 jd pada sy,siapa yg akan jge ank sy yg mntah lg tu?family pulak ckp,jgn diam je kalau dsepak trajang lagi,trus pegi mhkamah je.tetapi suami tdk mahu lpskn sy sbb x mahu sy brkahwin lain katenye.sy betul2 buntu.hanya Allah je tmpt mengadu.kini dah 2 hri sy demam teruk &terlantar di katil tp suami lgsg x pedulikan.sy gagahkan juga diri utk bangun & uruskan ank sy tu.maaf lah kalau keluhan sy ni takde kene mengena dgn isu PIICM.tp sy btl2 perlukan pndangan dr ibu2 sekalian.apa yg patut sy lakukan?"

Salah ke Aku Menangis?

Petang ni tiba-tiba je aku rasa sunyi yang amat.Ntah la kan.Perasaan tu tiba-tiba datang.Aku sangat tak suka dengan perasaan ni.Dalam kehidupan ni kan, kenapa ye banyak benda yang kita sukar untuk nyatakan sesuatu sebab atas sesuatu yang berlaku dan banyak benda yang kita tak boleh nak  nyatakan kebenarannya.Sebab tu ada cuma ntah kenapa sukar sangat nak perkatakannya walaupun sekadar untuk mempertahankan diri.Mulut terkunci,tak tau macam mana nak mula dan akhirnya orang lain akan berburuk sangka dengan kita.Susah kan.. Satu lagi,kenapa ye bila orang selalu mengharapkan kita, kita akan cuba yang terbaik untuk membantu.tapi adakalanya disaat kita tak mampu membantu sebab mempunyai masalah tersendiri.Tapi orang lain tak faham dan tak cuba mengerti.Bagi orang lain, kita seharusnya sentiasa boleh diharapkan.Tapi aku hanyalah manusia yang amat biasa..Kalau lah perkataan KALAU tu selalu bisa digunakan. Ya Allah.apa yang aku membebel ni.Aku tak tau nak luahkan macam mana melainkan menangis di dalam hati. :'( Moga Allah sentiasa berikan aku kekuatan untuk hadapi kehidupan ni. Terlalu banyak benda yang tak dapat nak diceritkan melainkan mengatakan tolonglah berikan aku kekuatan.:'(

19 January 2013

Respi Kek Sarang Semut



Bahan-bahan.
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2cmca mentega
Cara-cara menyediakan:
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam”

Isteri Lelaki Itu Sendiri Yang Perlu Pinang Saya

"Isteri Lelaki Itu Sendiri Yang Perlu Pinang Saya, Kata Fara Fauzana - PETALING JAYA : Jika kebanyakan wanita tidak terbuka untuk hidup bermadu tetapi tidak kepada penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana yang bersedia untuk berkongsi suami.
Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu.
“Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya.
“Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran program-program baru slot 9X TV9 di Marche, The Curve, di sini, pada Khamis."





Itulah petikan kata-kata fafau.Kalau diikutkan betul juga kan.xde salahnya kalau jodoh dia dengan suami orang dengan syarat isteri lelaki tu yang datang meminang.So maksudnya kalau dah isteri lelaki tu yang datang meminang memang dipersetujui lah tu kan.Tapi tak pasti lah samaada masih ada wanita macam tu.ada kot 1 dalam 10000.hihi.Apapun kita doakan agar fafau dapat suami yang masih bujang dan bertanggungjawab agar tiada isu yang timbul.

18 January 2013

Makanan Laut yang Membawa Ajal

Okeh.Tajuk tu tak habis lagi ok.biar sambung kat sini.. Makanan laut boleh yang boleh membawa ajal pada masa ini bagi penduduk sabah dan kawasan terdekat kerana pesisir pantai dikawasan ini sekarang mengalami laut merah atau dikenali sebagai Red Tied.


[[Menurut sumber yang aku cari kat internet]]
Sebenarnya ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom.
Oleh itu, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah.
Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya.

Walaubagaimanapun, makanan laut seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.

Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.


So kami yang berdekatan dengan lautan yang mengalami lautan merah ni pun kena elakkan makanan laut ni takut-takut makanan laut tersebut tercemar.Lebih baik mencegah daripada merawat kan..So semenjak dua menjak ni kitaorang memang tak makan ikan lah.Lebih selamat makan telur, ayam, sosej dan makanan selain makanan laut.hihi..

17 January 2013

Cemburu, wanita serang kekasih bekas suami dengan periuk panas

Wah wah..Berlaku di kuching sarawak.Gara-gara cemburu pada kekasih bekas suami wanita ni sanggup menyerang kekasih bekas suami dengan kuali panas.Tak cukup dengan itu, beliau turut memecahkan cermin kereta dan merosakkan barang-barang dalam rumah mangsa.
[Baca Berita Penuh] Hihi.Tak tau nak komen apa.Mungkin dengan cara itu boleh memuaskan hati beliau.Kesian kan kalau kita diceraikan dan tak lama lepas tu bekas suami dah jalinkan hubungan dengan perempuan lain.Tapi tak boleh nak komen lebih lah sebab kita tak tau cerita yang sebenar.kadang-kadang reporter ni bukan betul sangat pun menyampaikan sesuatu cerita.Banyak tokok tambah.

 Sekadar hiasan.hihi

Perasaan Bosan Boleh Mengakibatkan Kegemukan

Percaya tak?? hihi.Sila jangan percaya 100%.Ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata.wakaka..Tapi rasanya ramai akan sokong kenyataan ni.Apa taknya.Boring ada kena mengena dengan makan.So bila boring, takde benda nak buat, pasti sesorang tu akan ambil keputusan untuk makan, makan dan terus makan walaupun sebenarnya tak rasa lapar pun.So disitu dah nampak kenapa boring boleh menyebabkan kegemukan atau kenaikan pangkat.eh salah.Naik berat badan..hihi
Morning semuanya..Have a nice day.. :p

16 January 2013

Jawatan Kosong

Pstttttt korang yang masih mencari kerja yang sesuai, jom kita try isi jawatan kosong ni.

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan tetap secara
atas talian (online) melalui portal Jobsmalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my.

Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
  • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH29
Anggota Kumpulan Pelaksana
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17
  • Pembantu Makmal Gred C17
  • Penyelia Asrama Gred N17
  • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  • Pembantu Pengurusan Murid Gred N17.
Permohonan adalah dibuka sepanjang masa. Urusan pengambilan akan dijalankan berdasarkan maklumat kekosongan jawatan yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Maklumat lanjut iklan dan jawatan sila klik sini

Pap Smear tu sakit ke??

Hihi.Saya terpanggil untuk menjawab soalan ini.Saya ada terbaca kat fb soalan ni. Sebenarnya pap smear ni tak sakit lah.Sikit pun tak sakit.Cuma kena tahan malu lah depan nurse yang buat pemeriksaan tu.Tapi demi kesihatan kita, abaikan je malu tu.Think positif la.Bukan kita sorang je yang buat pap smear.ada berjuta wanita kat luar sana yang pernah buat pap smear.Nurse tu pun dah tak hairan lagi dah sebab memang dah tugas dia.So lepas ni jangan lah takut nak buat pap smear ye.Ye saya faham.mula-mula dulu saya pun sama juga macam korang yang takut tu.Nak buat pap smear selalu tangguh-tangguh.Fikir-fikir balik sampai bila nak tangguh?? Sampai dah ada penyakit baru nak nyesal.So beranikan diri.Rupa-rupanya ianya tak lama dan tak sakit lah.hihihi

3 Langkah pap smear.amat sekejap okey..:)

Masak petai sambil dibantu pembantu cilik

Jom try buat sambal petai ni.Tengahari ni salah satu menu adalah sambal petai special.Kenapa special?? sebab pembantu cilik yang bantu menyediakan.hihi...




Kenalkan pembantu cilik aku..hihi

Mula-mula, kupas kulit petai..

Sediakan bahan-bahan seperti bawang, cili,dan salai tahai.

Ditumbuk semua bahan-bahan tadi..

Panaskan kuali dan minyak.Gaulkan petai dan bahan-bahan tadi diatas kuali.tambah sedikit garam & ajinamoto. SIAP!!!

Simple tapi yummy..hihi..selamat menjamu selera.Korang makan apa tengahari ni??