Sponser By

Followers

Iklan

21 December 2013

Terima Kasih

Assalamualaikum..

Di entri yang lepas ima ada buat entri mohon kutipan derma dari rakan-rakan blogger untuk biaya nenek ima ke doktor pakar kan.Alhamdulillah.Walaupun kurang rezeki bantuan dari segi kewangan, ramai rakan-rakan blogger yang memanjangkan dan sharekan entri ima tu.Dan juga ima takkan lupa pada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan nenek ima. Tapi mungkin belum rezeki untuk ima hantar nenek berjumpa pakar kerana wang yang terkumpul termasuk wang yang ima ada pun belum cukup untuk hantar nenek ke doktor pakar.

Dengan itu,  sekiranya dalam masa seminggu ni ima tak dapat kumpul duit secukupnya, ima mohon izin kepada rakan-rakan yang telah menyumbang derma hari tu, untuk ima serahkan bantuan kalian untuk nenek membuat rawatan di klinik swasta sebab ima dah tak sanggup tunggu lagi.. Hati ima tak keruan.Ima nak tanya kepada korang sorang-sorang tapi ima tak tahu siapa yang mendermakan. Terima Kasih sekali lagi kerana korang sudi membantu tanpa memberitahu.Allah sahaja yang dapat membalas jasa korang.Semoga Allah murahkan dan tambahkan rezeki korang semua.

Ada seorang rakan blogger (akak) sarankan ima untuk jual apa-apa aset yang berharga sementara mendapat kutipan derma. Bukan ima taknak jual kak..Masalahnya ima takde apa-apa aset yang berharga untuk dijual buat masa ni.Ima datang semenanjung ni pun cukup-cukup pakaian je.Datang sini, masuk rumah sewa yang kosong.Jangankan yang berharga, mesin basuh dan katil pun ima tak mampu beli lagi.Tapi itu bukanlah masalah.Alang-alang ima datang dari jauh, ima kena teruskan juga kehidupan. Alhamdulillah kami masing-masing dah dapat kerja sekarang.Semoga pintu rezeki makin terbuka dan jika ada rezeki lebih nanti ima akan balik jeguk nenek di sarawak.

Disamping tu ima akan terus sahut cabaran dari Bro Framestone. Yeee bro.. mungkin ima tak dapat sahut cabaran tu dengan masa sebulan yang bro bagi.banyak sebab dan terlalu panjang untuk ima terangkan. Tapi insyallah, ima akan buktikan juga dan ima akan sahut cabaran bro berhabis-habisan..Tapi dengan cara perlahan.Insyallah kalau ada rezeki nanti.hihi..

Sekali lagi ima mohon korang doakan nenek cepat sembuh. Doakan jugak agar ima sentiasa tabah dalam menjalanai kehidupan di negeri orang. Terima kasih rakan-rakan semua..
Sebelum lupa jugak, ima minta maaf sebab inbox rakan2 blogger pasal hal ni. Ada yang memberi respon.ada yang langsung takde respon.mungkin diorang rasa ia tak penting,dan dari  sini ima dapat pelbagai pengalaman.Bukan ima nak serkap jarang atau memaksa.Ima tak paksa kalau taknak derma.Itu bukan persoalannya.tapi sekurangnya bila ada org lain yang memerlukan bantuan seperti ima nanti paling kurangpun jangan tunjukkan anda seorang  yang sombong. Dan dari kejadian ni, ima dah tau.lagi ramai yang memberi respon bila kita cakap nak sponser GA berbanding kita inbox mohon sekelumit bantuan.. :'(

P/s: Thankz Bro Famestone, Feroz Othman, Zaza, Syara, Najihah , Blooggers Dot Com , dan juga rakan-rakan blogger yang lain yang tak ima sebutkan.Kalian sudi membantu walupun kita hanya sekadar rakan/kenalan alam maya.

11 comments:

  1. Apa yang si Bro Framestone itu cabar ek? Nak gak tahu... ke panjang sangat nak dedahkan he..23x

    (terus terang, bro lupa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..bro lupa xpe.nanti bila sy dah berjaya sahut cabaran tu, sy akan inbox bro kembali dengan kejayaan itu.hihi

      Delete
  2. moga nenek ima cepat sembuh.. kuatkan semangat dan bersabar ya..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah semoga nenek cepat sembuh..,acik tak dapat nak beri dari segi wang ringgit ,acik pun pelajar lagi.., semoga segala urusan di permudahkan oleh ALLAH

    ReplyDelete
  4. semoga dipermudahkan segala urusan :)
    semoga tabah ya~

    ReplyDelete
  5. moga segalanya dipermudahkan....
    mohon tabah.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.