Sponser By

Followers

Iklan

14 December 2013

Saya rakyat malaysia dan ada ic

Assalamualaikum.


"Jata Negeri Sarawak"
"Burung Kenyalang"

Haha..Poyo tak tajuk? Yeah.. Dengan bangganya aku mengaku aku adalah rakyat malaysia yang sah disisi undang-undang dan halal.Tulen lagi asli. hahaha.. Aku tak tahu dan apa maknanya.. Entri kali ni bukan bertujuan untuk menimbulkan perbalahan.Cuma ingin mengubah pemikiran beberapa gelintir masyarakat semenanjung.  Maaf lagi sekali ye. Ini bukan pertama kali terjadi tau sebenarnya. sebelum ni dengar dari orang lain. Tapi bila aku sendiri berada di bumi semenanjung ni, aku sering ditanya dengan dua soalan ni bila aku cakap aku orang sarawak. Soalan tu bukan sekali atau dua kali ditanya tau. Tapi hampir setiap kali aku menyatakan aku orang sarawak..

  • Awak ada ic ke?
  • Kenapa jauh-jauh datang dari Sarawak datang Malaysia??
 "Bendera Negeri Sarawak"
Hah?? Sentap aku bila orang tanya macam tu. Ke diorang tengok muka aku macam orang korea? ke macam bangla?? huh.. Kalau masih ada yang tak tahu, Sarawak adalah sebuah negeri.Negeri yang berada di MALAYSIA. Dan kami warga sarawak adalah Original masih bernegarakan MALAYSIA. Kenapa anggapan sesetengah orang semenanjung kata sarawak bukan Malaysia?? arghhh.. Tak suka sangat-sangat.. Aku sarankan agar pihak-pihak tertentu lebih mengenalkan lagi sarawak kepada umum. Kesian diorang yang masih tak tahu apa itu sarawak dan apa yang ada di Sarawak. Jangan hanya tahu ambil hasil bumi Sarawak je tapi tak kenalkan Sarawak pada umum..

Mode: Sentap bila orang seolah-olah kata akau bukan rakyat Malaysia.. hurmm


13 comments:

  1. Orang yang kata Sarawak tu bukan Malaysia jahil ler tu...kurang pengetahuan am yang tahap keras. Tak payah layan orang yang jahil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm, bukan apa. Nak tau jugak apa sebenarnya yg terfikir dalam fikiran diorang pasal sarawak,

      Delete
  2. Tnye dia balik ada ic tak ? Taktau ke sarawak tuh pun sebahagian dari malaysia skati aku laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Feroz, tu la. ada ke tanya ada ic ke tak. ni soalan sering kelaur bila tanya ada keje kosong tak kat sini? sentap banget sy..haha

      Delete
  3. Lorhhh Sarawak tu bukan dalam Malaysia ke?? -_- pelik aiiihhhhh... mesti orang tu ngah tingtong

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ena.. sedih bila diorg tnya mcm tu. seolah2 berada kat negara asing pulak.

      Delete
  4. Orang yang anggap macam tu memang dulu dia tak pegi sekolah la kot. thats y la dia tak tahu Sarawak tu ada dalam malaysia jugak.. Agak2 org tu baru keluar dari gua kot dan masih terpinga-pinga ... hikhik ^_^

    ReplyDelete
  5. sarawakian is still malaysian :)
    takmo sesedih ea kak, kadang2 orang ni suka cakap macam2 ikut suka dia je tanpa fikir perasaan orang lain...

    ReplyDelete
  6. eh ade jugak ckp 'knpe dtg jauh2 ke malaysia?' amboi.. ni bute sejarah la tu.. orang tu ngekk..

    ReplyDelete
  7. loh...kalau zaza pun sentap jugak.. huhuhuh...

    ReplyDelete
  8. 안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. salam cik ima..

    aii..dah kate org sarawak lagi tnye ade IC ke x? huhu..dah tntu2 la sarawak tu dlm negara malaysia..bleh plak tnye soklan cenggitu.. =_= huuuu sabar je la

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.