Sponser By

Followers

Iklan

17 December 2013

Pengawal Keselamatan Mydin Yang Kurang Ajar!!

Assalamualaikum..

Ini cerita ahad lalu.. Hujung minggu..Macam biasa.. Kelur jalan-jalan dengan mak, abah, adik2 suami dan anak.. Tak kemana pun. Jalan cari barang dapur di pekan Klang. Dan macam biasa, irfan pelbagai ragam. Semua tak kena. Jalan pun taknak. Nak juga kena dukung. Dengan kepala yang berat, sakit, cuaca panas, timbul sedikit kemarahan yang tak boleh blah. Aku sabarkan hati. Last-last takut hilang sabar kat tempat umum tu, aku ajak diorang balik dan sebelum tu mak cakap nak beli barang sikit kat Mydin. Bila je sampai kat tangga tu tak sampai 10 saat pun kami berdiri terus pengawal keselamatan wanita india tengking kami. "Hei jangan berdiri kat sana!!Turun2!!" Weh ini bukan tegur yang biasa-biasa tau. Ini luar biasa. Luar biasa yang boleh buat darah menyirap. Ko bayangkan. Ko baru sampai dan berdiri tak sampai berapa saat sambil  berfikir2 nak ikut jalan mana tiba-tiba ko kena tengking dengan wanita yang kurang adab. Haihh..angin 1 badan aku dibuatnya.

Serius. Makcik tu salah timing kot jerit kat aku di khalayak ramai tu. Sebenarnya bukan aku sorang yang dia tengking Tapi semua orang yang ada kat situ dia tengking. Betul-betul takde adab!
Dengan hati membara aku keluarkan Handphone cikai aku tu dan snap pic makcik tu. (eh2..macam janggal pulak nak panggil perempuan tua macam tu makcik)

"Kat tangga tu la kami berenti sekejap datang dari belakang terus kena jerit"

Pastu dia pun marah. Apasal u ambik gambar saya?
Aku: Suka hati i la. u punya mulut banyak kurang ajar.Tak boleh ke cakap bagus-bagus??
Dia: U buat i marah ye.
Aku: U tau marah u je. marah i u tak tau lagi. U jerit-jerit apa pasal?? U tak boleh cakap bagus-bagus  meh? U kalau takmua keja jangan keja.sana duduk rumah jaga anak. Mana u punya majikan i nak jumpa!

Pastu ntah apa dia cakap lagi. Aku dah takde rasa malu dah walaupun masa tu ramai orang tengok aku marah-marah makcik tu. Serius aku tak boleh kawal. Pastu ramai la yang suruh aku sabar. ada satu makcik tu cakap sabar dik. dia memang macam tu.mulut kurang ajar.

Haiyooo.. mana boleh itu macam lo. Tak semua orang boleh terima cara dia tegur. Itu bukan tegur tapi banyak kurang ajar lo.. Nasib la aku yang menyirap hari tu. Kalau lelaki2 yang dia jerit tu hilang sabar macam mana? Haih.. Menggigil tangan aku tau masa tu.Rasa aku nak tuang je air cola anak aku yang aku pegang tu .Tuang atas kepala dia. Nasib mak aku tarik aku pergi dari situ.

Tu pun aku masih tak puas hati sebab aku tak sempat pun jumpa majikan dia. Hurm, tak boleh la macam itu makcik.. Kita nak tegur orang boleh.mungkin itu arahan dari atasan.Tapi bukan itu macam lo.Cakap je bagus-bagus.Insyallah aku blah dr tempat tu dengan senyuman. Harap-harap aku tak jumpa la pengawal yang macam ni.Kalau hari-hari jumpa yang macam ni, boleh tinggi darah aku jadinya.



11 comments:

  1. kalau sy, confirm dia diberhentikan! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hishh, betul. time marah tu, mcm2 je rasa.mcm nk jumpa majikan dia.

      Delete
  2. ada org yang camni... tatau nak marah balik ke nak biar je... tak kan nak biar...haish...saba je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masa tu mood ima ok, mungkin tak la ima sound.kbtulan mood x ok, memang tersound la makcik tu.. bukan niat xnak hormat tapi ms tu btul2x x boleh sabar.

      Delete
  3. kadang2 kita kena sound direct je kat situ.. baru dia tahu tak semua orang jenis tadah je dia nak maki @ cakap kurang ajar. akak pun pernah jugak ada sorang makcik jaga kaunter kat hosp sg buloh cakap kasar bila akak tanya.. terus sound kat situ jugak.. lepas tu blh je cakap elok elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak. Mendidih tau rasa bila kite kena jerit di khalayak ramai. Alang2 dah malu biar malu sekali gus.sama2 malu.. haa

      Delete
  4. berani ktk eh..bravo
    sama la kmk kmk paling x suka org kurang ajar
    padah la bagus2 hooo..boh terais2..dah malu di tangga org, kenak gik mood kita x bgs

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..brani sbb mood sik bapa bgus riya.. mun sik, sik juak kmk brani sound org tua camya. tapi bena bah.. beliang ati skali nya terais..

      Delete
  5. mama pun selalu akan balas balik, tapi bila mood kita pun tengah dalam keadaan tak stabil, teruk lah orang tu kena balik.... hihi

    ReplyDelete
  6. biasanya kat kampus yang ada prob ngan pakgad ni.
    takpenah lagi dengar kes yang kat mall ceni.

    hm, dorang nak jalankan tugas tu takleh nak buat apa.
    tapi part yg kena sound direct kat public tu memang takleh terima.

    semoga makcik tu tak buat dah pasni.

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Anda merupakan salah seorang peserta segmen i will follow you by syira lokman :)
    jgn lupa follow blog peserta lain ye . :)
    please like my new page https://www.facebook.com/syiralokman5?ref=ts&fref=ts
    page lama iaitu "pabila 2 blogger bergabung" akan didelete atas sbb tertentu :)
    Nama pemenang akan diumumkan pada hari selasa minggu hadapan :)
    Terima kasih !

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.