Sponser By

Followers

Iklan

01 November 2013

susahnya nak berklinik

Assalamualaikum..

Ini kisah kelmarin..Penatnya Kami yang mengalami  je yang tahu. Kelmarin irfan ada appoiment ambil darah dan timbang berat. So ima minta tolong kawan ima hantar ke klinik berdekatan. Al maklum lah..Baru lagi kat sini.tempat tak tahu..nak cari teksi takut pulak naik sembarangan.Naik bas pulak jauh dari rumah sewa. Seawal jam 7 lebih kawan ima dah hantar ke klinik botanik sekali jalan dia nak gi kerja.

bila dah sampai klinik ima duduk kejap. skali nama irfan dipanggil ke kaunter pendaftaran. Misi tu tanya duk kat mana. So aku cakap duk kat Taman Pendamar. Pastu dia cakap, kalau duk sana tak boleh klinik kat sini.Kena pergi klinik Pandamaran. Kalut jugak lah.Klinik tu pun tak tahu kat mana.Ima duduk kejap sambil berfikir sambil keluar klinik tu kot-kot ada teksi.Kebetulan memang ada pemandu teksi pun kat sana..aku tanya la.dari sini nak ke klinik pendamar, tambang berapa? dia cakap rm20.. tapi bila dah siap tanya, timbul pulak rasa takut nak naik kereta tu sebab dia private teksi..

Sebenarnya malas nak susahkan kawan ima tu.Tapi nak taknak ima terpaksa gak sms  dia bagitau. sebenarnya kawan ima ni asal dari sabah.kawan sama2 blaja dulu.Tapi dia dah lama tinggal kat semenanjung ni dengan suami.suami pun orang sabah.. Seperti yang ima jangka mesti dia akan ambil berat.Dia tak bagi pun kami naik teksi.Dia baru je sampai tempat kerja tapi sanggup ambik cuti sebab nak tolong hantar kami. Ya Allah.Tuhan je tau perasaan segan yang ada ni..Bukan segan apa.Dah la dia dan suami dah tolong kami dari hari kedua kami sampai kat sini..hantar sana hantar sini.temankan beli barang2 keperluan..Bila kami bagi duit minyak dia taknak ambik pulak..Serius memang segan..Semoga Allah je dapat balas budi mereka..Aaaminn..

Berbalik pada cerita klinik ni, kawan tu pun datang dan hantar kami ke klinik Pandamaran. dengan jalan jem dan sesat kejap sebab kawan tu tak pro sangat jalan ke klinik ru sebab tak pernah ke sana.Dah sampai klinik Pandamarran, soalan yang sama ditanya.Duk mana? so jawab benda yang sama.kat taman pendamar.. skali lagi kami ditolak.misi tu cakap, untuk hari ni boleh tapi lain kali kena pergi klinik desa pendamar.So aku pun cakap lebih baik sama sekali pergi klinik desa tu.next appoiment tak la susah.

So terpaksa la kami cari lagi klinik desa. Sampai klinik desa tu, misi cakap, kat sini takde ambik darah.kena pergi klinik yang dekat pelabuhan kalng tu..pastu baru datang sini balik hari rabu minggu depan. Ya Allah.masa tu tiba-tiba rasa sebak.Kalau lah kat tempat sendiri, tak mungkin kami ditolak-tolak macam ni..Tapi kuatkan hati sebab rasanya ini baru permulaan cabaran hidup ditempat orang..

Pusing-pusing, redah jem last-last jumpa klinik tu.Nasib la klinik tu boleh terima kami.Tapi kami kena tunggu la sebab  masa tu waktu rest..kena datang balik jam 2. kami terpaksa pergi ke mall berdekatan.Mall ape ntah aku pn x pasti.nak dekat 2 jam jugaklah kat dalam mall tu.dengan irfan lagi nak itu nak ini.Pantang nampak mainan atau gambar spiderman dan superman.mesti dia nak menapak lama-lama kat situ..menguji kesabaran betul..kalau tak bagi comfirm dia guling-guling kat lantai mall tu..

Bila dah jam 2 kami pun pergi klinik tu balik.. siap2 ambik darah, urus itu urus ini.misi tanya-tanya..lama jugaklah sebab mereka hairan kot kad klinik tu alamat kat sarawak.so diorang ada bingung2 sikit.haha..akhirnya selesai jugak.nak dekat jam 4 baru sampai rumah..penat sangat-sangat..
Tak tahu lah apa nak jadi kalau kawan tu tak diutus untuk tolong kami.kot ima dah nangis seharian.

8 comments:

  1. Ya Allah kesiannya ima..kat pandamaran tu dah la ramai orang..lain kali Ima ckp jer duk dekat-sini..(dkt ngan klinik)diarang tak tahu pun sbb alamat belum tukar lagi..akak pun doc yg ajar..(kalau ic alamat luar)..kalau ada apa2 nanti boleh tanya akak..akak duk p.klang jugak..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah.. nasib baik ada kawan yang ambil berat, tu lah pentingnya kawan. susah juga urusan klinik di sana kan..apa pun moga segala urusan ima di sana dipermudahkan.. :)

    ReplyDelete
  3. dugaan tu sabar yer..follow sini :) 678 :)

    ReplyDelete
  4. la ye sampai macam tu sekali ?? sabo jelah .. di tempatkan orang

    ReplyDelete
  5. hehhee...tabahnya..xpa...dugaan dlm hidup...hhhaha

    ReplyDelete
  6. adoi.. tu sebab teman ni pun lagi suka kat tempat sendiri.. kalau dah dok jauh tpaksa lea ikut apa yang ada.. lemeh temas aishh.. heee

    ReplyDelete
  7. kesiannye.. alahai.. nasib baik ade kwn yg boleh tolong..

    ReplyDelete
  8. otedah ktk ima. nasib ada kwn yg dpt d harap. mudahan Allah swt merahmati hdupnya. amin

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.