Sponser By

Followers

Iklan

28 November 2013

Remaja kah aku?

Assalamualaikum..

Remaja kah aku? Pada usia apakah yang dikatakan remaja? Ntah..Aku tak terfikir pun sebelum ni. Ke aku yang perasan mengaku remaja. Bukan kah remaja adalah seseorang yang berumur 18 hingga 25 tahun? Ya kini aku berusia 24 tahun. Bila aku ternampak page majalah Remaja mencari sesiapa remaja untuk casting fotoshoot be yourself tanpa berfikir panjang aku terus submit borang untuk menyertainya.. Aku emailkan nama, no telefon dan juga gambar. Apa yang aku terfikir masa tu, aku hanya nak cuba sesuatu yang baru dan merasai satu pengalaman baru.

Pada hari selasa lepas, cik hawa dari karangkraf majalah Remaja menghubungi aku dan meminta aku datang pada hari khamis 28/11/2013 (hari ini) Aku harus datang dengan tema berwarna biru dari hujung kaki hingga hujung rambut.. Ya.. aku rasa gembira sebab diberi peluang untuk mencuba sesuatu yang belum pernah aku lakukan.

Tapi semalam sebelum casting photoshoot tu,... tiba-tiba aku terdetik dihati, REMAJA KAH AKU??
terkedu seketika..Tak dapat nak lelapkan mata. Perasaan teruja jadi satu perasaan berbelah bahagi.Aku nak pergi ke tak ni. Aku remaja ke? Kan aku dah bersuami malah sudah mempunyai anak.Aku suarakan pada adik aku.aku harus pergi ke tak? kalau pergi dapat pengalaman tapi aku confuse aku masih boleh digelar remaja kah? Adik aku cakap, "bukan orang tau along dah kawen pun.Kan kita awet muda punya keturunan.haha.apa salahnya mencuba.bukan dapat dosa pun".Hah yalah sangat.

Tidak berpuas hati dengan kata-kata adikku, aku bertanya pulak suamiku. Suamiku pulak cakap, pergi je lah kalau nak pergi.Kata nak cuba sesuatu yang baru.Bukan senang nak masuk majalah tahu.. ujarnya berselorah.. Hishh aku tetap dengan perasaan tu.. Aku berdiam sambil berfikir dari pagi tadi sampai dekat jam 12 tengahari.Akhirnya aku buat keputusan. Aku taknak pergilah. Macam tak sesuai pulak.Aku sepatutnya masuk majalah wanita, bukan remaja..hahaha.. Takpelah.walaupun rasa menyesal tak pergi tapi aku yakin mungkin ada rezeki lain lagi lain kali.

P/s: Kalau korang ditempat aku, korang pergi atau tak?

4 comments:

  1. mungkin ada perasaan yang sma hehe sebab sekarang ni macam remaja purba kih3

    ReplyDelete
  2. Photoshoot ada syarat yg belum kawen ke? Kalau xde pegi je la...

    ReplyDelete
  3. Remaja in english is Teenage.. Soo perkataan 'Teen' tu ada pada nombor belas belas je.. So, remaja hanya smpai umur 19 je.. hahahahaha

    xpe kak, akk nampak muda, tak nampak tua... belagak jd remaja jap... pergi jgn x pergi, jgn lepaskan peluang...

    ReplyDelete
  4. Pergi jer.. Yakin diri sendiri..

    Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !! Kami juga akan memberi nasihat secara percuma sekiranya ada kesilapan SEO pada blog anda

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.