Sponser By

Followers

Iklan

29 November 2013

Jual Sayur Punya Kereta Mewah

Assalamualaikum..


Faham tak maksud gambar tu.Sesiapa pengikut Oh Media mesti nampak gambar ni kan.Gambar ni pun aku copy dari page oh media.  Aku nampak banyak yang beri komen yang negatif tak kurang beri komen yang positif. So aku teringin nak upkan entri pasal gambar ni. Apa yang anda boleh faham melalui gambar ni? Orang jual sayur pakai kereta mewah? Pelik tak bagi anda?

Bagi Kami, kalau di sabah sarawak, ia sesuatu yang sangat biasa.Bukan hanya penjual sayur, malah penjual pisang goreng, penjual ikan pun pakai kereta mewah. Malah mereka yang tinggal di pendalaman sabah sarawak pun mampu memiliki kereta mewah kerana mereka mempunyai tanah dan perusahaan yang banyak. 

Ramai dunia luar tak tahu, sebenarnya kami warga sabah sarawak juga sama dengan orang malaya/semenanjung. Lebih dari itu bumi sabah sarawak juga memiliki kekayaan bumi yang ramai tidak tahu dan hanya diketahui oleh orang-orang ITU. Cuma dunia luar tak nampak semua tu sebab orang-orang tertentu ambil kekayaan di bumi sabah sarawak dan takde highlightkan semua tu kat dunia..but its ok.. Kami cool aje walau kami dihina tinggal diatas pokok..kehkehkeh..

Tapi  aku tak lah bermaksud semua orang sabah sarawak kaya.Aku adalah salah seorang yang tak kaya itu.Kami orang biasa-biasa sahaja.

2 comments:

  1. kaksura pun orang biasa2 saja..mak orang sarawak..bapak orang kelantan..merantau dinegeri orang mencari rezeki..:)

    ReplyDelete
  2. hehe.. perkara biasa tu.. kat mane2 bhgn sarawak ni boleh tgk situasi ni. yg bg komen negatif tu jeles kot.. minda sempit.. jual sayur = miskin la konon..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.