Sponser By

Followers

Iklan

26 November 2013

Inikan Tempat Perempuan!!

Assalamualaikum..

Ini kisah hari ahad lalu. Oleh sebab aku suami dan terutama sekali anak aku si dhani tu suka berjalan-jalan masa kat lawas dulu.So kat sini pun kami suka sangat jalan-jalan walupun kami tak berapa tahu jalan dan tak pernah pergi lagi.So ahad tu  kami pegi jalan-jalan pergi KL. Naik teksi, naik bas, naik LRT dan naik ktm.semua kami cuba.alhamdulillah bila rajin bertanya dan berani mencuba mengikut arahan dan peta yang ada , kami tak sesat..hihi..

Ceritanya, masa naik KTM tu, kan ada tempat khas untuk wanita sahaja.so maksudnya lelaki tak boleh duduk situ.jadi kami pun terpaksa la pisah tempat duduk.husben duduk tempat lelaki.aku bawa dhani duduk.Pastu dia tanya.Kenapa ayah tak duduk sini? kenapa duduk jauh-jauh.Aku pun jawab la.Kat sini tempat duduk perempuan je.lelaki tak boleh.Lepas tu dia marah.Kenapa dhani ada kat sini?? kan dhani lelaki? haha.aku pun malas bising-bising, aku hantar dia tempat ayah dia.. So kami naik KTM dr KL central sampai ke setia jaya.



Bila nak balik ke klang, kami naik KTM lg.macam biasa, aku akan bawa anak aku tu.sekali lagi dia tegur aku dengan suara yang besar.Kenapa bawa dhani kesini?? Kan ni tempat perempuan..Alahai lah.semua orang pandang kami sambil senyum-senyum..Nasib la tak ramai orang sangat.Nak tak nak terpaksa aku hantar dia tempat ayah dia.Budak ni kan..haih..pintar mengalahkan kita.otak dia cepat tangkap..Padahal aku dan husben pun terlupa pasal tu..Yelah.anak aku kan lelaki..haha..


11 comments:

  1. Hahah comelnya tanya mcm tu!! :D

    ReplyDelete
  2. masa ika balik dari campus di selangor ke melaka, berkesempatan laa guna public transport beberapa kali, pernah je encounter dengan perkara macam ni, lelaki masuk duduk dekat coach perempuan --'

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada jugak lelaki duk bahagian perempuan.tu bernasib baik kalau xde yg jaga.kalau ada, kena halau pegi tempat lelaki oleh pgawai brtugas..

      Delete
  3. tapi kalau tak silap ika, bebudak kecik even kanak2 lelaki boleh je if dengan ibu dia, ayah jela yang tak boleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah memang kanak2 boleh je duk situ.masalahnya anak akak yg rasa dia lelaki dan dia taknak duduk tmpt perempuan..

      Delete
  4. pndai la anak akk..hehe..
    done klik churp2^^

    ReplyDelete
  5. bijak nya dia . bondanya letih menjawab ya ...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.