Sponser By

Followers

Iklan

03 October 2013

Suami Saman Isteri Kerana Lahirkan Anak Hodoh

Assalamualaikum

CHINA – Seorang lelaki. Jian Feng, menyaman isterinya selepas dia mendapati anak perempuannya yang baru dilahirkan sebagai `hodoh’.
Jian berbuat demikian kerana terkejut selepas pasangan `cantik’ seperti dirinya dan wanita itu, tidak mampu menghasilkan anak yang comel.
Namun apa yang menghairankan, hakim boleh bersetuju dengan tuntutan itu dan menganugerahkan $120,000 kepada Jian.

<< JOM ISI FORM DAN DAPATKAN PRODUK PERCUMA DARI SKIN SOLUTION>>
 
Menurut dokumen mahkamah, selepas melihat anak yang dilahirkan oleh isterinya yang disifatkan sebagai `amat bodoh’, Jian menjadi terkejut.
Local 10 melaporkan, Jian kemudiannya menuduh isterinya itu mempunyai hubungan sulit dan telah memfailkan perceraian serta mendesak ujian DNA dilakukan.
Bagaimanapun selepas keputusan ujian menunjukkan bahawa dia adalah bapa kepada bayi malang itu, isterinya tiada pilihan selain mengaku bahawa dia menjalani pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

“Saya mengahwini isteri saya kerana cinta, namun selepas kami mendapat anak, kami mula berdepan dengan masalah keluarga. Anak perempuan saya amat hodoh dan ia menakutkan saya,’’ katanya.
Sumber: berita harian net
************************************************************************************ 
"Saya mengahwini isteri saya kerana cinta". cinta?? Kalau kerana cinta, masalah begini takkan timbul.. Tak sangka dizaman serba canggih ni ada suami yang sebegitu.Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh?? Ya Allah.. Terkedu seketika.Apalah perasaan isteri tu sakit melahirkan anak tiba-tiba suami pulak saman sebab anak yang dilahirkan hodoh..Mari semua.ambil lah ini sebagai pengajaran. Anak adalah anugerah. bagaimana pun keadaan dan fizikal anak kita harus terima. Kerana benihnya adalah datangnya dari kita sendiri. Dua moral yang kita boleh ambil dari kisah ni. Pertama, terimalah walau apa jua keadaan zuriat.kedua, terima lah apa seadanya diri kita.tak perlu nak bedah-bedah.
P/s: aku tak pasti lah kesasihan berita ni betul ke tidak tapi ambil lah pengajaran dari kisah ni mana yang baik.




3 comments:

  1. haha..ini macam pon ada ke? selamat dekat china..kita sebgai orang islam bersyukur la dengan apa yang ada.. ;)

    ReplyDelete
  2. klaka pun ada tp da lme brita ni.
    slah pompuan tu jgk
    sian laki tu
    dah kalau gen mcm tu mmg dh xleh ubah la...kne operate jgk mke ank die tu :)

    ReplyDelete
  3. kerana cinta???!!! kalau kerana cinta kenapa saman bagai.sah2 sebab paras rupa..handsome sangat ke rupa laki tuu..grr..tapi ni la padah plastik surgery..dah dapat anak baru tau rupanya isteri dia fake salama ini.macam2 laa

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.