Sponser By

Followers

Iklan

14 October 2013

Minuman Kegemaran Part 2

Assalamualaikum..

Hari tu ima ada kongsikan minuman kegemaran ima iaitu teh hijau berserta khasiatnya kan.Kali ni nak share minuman kedua yang ima gemar minum iaitu susu dutch lagi..Kalau susu ni, paling ima suka minum bila rasa susah nak membuang..memang betul betul berkesan lah..Lepas je minum mesti lancar je membuang..hihi..opsss.. Dan yang penting, susu ni sedap.


Antara khasiat susu segar dutch lady adalah:

10 kebaikan susu Dutch Lady ialah…

1. Kalsium
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk membesar dengan sepenuhnya.

2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot.

3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik.

4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga.

6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang.

7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan.

8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan system imun kita.

9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku.


6 comments:

  1. susu putih kalau makan dgn cereal boleh je minum
    tp kalau susu putih kosong saje mmg x leh telan -_-

    ReplyDelete
  2. suka yang chocolate jer... he he he...

    ReplyDelete
  3. wahhhh yg ni fav aya..sebelum start kelas memang kena breakfast ni :)

    ReplyDelete
  4. waaaaahhh..ramai yg suka perisa coklat..ima suka yang putih..lemak berkrim..hihi..

    ReplyDelete
  5. ika suka semua flavor, dutch lady memang sentiasa ada dalam fridge :)
    satu lagi HL.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.