Sponser By

Followers

Iklan

14 October 2013

Dadah "salai ikan tahai"



Assalamualaikum..

Atas permintaan dari cik Ain kita, ima nak sharekan sikit tentang ikan tahai yang terkenal di tempat ima iaitu di Lawas Sarawak. Rasanya ramai rakan-rakan dari semenanjung tak tahu apa itu ikan tahai kan.. Haaa, kat semenanjung kalau tak salah, panggil ikan ni ikan tamban..

Ikan ni kat tempat ima, kami panggil dadah.. Namun 'dadah' yang dimaksudkan, bukanlah sejenis dadah berbahaya dan memudaratkan kesihatan, sebaliknya ia adalah penyembuh segala penyakit bagi penduduk di sini.

'Dadah' adalah panggilan untuk masakan daripada ikan tahai - sejenis ikan salai daripada spesis ikan Aur-Aur atau ikan Tamban, yang amat popular di Lawas, kawasan paling utara di Sarawak.

Masak air ikan tahai atau lebih dikenali sebagai 'dadah' di kalangan penduduk Lawas dipercayai boleh menyembuh pelbagai jenis penyakit termasuk untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan demam panas dan melegakan sakit badan.

Ramuan untuk membuat 'dadah' selain ikan tahai yang ditumbuk ialah asam kulit, bawang, cili, aji dan garam dengan tempoh memasaknya selama 20 minit.



Untuk pengetahuan korang,harga Ikan Tahai adalah mengikut musim. Apabila tiba musim Tahai, ia di jual dengan harga RM7 - RM8 sekilo. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual hingga mencecah RM28 sekilo. Mahal tapi berbaloi.macam-macam jenis masakan boleh dibuat dengan salai ni.Nak try buat tumis ikan tahai dengan petai?? boleh rujuk SINI 

Masyarakat Melayu-Brunei di Awat-Awat mengamalkan masakan 'dadah' ini untuk makanan setiap kali selepas bersalin dan ia benar-benar berkesan.
Bagi sambal ‘dadah’ pula,  ia diperbuat daripada ikan tahai yang ditumbuk, lada, asam jawa, garam, aji, gula dan cili boh.

Selain untuk makan nasi atau nasi lemak, sambal itu juga sedap dimakan dengan roti, lemang atau ketupat.

Dadah dan sambal dadah ini popular bukan saja di Daerah Lawas, malah juga di daerah berhampiran iaitu Limbang, malah turut diminati rakyat negara jiran, Brunei Darussalam.

Ini kerana perkampungan Awat-Awat terletak hanya kira-kira 20 minit perjalanan dengan bot dari Muara Brunei dan 45 minit jaraknya dengan bot dari Labuan, jika menaiki bot 60 kuasa kuda.


 Ikan tamban/tahai yang disusun sedia untuk disalai

Proses Menyalai ikan tahai





5 comments:

  1. ktk org lawas duhal
    ikan apa ya hooo...
    nampak mcm nyaman jak disalai

    ReplyDelete
  2. pernah dengar rasanya pasal ikan ni^^

    ReplyDelete
  3. tak pernah dgr ikan ni
    1st time dgr
    thanks utk info :D

    ReplyDelete
  4. ikan tamban ni selalu org buat ikan masin & kalau kat sini buat goreng je kalau dah jadi ikan masin

    ReplyDelete
  5. salam..orang yang prlukan pmborong ikan tamban di tmpat kamu?kalau ada 0146540483 mssag dulu baru saya call.ok..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.