Sponser By

Followers

Iklan

14 September 2013

Manisnya hidup bermadu

Assalamualaikum..

Alangkah indahnya kan bila ditakdirkan bermadu, dapat madu yang baik dan sporting. Boleh ke terima hidup bermadu? Berkongsi kasih, berkongsi suami?? Ada ke wanita yang nak dimadukan walaupun dijanjikan payung emas kelak?? Rasanya ramai wanita yang tidak rela dimadukan namun jika yang di atas mengkehendakinya, siapalah kita untuk menolaknya.. Bagi ima, cuma mampu berdoa dan berharap jika ditakdirkan dimadukan, harap sangat dapat madu yang lebih baik dari ima. Ima nak dia jadi kawan baik ima. Ima nak dia jadi rakan dalam stiap aktiviti ima contohnya jadi patner bisness..Paling penting, dia boleh jaga anak ima macam ima jaga anak ima. Dan dia boleh jaga suami ima lebih baik dari ima jaga suami ima. OK CUKUP MEREPEK. Tu cuma angan-angan je. Susah kot nak dapatkan MADU idaman macam tu. Kalau boleh taknaklah dimadukan. Tapi kalau takdir begitu, mungkin boleh diterima.Moga saat tu ima diberi kekuatan dan ketabahan.


P/s: tiba-tiba je cakap pasal madu.meroyan ke apa.haha..Tak la. sebenarnya tadi jumpa fb sorang wanita ni.nampak pic dia, suami dan seorang wanita lain.then scroll tengok wall, baca caption gambar. "Happy birthday darling..i love u so much..aku, suamiku,& part of my life.maduku..-feeling wonderful" Wah.tabik sangat dengan mereka.mereka bergambar nampak happening dan bahagia. Semoga keluarga mereka bahgia selalu.. Banyak gak gambar2 beliau bersama madu beliau. dua dua nampak cantik. muka pun dekat nak sama.Mungkin itulah yang dinamakan jodoh dan takdirNYA..


#####jauhjauhpalis


6 comments:

  1. kalau dapat madu yang baik, alhamdulillah. Kalo sebaliknya kena Redha

    ReplyDelete
  2. ya ALLAH..dayah dengar perkataan "MADU" tu pon da ase sakit sangt2..hope xdak la..aminn

    ReplyDelete
  3. dengar perkataan MADU pon x sanggup, huhu!

    ReplyDelete
  4. sy pn suka tgok pic tu kt fb..bahagia je diorang kan. kalau dah ditakdirkan hidup bermadu, apa salahnya..hee

    ReplyDelete
  5. sy isteri kedua.. sy cuba bahagiakn.suami dan madu sy... ternyata hati.sy.amat sakit.. tapi sy terpaksa.bersabar.. madu sy nampak mmg baik. .dn selalu berhubung.. tetapi kebaikkan tanpa ikhlas mbuatkan hati sy sakit... madu berbaik supaya dia dapat kontrol sy.dn.suami... sy x mendapat hak.bermalam.. sy hanya menjadi isteri di siang hari selama setahun lebih... waktu siang sy cuma fari.jam 2.30 sehingga jam 7ptg... tu pun kadang terpaksa keluar bersama bila madu.ingin mengikuti acara sy dn suami... hati sakit jiwa tertekan... bil suami datang sebelah.malam madu juga akan ikut.... jd imana privacy kami... sy dalam dilema. .. sy menjaga anak madj ketika dalam pantang sedangln madu pergi bercuti.. sy redha kebaikkan sy buat paati.allah suka....tpi dlm.bab bsama suami sy sgy terasa hati

    ReplyDelete
  6. Honestly tiada apa yg manis dalam bermadu,jangan mimpi lah kalau anda ni akan merasa gembira 100 peratus.saya juga bermadu,nak jadi wanita mulia itu lah yg dinamakan menipu diri sendiri.tak perlu fikir pasal madu ka bini pertama ka kedua ka kelima ka..g penting jaga diri,jaga solat,jaga perlakuan,jaga suami bila ada depan mata.jealous tu ambil,gumpal gumpal dan buang jauh jauh,kalau ternampak bekas bekas yg tak diingini di tubuhnya,buatlah seperti pada mula nya saat itu hingga lesapnya suami pada pandangan mata,anda sedang rabun atau buta.buta kan lah hati,perut dan apa sahaja yg patut dibuta tulikan..kalau dia mai lagi dengan bekas tambahan..kalau geram sangat,kata ja ada nyamuk d pipi atau dada dia,tampar sekuat hati 4 hingga 5 kali,kemudian peluk sang suami katakan kepadanya i love you..i tak sanggup lihat seekor nyamuk pun hinggap d tubuh u..dan menangis lah sepuas nya di dalam hati,kemudian senyum sepanjang masa selagi sang suami bersama.itu sahajalah tips untuk menjaga emosi sendiri.yg penting mental kita ni sihat,sb kita banyak bermain dgn emosi.jaga pemakanan,jaga tubuh badan.jaga kebersihan diri,masak sedap sedap untuk diri sendiri,kalau suami buka langkah kanan.dapatlah merasa...be happy ladies.because u r worth it..hidup ni hanya sekali ja.anda yg mengambil keputusan untuk memeluk duri,so rasalah kesakitannya. ..salam.kalau nak lebih motivasi..sila kunjungi website saya...www.nasz4all.com.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi komen..
Sila jangan tinggalkan link diruang komen.. sekiranya hendak meninggalkan link, sila rujuk sini dahulu.-- >
Kod Link

Harap maaf.ini bagi mengelakkan blog dipadam.